Alhamdulillah, kesibukan sepanjang minggu lepas menghadapi tugas seharian di samping berdepan dengan peperiksaan akhir semester untuk pembelajaran saya telahpun selesai. Hari ini dapatlah meluangkan masa mengemaskini blog yang sedikit terabai.
Seperti biasa, pada awal bulan, saya akan kongsi sedikit berkenaan teknikal blog ini. Salah satunya adalah berkenaan komen rakan-rakan blogger. Berikut adalah 10 rakan yang paling banyak meninggalkan komen untuk entri di blog ini. Lima pengomen terbanyak akan saya letakkan Avatar dan link blog mereka di sidebar blog. Terima kasih juga kepada semua yang telah meninggalkan komen/respon tidak kira sama ada mereka itu di kalangan blogger mahupun pembaca setia.
- Mus (27)
- tehr (24)
- akubiomed (23)
- Jebeng Otai™ (20)
- titan (18)
- anif (15)
- iAwani (15)
- Incik RestNrilekS (14)
- suri (12)
- eddie (10)
Selain daripada pengomen terbanyak, kali ini juga saya kongsikan Top 10 Referral Traffic bagi bulan Jun lepas. Terima kasih juga.
- denaihati.com
- jebengotai.com
- tehramuan.com
- restnrileks.com
- mdanif.com
- my.mustaffa.org
- akubiomed.com
- nine.gapuranetwork.net
- earncent.com
- erynsyaze.blogspot.com
Berikut pula adalah sedikit maklumat grafik berkenaan trafik blog yang saya ambil dari Google Analytics. Kalau diikutkan, jumlah ini adalah jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan pencapaian Bulan April 2012, Bulan Mei dan Jun 2012 lepas.
Bulan Ogos 2012, menurut info yang sempat dibaca, kononnya telah ada kemaskini PageRank oleh Google. Banyak juga blog yang mendapat peningkatan ranking dan tidak kurang yang kekal. Tahniah kepada blog yang mendapat peningkatan. Blog ini masih lagi kekal dengan ranking 3/10 sejak tahun lepas.
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.



{ 20 comments… read them below or add one }
Semoga blog ini kekal mantap!
Insyaallah.. terima kasih juga
Wah terbaik…nak jadikan blog ni sbg edola bg blog http://www.lepakk.com
lepakk pun boleh tahan juga.. banyak artikel mantap walaupun blog baru..
Assalammualaikum wbt,
Eeeee, banyaknya komen tiga tangga yang teratas tu. Pengsan nak kejar. Haha.
No.2, pengsan kalau tengok no. Trafik tu. Pengsan dua kali bro. Hahaha. Lagi pengsan tahap koma kalau nak kemaskini blog RnR macam blog ni. Haha.
Komen ni kalau buat dalam dua komen sure cepat sikit nak jadi pengomen terbanyak. Ngehee.
Aik termasuk jugak dalam top referral? Heran sungguh hamba. Apa pun, Alhamdulilah.
Blog rnr tak naik tak turun. Alhamdulilah sebab berbulan hiatus. Jadi bila tak kena penalti tu, kira okay la. Hehe.
Selamat bersahur.
waalaikumussalam,
trafik blog taklah banyak sangat bro.. cuma sekali-sekala saja naik kalau kebetulan ada orang cari info yang sesuai dengan musim tertentu..
google suka blog bro.. tu pasal dia masukkan dalam senarai top referral..
sama juga bro.. aku tak kisah pr naik atau turun, janji tak kena penalty, mesti ada juga visitors datang dari search engine
seronok lihat blog sahabat2 semua naik rank 3..
Ada tuh baru 2 bulan berblogging dah naik 2.
Aku jer tetap pangkat kopral.. har3
memang seronok..
aku pun tak berubah juga.. tapi tak kisahlah..
janji kita berblog secara natural, selebihnya kita serah pada google menentukan
saya agak slow blogging bulan ni..
macam hilang nafsu nak blogging..
tambahan blog banyak isu dengan google webmaster tools
Akupun agak slow juga.. selalu berhadapan dengan masalah internet..
blog yang sangat mantap…tahniah tuan..
terima kasih.. biasa-biasa saja ni
Tak sempat nak check pr blog. Rasa macam jatuh jer
fuhh..rajin betul diorang tu semua yekk..
msih x dpt no.1 ag ni..huhu
Trafik untuk blog ini membuatkan saya cemburu.
tahniah untuk pengomen tegar dan alhamdulillah tersenarai dlm Top 10 Referral Traffic
salam..
sy slow berblog masa d bahagia dua bro kedai online sama blog hee..
Tahniah kepada pengomen terbanyak dan juga referals,PR saya masik lagi 2 tak naik lagi.
Semoga blog kulanzsalleh.com makin jaya dan banyak traffik ya..