Salam semua. Kali ni nak kongsikan pasal 1st assignment daripada ChurpChurp. Rasanya dah ramai tahu pasal ChurpChurp kan? Dah join? Apa, tak tahu? Tak apa, kalau ada yang belum jelas pasal ChurpChurp, ni saya kongsikan sedikit maklumat berkenaan ChurpChurp.
ChurpChurp ni merupakan sebuah medium pengiklanan khas untuk pengguna-pengguna media sosial. ChurpChurp akan menerima kontrak pengiklanan daripada syarikat tertentu kemudian memberikan kita tugasan untuk menerbitkan iklan berkenaan melalui dua media sosial tadi. Churper (maksudnya, kitalah tu..) akan mendapat bayaran pada setiap tugasan yang diberikan. Ringkasnya, ChurpChurp lebih kurang sama dengan Nuffnang, Innity, ManggaAd atau Advertlets. Bezanya iklan/tugasan daripada ChurpChurp hanya akan diterbitkan di laman sosial Twitter dan bukannya di blog.
Berbalik kepada cerita 1st Assignment tu, saya pun sebenarnya baru saja join walaupun dah tahu pasal tu sejak beberapa bulan lepas. Masa tu belum timbul minat sebab masih tak jelas pasal tu. Tapi memandangkan dah beberapa kali terbaca pasal ChurpChurp, dan last ari tu baca di blog ohMalaysia, teringin pula hati untuk register. Alhamdulillah, selepas beberapa hari register dengan ChurpChurp, dah dapat 1st assignment.
Maaf, tak dapat nak tunjukkan nilai sebenar, takut juga melanggar syarat
Sekarang ni pula, ChurpChurp berbesar hati untuk memberikan ganjaran melalui contest Spread the Love and Get Rewarded! Sebanyak RM3,000 kepada semua Churper yang bertuah sempena ulang tahun pertama mereka. Beberapa hadiah yang ditawarkan termasuklah:
- Satu (1) Pemenang Pertama – RM1,000
- Satu (1) Pemenang Kedua – RM500
- Sepuluh (10) Pemenang Saguhati – RM100 setiap seorang
- 20 Churpers baru yang bertuah – RM25 setiap seorang
Contest ini telahpun bermula sejak 3 Ogos lepas sehingga 2 September 2010. Masih ada beberapa hari untuk menyertainya.
Jadi jika berminat, bolehlah mendaftar dengan ChurpChurp. Kalau sudi juga, bolehlah masukkan nama saya (kulanzsalleh) di ruangan referral untuk Twitter dan Facebook. Untuk maklumat lanjut berkenaan contest ni, boleh rujuk Spread the Love and Get Rewarded.
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.


{ 68 comments… read them below or add one }
ada gk dpt assignment …tapi tak approve lah pulak..sebab salah taip message untuk di publish..huhu
zik recently posted..Komunikasi yang berkesan
aku 1st time tu pun tak tahu nak tulis mesej.. tulis je apa yang terlintas, nasib baik approved juga
aku dah reg bro…
Hentam jer tulis tu bro.. yang penting ada keyword masuk.
Steward John recently posted..How to- Configure and setup custom domain on blogger
Contest tu aku tak masuk.. Just layan assignment je.. Tapi follower tak ramai tak berapa nak masyuk..
Eh kalau sudi blh follow, twitter.com/ligakampung
akupun belum join contest lagi, tak perasan juga pasal tu sebenarnya..
follower twitter aku adalah juga.. tapi aku tak aktif sangat guna twitter..
dah follow bro..
nak follow jugak

etomyam recently posted..Asal Usul Roti John
wah !!! rezeki lah tu !!!
bujang3 recently posted..Apekah haram hukumnyer berniaga kueh mueh di pagi Ramadhan
aah, kira dah rezeki tu
Kalau rajin mesti dapat 5k ni hhehehhe
ishak recently posted..Free domain registration why
dah berbulan ada churp ni..terima assigment tapi malas tweet..adehhhh..

cikmin recently posted..Roti John Versi cikmin
lanz…innity pindah ke info..status NN masih geli2 tak kat sini?
cikmin recently posted..Roti John Versi cikmin
info tu kira domain lain, blogpun lain, jadi status NN memang masih geliterati lagi
sekarang ni dah aktif berchup2 berbanding tahun lepas. kalau dari dulu la aku rajin bro, mesti dah boleh cashout. huhuhuh
lepas ni bolehlah rajin bro..
baru register petang tadi..hehehe, masih blur lagi ni
etomyam recently posted..Asal Usul Roti John
ya kah bro…baguslah tu..sama2
so…camne ni??dah semakin blur..huhu
gud luck bro..aku selepas setahun baru leh cashout churp2 ni hehe
Wa, bro dah cashout Churp2..
Steward John recently posted..How to- Change your favicon for blogger and wordpress
@xpo, dah banyak tu kalau camtu..
rajinnyer abg kulanz wat assignment tewww.. ehehe
ingatkan assgmt study tadi
assignment kena bayar memang rajin buat, hehe
Salam….
Dah lama masuk tapi tak pandai nak cari/gunakan peluang yg ada tu…dah lama jgk x buka…
iza recently posted..Daging McDonald Tidak Halal
sekarng ni banyak assingment diorang bagi.. kena rajin masuk tu
baru inilah tahu mengenai churpchurp ni
hehehe
tehr recently posted..Cikmin Dan My Playground
kalau macam tu boleh register bro
bulan ni banyak gak sy dpt kempen dariu churpchurp

Amir recently posted..Ramadhan di Bumi Australia
lama sungguh aku dah tak dapat job ni..ke sebab aku tak cash out lagi …heee
denaihati recently posted..Kuasa Password yang boleh menjadikan kita JUTAWAN
Dulu banyak juga job tapi bila nilai dah naik, macam kurang dah job ni… Tak pe la.. tunggu jer la.
aik..kenapa bgtu boss?
entah.. mungkin pasal dia mau kasi lambat2 cashout.. hahaha. tidak tau la..
Steward John recently posted..How to- Change your favicon for blogger and wordpress
aku tak faham benda ni..macamana eh ? macam best lah pulak

ishak recently posted..Konflik antara amerika dan kumpulan hujan
boleh rujuk term dia bro.. ada bagi link tu
Tahniah bro!!Harap gua pun dapat.hehe
Loq recently posted..Jom berhafazan dan bernasyid di Cilipedascom
thanks bro,
kalau ada rezeki mesti dapat juga tu
Wah~ Tahniah k. Makin bertambah la rezeki

hafidz recently posted..Kord Gitar – Meet Uncle Hussain feat Black Drama King
thanks bro.. rezeki ramadhan tu
aku baru nak into dengan churp2 ni. b4 ni byk dapat assgment tp x buat pun hahahahaha
napa tak buat bro, sayang juga tu
murah rezeki bro..syukur..
fawzan recently posted..The Best Gift I’ve Received- Now It’s For You!!
alhamdulillah..
bro, aku sampai skg x reti gune twitter.hehe
darkbatman recently posted..Video Plaza GM Chow Kit Runtuh
aku tau juga guna sikit2, tapi tak aktif sangat
kenapa dia tak buat untuk blogger? saya dahlah takde twitter..xtau guna lak tu..hehe
MasaDahTime recently posted..Raja Azmi kena tangkap!
sasaran diorang sekarang ni memang untuk media sosial je.. tak taulah kalau suatu hari nanti diorang buat juga untuk blogger macam nuffnang
Sebenarnya tak faham. Yang nak kena tulis kat compose mesej tu apa benda? Ayat kita sendiri ke?? Muskel dahh ni.. =.=
Zida recently posted..Buffered Earning Jadi Duit Raya
aah, memang kena tulis ayat sendiri, tapi wajib masukkan perkataan yang dia suruh masukkan tu
masih belum mencuba lagi..ni sdra si tweet ke heee…
smoga dpt d siapkan sgra yang mungkin..cayok..cayo!!
jangan sengan-segan untuk mencuba suri, register je
churp-churp terbaik..btw..gud luck bro bersama churp-churp
aizuddin recently posted..Jom Buat Duit Online Dengan Churp-Churp
thanks bro..
gud luck untuk bro juga
mari menjana wang dengan chup2..hehe..
zik recently posted..Zikrihusainicom tukar header baru
jom zik..harap ade rezki kat sini..insyaAllah
hafizmd recently posted..Sama-sama kita hayati video iniSubhanallah
saya baru je pasal program ni..nanti kalau ada masa nak join gak..
Uhhh duit tu sahabat… untung – untung
Mentol Bulat recently posted..Cara Memeluk Pasangan…
da lme join..ade la sket duit..huhu
yoy recently posted..Budak Kecik Membebel Ceramah Agama
saya pun baru dlm bulan ni je baru dapat 1st assignment..hehe
Mr.Z recently posted..Pentingkan Kesihatan Dalam Pemakanan
alamak tak daftar2 lagi…
cepat daftar ye en mancai..hehe
hafizmd recently posted..Sama-sama kita hayati video iniSubhanallah
aku pun baru tau beberapa hari lepas..tu pun orang rumah yg bgtau..hhee..moge makin murah rezki yer

hafizmd recently posted..Sama-sama kita hayati video iniSubhanallah
hoho.. bnyk blog yg berbicara psl churp2 ni.. tapi masih blom tergerak lg nak join.. huhu.. dgr kata churp2 ni dr NN gak, kan?
RedBoy recently posted..Orang yang Berpengaruh dalam Dunia Internet part 2
malu ke nak tunjuk earning
churp churp tu………..
Ali ridha recently posted..Tolong update WordPress 301
Dah lama dah join churpchurp ni & dah pernah cashout sekali. Yg penting kena rajin & cepat buat assignment yg diberi sbb setiap assignment ada dateline. Moga bro berjaya dgn churpchurp. Kalau ada kenkawan nak follow twitter jom follow http://twitter.com/azaz1001
akaun twet tak ada.. cam ner nak buat..dlu ada dftr akaun twet pastu tak thu bt apa lagi.. adeii..
Minggu lepas baru perasan dapat RM2.31 yang pertama. Best jugak nie
Ina Mamat recently posted..Graduan ICT- pentadbiran perniagaan paling ramai menganggur
memang best juga churpchurp ni