Archive for the 'download' Category

Market Samurai

Entri ni tiada kena mengena dengan night market atau pedang samurai walaupun namanya seakan-akan sama… Kali ni aku nak kongsi sedikit info dengan bloggers yang ingin menambahkan trafik pengunjung blog masing-masing.. Pernah dengar Market Samurai? Bagi blogger yang mempunyai akaun Google Adsense, mereka sangat menekankan kepada aspek SEO, SERP (Search Engine Resuts Page), pagerank, backlink [...]

Struktur Organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Kementerian Pelajaran Malaysia adalah satu organisasi yang besar yang merujuk kepada proses mengurus dan mentadbir sistem pendidikan negara. Proses perkembangan bangsa dan proses kemajuan negara berkaitan secara langsung dengan sistem pendidikan. Pendidikan bermutu melahirkan generasi yang sedar dan insaf dengan erti hidup dan tanggungjawab.

Bagi merealisasikan hasrat dan wawasan ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyusun jentera pentadbiran yang mampu menjana bangsa ke arah penguasaan ilmu pengetahuan yang luas dan keupayaan generasi muda meningkatkan daya saing untuk menjadi bangsa yang cemerlang gemilang dan terbilang….

Dasar Luar Negara

Menurut Lew Hee Men, et al. (2005), Dasar Luar bermaksud “berbaik-baik dengan semua negara demi keamanan dan kesejahteraan dunia”. Menurut beliau juga, dasar luar dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu Hubungan Bilateral (hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu, dan Hubungan Multilateral (hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan).

Mohd. Nor Mat Yazid (1994) pula menyatakan, “dasar luar dapat diertikan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang dilakukan oleh sesebuah negara dalam usaha berhubung dengan sesebuah negara lain….