Home >> Personal >> Cikgu Tidak Pernah Bercintakah?

Cikgu Tidak Pernah Bercintakah?

by Kulanzsalleh on March 26, 2012 · 27 comments

Hari ni murid-murid di sekolah cikgu happy sangat sebab dapat rasa kemudahan yang disediakan Perpustakaan Bergerak Negeri Sabah. Maklumlah jarang-jarang dapat kemudahan macam ni, jadi excited tu perkara biasalah kan. Lepas masing-masing dapat buku dan masuk ke kelas, cikgu mula sibuk bertanya apa buku yang dipinjam oleh murid-muridnya.

Perpustakaan Bergerak

Cikgu: Wah, seronoknya dapat pinjam buku dari perpustakaan bergerak!
Murid: Besttt.. cikguuu.. banyak ooo buku sanaaa…
Cikgu: Berapa buku seorang pinjam?
Murid: Duaaa… Satuuu..
Cikgu: Ada kata dua, ada kata satu. Berapa sebenarnya buku yang kamu pinjam?
Murid: Duaaa… Satuuu..
Cikgu: Aikk.. mana satu betul ni, dua kah satu? (Sambil menunding jari pada beberapa orang murid) Kamu pinjam berapa?
Murid: Sya pinjam dua cikgu… kami pinjam satu cikgu..
Cikgu: Ooo.. tak kisahlah, janji ada juga buku yang kamu pinjam. Kamu suka buku yang macam mana?
Murid: Cintaaa.. cintaaa… cintaaa…. Kami pinjam novel cinta cikgu…
Cikgu: Eh, mana boleh pinjam novel cinta.
Murid: Best bah tu cikgu baca novel cinta. Cikgu tidak pernah bercintakah?

Novel Remaja

Hurmm… tak perasan cikgu yang budak-budak sekarang memang dah advance. Berbeza waktu cikgu sekolah rendah dulu.


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 27 comments… read them below or add one }

1 iza March 26, 2012 at 10:51 pm

Assalam…
Saya tak bercinta tapi pernah juga pinjam novel cinta dulu di perpustakaan desa, bawa ke sekolah, tiba2 kena rampas. Nasib baik cikgu tu pulangkan, kalau tidak, entah macam mana nak jawab.
iza recently posted..Segmen Alexa: Review BlogMy Profile

Reply

2 kulanz March 27, 2012 at 10:54 pm

Wassalam,
Selalunya memang cikgu tak benarkan pelajar pinjam novel macam tu :D

Reply

3 anif March 27, 2012 at 12:53 am

Zaman saya belajar dulu.. Cikgu-cikgu kata novel sebegini adalah sampah!
anif recently posted..F1 – Fernando Alonso Menang di SepangMy Profile

Reply

4 kulanz March 27, 2012 at 10:54 pm

cikgu cakap direct to the point tu.. :D

Reply

5 lunaticg March 27, 2012 at 1:01 am

Sekarang ni budak sekolah rendah pun dah pandai bercinta.
Banyak tgk cikgu2 share nota2 cinta mereka kat FB, nak tergelak baca… :D
lunaticg recently posted..Malaysia 1st series coin designerMy Profile

Reply

6 kulanz March 27, 2012 at 10:56 pm

tu lah kepandaian budak2 zaman sekarang.. tak cemerlang tulis karangan BM, dapat tulis surat cinta pun jadik lah :D

Reply

7 akubiomed March 27, 2012 at 1:03 am

Ketika zaman sekolah dahulu saya tidak membaca buku novel cinta sebalik ke perpustakaan untuk membaca suratkhabar. :-)
akubiomed recently posted..Lelaki kacak akan mengalah dahulu sebelum berjayaMy Profile

Reply

8 kulanz March 27, 2012 at 10:59 pm

baca surat khabar lagi berfaedah..
aku suka buku2 adventure masa sekolah dulu..

Reply

9 rahman March 27, 2012 at 1:08 am

cikgu dulu banyak tengok gaban.. memanglah lain hehe
rahman recently posted..Kasih sayang dan rahmat di hari lahirMy Profile

Reply

10 kulanz March 27, 2012 at 11:00 pm

layan gaban dan sasuka, hahaha

Reply

11 azmanisma March 27, 2012 at 1:37 am

hehehe…bebudak sekarang mmg advance…tu yg bila besar nanti byk yg hancus…
azmanisma recently posted..Taik Burung Ada OngMy Profile

Reply

12 kulanz March 27, 2012 at 11:00 pm

tak apa bro.. nanti diorang boleh jadi pelakon drama cinta :D

Reply

13 tehr March 27, 2012 at 2:48 am

cikgu tak tanya lagi tu ada akaun facebook ke tidak
budak2 sekarang, memang kat mana2 pun lebih maju dari mak ayah
cikgu pun tak terlawan
tehr recently posted..Pantun BinatangMy Profile

Reply

14 kulanz March 27, 2012 at 11:01 pm

tak perlu tanya bro.. memang itulah cerita diorang setiap hari.. :)

Reply

15 Shahrul March 27, 2012 at 9:42 am

buku cinta yang dia orang cari…tapi boleh juga tambah ilmu penulisan nanti
Shahrul recently posted..Lelaki KacakMy Profile

Reply

16 kulanz March 27, 2012 at 11:02 pm

kalau diorang ambil tauladan dari cerita okey juga..

Reply

17 Mahamahu March 27, 2012 at 9:59 am

Jom ramai2 sertai ‘Projek Amal Blogger’ dengan moto kami prihatin kami hebah… Pasti menarik jom sertai di sini http://www.mahamahu.com
Mahamahu recently posted..Mencari Blogger Untuk ‘Projek Amal Blogger’My Profile

Reply

18 kulanz March 27, 2012 at 11:02 pm

Terima kasih atas jemputan :)

Reply

19 Cikgu Hairul March 27, 2012 at 10:55 pm

ada juga mereka minat membaca. Kalau dipupuk dan dipandu dengan betul, bila besar nanti Inayallah akan timbul membaca jurnal pulak.
Cikgu Hairul recently posted..Apa Salah Kita?My Profile

Reply

20 kulanz March 27, 2012 at 11:03 pm

betul juga.. lepas ni nak bimbing budak2 tu.. :)

Reply

21 titan March 27, 2012 at 11:50 pm

selalu pinjam buku penyiasatan aje. haha..
titan recently posted..Disebalik kekacakan WootMedia..My Profile

Reply

22 kulanz March 28, 2012 at 11:32 am

Sama mcm aku juga :)

Reply

23 Jomtonton March 28, 2012 at 12:04 am

Dulu suka beli buku Ahadiat Akashah. Kat lib sekolah tak ada buku cinta nak pinjam. heheheh
Jomtonton recently posted..Angry Birds Space Melastik ke BintangMy Profile

Reply

24 kulanz March 28, 2012 at 11:34 am

Penulis terkenal tu.. Akupun ada baca juga buka dia

Reply

25 segalabenda April 1, 2012 at 11:09 pm

samalah dengan kes aku bro..bila datang syarikat jual buku-buku, budak-budak bukan beli buku untuk pelajaran, dok beli buku novel cinta..pastu kite kat depan mengajar depa tunduk bawah meja, ingatkan buat ape rupanya layan novel. Apalagi rampas aje la
segalabenda recently posted..Prestasi Segalabenda.comMy Profile

Reply

26 suri April 5, 2012 at 11:36 am

haaa… dulu zaman saya novel ini tak der dlm gedabak bas bergerak tu..buku2 sains, majalah saians, buku tauladan adalah huhu…

Reply

27 suri April 5, 2012 at 11:37 am

terlihat novel lama tu hee.. tahun berapa tu bro? dulu pinjam buku sekejap jer tak smpi smggu klu nak pinjam lama2 ke pi perpustakaan tu balik tunjuk buku tu kat dia baru blh buat sambungan pinjaman lgi

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post:

leaderboard denaihati Banner