Archive for the 'Pitas' Category

Pembangunan Infrastruktur dan Minda Tidak Selari

Malam Ahad lepas, saya meluangkan masa membawa keluarga jalan-jalan di Dataran Bengkoka, salah satu tempat rekreasi  atau destinasi pelancongan paling dekat dengan rumah. Disebabkan kesibukan, sudah beberapa bulan saya tidak menjejak kaki ke sana, walaupun tempat tu sebenarnya saya lalui setiap kali pergi dan balik kerja. Memang banyak perubahan yang berlaku di kawasan tersebut. Ada [...]

Kolej Komuniti Akan Dibina di Daerah Pitas

….sebuah kolej komuniti akan dibina di daerah Pitas. Difahamkan sebanyak RM20 juta akan diperuntukan untuk pembinaan kolej berkenaan. Apa yang saya tahu, kolej komuniti merupakan sebuah kolej di bawah pengurusan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (MOHE). Setiap kursus jangka panjang (sepenuh masa) atau kursus jangka pendek yang disediakan oleh kelej berkenaan adalah diikhtiraf oleh kerajaan Malaysia. Apa yang lebih penting lagi, kolej komuniti ini pastinya akan menyediakan peluang pendidikan kepada masyarakat di daerah Pitas dan juga di sekitarnya.

Malubang dan Lagenda Kapal Nahkoda Supirak

Mungkin nama Nahkoda Supirak masih terlalu asing bagi anda, tetapi bagi penduduk Kampung Malubang dan kebanyakan masyarakat di daerah Pitas (Sabah), mereka bukan sahaja dapat menunjukkan di mana terletaknya Pulau Supirak, tetapi juga pastinya dapat menceritakan kisah bagaimana asal-usul kejadian pulau yang menyerupai kapal itu. Apa tidaknya, kisah Nahkoda Supirak dan kapalnya yang sama seperti [...]

1Sabah dan Utara.FM di Akhbar

Masih ingat pos aku yang bertajuk UtaraFM Dihargai di Pitas? Kalau tak ingat atau belum baca, scroll jak entri di bawah tu atau klik pada tajuk di atas.. Nanti boleh nampak la tu entri tu..

Ari tu aku pos pasal UtaraFM, yang telah bersiaran langsung sempena Program Gaya Hidup Sihat anjuran Kementerian Belia dan Sukan Sabah dengan kerjasama Bulan Sabit Malaysia cabang Pitas, telah mula mendapat perhatian daripada beberapa pemimpin di daerah sendiri…(Sebelum ini kurang mendapat perhatian sebenarnya.. itu memang realiti)…

UTARA.FM DIHARGAI DI PITAS

Program Gaya Hidup Sihat anjuran Kementerian Belia dan Sukan Sabah dengan kerjasama Bulan Sabit Malaysia cabang Pitas telah disempurnakan perasmian penutupannya oleh Ybhg. Encik Sapdin Ibrahim, Pegawai Daerah Pitas.

Utara.FM telah menyiarkan secara langsung program tersebut melalui frekunsi di www.utarafm.net. Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pegawai Daerah, Encik Justin Akun (Pengerusi Pelaksana) dan VIP-VIP yang hadir kerana menyambut baik kehadiran Utara.FM. Utara.FM dihadiri oleh DJ rumputt, Tuan kulanz, DJ PP, DJ siiputt, DJ mka, wxyz dan wady. .

Kem Serumpun: Catatan Hari Keempat – Salam Perpisahan

Setelah empat hari tiga malam mengikuti Kem Serumpun, kini tibalah masa untuk acara perpisahan. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Encik Halim Bidin, Pegawai Pelajaran Daerah Pitas.  Dalam majlis itu, selain acara penyampaian sijil dan hadiah kepada para peserta serta cenderakenangan kepada setiap sekolah, persembahan kebudayaan turut dipersembahkan. Kem serumpun ini pastinya meninggalkan banyak kenangan pahit [...]

Kem Serumpun: Catatan hari Ketiga – Tempias Parma?

Perjalanan program Kem Serumpun pada hari ketiga tidak seperti yang dijangkakan. Kerisauan yang dipendam dua tiga hari lepas kini benar-benar terjadi. Begitulah ketentuan Yang Maha Kuasa. Pukul 6.30 saya datang ke tapak perkhemahan. Lebih awal daripada yang sepatutnya. Keadaan tapak perkhemahan yang saya lihat dalam kesamaran pada malam sebelumnya kini lebih jelas kelihatan. Sudah banyak [...]

Kem Serumpun: Catatan Hari Kedua

Program Hari Kedua berjalan seperti perancangan dengan beberapa lagi aktiviti dilaksanakan. Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama akan mengikuti rombongan lawatan ke luar daerah, iaitu lawatan ke Tanjung Sempang Mengayau yang terletak di daerah Kudat. Sementara kumpulan yang kedua melaksanakan aktiviti di tapak perkhemahan. Pembahagian kepada dua kumpulan ini dilakukan disebabkan kesukaran pihak penganjur [...]