
Hidup Berani Untuk Gagal, aku berani… kamu? hehe
Salam,
Pernah tak dalam hidup kamu berada dalam keadaan dilema untuk buat keputusan? Apa yang akan kamu lakukan jika berhadapan dengan senario semacam ni? … dan macam mana perasaannya, susah? Senang? atau macam biasa juga bah!
Tu intro jak tu… kisah sebenarnya macam ni…
Hari Isnin lepas, 21 Disember 2009, sepatutnya aku menghadiri exam untuk subjek terakhir semester ni. Exam sepatutnya bermula pada pukul 9.00 pagi.. Jadi sepatutnya aku kena berada di sana selewat-lewatnya pukul 8.30 pagi.. Tapi masa tu aku tak ada pun dekat dewan exam, nak tahu aku di mana masa tu?
Aku berada di pejabat. Pejabat yang letaknya lebih kurang ~160 km dari tempat exam tu. Cukup jauh sebenarnya. Kalau diikut masa perjalanan lebih kurang 2 ½ – 3 jam bergantung kepada kelajuan kereta (Maklumlah, jalan sini tak bagus). Kalau aku pegi ke sana pun masa tu, memang tidak sempat. Naik helikopter pun belum tentu sampai sebelum jam 9.00 pagi.
Senang tak hati aku tak pegi exam time tu? Mana ada orang senang hati tak pegi exam… kecuali yang tak normal.. Dalam hati tu memanglah gelabah semacam… Habis tu kenapa tak datang? Amacam nak datang, time tu aku kena bagi taklimat penting di daerah… Salah satu tugas yang wajib aku buat. Jadi kalau dah tak datang exam, maknanya pihak U dan confirm bagi aku Gred F.
Dua tiga hari sebelum tarikh tu, hati aku dilanda kebimbangan… apa tidaknya, tarikh untuk buat taklimat tu telah kami (aku dengan bossku) persetujui bersama. Terpaksa pilih tarikh tu sebab minggu sebelumnya kami masing-masing sibuk dengan urusan lain. Dan kebetulan pula tarikh 21 hb tu tarikh akhir daerah masukkan data yang diperlukan secara online (data yang ada kaitan dengan taklimat tu). Lepas daripada 21 hb, tak boleh masukkan data lagi… maknanya kena juga buat taklimat dan masukkan data time tu.. tiada pilihan lain.
Kenapa Aku Pilih Untuk Gagal?
Ini adalah atas pilihan dan pertimbangan aku sendiri… bukan sebab boss aku paksa. Sebelum tu Boss aku tak tahu sebenarnya yang pada tarikh tu aku ada exam, kalau dia tahu, gerenti dia suruh aku datang exam. Boss aku hanya tahu pada masa taklimat tu… Dia cukup terharu dan berterima kasih dengan keputusan yang aku buat…dan akupun sebenarnya banyak berterima kasih kepada Bossku sebab dia memang seorang pentadbir yang baik. Seorang yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang mahu aku jadikan contoh…
Kalau boss tak paksa aku buat kerja time tu, kenapa aku berani buat keputusan macam tu? Memang dilema juga untuk buat keputusan… susah nak pikir… Tapi akhirnya aku main berani ambil keputusan untuk teruskan taklimat tu… Yang aku ingat, aku pertimbangkan dari segi kepentingan hasil keputusan yang aku buat. Kalau aku ambil keputusan untuk duduk exam, maknanya study aku selamat, tapi kerja aku tak berapa selamat. Lagipun ini melibatkan satu daerah… maknanya satu daerah akan terjejas. Pasti tak sedap kalau nama daerah buruk gara-gara maklumat tak disampaikan dan data tak dimasukkan. Boss aku tentunya paham dengan masalah ni, tapi pihak atasan yang lagi atas… mana diorang mahu tahu masalah kita? …tapi kalau aku tak duduk exam kali ni… aku masih ada peluang untuk repeat paper next semester. Lagipun belajar secara jarak jauh ni boleh diambil dalam tempoh yang lama (kalau tak silap 8 – 12 tahun had maksimum nak habiskan study).. tak kisahlah kalau ambil lama sekalipun. Kan menuntut ilmu sampai ke liang lahad.. Selagi ada usia, sampai bila-bila boleh sambung study pun..
Tu sajalah karangan skema SPM berdasarkan tajuk Hidup Berani Untuk Gagal yang dapat aku kongsikan kali ni.. Tapi ini cerita yang sebenar tau! Aku kongsi cerita ni bukan sebab nak minta puji, konon nak tunjukkan pengorbanan untuk kepentingan orang lain… Ni sekadar untuk renungan bersama.. Aku tak paksa pun kamu pilih keputusan untuk gagal.. tapi moralnya, kalau mengambil sesuatu keputusan, biarlah dengan keberanian… manalah tahu suatu masa nanti kamu menghadapi dilema yang hampir sama, bolehlah juga kisah ni dikongsikan bersama..
Cari Keyword HIDUP BERANI UNTUK GAGAL di GOOGLE


{ 27 comments… read them below or add one }
setiap keputusan yg kita buat dengan penuh keyakinan pasti tidak akan menimbulkan penyesalan….
hidup perlukan pengorbanan… tak semua yg kita inginkan boleh digengam dalam satu masa…
sama seperti dilema ibu bekerja, terpaksa korbankan masa berkualiti bersama-sama anak2 bagi tujuan membantu meningkat ekonomi keluarga…
apa sekalipun yang ingin kita lakukan, kerjakan dan laksanakan setulus mungkin, InsyaAllah ada ganjarannya di hari muka…
.-= ain´s last blog ..NOTTI-FACE GIVEAWAY =-.
Salaim ain, terima kasih di atas ingatan yg diberi.. betul juga tu.. kadang kita terpaksa membuat pilihan… tp mcm yg ain kata, tidak akan ada penyesalan di hati kalau keputusan tu dibuat setelah menimbangkan banyak hal..
Salam bro kulanz…
biasa nya kita hidup nih mesti ada macam2 dugaan kan, kalo takde dugaan hidup bermakna kita akan mudah kupa diri, lagi satu setiap kejadian pasti ada hikmahNya. Tu tanda Allah sayang kat kita, sebab tuh Allah bagi dugaan.
Tapi setakat yang saya tgk, bro kulanz hidup Alhamdullilah, dah berkawen, berkejaya, ada keluarga..pasti hidup bro kulanz amat2 bahagia sekrang
..saya rasa pilihan atau keptusan bro adalah keputusan yg bijak :=)
.-= Nine´s last blog ..6 Persoalan Tentang TITANIC [ 1997 ] =-.
Salam bro nine..
Ya, betul tu, setiap hari kita tidak tlepas daripada bhadapan dengan dugaan daripada Allah SWT.
Alhamdulillah bro, tetap bersyukur dengan apa yang dikurniakanNya.. mungkin itulah hikmah di sebalik kesabaran kita kan?
ya betul tuh bro Kulanz …sabar itu juga separuh dari iman kita….:)
Setiap kejadian ada kebaikan nya…:)
.-= Nine´s last blog ..Family : Trip To Hong Kong 2009 Part 2 =-.
kegagalan adalah awal dari keberhasilan….
.-= tetembak´s last blog ..Menilai Seseorang Lewat Mata =-.
ya, itu sudah semestinya.. yang penting ada usaha selepas kegagalan itu
Berani untuk gagal berarti berani untuk berbuat sesuatu dan tidak berdiam diri begitu saja. tentu saja ini dilakukan dengan adanya perencanaan dan pertimbangan sebaik2nya sebelumnya…
.-= lina@happy family´s last blog ..Teach Your Children to Compromise =-.
Kadang tu sukar juga untuk membuat pertimbangan dalam membuat keputusan, terutama jika pilihan yang ada penting kedua-duanya. Tapi memang tiadalah penyesalan di hati kalau masa buat keputusan tu pertimbangan sudah dibuat.
yang namanya hidup kita harus berani gagal sob..karena kegagalan merupakan awal dari keberhasilan..insyaallah….
Belajar dari kegagalan yang telah berlalu…..
.-= Mis1´s last blog ..SELAMAT MENYAMBUT 2010. TAHUN BARU, AZAM BARU. =-.
iya.. akan sentiasa diingat tu.. thanks
Kengkadang, kita terpaksa memilih “the lesser of two evil”. Mungkin pihak universiti akan bermurah hati setelah mengetahui kisah yang sebenar, siapa yang tahu? Yang penting keberanian kita untuk menegakkan kebenaran dan membuat keputusan “bawah tekanan” dengan betul. Semoga usaha saudara Kulanz diberkati olehnya.
.-= Dak Wan´s last blog ..Aksi Sexy Melampau di Hotspring =-.
betul bro, kalau tak silap masih boleh buat rayuan utk tangguh exam.. maknanya duduk exam lewat ckit.. tapi dalam semester yg sama jgk.. yg penting ada pengesahan daripada pihak majikan…
Thanks bro, moga setiap usaha kita semua akan diberkatiNya.
- berani utk gagal satu cogan kata yg sangat baik… -
- yg pasti n3 kali ni akan sera jadikan panduan dan moral hidup serta akan disebarkan pada seantero pelajar dibwh bimbingan sera agar mereka dpt menempuh dugaan hidup selepas alam persekolahan suatu hari nanti…- (tp tuan nama tetap dirahsiakan dr pengetahuan pelajar sera)
Banyak pengalaman hidup yang dapat dkongsikan bersama… bole ambil mana-mana yang boleh dijadikan panduan.. thanks sera
hidup harus berani karna kegagalan adalah sukses yang tertunda
.-= heru´s last blog ..TERIMA KASIH ALEXA DAN SEMUA SAHABAT BLOG BISNIS ONLINE =-.
terima kasih saudara…
moga kita sama-sama sukses dalam hidup
stakakt ni ko da ranking bpe kt google bro?hehehe
aku out dah bro.. yg pasti bukan dlm ranking top 10, hehe
hoho.. aku pun dah tercampak mana tah..
hehe.. sama bro.. tapi x kisah la, sbb kita dah berusaha pun..
Assalamualaikum,betul 2 bro berani untuk gagal,ayie pun buat masa skrg masih sambung berlajar walaupun jurusan yang ayie sambung bukan jurusan yang ayie ambik masa diploma,:D x rugi kalau sambung berlajar dan mengetahwi sesuatu lebih mendalam kan bagus itu ba
.
Waalaikumsalam,
ya, setuju sangat dgn ayie… hadapi kegagalan macam biasa juga bah…hehe..
Klu sambung pelajaran mmg tak kisah tu apa pun jurusan, mmg x rugi, yg penting dapat tambah ilmu..
fuh, susah juga kalau ambik pjj ni yerk. dengan kerja lagi, dengan study lg. apa2 pun semoga berjaya bro.
Kadang tu memang susah juga bro.. mana nak fikir kerja, study lagi.. lagi sengsara kalau kebetulan kerja outstation.. mmg penat.. tapi tu la cabaran yg tpaksa dihadapi..
attractive site also see my website
hammad recently posted..Earning network