Ciri-ciri Pemimpin Yang Baik

Sambungan daripada entri Model Kepimpinan

Kejayaan sesebuah organisasi bergantung ke atas prestasi kolektif pentadbirnya, iaitu orang yang mengarah kerja dan memimpin kakitangan keseluruhannya. Pemimpin (atau Ketua Jabatan) secara bersendirian mesti mendapatkan kerjasama secara sukarela daripada rakan sejawatnya kerana proses kepimpinan memang melibatkan dua orang atau lebih. Seorang daripadanya cuba membimbing dan mendorong yang lain dalam usaha mencapai matlamat sistem. Dalam proses perhubungan Ketua Jabatan dan kakitangan, terdapat banyak aspek yang perlu diberi perhatian.

Misalnya, bagaimanakah seorang Ketua Jabatan mempengaruhi tingkah laku kakitangan supaya dapat menghasilkan output yang sempurna. Sebagai contoh dalam situasi sekolah misalnya, pengetua/guru besar dan guru-guru berusaha melahirkan pelajar yang sempurna dari segi mental, fizikal, rohani dan jasmani. Seorang pengetua/guru besar mesti mempunyai ciri-ciri kepimpinan, agar mendapat kerjasama dan diterima oleh semua kakitangan di sekolah.

 

Apabila seseorang itu berjaya memimpin, ini bermakna dia berjaya mempengaruhi anggota-anggota yang lain di dalam organisasi itu. Kebolehan mempengaruhi bergantung kepada unsur yang penting iaitu kuasa yang ada pada seseorang itu. Mengikut Dr Robiah Sidin (1988), dalam bukunya ‘Asas Pentadbiran Pendidikan’, beliau menegaskan bahawa secara umumnya ada dua jenis kuasa yang boleh dipegang oleh seseorang pemimpin itu. Pertama, kuasa yang datang dengan jawatannya di dalam organisasi itu dan kedua, kuasa yang berpunca daripada keadaan dirinya sendiri atau kuasa individu. Kuasa yang bersangkut paut dengan jawatan adalah penting kerana memberi kepercayaan kepada anggota-anggotanya. Walaubagaimanapun untuk seseorang itu kekal menjadi pemimpin dia mesti juga mempunyai kuasa yang berunsurkan kebolehan tersendirinya. Ini termasuklah:

1. Mentaliti

  • Kebijaksanaan atau kebolehan membuat perhitungan yang jauh sebelum bertindak dengan menilai antara yang baik dan buruk berdasarkan pertimbangan ilmu dan pengalaman.
  • Keberanian atau kesungguhan serta kesanggupan menghadapi cabaran dan masalah serta risiko, baik yang berpunca dari luar diri atau dalam diri sendiri.
  • Mempunyai inisiatif atau tindakan yang dimulakan sendiri tanpa menunggu orang lain datang kepadanya minta bertindak.
  • Mempunyai kreativiti sendiri, terutamanya dalam menyelesaikan masalah-masalah yang wujud dalam organisasi.

2. Kemasyarakatan

  • Kesediaan memberi dan menerima pendapat.
  • Sikap positif dan terbuka.
  • Daya penggerak dan semangat juang yang kuat.
  • Kebolehan berkomunikasi secara berkesan.

3. Moraliti

  • Mempunyai disiplin diri yang unggul.
  • Kebersihan jiwa terutamanya dari segi keadilan, amanah, ketenangan, kesabaran, keteguhan pendirian dan ketahanan diri.
  • Iman yang teguh, terutama orang yang beragama Islam.

Antara ketiga-tiga ciri yang dinyatakan, moraliti adalah yang terpenting untuk menilai seseorang pemimpin sama ada baik atau buruk, berkesan atau tidak, boleh bertahan lama atau tidak.

Pemimpin memerlukan juga sikap tertentu untuk mempengaruhi orang lain. Perkara yang paling penting ialah pemimpin harus mempunyai pengertian dan tanggapan yang tajam terhadap individu-individu yang saling berurusan dengannya. Selain daripada itu seorang pemimpin juga harus mempunyai:

  • Empati; iaitu kebolehan untuk memahami perasaan orang lain dan bersimpati.
  • Kesedaran; akan kelemahan dan kekuatan dirinya sendiri. Sedar tentang bagaimanakah dirinya dianggap oleh orang lain. Hanya apabila ini berlaku maka barulah kepercayaan kebolehan dirinya akan timbul.
  • Kebolehan: untuk melihat secara objektif akan masalah-masalah dan tingkah laku anggota-anggota lain. Pemimpin harus bersikap adil boleh memberi analisa yang adil dan tidak emosional.

Selain itu, sekiranya seseorang itu ingin menjadi pemimpin yang baik, dia hendaklah mengamalkan perkara-perkara yang diketahui, dilihat dan diterima sebagai baik:

  • Seseorang pemimpin harus bersedia untuk belajar dari siapa sekalipun apa yang dia tidak tahu kerana kepimpinan itu sesuatu yang boleh terus menerus dipelajari dari latihan dan pengalaman.
  • Seseorang pemimpin mesti berani memberi jawapan yang tegas kepada sesuatu yang difikirkan baik atau tidak baik kepada organisasinya.
  • Seseorang pemimpin yang baik berupaya memudahkan semua kerja, dengan menjadikannya kerja-kerja biasa yang boleh dilakukan oleh kebanyakkan orang bawahannya dan tidak memerlukan pakar khusus.
  • Seorang pemimpin yang baik mempunyai perhubungan baik dengan orang-orang bawahannya. Dia mengenali mereka sebagai individu-individu yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Pemimpin yang baik juga tidak berkasar dengan orang-orang bawahannya.
  • Seseorang pemimpin yang baik pandai membahagikan masa. Dia tahu bila masa bertugas dan bila masa di luar tugas dan bertindak bersesuaian dengan keadaan. Pemimpin yang tidak cekap selalu merasa runsing dan bimbang dengan hal-hal tugas di mana juga dia berada.
  • Dalam sesebuah organisasi terdapat pelbagai jenis manusia: ada yang malas, ada yang rajin dan ada yang boleh diharap serta ada yang tidak boleh diharap. Seorang pemimpin yang bijak tidak lemah semangat dengan keadaan ini. Dia menerima hakikat sedemikian dan menggunakan sebaik-baiknya apa yang ada.
  • Seorang Pemimpin yang baik tahu dan mahu berbincang denganorang-orang bawahannya mengenai sesuatu hal yang dia sendiri tidak pasti. Dia tidak hanya pandai mengeluarkan arahan saja.
  • Seorang pemimpin yang baik mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman mengenai tugas dan manusia.
  • Seorang pemimpin yang baik pandai memperkembangkan kebolehan bekerja orang bawahannya. Dia tahu mengagihkan tugas kepada mereka.
  • Seorang pemimpin yang bijak tidak sekali-kali lemah semangat dan cepat mengaku kalah apabila berdepan dengan sesuatu masalah. Kalau masalah tidak dapat diselesaikan dengan satu cara, dia menggunakan cara lain. Dia sentiasa bersikap positif.

Melalui perbincangan mengenai ciri-ciri pemimpin berkesan di atas, beberapa kesimpulan dapat dibuat. Diantaranya ialah kepimpinan ialah perlakuan seseorang yang boleh menggerakkan orang lain untuk berfikir, merasa, bertindak dengan cara-cara tertentu. Dalam hal ini seorang pemimpin harus mengetahui keperluan dan motif orang-orang yang berkerja dengannya dan harus menitikberatkan pencapaian matlamat kumpulan. Dia juga harus berjaya mengekalkan kekuatan yang ada pada kumpulannya untuk menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat masa depan.

Seseorang pemimpin boleh menonjolkan kepimpinannya hanya melalui penglibatannya dalam kumpulan. Dalam kumpulan pula kekerapan interaksi bersama kakitangan membolehkan keberkesanan kepimpinannya. Kalau seorang pemimpin sentiasa “bersembunyi” dalam biliknya dan tidak mempunyai masa untuk berinteraksi dengan kakitangannya, maka kepimpinannya kurang berkesan.

Kepimpinan bukan bergantung sepenuhnya kepada jawatan. Status jawatan yang disandang hanya satu daripada punca potensi kepimpinan. Kejayaan kepimpinan adalah fungsi kedua-dua kuasa; secara formal melalui jawatan dan secara tidak formal yang bukan kerana jawatan, iaitu penerimaan orang-orang bawahan .

Senarai Rujukan:
Senarai rujukan ini adalah sama untuk ketiga-tiga artikel berikut:

  1. A.L. Ramaiah, (1999) : Kepimpinan Pendidikan: Cabaran Masa Kini, Petaling Jaya, IBS Buku Sdn. Bhd.
  2. Abdul Rahman Ali (1998): Kajian Gaya Kepimpinan Pengetua-Pengetua Sekolah Dengan Keberkesanan Seklah, Di Sekolah-Sekolah Menengah Dalam Daerah Sik Kedah Darulaman.
  3. Abd. Razak Wahid (Februari 2001) : Pengetua Sebagai Pemimpin Perubahan, Jurnal Institut Pengetua, Kuala Lumpur.
  4. Ayob Jantan (2004) : Pengetua Sekolah Yang Efektif, Pahang,PTS Publactions & Distributors Sdn. Bhd.
  5. Bush, T. & West-Burnham (1994) : The Principled Of Educational Management, London, Longman.
  6. Chek Mat ( 2003): Kemahiran Memimpin, Maziza Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
  7. Drucker, P.F. (1954). The Practice Of Management. New York : Harper & Row.
  8. Duke, D.L (1982) “What Can Principals Do? Leadership Functions And Instructional Effectiveness.” NASSP Bulletin 66.
  9. Fiedler, F.E (1971): Leadership. Morristown : General Learning Press.
  10. Fiedler, F.E (1967): A Theory Of Leadership Effectiveness, New York: McGraw Hill.
  11. Juhary Ali (1987): Asas Pengurusan, USM, Pulau Pinang
  12. Hanafi Kamal (1990): Implikasi Beberapa Teori Kepada Kepimpinan Di Sekolah, Suara Pendidik, 13-14 (3 & 4), 28-32.
  13. Hussein Haji Ahmad (1993): Pendidikan Dan Masyarakat, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
  14. Hussein Mahmood (1993): Kepimpinan Sekolah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
  15. Ibrahim Mamat (1993): Kepimpinan Sekolah. Kuala Lumpur, Kuala Lumpur.
  16. Kamaruddin Hj. Kachar(1990): Kepimpinan Profesional Dalam Pendidikan, Kuala Lumpur, Teks Publishing Sdn. Bhd.
  17. Mohd. Ismail Othman (2004) : Undang-Undang Untuk Pengetua dan Guru Besar, Pahang,PTS Publactions & Distributors Sdn. Bhd.
  18. Mohammad Yunus (1994): Realiti Dan Operasi Wawasan Pendidikan Melalui Pengurusan Dan Kepimpinan Pengetua, Jurnal Pendidikan, Kuala Lumpur, Jemaah Nazir, Kementerian Pendidikan Malaysia.
  19. Noorul Aini Ambak (Julai 2003) : Stail Kepimpinan Dan Proses Pembuatan Keputusan, Melaka, Jurnal Pendiidkan PKPSM.
  20. Omardin Ashaari (1996): Pengurusan Sekolah : Satu Panduan Lengkap, Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors.
  21. Peter Drucker (1973): Management , New York, Herper & Row.
  22. Rahimah Haji Ahmad (2002) : Kepimpinan Sekolah Dalam Menghadapi Millennium Baru, Jurnal Institut Pengetua, Kuala Lumpur.
  23. Razali Mat Zin (1996): Kepimpinan Dalam Pengurusan, Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
  24. Rensis Likert (1961): New Patterns Of Menagment, New York, McGraw-Hill.
  25. Robiah Sidin (1998): Pemikiran Dalam Pendidikan, Shah Alam, Fajar Bakti.
  26. Robbins, S.P (1968) : Management : Concepts And Practices, New Jersey, Prentice-Hall, Inc.
  27. Rusinah Siron (1999): Principles Of Management , Kuala Lumpur, Times Book International.
  28. Shahril @Charil Marzuki (2003): Ciri-Ciri Kepimpinan Pengetua/Guru Besar Yang Berkesan Yang Dapat Menghadapi Cabaran Dan Harapan Pada Abad Ke 21, Jurnal Institut Pengetua, Kuala Lumpur.
  29. Stogdill, RM (1970) : Leadership, Membership And Organization, Psychological Bulletin,47.
  30. Thomas J Sergiovanni (1980) : The New School Executive : A Theory Of Administration, New York, Harper And Row Publishers Inc.
  31. Ubben, G.C & Hughes, L.W (1992) : The Principal : Creative Leadership Fir Effective Schools, Boston, Allyn and Bacon.
  32. Yulk, Gary A (1989) : Leadership In Organizations. New Jersey : Prentice-Hall.
Please like & share:

Comments

  1. says

    slm tn..adeeii..bgs N3 mu ini..masa aku kursus ari 2 aku kena buat pasal kepimpinan inilah..yuk..sibuk juga aku mncari rujukan..haha..betulah ba tn..kepimpinan ini sbnrnya nda jd klu seorg saja..kena ada 2 org atau lebih sbg pelaku dan pelaksana..kena pemimpin yg bongok..na..kita yg sikit2 bijak ni pn jd bongonglah..haha..ok tn..hrp2 jd pemimpin N.3 Bengkoka 1 masa nnti..mana tau ada rezeki..aku jd driver(bodyguard) pn jdla tn…haha
    .-= AKU´s last blog ..UCAPAN TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA… =-.

    • kulanz says

      Sekadar perkongsian tuan..
      tak mau lah aku jadi pemimpin N.3 tu.. susah mau jaga ramai orang ni.. jadi pemimpin dalam keluargapun jadi la.. hehe

  2. AyieBlog says

    Assalamualaikum,betul dengan apa yang bro kulanz tulis dalam entry ini,kemimpinan saling bergantung dengan seorang pemimpin itu,kalau pemimpin lembap,alamatnya organisasi pun lembap,tapi anak buah pun memainkan peranan kalau pemimpin je bersemangat + bagi komitmen anak buah buat x tahu je..x ada guna jugak yang penting teamwork sifat bertoleransi.. x gitu boro kulanz?? :D

    sebelum 2 ayie lama x lepas sini baru balik dari kem jati diri :D

    • kulanz says

      teamwork tu memang penting bro.. kalau xda memang tak bole jadi satu organisasi.. dan paling penting dalam teamwork ada kerjasama, saling memahami dan toleransi

  3. x-po says

    org2 atasan zmn skrg ni, ramai yg trima rasuah..walaupun dh kaya, ttp nk amik rasuah gak..pastu bg anak bini makan dgn duit hara,
    .-= x-po´s last blog ..TAK MELUAT KE DENGAN JURUJUAL JALANAN? =-.

    • kulanz says

      tu la namanya pelahab bro..
      dah namanya duit.. orang yg dah kabur mata tak kira halal haram, tak kira siapa makan.. janji dia dapat banyak duit

  4. 1tomyam says

    bagus dan banyak dapat aku belajar dari entry ni…memang susah jugak nak meniwai sifat2 kepimpinan sebenar ni ya..
    .-= 1tomyam´s last blog ..Bila Anak Bagi Nota Khas Untuk Bapa Sendiri =-.

    • kulanz says

      Betul tu bro, susah menilai sifat-sifat pemimpin sebenar.
      Sekarang ni ciri-ciri kepimpinan dah jarang dilihat untuk menjadikan seseorang itu pemimpin.. janji dia popular dan ada bakat jadi pengampu, boleh terus dilantik jadi ketua organisasi..

      Apapun tak semuanya macam tu.. harap ni dapat mengingatkan diri saya sendiri

    • kulanz says

      sama-sama, ni pun sekadar berkongsi dengan yg lain.. dengan harapan dapat membantu sesiapa yg perlukan artikel macam ni

  5. Beasiswa s2 2010 says

    terima kasih artikelnya sehingga dapat membantu saya dalam membuat tugas makalah di Kampus
    .-= Beasiswa s2 2010´s last blog ..Beasiswa Australia Master & Doctoral Scholarships Programme =-.

  6. ernesto CDRF sarmento says

    saya salut dengan artikel ini,karena artikel ini akan menjadi salah satu wacana bagi lider-lider yang belum mengerti arti seorang pemimpin yang baik dalam institusi mereka,apabila bila seorang lider berlatar belakang non politik harus banyak menbaca artikel-artikel mengenai arti pemimpin yang baik, sehingga ingin terjung ke dunia politik sudah ada bekal.menjadi seorang pemimpin bukanlah muda karena harus brani mengambil keputusan untuk sesuatu kepentinggan bersama,demi mencapai tujuan tertentu. terimah kasih atas artikek ini.

  7. kak teh says

    bagus beno artikel ni.time kasih le bebanyok.dapat kakteh idea apa nak cakap kat bebudak sekolah dalam ceramah kepimpinan nanti.izinkan saya cetak artikel ni bleh

  8. says

    TUaN..MeNJaDi pEmImPiN dI SeKOLaH aDaLaH sALaH sAtU dArIPaDa iMPiAN sAYa SeLama InI..SmAsA dI sEkOLaH LaMa..sAyA PErNah MeNjAdI PEngErUsI PEmBiMBing RaKaN sEbAyA..SeTeLaH meMAsUki FoRM 6..Saya TeLaH dIcAlOnkAn uNTuk meNjAdI PeNGwAs aSRaMa..hAsrAT hAtI UnTuK meNJaDi keTUa tiDak keSaMPaIaN..HhaA..TETaPI..sAYa PeRcAyA bAhAwA…KeJaYaAn SeSeORaNG KEtuA DAlAm MELaksaNaKaN tugAs aDaLaH hAsIl DaRIPaDa KeRJaSamA yAng DIBErIKaN oLeH sEmuA Ahli..ArIkEl iNI tElAh MEngAjAr SaYa uNtUk MEnjAdI pEmiMpIN YaNG BaIk..wAlAupUN sAyA BUkAn SeORaNG keTuA..SaYa aKaN cUBa unTuK MeMPrAkTikkAnnyA..TERimA kAsIH BaNYaK..

  9. ida says

    saya seorang ketua..artikel ni mmg byk membantu.bukan senang nak jaga kakitangan bawahan kita..masing-masing ada perangai sendiri.
    sebagai ketua, kita kena pandai handle mereka.

  10. yangyang says

    mmg ssh kalo nk jd pmimpin.. sdgkn dri sndri ssh nk pmpin, ape ntah lg nk pmpin 1 organisasi yg bsr.. bnyk cbrn. n antre cbrn yangyang adalah t’pkse trime asgment dr miss n sir yg ntah ble nk abes..

  11. din says

    ada pepatah “seribu ekor singa yg dikepalai oleh seekor tikus tidak akan dapat mengalahkan seribu ekor tikus yang dikepalai oleh seekor singa”.

  12. hanie says

    Terima kasih atas perkongsian saudara..klu tak keberatan ingin saya mohon saudara rujukan asal..menarik utk sy ketahui selanjutnya leh emel ..terima kasih sekali lagi.

  13. Puan Liyana Abdullah says

    tq dgn info ini, byk mbtu kpd sya mpbaiki diri utk mjdi pemimpin yg baik di klgn rakan2 yg kbyknya msih muda2 belaka
    …tqvm…bykkn bahan bgimn mgurus org bwhn yg byk mminta kpuasn diri sendiri bbdg impaknya kpd bdg tgs

  14. nasirah bidin says

    Saya berterima kasih kerana melalui bacaan artikel ini saya dpt pengetahuan dan mohon share untuk assignment saya.TQ

  15. SITI AISAH TALIB says

    Alhamdulilah hari ni nak bagi ceramah tentang kepimpinan nasib baik ada bahan, tk banyak-banyak.

  16. ila laila says

    Assalamualaikum wbt….terkejut saya bila terjumpa Kulaz Salleh punya blog….ingatkan boleh jumpa dlm UFM saja rupanya tidak. Terima kasih atas perkongsian ilmu ini….sedang buat research tentang OB ini.

  17. mohd shamran bin ramli says

    Semua orang nak jadi pemimpin, ada yang nak menaikkan organisasi, ada yang mempunyai kepentingan sendiri, jika jadi pemimpin pertengahan akan tersepit sekiranya pemimpin atasnya mempunyai niat pentingkan diri sendiri. Saya dari bidang muzik peringkat bawahan dan telah dipilih untuk menjadi pemimpin kedua, oleh kerana organisasi mempunyai 2 pemimpin, untuk memenuhi perjawatan pemimpin berpangkat lebih tinggi diperjawatkan, tetapi bukan dari bidang muzik. pemimpin pertama ini mempunyai perangai yang teruk, suka mencari kesalahan pihak bawahan…

  18. ilo says

    terima kasih atas artikel yang banyak memberi info yang sangat bermanfaat dalam menghadapi kerenah anak buah yang pelbagai ragam…mudahan dengan adanga perkongsian ini dapat menambahbaikan apa yang terkurang..semoga kita terus dapat memimpin sesebuah organisasi dengan satu teamwork yang hebat…amin

  19. zalha_03 says

    trima ksh share… banyak membantu, nak minta sedikit pendapat.. saya dilantik menjadi ketua dikalangan staff oleh pihak pengurusan, asal saya staff biasa , jadi ada sedikit masalah, staff2 lain x berapa dpt terima saya selain ketua saya. kerana salah satu sebab saya saya juga staff biasa sebelum memgan jawatan ini. jadi komunikasi agak ralat. saya mencari jawapan kpada masalahh saya, slapas sy membaca entry ini saya harap dapat membantu saya.. apa pendapat pemilik bloq kulanz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>