Home >> Personal >> Catatan Ringkas 5 Hari Yang Terabai

Catatan Ringkas 5 Hari Yang Terabai

by Kulanzsalleh on July 10, 2012 · 9 comments

Banyak perkara yang hendak saya tulis sepanjang 5 hari sebelum ini, tetapi apakan daya. Banyak perkara yang perlu diuruskan hingga menyebabkan saya terpaksa mengambaikan sementara blog ini. Jadi untuk melepaskan gian untuk menulis, saya masukkan beberapa perkara dalam entri ini.

Siap Rawatan Kereta
Petang Jumaat saya bergegas ke Kota Kinabalu untuk mengambil kereta yang sudah dua minggu berada di bengkel untuk rawatan. Terpaksa ditinggalkan di sana kerana menunggu spare part yang di-order dari KL. Alang-alang dah tinggal kereta di bengkel, saya minta gantikan beberapa komponen lain yang sudah tiba masanya untuk ditukar. Pada mulanya harga yang dijangkakan sekitar RM3,600. Bila dah siap semuanya harga melebihi RM5,000. Tapi saya tak terkejut sebab pusat servis akan tanya owner dulu sebelum tukar peralatan. Lagipun, semakin besar periuk semakin besarlah keraknya.

service charge malaysia

Sakit Kepala-Migrain
Mungkin disebabkan keletihan, kurang tidur dan banyak berfikir tentang tugasan kursus yang belum diselesaikan sepenuhnya. Jumaat hingga Sabtu saya mengalami kesakitan kepala yang teramat-amat-amat sakit. Entahlah, saya tidak pasti juga sama ada migrain ataupun bukan sebab belum ada doktor mengesahkannya. Saya cuma agak berdasarkan simptom-simptom yang saya alami (pengetahuan berdasarkan pembacaan sahaja).

Kem 1Murid 1Sukan
Berlangsung selama 3 hari, bermula Jumaat hingga Ahad (6-8 Julai 2012) di Dataran Bengkoka. Saya bukanlah orang penting untuk program tersebut. Sekadar menjalankan peranan kecil. Sakit kepada terpaksa ditahan demi memberi sokongan kepada rakan. Itu saja yang mampu saya buat.

Kem 1Murid 1Sukan

Okey, cukup setakat itu saja!


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.



Kata kunci artikel:

bila kerja dah siap, catatan ringkas kerja muzium, catatan servis kereta, harga periuk, senarai peralatan servis kenderaan

Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 9 comments… read them below or add one }

1 anif July 10, 2012 at 10:26 pm

Bil rawatan kenderaan yang menakutkan tu!

Reply

2 Tehr July 11, 2012 at 12:16 am

Setuju
Memang menakutkan tengok bil tu
Mujur juga aku guna periuk kecil je
Hehe

Reply

3 Kulanzsalleh July 11, 2012 at 10:23 pm

terpaksa guna periuk besar sebab nak muatkan banyak isi dalamnya, hehehe

Reply

4 Kulanzsalleh July 11, 2012 at 10:21 pm

@anif.. sampai lari budjet raya tahun ni :D

Reply

5 azman July 11, 2012 at 4:28 pm

Kerja guru ni memang memenatkan bila GB nak buat macam2 aktiviti hehehe…

Reply

6 Kulanzsalleh July 11, 2012 at 10:22 pm

sekolah memang banyak aktiviti luar.. tapi tak apa.. untuk murid juga

Reply

7 iAwani July 12, 2012 at 12:35 am

owh, mencabar sungguh nampaknya. Angka 5 ribu itu pada saya berbaloi, ia pelaburan untuk masa depan kerana kenderaan adalah satu ‘gajet’ bukan elektronik yang amat wajib ada.

Reply

8 nazra July 12, 2012 at 11:08 am

mak aih, sampai 5K :O :O :O

Reply

9 akubiomed July 14, 2012 at 9:02 pm

Terkedu saya melihat kos pembaikan.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

leaderboard denaihati Banner