Home >> Personal >> Demam, Blog Terpaksa Dilupakan

Demam, Blog Terpaksa Dilupakan

by kulanz on 03/04/2010 · 19 comments

Salam semua, ni kali pertama saya menulis entri dalam keadaan yang tidak sihat. Sudah 2 hari saya terbaring di rumah disebabkan demam yang saya sendiri tak tahu puncanya. Tapi mungkin sebab hari Khamis lepas saya terkena hujan. Maklumlah dah lama tak turun padang. Sekali turun, berjemur dan terkena hujan tengah hari, mulalah demam. Kepala dan sendi-sendi badan sakit. Makanpun tak lalu.

Masa ni memang tak larat nak menghadap pc lama-lama, apa lagi untuk blogwalking. InsyaAllah, kalau dah sihat nanti saya akan balas komen dan lawat blog rakan-rakan. Tapi saya tak risaukan sangat pasal blog. Yang saya risau hari Rabu nanti kena menghadap peperiksaan akhir untuk semester ni. Tak tahulah bolehkah tidak ni berhadapan dengan cabaran tu. Harap-haraplah sihat cepat.

Dalam kesempatan ni juga saya ambil peluang untuk ingatkan diri sendiri dan rakan-rakan lain supaya melupakan aktiviti blogwalking sekadar untuk klik-klik iklan. Lagipun rasanya semua yang ada akaun Nuffnang dah terima email daripada diorang pasal larangan aktiviti klik-klik tu. Jadi kalau tak berubah sekarang nak tunggu bila lagi kan? Tu pun cukup bersyukur sebab Nuffnang bagi ingatan awal-awal, tak terus suspend akaun!

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 19 comments… read them below or add one }

1 wazy April 3, 2010 at 2:04 pm

semoga cepat sembuh yer bro.
Pasal email Nuffnang tu dah kira jadi peringatan untuk semua blogger sebab bukan senang nak senang bukan susah nak susah
.-= wazy´s last blog ..Comment on Convert Genius v3.0 Release by wazy =-.

Reply

2 kulanz April 4, 2010 at 1:22 am

Thanks bro,
Memang terima kasih juga utk Nuffnang, sekurang-kurangnya diorang bagi ingatan awal-awal.. tak taulah kalau masih ada lagi yg tak sedar

Reply

3 marki April 3, 2010 at 2:11 pm

banyakkan berehat bro..
dah harap2 cpt sembuh dan gud luck ngan final exam . :)
.-= marki´s last blog ..Al – Fatihah, Din Beramboi meninggal dunia =-.

Reply

4 kulanz April 4, 2010 at 1:23 am

tengah berehat ni bro, menghadap pc pun masih baring lagi, hehe..

Reply

5 nonie albert April 3, 2010 at 2:12 pm

semoga cepat sembuh..take care ya :)

Reply

6 kulanz April 4, 2010 at 1:23 am

makasih nonie, ingat juga ko tempat aku kan, hehe

Reply

7 etuza April 3, 2010 at 4:12 pm

Salam kulnaz.
Harap cepat sembuh ya…kita kena usaha jaga kesihatan, saya juga demam terus masa kami gotong royong..hehe kejutan kena matahari. Dua hari tak rasa lenguh2 seluruh badan. Cepat2lah makan ubat ya.
.-= etuza´s last blog ..Terasa masa begitu pantas berlalu, mengapa demikian perinya? =-.

Reply

8 kulanz April 4, 2010 at 1:24 am

salam etuza, dah makan banyak ubat dah ni

Reply

9 zaiMi April 4, 2010 at 12:11 am

bro. seeloknya kalau demam pergi la klinik. skang ni musim penyakit tengah banyak. untuk exam tu, semoga berjaya nanti.

Reply

10 kulanz April 4, 2010 at 1:24 am

pegi klinik pun dah tak larat bro, tapi dah makan ubat dari klinik.. alhamdulillah dah semakin sembuh..

Reply

11 Mus April 4, 2010 at 1:33 am

good luck exam tu bro!

Reply

12 kulanz April 4, 2010 at 7:35 pm

thanks bro, tpaksa juga menghadap note ni walau tak berapa sihat..

Reply

13 yanmie April 4, 2010 at 5:12 am

owh tak sihat rupanya tuan tanah nie, mcm aku elok balik sini terus demam, dh tu siap demam dgn anak2 aku sekali..syukur alhamdulillah now dh ok sikit dh blh bangun dan buat keje2 rumah.

moga cepat sembuh yea…
.-= yanmie´s last blog ..Rokok mengandungi sel darah babi =-.

Reply

14 kulanz April 4, 2010 at 7:36 pm

perubahan cuaca rasanya, banyak minggu lepas asyik panas, tetiba hari khamis tu kena hujan, tu yg terus demam.. putera lilin lah katakan, hehe

Reply

15 imran April 4, 2010 at 7:15 am

Semoga cepat sembuh. Offtopic :D ah tak guna ke plugin lazy load?

Reply

16 kulanz April 4, 2010 at 7:37 pm

InysaAllah..
Dah pernah pakai, tapi inactive semula, ada yg komplen konon gambar lambat loading.. nanti active-kan semula

Reply

17 imran April 4, 2010 at 7:16 am

Semoga cepat sembuh. Offtopic : Dah tak guna ke plugin lazy load?

Reply

18 cikmin April 4, 2010 at 11:30 am

semoga cepat sembuh ye :) ada masa cikmin masih jenguk disini.tplong sapu-sapu sawang. :P
.-= cikmin´s last blog ..Ada pertanyaan? =-.

Reply

19 kulanz April 4, 2010 at 7:38 pm

terima kasih cikmin..
rajin-rajin tengok belog ni, hehe

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: