Home >> Blog >> Comluv Akhirnya Berfungsi Semula

Comluv Akhirnya Berfungsi Semula

by kulanz on 08/08/2010 · 28 comments

Salam semua. Hari ni saja nak cerita pasal Comluv. Tapi sekali lagi bukan nak introduce panjang lebar Comluv (commentluv) ni sebab saya yakin sudah ramai yang tahu apa fungsinya. Cuma hari ni nak kongsi tentang masalah yang blog ni pernah hadapi bersama Comluv.

Dua hari lepas, comluv di blog ni tak berfungsi. Sayapun tak sedar pasal tu mulanya. Nasib baik bro Ishak bagitau dalam komennya.

comluv

Heran juga kenapa tiba-tiba comluv tak berfungsi. Tapi ingat-ingat semula, malam sebelumnya saya ada install satu wordpress plugin, CSS And Script File Aggregation. Tujuan plugin ni sebenarnya adalah untuk gabung beberapa fail css dan javascript menjadi satu untuk melajukan loading blog. Lebih kurang macam tu lah ikut apa yang saya faham. Setelah pasang plugin tu, memang ada sedikit kesan pada loading blog kalau ikut YSlow dan Firebug. Malangnya tak pasal-pasal comluv pula tak berfungsi. Kesian juga member-member yang tinggalkan komen hari tu, terutama untuk entri Kemudahan Multiple Sign-in pada Akaun Gmail.

Saya cuba deactive-kan semula plugin CSS And Script File Aggregation dan clear cookies. Lepas tu baru nampak yang comluv dah berfungsi semula, hinggalah setakat ini. Nasib baik hanya disebabkan plugin ni. Kalau melibatkan script, penat juga nak buat.  Nak buang plugin Comluv ni sayang juga. Sebab banyak kebaikan Comluv kepada blogger, terutamanya kalau dah register.  Kalau  masih ada yang belum register, buatlah cepat-cepat. Percuma je tu. Kalau nak tahu lebih lanjut, bolehlah rujuk di sini.

p/s: Sebenarnya ni entri 2 hari lepas. Tapi baru sempat dipublish :D

Kemudahan Multiple Sign-in pada Akaun Gmail

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 28 comments… read them below or add one }

1 etomyam August 9, 2010 at 12:18 am

betul tu bro, plugin CSS And Script File Aggregationtu macam tak ngam dengan comment luv, aku pun terpaksa deactivate benda tu
etomyam recently posted..SMAP Kajang Selepas 19 TahunMy Profile

Reply

2 kulanz August 9, 2010 at 12:28 am

tu lah, nasib baik dah biasa dengan trial and error..

Reply

3 Luth Textile August 9, 2010 at 12:24 am

fewit… rancak! dah baiki!
Luth Textile recently posted..Sesungguhnya- setiap cabaran dan dugaan ada hikmahnyaMy Profile

Reply

4 kulanz August 9, 2010 at 12:29 am

nasib baik problem plugin je bro.. kalau melibatkan skrip, memang payah juga tu nak baiki :D

Reply

5 zik August 9, 2010 at 12:44 am

erm memang ada perasan … ada guna gak pakai plugin tuh… tiba2 tengok…kenapa tak detect nie… terpaksalah deactivated… huhu..
zik recently posted..Selamat menyambut bulan ramadhanMy Profile

Reply

6 kulanz August 9, 2010 at 11:52 pm

nasib baik bro prasan awal.. aku tak prasan sebab aku dah setkan tak guna comluv tu time login..

Reply

7 cikmin August 9, 2010 at 12:53 am

kalau PRO tu memang senang je nak kesan masalah kat mana2 kan..kalau cikmin keras lah kat situ..heheh..

p/s terima kasih buat owner blog ni yang selalu tak kedekut ilmu dan masa menolong cikmin.. :)
cikmin recently posted..Tempoyak Udang With BroccoliMy Profile

Reply

8 mrnamie August 9, 2010 at 2:00 am

lebih kurang la kita cikmin… hehe
mrnamie recently posted..Gotong royong Kampung Bukit TembakauMy Profile

Reply

9 kulanz August 9, 2010 at 11:50 pm

lebih kurang macam mana tu bro :D

Reply

10 kulanz August 9, 2010 at 11:49 pm

@cikmin, x pro juga.. trial n error selalunya :D
tolong-menolong tu bagus untuk semua blogger.. sama-sama dapat manfaat

Reply

11 sinagarimba August 9, 2010 at 2:20 am

boleh ke commenluv guna untuk blogspot.ada tutorial tak bro
sinagarimba recently posted..Awas Jerat Jualan Murah!My Profile

Reply

12 Amir August 9, 2010 at 11:39 am

boleh. tp kn guna intense debate kot. xpun lagi satu tu…. lupa plak nama dia…
Amir recently posted..Drama Lagenda Budak Setan di Astro PrimaMy Profile

Reply

13 kulanz August 9, 2010 at 11:47 pm

betul macam Amir cakap.. blogspot kalau nak guna plugin tu, kena guna intesse debate untuk komen

Reply

14 sinagarimba August 9, 2010 at 2:42 am

entri terkini.
samseng tahi kucing

Reply

15 kulanz August 9, 2010 at 11:49 pm

bro.. register dengan comluv tu baru dapat papar entri terkini.. link ada di entri :)

Reply

16 tehr August 9, 2010 at 1:16 pm

hari tu memang ada perasan, saya fikir mungkin disebabkan oleh komputer / internet saya yang slow
hehehe – sebab plugin rupanya…
tehr recently posted..Berbuka – Ingat Lima PerkaraMy Profile

Reply

17 kulanz August 9, 2010 at 11:46 pm

memang sebab plugin tu.. internet bro xda masalah..

Reply

18 RedBoy August 9, 2010 at 10:16 pm

wahhh.. sudah di baiki.. good job bro.. hehe
RedBoy recently posted..7 Perkara Jangan Lakukan Selepas MakanMy Profile

Reply

19 kulanz August 9, 2010 at 11:45 pm

alhamdulillah, nasib baik ada kawan maklumkan cepat :D

Reply

20 Azuan August 9, 2010 at 11:39 pm

emm, nasib baik disebabkan plugin tu.. mmg kalau pakai plugin css agregator tu, byk file js tak dpt berfungi.. sama gak kalau pakai plugin wp minify..
Azuan recently posted..Epilog Syurga Cinta Slot Akasia TV3My Profile

Reply

21 kulanz August 9, 2010 at 11:45 pm

aah, pernah juga guna wp minify tu.. lagi lambat blog loading jadinya sebab script nuffnang dia tak dapat baca..

Reply

22 Azuan August 10, 2010 at 1:45 am

Oh.. ye ke.. lepas ni kalau aku nak pasang nuffnang, nampaknya kene buang lah plugin wp minify ni..
Azuan recently posted..Plugin Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Tahun 2010My Profile

Reply

23 mancai August 10, 2010 at 5:06 am

aku tak pakai pun tapi masih ada setengah blog yang tak boleh keluar bila komen yang herannya ada yang boleh pulak… tak tau la naper…

Reply

24 ishak August 10, 2010 at 11:41 am

aku pakai wp super chace jer…plug in comentluv tu boleh ubah theme dia sebenarnya kalau rajin
ishak recently posted..Ujian air kencing ameng spring positif dadahMy Profile

Reply

25 AyieBlog August 10, 2010 at 4:52 pm

Salam,wa baguslah :) ,ayie ada masalah yang sama,insyallah dah selesai :)
AyieBlog recently posted..Sepasang sepatu Seorang Hamba AllahMy Profile

Reply

26 Samdaddycool August 11, 2010 at 2:37 am

ada juga plugin yang tak serasi antara satu sama lain ..
Samdaddycool recently posted..Tudung Lycra ori NurkasihMy Profile

Reply

27 suri August 11, 2010 at 3:19 pm

suri punya tak ok lagiii huhuhuuu..nti slah bodek lain jadinya..

Reply

28 napnipnop October 11, 2010 at 11:40 pm

salam kenal aje, tapi apa comLuv tu boleh dipakai di mesin blogspot?
napnipnop recently posted..Baterai Hemat- Notebook Lebih TerawatMy Profile

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: