Archive for the 'Peristiwa' Category

Expo Dunia Shanghai: Astaka Pavilion Malaysia Kurang Sambutan

Kita memang amat berbangga kerana negara turut berpeluang membuat pameran sempena Expo Dunia 2010 yang diadakan di Shanghai, China sejak 1 Mei 2010 lalu. Walaupun dalam keadaan ekonomi yang dikatakan agak merundum tahun ini, tetapi kerajaan masih dapat memperuntukkan sebanyak RM35 juta kepada Kementerian Pelancongan untuk menyertai pameran peringkat dunia itu. Malangnya, belumpun sampai separuh [...]

Badai Tropika Agatha di Guatemala: Bencana atau Peringatan?

Sedang saya mengikuti perkembangan berita dunia, terbaca 1 artikel berita berkenaan Badai tropika Agatha telah melanda Guatemala pada 31 Mei 2010 lepas. Apa yang menarik perhatian saya, gambar yang disertakan bersama artikel menunjukkan satu lubang besar (sinkhole) di permukaan bumi. Berdasarkan artikel, lubang besar yang terbentuk di bahagian utara Bandar Guatemala, adalah disebab hujan lebat. [...]

Kesultanan Melayu Melaka Diasaskan Pada Tahun 1262

Nampaknya catatan sejarah negara berkemungkinan akan berubah apabila dapatan hasil kajian sekumpulan penyelidik tempatan mendapati bahawa Kesultanan Melayu Melaka sebenarnya diasaskan pada tahun 1262 dan bukannya 1400. Dapatan ini tentunya akan memeranjatkan banyak individu atau pihak bagaimanapun menurut Datuk Dr. Mohd. Yusoff Hashim, pengerusi jawatankuasa berkenaan, keputusan itu adalah muktamad. MELAKA – Penemuan terbaru sekumpulan [...]

Hot FM Mini Jam, Kota Kinabalu, Sabah

Salam semua,
Kali ni nak kongsikan pula info tentang HOT FM Mini Jam yang akan diadakan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah pada 08 Mei 2010 nanti. Sebenarnya events ni dah lama diwar-warkan di Hot FM, tapi tak ada kesempatan nak kongsikan disebabkan kesibukan yang melampau.

Sekarang dah ada masa senggang ni, bolehlah tuliskan sedikit info pasal Mini Jam tu. Bukan apa, bagi yang duduk di kawasan yang dapat frekuensi radio HOT FM tu, memang boleh katakan hari-hari dengar deejay bagitau perkara ni. Tapi bagi yang duduk di daerah saya (Pitas) dan daerah berhampiran, macam Kota Marudu, memang kempunan dengar HOT FM melalui radio.. melainkan dengan melalui internet.

1Sabah dan Utara.FM di Akhbar

Masih ingat pos aku yang bertajuk UtaraFM Dihargai di Pitas? Kalau tak ingat atau belum baca, scroll jak entri di bawah tu atau klik pada tajuk di atas.. Nanti boleh nampak la tu entri tu..

Ari tu aku pos pasal UtaraFM, yang telah bersiaran langsung sempena Program Gaya Hidup Sihat anjuran Kementerian Belia dan Sukan Sabah dengan kerjasama Bulan Sabit Malaysia cabang Pitas, telah mula mendapat perhatian daripada beberapa pemimpin di daerah sendiri…(Sebelum ini kurang mendapat perhatian sebenarnya.. itu memang realiti)…

UTARA.FM DIHARGAI DI PITAS

Program Gaya Hidup Sihat anjuran Kementerian Belia dan Sukan Sabah dengan kerjasama Bulan Sabit Malaysia cabang Pitas telah disempurnakan perasmian penutupannya oleh Ybhg. Encik Sapdin Ibrahim, Pegawai Daerah Pitas.

Utara.FM telah menyiarkan secara langsung program tersebut melalui frekunsi di www.utarafm.net. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pegawai Daerah, Encik Justin Akun (Pengerusi Pelaksana) dan VIP-VIP yang hadir kerana menyambut baik kehadiran Utara.FM. Utara.FM dihadiri oleh DJ rumputt, Tuan kulanz, DJ PP, DJ siiputt, DJ mka, wxyz dan wady. .

Server Overloading

Semalam blog ni tidak dapat diakses disebabkan akaun aku kena suspended. Kenapa sampai kena suspended? Bukan sebab aku belum bayar lagi.. tapi sebab server overloading.

Mulanya aku sendiri tak perasan yang akaun kena suspended… lepas install satu pluggin tu, aku try masukkan satu url guna widget tu.. pastu aku reload balik page.. Sementara tu aku buka peti email untuk check email baru.

Pesta Jagung Kota Marudu, Sabah 2009

Maize Festival or also known as “Pesta Jagung” by the local people will be held in Nov, 20th – 22nd, 2009, in Kota Marudu District, about 130 km or two hours drive from Kota Kinabalu, Sabah.

Maize or “jagung” is one of the many agricultural products in the state that has provided an important economic contribution to the lives of mainly the Kadazan-Dusun communities in Kota Marudu.

Just like the other agriculture-based celebrations, this annual festival promises to be another exciting event that should not be missed by any visitor to Sabah. This event serves to highlight the significance of this plant to the people. Of course there will be plenty of fun too with “jagung”…