Perdana Menteri Malaysia pada hari ini (Isnin, 30 April 2012) telah mengumumkan Dasar Gaji Minima bagi pihak Swasta dalam satu majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Putrajaya. Pengumuman ini adalah selaras dengan janji kerajaan untuk mengkaji semula mekanisme pelaksanaan gaji minimum bagi sektor swasta yang bertujuan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.
Berikut adalah antara intipati pengumuman Dasar Gaji Minima Swasta:
- Kadar gaji minimum Semenanjung Malaysia ditetapkan pada RM900 sebulan atau RM4.33 sejam.
- Di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan RM800 sebulan atau RM3.85 sejam.
Selain daripada itu, untuk majikan juga:
- Tarikh Mula Kuatkuasa pelaksanaan gaji minimum ialah 6 bulan dari tarikh perintah gaji minimum dikeluarkan.
- Majikan kecil atau “micro enterprise” diberi tempoh sehingga 12 bulan daripada tarikh kerjaan mewartakan perintah gaji minimum agar perniagaan mereka tidak terjejas.
- Pengecualian 12 bulan ini tidak meliputi firma profesional seperti klinik-klinik pergigian dan perubatan, firma guaman, firma arkitek, firma juruperunding dan firma profesional yang lain.
- Pemberian tempoh 6-12 bulan adalah untuk membolehkan majikan membuat persediaan secukupnya bagi menstrukturkan semula gaji pekerja dan operasi masing-masing.
- Kerajaan juga menyediakan mekanisme pelaksanaan yang fleksibel supaya majikan yang benar-benar tidak dapat melaksanakan boleh memohon pelanjutan tempoh peralihan.
Cuma saya berharap kerajaan telah mengambil kira dan mengecualikan majikan yang telahpun menandatangi kontrak perjanjian dengan kerajaan atau pihak tertentu. Sebagai contoh, gaji bagi pekerja kontrak pembersihan kawasan di jabatan/institusi kerajaan telahpun ditetapkan dalam kontrak dan nilai keseluruhan kontrak mengambil kira pada gaji yang dipersetujui. Jika majikan diminta menaikkan gaji pekerja selepas tempoh 12 bulan, bermakna majikan terpaksa menanggung tambahan kos dan yang jelas ia keluar dari perjanjian kontrak. Ada sesetengah kontrak pada ketika ini baru berjalan dalam tempoh 3 bulan dan hanya akan tamat dalam tempoh 33 bulan akan datang. Jadi cadangan saya, berikan tempoh kepada majikan sehingga tarikh kontrak tersebut tamat atau kerajaan perlu menaikkan nilai kontrak yang terlibat.
Semoga dengan pelaksanaan dasar gaji minima yang baru ini, lebih ramai warganegara Malaysia berminat untuk menceburi bidang kerja swasta dan dapat mengurangkan aliran wang ke luar negara sekiranya mengupah buruh asing.
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.




{ 19 comments… read them below or add one }
Kalau masih tidak berpuas hati tak tau nak cakap apa~
memang masih ada yang tak puas hati.. ada juga tu demo dibuat
Semoga penetapan ini menjadi pemangkin terhadap peningkatan produktiviti dikalangan pekerja.
itu yang kita harapkan bro..
RM900 kalau diikutkan rendah untuk kehidupan kota bayangkan ada kos sewa melebihi RM900 sebulan. Jadi kalau yang isteri tidak bekerja agak susah sedilkit.
kalau diikutkan memang masih rendah.. tapi kalau kerja yang ada elaun mungkin akan melebihi RM1000 sebulan juga nanti
langkah yg baik…mungkin ada yg bersetuju…jika mereka dapat lebih rendah dari gaji minima.
ada pekerja swasta yang gaji cuma RM500 tanpa elaun.. harap lepas ni dapatlah kenaikan gaji sikit
berita baik kepada pekerja sektor swasta..
pastikan majikan menepati peraturan..
wajib tu patuhi peraturan..
Untuk makluman saya terlibat didalam sektor kawalan keselamatan . Saya amat bersetuju kepada peraturan baru gaji minima ini. Kata menteri yang bertanggungjawab semua pihak yang terlibat termasuk majikan2 telah dipanggil bermesyuarat dan telah bersetuju dengan cadangan ini. Bagi sektor perkhidmatan(S/Msia kadar 4.33 sejam) bagaimana perkara dapat dilaksanakan sekiranya kadar yang diterima daripada pihak swasta dan juga agensi kerajaan berada dalam linkungan 3-50 ke 5-50 sejam. Berdasarkan kadar baru ini kadar sejam yang menasabah dengan untung kasar 20% adalah dalam linkungan 6-50 sejam.
Saya harap pihak kerajaan dapat memulakan usaha penyelarasan kadar agensi kerajaaan terlebih dahulu dan seterusnya dapat diikuti oleh pihak swasta yang mampu.
betul.. begitu juga seperti yang saya nyatakan di atas..
pihak kerajaan perlu mengambil kira kontrak yang telah dan sedang berjalan ketika ini..
langkah yang baik kerajaan. tapi munkin sesuatu yang memeningkan bagi majikan. kena tanggung kos pekerja lebih sikit. kena tingkatkan produktiviti untuk hasilkan margin pulangan yang lebih baik
dalam keadaan tertentu memang agak membebankan majikan
pekerja di bandar2 besar memang selama ini hidup susah
sewa rumah tu yang tak tahan, mahal sangat
kalau kat kampung aku ni, dah cukup sangat dengan gaji minimum tu
sama dengan tempat kami bro.. duduk kampung kalau setakat untuk belanja harian memang tak habis RM800
Ada dengar2 cerita yg banyak syarikat kecil di Thailand [iks] mungkin terpaksa bungkus tikar akibat pelaksanaan gaji minimum nih…rasa2nya bende2 ni kerajaan kita pun kena prihatin…jgn sampai ada syarikat iks kita juga terjebak spt kes di Thailand…
bgi saya tu blh kira puas hati hee setakat ni gaji sy sikit rasanya gaji budak spm lagi tgii adui..nak cri keje mana lagi semua skrg susah nak cri.klu ipoh rata2 depan nak blh speak bahasa cina..ada sklimohon keje jbtan peguam dia bg gaji rm300 jer..
skrg hrp gaji sedia ada..nak buat elaun mmg tak der leh…
Minimum gaji yg dinyatakan oleh kerajaan memang membawa kegembiraan terhadap pekerja swasta. Tapi keadaan begitu telah membebankan swasta majikan. Ini telah membawa kesan Positive & Negative terhadap Economi malaysia.
Positive = Pekerja Naik Gaji Sangat gembira dan terima kasih terhadap kerajaan.
Negative = Lebih banyak orang yg akan dibuang kerja disebabkan majikan tidak dapat menangung kebebanan yg dinyatakan oleh kerajaan. Ini hanya akan membawa kemerosotan economi negara.~