Drama Asmara 2 di Slot Lestary TV3

Drama Asmara yang disiarkan di TV3 bermula 31 Ogos tahun lepas memang mendapat sambutan yang hangat daripada penonton. Kalau tidak, mana mungkin TV3 menayangkan semula drama tu untuk musim ke-2. Asmara 2 akan ditayangkan pada setiap Selasa, pukul 9 malam menerusi slot Lestary TV3. Episod pertama mula disiarkan pada 8 Mac 2011 nanti.

Drama Asmara TV3

drama asmara 2

Drama Asmara 2 terbitan Suhan Movies ini bakal ditayangkan dalam 13 episod dan dijayakan oleh pelakon yang kebanyakannya masih kekal antaranya; iaitu Shahz Jaszle (Asmara), Faezah Elai (Zaliya), Faralyna Idris (Melati), Fize Elite (Tria), Dian P.Ramlee, Fauziah Nawi, Rahim Jelani serta dibantu oleh pelakon/watak baru seperti Fezrul Khan (Ferhad), Marsha Londoh (Zira), Hairul Azreen (Fikri) dan Marisa Yasmin (Noreen), drama ini merupakan lanjutan daripada musim pertama.

drama asmara 2

Jalan cerita (sinopsis) untuk musim ke-2 ini lebih kurang untuk merungkai rahsia “kematian” Zaliya dan kesudahan kisah cinta tiga segi antara Asmara, Zaliya dan Melati. Dalam musim sebelumnya, Asmara seperti kehilangan semangat dan menjadi murung. Nek Mah sentiasa mengingatkan Asmara tentang tanggungjawabnya kepada Adam (anak Zaliya).

Zaliya yang dianggap sudah meninggal dunia sebenarnya berada dalam koma kerana Sahlan sengaja menyembunyikannya daripada pengetahuan Asmara. Sahlan mahu menyingkir Asmara daripada kehidupan Zaliya buat selama-lamanya dan enggan mengakui Adam sebagai cucunya.

Selepas tiga bulan, Asmara mengambil keputusan untuk mengahwini Melati atas desakan semua dan demi Adam. Pada hari perkahwinan Asmara dengan Melati, Zaliya sedar dari koma. Zaliya kecewa kerana Asmara menganggapnya sudah mati dan anaknya kini dalam jagaan Asmara. Zaliya memulakan kehidupan baru dengan semangat positif atas bantuan kakaknya, Tria.

Suatu hari, Asmara terserempak dengan Zaliya tetapi Zaliya berjaya menyembunyikan rahsianya. Sejak itu, fikiran Asmara terganggu kerana wajah Suhana saling tidak tumpah seperti Zaliya.

Melati yang kini sudah hamil sedar bahawa Asmara masih mencintai Zaliya. Masing-masing sengsara dengan perasaan cinta, cemburu dan prasangka tanpa menyedari muslihat Ferhad yang akan membahayakan nyawa si kecil yang tidak berdosa. Apakah Zaliya akan berterus-terang dengan Asmara? Masih adakah peluang kedua bagi Asmara dan Zaliya?

Untuk mengetahui jawapannya, jangan lupa tonton drama tersebut di kaca TV anda (atau boleh juga tonton online di tonton.com.my)

Sumber: mStar

Please like & share:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>