Archive for the 'sosial' Category

Pekerja Sosial Sebagai Broker

Dalam pengertian umum, seorang broker adalah orang perantaraan bagi membeli dan menjual saham di pasaran modal, hartanah dan surat berharga lainnya. Dalam sesuatu urusniaga, seorang beroker akan berusaha untuk meminimumkan kos tetpai memaksimumkan keuntungan daripada sesebuah transaksi tersebut sehingga klien dapat memperoleh keuntungan seberapa sebesar yang boleh. Semasa seorang klien mendapatkan bantuan atau perkhidmatan seorang broker, klien meyakini bahawa broker tersebut memiliki pengetahuan mengenai pasar modal serta urusniaga lain terutama berdasarkan pengalamannya sehari-hari.

Pekerja Sosial Sebagai Pemungkin (Enabler)

Kerja sosial merupakan satu profesion yang memerlukan kita bekerja secara terancang bagi memajukan keadaan sosial sebuah masyarakat, terutamanya bagi mereka yang mempunyai kekurangan atau kelemahan tertentu, di samping menyediakan psikologikal runding cara, tunjuk ajar, dan bantuan, terutamanya dalam bentuk perkhidmatan sosial.

IFSW General Meeting yang diadakan di Montreal, Kanada pada bulan Julai 2000 telah memberikan takrif baru kerja sosial yang boleh diterima di peringkat antarabangsa. Takrif baru ini telah menyisipkan nilai-nilai kemasyarakatan abad ke-21 yang lebih dinamik dan berkembang serta menyeluruh. Berdasarkan takrif yang dipersetujui itu, kerja sosial boleh didefinisikan sebagai satu bidang tugas yang bertujuan utuk meningkatkan perubahan sosial, menyelesaikan masalah dalam perhubungan manusia dan pendaulatan dan pembebasan manusia untuk mengukuhkan kesejahteraan. Takrif ini ditetapkan berdasarkan teori-teori perilaku manusia dan sistem-sistem sosial yang terlibat. Prinsip-prinsip hak asasi manusia dan keadilan sosial adalah asas untuk kerja sosial.