TV3 ni memang terkenal sebagai penyiar drama-drama Melayu. Banyak juga drama siaran saluran tv tu yang popular. Tak kira sama ada melalui slot Akasia, Lestary, Legenda dan lain-lain.
Kali ni pihak TV3 sekali lagi akan menyiarkan sebuah drama yang bertemakan kemasyarakatan. Mereka telah mengambil iktibar daripada masalah sosial remaja yang semakin merunsingkan akibat pergaulan bebas dan kekurangan didikan agama dengan menerbitkan drama bersiri baru yang berjudul Asmara untuk slot Lestary yang akan menggantikan drama muzikal Hotel Mania. Drama “Asmara” akan menemui penonton mulai 31 Ogos ini, setiap Selasa, pukul 9 malam.
Secara ringkasnya, Drama Asmara adalah bertujuan untuk menyarankan kepada golongan muda supaya tidak mengabaikan tanggungjawab dan menghormati nyawa walaupun nyawa seorang bayi yang belum dilahirkan. Ia mengisahkan Zaliya (Faezah Elai) yang terlanjur dengan teman lelakinya, Raziq (Nazim Othman) sehingga mengandungkan anak luar nikah. Bagi menutup malu, ayah Zaliya, Sahlan meminta Malik membenarkan anaknya, Asmara (Shaz Jazle) mengahwini Zaliya kerana Malik pernah berjanji untuk membalas hutang nyawanya.
Malik yang tidak mengetahui tentang kehamilan Zaliya telah meminta Asmara menunaikan janjinya kepada bapa Zaliya. Walaupun keberatan dan mengenali perangai buruk Zaliya yang sekolej dengannya, Asmara terpaksa setuju dan melupakan perasaan hatinya dengan rakan baiknya Melati (Faralyna).
Pada malam pertama perkahwinan, Zaliya telah membongkar rahsianya malah dia juga memberitahu Asmara bahawa mereka hanya perlu berlakon dan akan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa.
Asmara yang mengetahui cerita sebenar Zaliya merasa tertipu dan marah kerana dijadikan Pak Sanggup oleh bapanya sendiri dek kerana terhutang nyawaZaliya pula tidak puas hati kerana dijodohkan dengan Asmara, sering mencari salah Asmara dan meminta diceraikan. Asmara akur dengan permintaan Zaliya dan akan menceraikannya selepas dia melahirkan anak.
Drama tersebut turut dilakonkan oleh Faralyna, Nazim Othman, Fiza Elite, Syed Ali, Rahim Jelani, Dian. P Ramlee, Mustapha Kamal dan Fauziah Nawi. Drama 13 episod ini mendapat sentuhan kreatif daripada sutradara Heykal Hanafiah dan juga skrip daripada penulis yang tidak asing lagi Sharifah Abu Salem.
Sumber: mStar.



{ 19 comments… read them below or add one }
jarang sekali berpeluang memilih untuk menonton
…ikut minat anak2 je
tehr recently posted..Lagu Kebangsaan
samalah, akupun terpaksa beralah dengan anak2
asmara ni keywords panas jugak ni
kalau dapat kuasai remote control kat rumah tu adalah peluang aku nak tengok cite ni hehe
memang antara yang panas bro
aku jarang ada peluang kuasa remote control.. anak2 tak bagi peluang hehe
wah ada mustafa kamal tuh…
zik recently posted..Survey- Bila Anda Balik Kampung Raya 2010
pelakon berpengalaman dia tu
salam lan, eh aku tak salah masuk blog ke nie..hahahaa
haha, sekali-sekala berubah buat perubahan
wahh bro pun dah buat entri sinopsis drama asmara ni
nanti nak buat juga la kat blog
wazy recently posted..Sudirman-31 Ogos
buat bro, keyword asmara sekarang ni tengah panas
macam best her cerita ni..aku suka pompuan tu..lawa lah hu..cute..
ishak recently posted..TOP BLOGGER MERDEKA AWARD 2010
wah satu jln cerita yang menarik nie
Layan je laa…
syah recently posted..SMS- Yang Best dan Yang Tak Best
layan je la cerita ni. Masih baru lagi kalau nak komen pun

syah recently posted..SMS- Yang Best dan Yang Tak Best
wei,,,aku pn minat gak tgk cite ni….ank2 aku sama naik tgk cite ni jd xde mslh la klu aku dpt tgk….tu pn mujur laki outstation cuma yg jd halangannyer bila aku kena keje sblh ptg…aduhhh,,,tension tul……sbb xde ulangan….
best giler citer ni…ada pengajaran disebaliknya terutama buat ibubapa dan ank2..pelakon pun hebat…teruskan lagi dimasa akan datang…
citer yg menarik…………utk ditonton 1 malaysia…satu pengajaran yg bagus utk
tatapan skg dimana banyak genjala-genjala sosial yg bernegatif buruk ,senang terjadi dimasa skg…………disamping heronya yg jantan dan macho…..
Cerita asmara sangat best kalau disambung sampai pukul 10.00 kan cepat sikit
pakwe saya minat gilerrr cte asmara ni…huhuu
sye dr x mnat trus mnat…huuu
tp tgk dh phujung pon….lyan jewwwww