Home >> Semasa >> Cikgu ajar seks lebih power

Cikgu ajar seks lebih power

by Kulanzsalleh on August 30, 2010

Bagi saya, kalau cikgu ajar pendidikan seks secara sihat di sekolah bukanlah suatu kesalahan. Cikgu miliki laman web promosi ubat tahan lama seks pun tidaklah jahat sangat pun. Tapi kalau cikgu mempromosi dan mengedar ubat power supaya lebih tahan lama melakukan seks kepada pelajar di sekolah, tu memang tak boleh diterima langsung!

Apapun, sila baca dulu berita berikut sebelum buat sebarang kesimpulan.

Johor Bahru: ‘Cikgu Power.’ Itu gelaran untuk seorang ketua guru disiplin yang didakwa bukan saja memiliki laman web menjual ubat perangsang seks, malah sanggup mempromosikan produk terbabit kepada pelajar sebuah sekolah menengah di bandar raya ini.

Guru lelaki berusia 30-an itu menjadi pengedar ubat kuat menerusi laman web di Internet dan turut cuba mempengaruhi pelajar sekolah itu menjadi pelanggannya menerusi pengedaran risalah secara berleluasa. Dia juga didakwa berkongsi pengalaman penggunaan produk perangsang seks itu bersama pelajar sekolah sebelum perbuatannya terbongkar.

Bapa pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Min berkata, dia terkilan apabila mengetahui ketua guru disiplin itu penjual ubat kuat seks dan memiliki laman web sendiri bagi mempromosikan barangan berkenaan. “Lebih mengejutkan, guru itu sanggup memaparkan gambarnya di laman web itu tanpa memikirkan kesan negatifnya terhadap profesion perguruan dan mencalarkan imej serta nama baik sekolah.

“Dia sepatutnya menjadi contoh baik dan bukan memperoleh pendapatan sampingan dengan menjual produk seumpama itu,” katanya di sini, semalam.

Min mula menyedari perbuatan tidak bertanggungjawab guru itu selepas mendapati anaknya yang belajar di sekolah itu membawa pulang beberapa risalah bertajuk ‘Abang Best’.

“Saya terkejut kerana laman web produk itu yang tercatat pada risalah memang wujud dan ia bertujuan mempromosikan sejenis gel bagi mengatasi masalah ejakulasi pramatang. Laman web itu amat tidak sesuai bagi tatapan pelajar kerana ia boleh membawa pengaruh buruk dan penularan gejala sosial,” katanya yang berharap guru terbabit dikenakan tindakan bagi mengelak perbuatannya berterusan.

Ibu bapa pelajar sekolah itu juga ada membuat laporan di Balai Polis Skudai di sini, pada 16 Ogos lalu selain mengemukakan aduan kepada pihak pengurusan sekolah.

Aduan turut dikemukakan di Jabatan Pelajaran Johor selain Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pelajaran Johor, Sufa’at Tumin, berkata pihaknya menerima aduan ibu bapa pelajar berkaitan dakwaan terhadap guru terbabit dan siasatan terhadap guru itu dijalankan.

Inilah screen capture laman web “Abang Power” yang dimaksudkan. Lebih kurang sama paparan seperti yang dimuatkan di dalam berita.

abang power

 

 

Saya ingin mengemukakan pandangan hasil daripada beberapa potong ayat yang terdapat pada berita berkenaan.

“Kami perlu meneliti pekeliling pelantikan jawatan sebagai guru sama ada membenarkan seseorang untuk berniaga di luar. Kami juga akan menyiasat dakwaan yang menyatakan guru terbabit cuba mempengaruhi pelajar,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dari segi peraturan/undang-undang, Penjawat awam (termasuk guru) dibolehkan melakukan kerja luar dengan mematuhi Perintah Am Bab ‘D’, Bahagian II, Kelakuan 5 (1), (2) dan (3) seperti berikut:-
(1) Seorang pegawai dilarang melakukan pekerjaan-pekerjaan berikut kecuali atas arahan Ketua jabatannya:
(a) Perusahaan komersial, pertanian dan perindustrian
(b) Mendapat upah daripada mana-mana institusi, syarikat, firma atau individu persendirian
(c) Memberikan khidmat kepakaran untuk tujuan lain sama ada secara percuma atau berbayar.
(d) Bertugas sebagai wasi, pentadbir atau penerima.

(2) Bagaimanapun seorang pegawai dibenarkan melakukan kerja-kerja disebutkan di atas dengan syarat telah memohon secara bertulis dan telah mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan

(3) Pertimbangan ke atas kelulusan/kebenaran tersebut adalah atas syarat:
(a) Tidak dilakukan semasa waktu bekerja/pejabat
(b) Tidak menjejaskan sebagai penjawat awam
(c) Tidak dengan apa-apa cara berkecenderungan bercanggah dengan kepentingan jabatan.

Bagaimanapun pihak terbabit perlu menyiasat sama ada kebenaran kepada guru berkenaan telah diberikan atau sebaliknya.

 

 

Lebih mengejutkan, guru itu sanggup memaparkan gambarnya di laman web itu tanpa memikirkan kesan negatifnya terhadap profesion perguruan dan mencalarkan imej serta nama baik sekolah.”

“Laman web itu amat tidak sesuai bagi tatapan pelajar kerana ia boleh membawa pengaruh buruk dan penularan gejala sosial,” katanya yang berharap guru terbabit dikenakan tindakan bagi mengelak perbuatannya berterusan.

Saya sempat melihat laman promosi yang dimaksudkan. Meneliti setiap baris-baris kata yang digunakan. Saya dapati tidak ada mana-mana ayat yang menyebut secara jelas bahawa dia merupakan seorang guru dan tidak ada juga ayat yang mengaitkan nama sekolah. Yang ada dinyatakan hanyalah nama penuh (jika benar) dan kelulusan beliau. Di samping itu, tidak ada juga ayat yang berbaur lucah atau mengajak orang lain melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Pada saya ayat yang digunakan adalah ayat-ayat biasa yang juga digunakan oleh kebanyakan laman untuk mengiklan produk seperti itu. Cuma tidak pasti jika terdapat laman web lain, selain daripada yang saya jumpai.

Guru lelaki berusia 30-an itu menjadi pengedar ubat kuat menerusi laman web di Internet dan turut cuba mempengaruhi pelajar sekolah itu menjadi pelanggannya menerusi pengedaran risalah secara berleluasa. Dia juga didakwa berkongsi pengalaman penggunaan produk perangsang seks itu bersama pelajar sekolah sebelum perbuatannya terbongkar.

 

“Seorang ibu bapa mula menyedari perbuatan tidak bertanggungjawab guru itu selepas mendapati anaknya yang belajar di sekolah itu membawa pulang beberapa risalah bertajuk ‘Abang Best’.

Jika benar didapati guru terbabit mempromosikan produk dan laman web berkenaan kepada pelajarnya, itu memang tindakan yang terang-terangan salah. Mana patut guru berkenaan jual ubat tahan lama seks kepada pelajar.  Kesalahan besar tu. Bagi sayalah, daripada cikgu jual ubat tahan lama seks tu di sekolah, baik dia jual kondom kepada pelajar. Memanglah jual kondom tu pun salah juga, tapi sekurang-kurangnya tu lebih baik sebab dapat mencegah pelajar mengandung. Ni kalau dia jual ubat tahan ejakulasi kepada pelajar, takut pula ada pelajar test ‘power’ kepada 2-3 orang pelajar sekaligus, kan lebih teruk!

Apapun, dalam hal ni saya memang memihak kepada kesemua yang terbabit. Jadi diharap pihak yang menyiasat kes ni perlulah juga menjaga kepentingan semua yang pihak. Siasatan biar adil, jaga kebajikan guru, jaga kepentingan pelajar dan jaga kepercayaan ibu bapa. Diharap juga, tidak ada pihak yang menyalahkan sesiapa dalam hal ini selagi kes belum selesai.

Baca berita lanjut: Guru Disiplin Promosi Ubat Seks


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

Leave a Comment

Previous post:

Next post:


leaderboard denaihati Banner