Global

Ini Bukan Bola Sepak, Ini Perang!

02.02.2012 Global

Memang jelas, ini bukan perlawanan bola sepak, tetapi sudah jadi rusuhan dan peperangan. Apa tidaknya, sekurang-kurangnya 74 peminat bola sepak terbunuh dan beratus-ratus cedera selepas pencerobohan padang stadium Port Said, Mesir malam tadi (waktu tempatan) ketika perlawanan pasukan tuan rumah, Al-Masry dengan pasukan terkaya di Mesir, Al-Ahly. Al-Masry memperoleh kemenangan 3-1 ke atas Al-Ahly dan [...]

43 comments Read the full article →

Gambar Kapal Persiaran Costa Concordia Karam

15.01.2012 Global

Kapal persiaran Costa Concordia yang membawa lebih 4,000 penumpang dan sedang dalam perjalanan di sekitar Laut Mediterranean terkandas kemudian tenggelam selepas terlanggar terumbu karang dekat Pulau Isola del Giglio, Tuscany, 15 kilometer ke selatan tanah besar Itali sekitar pukul 10 malam (waktu Itali) kelmarin. Seramai 70 penumpang pelayaran masih hilang dan tiga orang disahkan meninggal [...]

14 comments Read the full article →

China Bina Ark Hotel 30 Tingkat dalam Masa 15 Hari

09.01.2012 Global

China bukan sahaja terkenal sebagai sebuah kuasa besar yang memiliki super komputer dan super ekonomi, tetapi juga kini negara itu boleh berbangga sebagai sebuah negara pembina terpantas di planet ini selepas berjaya membina sebuah hotel 30 tingkat berukuran 183,000 kaki persegi hanya dalam masa 15 hari atau 360 jam tanpa melibatkan kecederaan mana-mana pekerjanya serta [...]

10 comments Read the full article →

Christchurch Bergegar Lagi

23.12.2011 Global

Bandar Christchurch, New Zealand hari ini bergegar lagi setelah dilanda gempa bumi pada kadar 5.8 magnitud pada jam 1.58 petang waktu tempatan. Gempa bumi hari ini adalah yang kedua pada tahun ini selepas gempa bumi teruk berlaku di bandar sama pada bulan Februari lepas dan yang ketiga terburuk dalam tempoh 15 bulan. Menurut sumber, gempa [...]

9 comments Read the full article →

Libya Diserang: Operation Odyssey Dawn vs Pencerobohan Salibi

20.03.2011 Global

Krisis di Libya yang bermula sejak Februari lepas kini mendapat campur tangan daripada tentera bersekutu Amerika (AS) dan Eropah. Tentera ini membentuk gabungan dan melakukan serangan ke atas pertahanan Presiden Muammar Gaddafi dan pasukan udaranya dengan peluru berpandu dan serangan udara pada 1645 GMT (12.45 pagi waktu Malaysia) menyebabkan sekurang-kurangnya 48 orang terbunuh. Menurut tentera [...]

0 comments Read the full article →

Pasca Gempa Bumi & Tsunami Jepun 2011

16.03.2011 Global

Kini negara Jepun dan rakyatnya sedang melalui pasca gempa bumi dan tsunami terburuk negara itu dalam tempoh 140 tahun. Walaupun sudah lebih kurang 5 hari ia berlaku, namun bagi mereka yang selamat, pengalaman berhadapan saat getir semasa bencana itu pasti memberi kesan dan sentiasa diingati sepanjang hayat mereka. Apa tidaknya, kesan gempa bumi dan tsunami [...]

14 comments Read the full article →

Fenomena Supermoon (Syzygy) 19 Mac 2011

14.03.2011 Global

Sejujurnya saya sendiri tidak tahu-menahu tentang fenomena supermoon yang bakal berlaku pada 19 mac 2011 nanti. Hanya selepas membaca artikel tentang tsunami yang melanda pantai timur Jepun jumaat lepas barulah saya mengetahui yang beberapa saintis kononnya telah memberi amaran mengenai pergerakan bulan yang boleh menyebabkan bencana alam di Bumi. Saya mencari maklumat berkaitan untuk menambah [...]

39 comments Read the full article →

Lagi Gempa 6.8 magnitud landa Honshu Jepun

13.03.2011 Global

Hari ini satu lagi gempa bumi dengan kekuatan 6.8 pada skala Richter melanda pantai timur Honshu di Jepun pada 9.26 pagi. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran berpusat di 181km dari timur laut Tokyo dan 4,092km dari timur laut Kudat, Sabah. Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. Pada tengah hari Jumaat lepas, [...]

0 comments Read the full article →

Kesan Gempa Bumi & Tsunami di Jepun (Gambar)

12.03.2011 Global

Pusat gempa bumi dan tsunami di Jepun berada pada kedudukan lebih 4,000 kilometer daripada tempat tinggal kami (di Utara Sabah), namun perasaan takut dan berjaga-jaga tetap ada disebabkan rumah kami memang hampir dengan pantai. Tambahan pula, hujan lebat sekali-sekala disertai dengan tiupan angin yang agak kencang sejak awal malam hingga tengah malam tadi menyebabkan hati [...]

55 comments Read the full article →

Tsunami Melanda Negara Jepun Mac 2011

11.03.2011 Global

Hari ini, Jepun dilanda tsunami setinggi empat meter (13 kaki) ekoran daripada gempa bumi berukuran 8.9 pada skala richter yang berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun. Di beberapa tempat sepanjang perairan Jepun, rakaman televisyen menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan ratusan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air di sepanjang perairan dekat pusat gempa. Pusat Amaran [...]

9 comments Read the full article →