Home >> Info >> Daftar eKasih dan Bantuan Kewangan RM500

Daftar eKasih dan Bantuan Kewangan RM500

by Kulanzsalleh on October 15, 2011

Sejak akhir-akhir ini saya menerima lebih banyak pertanyaan melalui email khususnya yang berkaitan dengan pendaftaran e-Kasih dan bantuan Kewangan RM500. Dua persoalan yang paling kerap dikemukakan: Pertama: Berkenaan pendaftaran eKasih; Kedua: Bagaimana untuk mendaftar bagi mendapatkan bantuan kewangan RM500.

ekasih

Program eKasih

Dalam entri sebelum ini, eKasih Portal Pembasmian Kemiskinan saya telahpun menjelaskan secara ringkas cara untuk mendaftar eKasih secara online.  Bagaimanapun untuk tidak menghampakan harapan pembaca yang bertanya sekali lagi saya kongsikan di sini. Harap boleh dijadikan rujukan bersama.

Di mana boleh dapatkan borang ekasih?
Borang pendaftaran secara online (Pemakluman Mengenai Kemiskinan) boleh diakses di laman web: ekasih.icu.gov.my. Pilih menu Pemakluman Kemiskinan > Borang Pemakluman Mengenai Kemiskinan. Boleh juga klik BORANG PEMAKLUMAN untuk mengakses terus borang berkenaan. Paparan borang adalah seperti gambar di bawah (Kemaskini: 10/06/2013).

eKasih

Untuk gaji 1,600 ringgit layak mohon?

saya ibu tunggal kerja sendiri(berniaga) pendapatan lepas tolak semua dalam 1000 sebulan layak ke untuk saya mendaftar. saya ada anak 1 orang
Untuk kedua-dua soalan di atas: Semua Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang daripada RM 1500 (Bandar) atau RM 1000 (Luar Bandar) sebulan adalah digalakkan mendaftar.

Boleh kah saya anaknya tolong bapa saya memohonnya? Di mana kah saya boleh dapat borangnya?
Anda boleh bertindak sebagai pelapor untuk membantu orang lain mendaftar sebagai pemohon. Hanya perlu isikan 3 maklumat terakhir pada borang, iaitu Nama Pelapor, Alamat Pelapor dan No. Telefon Pelapor. Borang pendaftaran secara online boleh diakses di laman yang telah dinyatakan dalam soalan pertama di atas

Dalam borang itu ada kolum: Nama Pelapor, Alamat Pelapor dan No. Telefon Pelapor.Ini tiga kolum apa yang patut saya isi?
3 butiran terakhir dalam borang pendaftaran tu perlu diisi jika pendaftaran dibuat untuk orang lain. Jika kita mendaftar untuk diri sendiri maka butiran berkenaan tidak perlu diisi.

Selain daripada soalan-soalan di atas, anda juga boleh merujuk soalan lain pada ruangan komen di entri eKasih Portal Pembasmian Kemiskinan.

Apa yang saya faham program eKasih bukanlah bantuan yang diberikan serta merta. Dengan kata lain, jika kita memohon hari ini esok lusa atau minggu hadapan kita akan dapat bantuan. eKasih merupakan sebuah program yang disediakan kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah supaya mereka dapat keluar daripada garis kemiskinan. Bantuan ini disediakan dalam pelbagai bentuk/kategori antaranya keperluan asas, ekonomi, minda insan, sosio kebajikan, pelajaran serta pembangunan kawasan, manakala agensi yang memberikan bantuan termasuklah jabatan dan agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (swasta).

Bantuan Kewangan RM500

Selain eKasih, satu lagi pertanyaan yang paling banyak dikemukakan ialah cara untuk mendaftar bagi pemberian tunai (bantuan kewangan) RM500 seperti yang terkandung dalam Bajet 2012 perkara 112:  “Kerajaan bercadang membuat pemberian tunai secara one-off atau sekali sahaja seperti berikut: Pertama: Bantuan sebanyak 500 ringgit kepada isi rumah berpendapatan bulanan 3,000 ringgit dan ke bawah. Seramai 3.4 juta isi rumah atau 53 peratus daripada jumlah keseluruhan isi rumah dijangka mendapat manfaat daripada bantuan ini. Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana.”

Di mana hendak dapatkan borang pendaftaran bantuan kewangan RM500?
Pendaftaran boleh dibuat di Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Borang permohonan boleh diperoleh secara percuma. Walau bagaimanapun anda perlu tahu bahawa LHDNM telah mengingatkan orang ramai supaya tidak mengunjungi kaunter perkhidmatan LHDNM pada waktu ini bagi tujuan pendaftaran. Ini disebabkan pihak LHDN masih lagi dalam proses menyediakan borang dan sistem pendaftaran untuk tujuan tersebut.

Selain itu, berdasarkan kenyataan LHDNM, bagi memudahkan urusan pendaftaran pemohon, pendaftaran melalui perkhidmatan elektronik di laman sesawang LHDNM akan disediakan nanti. Jadi harap dapat bersabar untuk membuat pendaftaran.

Kami nak minta penjelasan lanjut mengenai skim gaji di bawah RM3000.00 untuk seisi rumah.

Adakah pemberian wang RM500 ini hanya untuk bulan pertama sahaja. Ada yang cakap setiap bulan.
Dua soalan berbeza tapi rasaya mempunyai jawapan yang hampir sama. Pemberian tunai atau bantuan kewangan RM500 ini adalah diberikan secara one-off atau sekali sahaja dan bukannya diberikan setiap bulan. Pelaksanaannya hanya akan bermula pada Januari 2012 secara berperingkat.

Untuk makluman pembaca, saya bukanlah individu yang terlibat secara langsung dalam menguruskan perkara-perkara berhubung eKasih dan bantuan kewangan tersebut. Saya hanya berkongsi maklumat hasil daripada apa yang saya baca dan dengar sama ada melalui berita atau taklimat yang saya sertai. Oleh itu saya mohon maaf jika ada pertanyaan yang mungkin tidak dapat saya jawab secara tepat. Walaubagaimanapun tidak menjadi masalah jika pembaca masih ingin mengajukan pertanyaan kepada saya menerusi email kerana saya akan berikan maklumat setakat yang saya ketahui.

Kemaskini:
Semakan Status Pendaftaran juga boleh dibuat secara online. Sila rujuk alamat (URL) yang disediakan di muka hadapan Portal ekasih atau klik di SINI untuk pautan terus.

Kemaskini 10 Disember 2011:
Sila Rujuk entri: Mekanisme Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk mendapatkan syarat-syarat permohonan, kelayakan definisi ketua isi rumah dan maklumat terkini berkenaan Bantuan Kewangan RM500 ini.


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

Leave a Comment

Previous post:

Next post:


leaderboard denaihati Banner