≡ Menu

Cerita Hari Rabu

Kota Kinabalu

Awal pagi Rabu selepas bersahur, saya bertolak ke Kota Kinabalu atas urusan kerja. Kali ni saya jalan seorang  diri sebab isteri tak dapat cuti pada pagi hari Rabu tu. Isteri dan anak-anak hanya akan menyusul pada petang tu sebab kebetulan isteri sayapun ada urusan kerja pada hari berikutnya. Kalau dah dua-dua berurusan, terpaksalah masing-masing bawa kereta. Anak-anak pun terpaksa ikut sekali. Lagipun, rancangan kali ni akan terus berada di Kota Kinabalu sehingga hari Ahad sebab nak menghadap dua lagi kertas peperiksaan untuk semester ni, pada hari Khamis dan Ahad.

Jadi petang tu, isteri dan anak-anak bertolak dari kampung. Tak sangka pula petang Rabu tu hujan di Kota Kinabalu. Kereta saya yang satu tu sebenarnya pantang jalan masa hujan, terutamanya kalau air bertakung di atas jalan.  Memang sah penyakit kroniknya datang. Enjin hidup tapi tak cukup kuasa untuk gerakkan kereta. Signal enjin di dasboard pula akan menyala. Tak pastilah apa punya kerosakan. Bukan tak nak bawa ke bengkel. Hari tu masa kereta tersadai di Kota Belud, dah bawa pun ke bengkel. Diorang dah buat diagnostic test guna komputer tapi masih tak dapat kesan. Taukey bengkel kata mungkin masalah berpunca daripada sensor, tapi nak cari sensor yang mana satu tu yang jadi masalahnya.  Ada tak sesiapa tahu pasal masalah macam tu? Kereta tu jenis Prado TZ 1KZ.  Kalau ada yang tahu tolong-tolonglah kongsikan.

Toyota Prado

Berbalik kepada cerita petang semalam, selepas isteri saya maklumkan kereta bermasalah, saya terus datang. Nasib baik tak jauh sangat dari rumah saya di Kota Kinabalu. Lebih kurang 20 minit perjalanan dari rumah, dah sampai sana. Masa tu lebih kurang jam 6.40 petang. Berbuka puasa dalam perjalanan. Isteri dan anak-anak tersadai di tempat tu dah hampir 1 jam. Kasihan juga diorang kelaparan. Saya bawa terus ke 1Borneo dan cari restoran. Tak sempat buat pilihan dah. Singgah saja di restoran Kenny Rogers. Order mana-mana yang ada. Memang berselera anak-anak makan, maklumlah dah lama menunggu tepi jalan tadi.

Ayam Panggang

Setelah berehat dan beli barang keperluan, kami balik ke tempat kereta yang ditinggalkan. Try start enjin kereta dan nampak masalah tadi tu dah settle. Barulah lega hati dan dapat meneruskan perjalanan untuk balik ke rumah. Sampai lebih kurang jam 10.00 malam.

Walaupun letih, saya sempat juga buka pc untuk rujuk nota-nota bagi persediaan menghadapi peperiksaan pagi esoknya (pagi tadi). Lepas tu buka peti email untuk rujuk mesej terkini. Tak lama menghadap nota-nota, mata mengantuk sangat dan sedia untuk tidur.

Kemaskini: Masalah Prado Tz saya yang hilang kuasa apabila hujan/basah adalah disebabkan oleh Throttle Position Sensor (TPS). Alat gantian mudah didapati. Kos untuk mengganti + upah di Sabah sekitar RM450.

About the author: Kulanzsalleh

{ 31 comments… add one }

  • ashraf August 19, 2010, 10:17 pm

    Tak dapat den nak nolong..sebab kereta tu takda depan mata…lagipun saya tak pernah mengalami masalah macam tu…hehe :)

  • mrnamie August 19, 2010, 10:28 pm

    hehe.. kalau kat Sabah saya tengok kebanyakannya guna 4wd punya kereta kan… lagi-lagi yang jenis hilux. sekadar pengalaman melancong ke Sabah..

    • kulanz August 19, 2010, 11:26 pm

      aah, betul tu, sebab keperluan.. jalan di sini teruk sangat jadi terpaksa guna kereta yang tahan lasak

  • donnyien August 19, 2010, 10:35 pm

    jom buka puasa dulu baru angkat keta terbalik tu kulan :)

    • kulanz August 19, 2010, 11:27 pm

      memang lepas buka baru bawa balik kereta tu :)

  • iza August 19, 2010, 10:45 pm

    Salam…
    Patut pun sunyi je….gud luck.
    Hmmmm….kalau bab sensor tu…(cewahh, menyibuk jgk hal lelaki).
    Kalau ada lampu menyala kat dashbord tu mmg sensornya rosak sbb kereta Honda saya dulu lepas tukar enjin, sensor tu tak berfungsi. Boleh berjalan cuma berat sikit dan tak boleh laju macam biasa. Dalam RM300 kot kalau baiki benda tu…Kalau tak baiki, menyala la sampai bila2 lampu tu…nk memandu pun tak seronok sebab tekan minyak kuat pun rasa berat je nk jalan.

    • kulanz August 19, 2010, 11:31 pm

      Salam,
      mungkin betullah kereta akupun ada masalah sensor..
      sebab kalau lepas kena percikan air, lampu enjin di dashboard akan menyala.. time tu memang kelajuan paling-paling 20-30 km/j walaupun dah tekan pedal minyak sampai habis… bukit rendah gerenti x boleh naik..
      tapi tu lah diorang tak dapat kesan sensor yang mana satu..

  • cikmin August 19, 2010, 11:21 pm

    cikmin jugak tak pakar tentang 4wd ni..

    p/s makaroni tu menu cikmin jugak malam ni..tapi lain sikit lah..

    • kulanz August 19, 2010, 11:32 pm

      hehe, xpa cikmin :)
      makaroni memang sedap kalau jarang2 makan..

  • zik August 19, 2010, 11:24 pm

    tak tahu macam ne nak tolong bro..hurm… mungkin air bateri kot???

    • kulanz August 19, 2010, 11:33 pm

      xpa bro.. :)
      rasanya air bateri xda masalah juga..

  • boy_bersahaje August 19, 2010, 11:39 pm

    dugan di bulan puasa kan bro. apa-apa pun, makanan tu buat saya nak keluar makan lagi lepas ni muahahhahaha

    • kulanz August 20, 2010, 1:17 am

      memang dugaan bro..
      wah, boleh juga tu makan lagi bro, terus untuk bersahur :D

  • wazy August 20, 2010, 12:03 am

    Banyak gak modal kalau guna 4wd ni kan bro

    • kulanz August 20, 2010, 1:22 am

      kadang banyak juga bro, tapi bergantung pada tujuan juga

  • Syafrizal August 20, 2010, 12:21 am

    Kenny Rogers tu… sedapnya.. hehe…

  • krulayar August 20, 2010, 5:58 am

    ‘KIAMAT DAN KEADAANNYA’

  • hanif August 20, 2010, 6:43 am

    Susah gak lau macamni,skrang pn musim hujan..sbar je bro..mgkin nak kena tnya mekanik yg berpengalaman bab2 sensor ni

    • kulanz August 24, 2010, 10:35 pm

      aah bro, kena sabar dulu sampai masalah tu selesai.
      thanks bro

  • tehr August 20, 2010, 6:56 am

    saya hanya tahu isi petrol dan angin tayar je…
    hehehe

  • Amir August 20, 2010, 9:21 am

    kesiannya. xpela ujian di bulan Ramadhan. :-)
    makan kat kenny rogers cm best je. xpenah lagi makan kt situ.

  • ishak August 20, 2010, 1:51 pm

    teruk jugak kalau macam tu…..tapi ini ujian bulan ramadhan….

  • zezebel August 20, 2010, 2:08 pm

    Kat sabah memang macam ni kan? Kalau ada kereta rosak lebih baik mintak tolong dengan saudara mara kalau dah malam. Insuran bayar pun tak guna. Hehehehehe…. Mcm la saya ada kereta.

  • suri August 20, 2010, 11:59 pm

    tgok pic trus rasa lapar heee..tapi mkanan dia mahal bro..skli makan jadilah dpt rasa heee

  • Samdaddycool August 21, 2010, 2:49 am

    PEning juga kereta jadi macam tu. Sampai pomen pun tak dapat selesai masalah. Kesian budak-budak tu tunggu 1 jam.. tapi berbaloi dapat makan kenny rogers.. hhehehee

  • Mentol Bulat August 21, 2010, 11:36 pm

    Sahabat ini baru dikatakan dugaan dalam bulan Puasa… allh menguji kesabaran keatas umatnya…

  • mancai August 23, 2010, 3:54 am

    pengalaman aku dengan kereta macam ni reset je computer box… sekadar pandangan

  • muhammad azizi nun February 1, 2011, 9:02 pm

    ?!