Nampaknya DJ Siiputt, DJ UtaraFM adalah antara yang paling sibuk petang tadi bagi mempersiapkan peralatan untuk bersiaran secara langsung dari Dewan Masyarakat Kota Marudu, Sabah sempena Konsert Mini Felix Agus (Bekas Peserta Akademi Fantasi).
Selain DJ Siiputt, turut sibuk dengan persiapan itu termasuklah DJ Kupang, DJ Tom, DJ Nong, DJ MKA, DJ Batman, wady, kroniquecurl dan beberapa rakan KUSNET, D’Sulap, SAM dan Monster Crew.
Walau bagaimanapun, kesibukan rakan-rakan mungkin masih tidak dapat menandingi kesibukan Tuan rumputt sebagai orang yang bertanggungjawab penuh dalam pengendalian konsert dan siaran langsung UtaraFM. Semoga program tersebut berjalan dengan lancar.
Sedih tidak dapat bersama-sama dengan rakan lain sepanjang acara tersebut, namun saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang bertungkus-lumus menjayakannya.
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.


{ 9 comments… read them below or add one }
Dj teruuuuuuuusssssssssssss
Iya saudara Inspirasi.. DJ Radio Online.. Radio yang saudara dengar di blog ini
yihaaaaaaaaa
wahh.. hepi nampak tuan Jantan
wah DJ ya….
Betul saudara widodo dc.. hehe
kepada rakan blog dan pelawat.. selamat mendengarkan utarafm.. macam biasa juga bah..
DJ siput, unik nama tu.
iya.. memang unik namanya… tapi lagi best kalau dengar dia men-DJ