Archive for the 'KUSNET/UtaraFM' Category

1Sabah dan Utara.FM di Akhbar

Masih ingat pos aku yang bertajuk UtaraFM Dihargai di Pitas? Kalau tak ingat atau belum baca, scroll jak entri di bawah tu atau klik pada tajuk di atas.. Nanti boleh nampak la tu entri tu..

Ari tu aku pos pasal UtaraFM, yang telah bersiaran langsung sempena Program Gaya Hidup Sihat anjuran Kementerian Belia dan Sukan Sabah dengan kerjasama Bulan Sabit Malaysia cabang Pitas, telah mula mendapat perhatian daripada beberapa pemimpin di daerah sendiri…(Sebelum ini kurang mendapat perhatian sebenarnya.. itu memang realiti)…

DJ Siiputt Sedang Beraksi

Nampaknya DJ Siiputt, DJ UtaraFM adalah antara yang paling sibuk petang tadi bagi mempersiapkan peralatan untuk bersiaran secara langsung dari Dewan Masyarakat Kota Marudu, Sabah sempena Konsert Mini Felix Agus (Bekas Peserta Akademi Fantasi). Selain DJ Siiputt, turut sibuk dengan persiapan itu termasuklah DJ Kupang, DJ Tom, DJ Nong, DJ MKA, DJ Batman, wady, kroniquecurl [...]

Raya Bersama DJ Muzik FM

Mungkin kalau dilihat pada wajahnya, masih ramai yang tidak mengenalinya. Namun kalau didengar pada suaranya, tentu ramai yang mengingati nama ini. Siapa tidak kenal dengan Ady Silantra, DJ Muzik FM yang selalu muncul dengan iklan-iklan Muzik FM yang semakin segar. Malah segmen Geng-Geng Tengah Malam dan Carta 20 MUZIKfm tetap jadi pilihan pendengar. Seperti tahun-tahun [...]

Terima Kasih Titan Loyal Marketing Sdn. Bhd.

Perjumpaan wakil Utara.FM yang diwakili oleh rumputt, Aldusuni dan DJ PP dengan 3 wakil dari Titan Loyal Marketing Sdn. Bhd. termasuk Pengarah Urusannya iaitu Nazrey Johani telah menghasilkan satu keputusan yang sangat memberangsangkan yang mana Utara.FM berkemungkinan besar akan melangkah ke dunia koporat. Selain terlibat dengan syarikat ini, Utara.FM juga akan menjadi promoter untuk album-album [...]

Nazrey Live @ Gerai PONet

Berkat usaha beberapa ahli KUSNET, terutamanya Tuan Aldusuni, akhirnya impian membawa Nazrey Johani, bekas penyanyi utama Kumpulan Raihan akhirnya terlaksana. Rata-rata ahli yang sempat bersama-sama di Gerai Ponet pada masa itu menyatakan rasa syukur dengan kehadiran beliau. Bahkan ada juga ahli yang seperti tidak percaya melihat Nazrey di Gerai Ponet. Saudara Nazrey yang ditemankan oleh [...]

Kami Bersedia

Kami bersedia menyahut cabaran Program 48 Jam Bersama DJ-DJ UtaraFM. Lihatlah antara gelagat kami yang sempat dirakamkan. Konti Sementara UtaraFM yang terletak di bilik 101, Hotel Marudu Inn, Kota Marudu. Minum petang bersama sebelum program bermula. Acara pembukaan Program. Pelancaran Program yang disempurnakan oleh Tuan Sanguru, Penasihat Komuniti Utara Sabah (KUSNET), yang juga pengerusi Gabungan [...]

Radio Internet Pertama di Pitas

Bukan mudah untuk mendengar nyanyian Bolvin John, Muari Upong, Muari Munabi, Mohd. Noor dan ramai lagi penyanyi kelahiran Pitas di corong-corong radio/speaker kita. Tapi PONET.fm tanpa segan silu menyiarkan lagu-lagu dalam bahasa Sungai/Tombonuo ini. Siap mempromosikan lagi. Go..PONET.fm, saya pasti akan menjadi pendengar setiamu. Kepada rakan-rakan Pitas, siapa lagi yang hendak kita sokong, jom! ke http://utarafm.net