Sudahlah Lelaki Kacak ini sedang dilanda musibah dan masih dihantui mimpi ngeri sejak Selasa lepas, dia pula mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain. Memang tak serik-serik juga padahal awal bulan lepas sudah kena warning. Mungkin inilah akibatnya kalau berurusan dengan ‘orang’ yang tiada perasaan. Asyik nak menyusahkan orang lain kerjanya. Sekarang tak pasal-pasal, bukan seorang lelaki kacak yang terima akibatnya, tetapi ramai yang terlibat sama.
Mujurlah hari ini mimpi ngeri dan fantasi lelaki kacak ini sudah berakhir dan boleh melayari dunia online buat masa ini walaupun masih beberapa kali disconnected. Jenguk di Dashboard blog, ada 22 komen masuk dalam kotak SPAM. Hairan juga dengan bilangan yang banyak tu sebab selama ini saya memang biarkan kotak SPAM tu kosong. Ini di antaranya.
Dua orang lelaki kacak, bro Akubiomed dan Titan telah terperangkap komen mereka dalam kotak SPAM. Ada beberapa lagi yang lain termasuk Mustafa Yassin. Saya cepat-cepat release-kan komen tu jadi tak sempat print-screen.
Punca masalah, saya sendiri tidak pasti sebab kebarangkalian yang jadi penyebabnya adalah banyak. Saya sudah ucapkan selamat jalan kepada Akismet untuk dapatkan kepastian tetapi komen masih masuk dalam kotak SPAM. Nampaknya gayanya terpaksalah adjust sedikit pada Comment Blacklist atau disablekan beberapa plugin untuk mencari punca masalah.
Sementara itu, kepada rakan-rakan pembaca yang komennya masuk dalam kotak SPAM selepas ini, harap jangan kecil hati. Kesulitan amat dikesali dan harap masalah ini selesai segera.
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.



{ 16 comments… read them below or add one }
Dulu saya juga jadi macam ni,tapi saya tak buat apa2 pun…tak tau apa masalahnyer.Sekarang dah ok balik.
Akupun biarkan saja.. dah okey sendiri
aku pun menghadapi masalah yang sama,,ada komen dari rakan blogger yang masuk spam,,,
sering berlaku kena pas ni semak tiap kli nak blas komen2 kan huhu…moga akan dpt atasi msh tersebut dg segera
Lepas buang Akismet pun still jadi macam tu ke?
Terima kasih lepaskan komen saya dari penjara spam oleh Akismet. Buat masa ini plugin Akismet adalah yang terbaik untuk menapis komen spammer. Bagi saya ia tidaklah masalah besar kerana boleh lepas komen-komen yang ditandakan sebagai spammer secara manual.
bagi aku ok je akismet ni
heran juga kalau blog bro ni ada masalah dengan akismet
jangan2 ada perkara lain yang kacau
oh tidak..lelaki kacak itu bkan spammer..huhu
nasib baik aku selamat huhu
Biasa juga jadi macam ni. Tabahkan hati mereleasekan satu-satu. Tapi pelik juga, pakcik asikmet tu kan dah disable.. camna blh jadi? Kalau dah jumpa penyelesaian mungkin boleh kongsi..
Terkadang di blog saya pun jadi begitu.
sejak pasang growmap anti spam tu, spam kat blog dah ZERO..
Harapnye den x masuk dalam spam ;D Hehehe ;D
mungkin server akismet tu down kot.. tu yang bermasalah tu..
So far aku belum pernah kena kes cam ni..mungkin sebab orang jarang komen dan sbb aku jarang update blog…dan jarang blogwalking…bukan malas tapi masa untuk berinternet lelama..jarang ada…:(
..fuhh, harap-harap komen dari kami juga tidak menyusup masuk ke penjara SPAM.