Home >> Personal >> Durian Juadah Berbuka Puasa

Durian Juadah Berbuka Puasa

by kulanz on 24/08/2010 · 56 comments

Kisah pagi tadi di tempat kerja. Awal-awal lagi seorang kawan asyik bercerita pasal durian yang dibelinya semalam, dari rakan sepejabat juga. Katanya durian yang dia beli tu cukup besar. Satu ulas makan dah kenyang, tak larat nak makan banyak. Saya cakap, apasal tak bawa pagi ni, boleh bagi kawan-kawan lain. Dah habis katanya, sebab dia jemput adik-adiknya datang rumah dan ‘kendurikan’ durian tu.

Tak lama lepas tu, jumpa juga kawan sepejabat yang jual durian tu. Saya tanya kalau-kalau ada lagi bekalan durian hari ni. Dia cakap memang dia ada bawa, tu pun kalau tak habis orang booked semalam ambik. Kalau habis kenalah tunggu hari berikutnya. Nasib saya memang baik pagi tu. ada baki 4 biji lagi yang belum orang beli, jadi saya beli semua. Harga memang murah sebab dapat diskaun kawan-kawan. Terima kasih banyak.

Bayangkan, sepanjang perjalanan pulang hampir-hampir 20 kilometer bawa durian tu balik, hidung ni rasa mengembang je terhidu bau durian tu. Semerbak harum durian ni. Nasib baik puasa time tu. Kalau tak, gerenti dah singgah tepi jalan makan durian. Tak sabar!

durian

Selalunya kami makan buah kurma untuk buka puasa, tapi hari ni makan buah durian segar dari ladang ni. Fuhh, lemak berkrim. Memang betul macam yang kawan sorang tadi cakap, makan seulas dah cukup, kalau makan lebih gerenti tak larat punya. Nanti tak boleh makan nasi.

durian

Saya pun tak tahu juga durian yang saya dapat dari kawan tu spesis Durio zibethinus, Durio kutejensis, Durio oxlevanus, Durio graveolens, Durio dulcis atau durian klon. Tak sempat pun buat rujukan sebab ghairah sangat nak makan. Tapi durian tu memang antara durian jenis terbaik yang pernah saya jumpa.

Setakat ni dulu taip entri pasal durian. Nak sambung jilat jari sekejap.  Ada baki durian lagi ni melekat, hehe.

Kata kunci artikel:

durio kutejensis, artikel durio kutejensis, gambar buah durian

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 56 comments… read them below or add one }

1 Sir Marcello August 24, 2010 at 10:24 pm

perghhh…buka posa dengan durian…xpanas badan ke nanti???

Reply

2 kulanz August 25, 2010 at 12:00 am

hehe, ada juga terasa panas tu

Reply

3 bujang3 August 27, 2010 at 12:51 pm

kalau panas, berendam ler dalam kolam !!! heheee !!!
bujang3 recently posted..Tragedi menyayat hati di bulan Ramadhan !!!My Profile

Reply

4 hafizmd August 25, 2010 at 12:34 pm

kalau panas..lehla minum air dari pangsa buah durian tu..hehe
hafizmd recently posted..Sama-sama kita hayati video iniSubhanallahMy Profile

Reply

5 cikmin August 24, 2010 at 10:33 pm

wehoooo! durian..nyum..nyum..nyum..cikmin pun baru lepas pekena di dapur sebentar tadi.. :P
cikmin recently posted..Menu Iftar 13 Ramadhan Terima Kasih Sayang!My Profile

Reply

6 kulanz August 25, 2010 at 12:00 am

wah, makan durian juga cikmin :D

Reply

7 adamfaiz August 24, 2010 at 10:36 pm

bubur kacang durian yang aku beli ari tu pun sodap..mmm tadi takde jual plak
adamfaiz recently posted..Korban Mercun Melambung Ke Atas PokokMy Profile

Reply

8 kulanz August 25, 2010 at 12:01 am

aah, akupun suka bubur kacang + durian, memang sedap :)

Reply

9 jawatan kosong August 25, 2010 at 10:02 pm

durian memang nyummy.. + bubur kacang or + ice cream..
jawatan kosong recently posted..AIMST Dental Institue Jobs Trainee Dental Surgery AssistantMy Profile

Reply

10 iza August 24, 2010 at 10:40 pm

Salam…

Wah durian…..pulutnya mana?
iza recently posted..Mengimbau Kenangan Silam 1 RamadhanMy Profile

Reply

11 kulanz August 25, 2010 at 12:01 am

salam,
pulut x sempat buat tadi :D

Reply

12 Luth textile August 24, 2010 at 11:18 pm

durian sabah sedap ke? sekarang ni tengah musim durian eh kat sana?
Luth textile recently posted..Ini bukan kes “cepat melatah”My Profile

Reply

13 kulanz August 25, 2010 at 12:04 am

kalau ikut rasa aku sedap juga bro..
memang dah musim durian sekarang ni.. banyak tempat dah ada jual..

Reply

14 zool August 24, 2010 at 11:31 pm

tak boleh la makan durian waktu berbuka… Panaih nanti
zool recently posted..Tulisan van yang coolMy Profile

Reply

15 kulanz August 25, 2010 at 12:04 am

makan sikit je tadi bro.. tak larat makan banyak :D

Reply

16 arieza August 24, 2010 at 11:40 pm

argh jeles jeles! mau jugak.. kt kuching lom tiba musim durian tul2 lg.. ckit amat durian. super mahal! :( smpai rm30 sebijik.. huhuhuh dh la isi nipis xsedap!!!

rindu nk mai KL lg!! aritu kt PJ, ieza & incik macha g mkn durian tanpa had.. smpai sendawa kuar durian pn xpe.. huhuhu kira mcm buffet ar.. on weekdays rm9 je sorang. if weekend mahal ar tapi. leh mkn smpai berbakul2 durian if larat. semua mmg durian jenis sedap2 belakar! xde limit masa :P

jom encik kulan kita g Petaling Jaya tu nak?? heheh kita kendurikan durian tu plak. semua sedap2!!!!
arieza recently posted..- 50 sen Untuk Satu Kad RayaMy Profile

Reply

17 kulanz August 25, 2010 at 12:14 am

Sabah durian dah banyak juga.. tapi harga ada yang masih mahal, yang ni pun kebetulan dapat dari kawan.. so, memang dia pilih yang baik punya..

PJ sekarang ni banyak durian? bagus tu, boleh ramai2 kenduri durian sana.. kalau tak habis makan boleh angkut bawa balik juga :D

Reply

18 Steward John August 25, 2010 at 12:05 am

Alamak. menggiurkan.. haha. Memang peminat durian ni tapi tau2 jer la Durian di Sabah ni harga mahal terutamanya dekat KK tu..
Steward John recently posted..How to- Configure and setup custom domain on bloggerMy Profile

Reply

19 kulanz August 25, 2010 at 12:16 am

kawasan KK sekarang ni harga durian memang masih mahal.. baru2 ni ada juga singgah beli.. 1 tapau masih RM10.. kalau timbang lagi mahal.. tak larat beli..

Reply

20 Steward John August 25, 2010 at 12:50 am

Tu la pasal.. kurang mngkin orang tanam benda tu dekat Sabah.. tu la mahal jak.
Steward John recently posted..How to- Configure and setup custom domain on bloggerMy Profile

Reply

21 wazy August 25, 2010 at 12:07 am

waaa dah lama tak makan durian ni
hehehe macam ngidam lak,esok nak try cari gak la
wazy recently posted..Antara Realiti Dan FantasiMy Profile

Reply

22 Steward John August 25, 2010 at 12:08 am

Amboi bro, nampak terus mengidam.. hehehe. Ha, cari jangan tak cari.
Steward John recently posted..How to- Configure and setup custom domain on bloggerMy Profile

Reply

23 kulanz August 25, 2010 at 12:17 am

betul bro, kena cari tu kalau mengidam.. :D

Reply

24 etomyam August 25, 2010 at 12:34 am

pergh bro…warna kuning emasnya adoilah, cukup membangkitkan nafsu ku kat sini ni.. :D
etomyam recently posted..Perlukah Melontar Najis Untuk Luahkan KemarahanMy Profile

Reply

25 kulanz August 26, 2010 at 11:23 pm

hehe, sedap masa makan tu bro, tapi lepas tu badan aku terbakar :D

Reply

26 pawaka19 August 25, 2010 at 12:42 am

pergh mmg enak sampai menjilat jari..kuning keemasan durian tu..argh!! aku tergoda..

“Kempen 1 Blog 1 Bendera – Nostalgiaku Merdeka Malaysia Ketika Itu”

Reply

27 kulanz August 26, 2010 at 11:20 pm

hehe, jom makan ramai-ramai :D

Reply

28 anif August 25, 2010 at 12:51 am

Wow.. Durian yang sempurna rupa parasnya :) Tengok pun sudah tahu rasanya… “sempurna”.
anif recently posted..Checklist Hari RayaMy Profile

Reply

29 kulanz August 26, 2010 at 10:38 pm

hehe, rasanya memang bole tahan :)

Reply

30 zik August 25, 2010 at 1:56 am

sedapnya durian…cantik gambarnya… fuh panas dibuatnya
zik recently posted..Psikologi HargaMy Profile

Reply

31 kulanz August 26, 2010 at 10:37 pm

yang panas tu memang tak tahan :D

Reply

32 mrnamie August 25, 2010 at 2:18 am

teringat dulu waktu kecil, tiap kali makan durian, abah suruh minum air pakai kulit durian tuh. Nak hilangkan panas nya. Hehe
mrnamie recently posted..Mouse kegemaran aku rosakMy Profile

Reply

33 kulanz August 26, 2010 at 10:15 pm

baru tau petua tu, makasih bro.. nanti nak try juga

Reply

34 x-po August 25, 2010 at 2:22 am

sekarang aku dh muak dah makan durian..hehe dah pulun makan giler2 masa mula2 kuar musim aritu hehe
x-po recently posted..PATUTKAH KITA BELASAH ORANG JAHAT UNTUK DIJADIKAN PENGAJARANMy Profile

Reply

35 Steward John August 25, 2010 at 11:53 am

Ler.. tempat bro tu harga durian murah saja.. kalau dekat sini ni… harga berpuluh tapi beberapa ketul jer dapat.
Steward John recently posted..How to- Configure and setup custom domain on bloggerMy Profile

Reply

36 kulanz August 26, 2010 at 10:14 pm

betul bro, kalau singgah beli durian tepi simpang tuaran tu, harga RM10 tak sampai pun 10 ulas..

Reply

37 kulanz August 26, 2010 at 10:12 pm

hehe, akupun jarang sangat makan durian ni.. kalau setakat 1-2 ulas tu bolehlah juga.. tempat bro mesti banyak durian, kan?

Reply

38 DonHa August 25, 2010 at 3:32 am

perh. ni gambar betul ke? memang nampak fresh dari ladang. rofl. bebuka makan durian? ade sekali aritu, makan 3 ke 4 ulas. dah nak deman. sebab lama tak makan durian. duain ni kan KING!
DonHa recently posted..Identiti diriMy Profile

Reply

39 kulanz August 26, 2010 at 10:11 pm

memang gambar tu ori punya, hehe..
durian ni untuk pemanis je masa berbuka.. selalunya memang makan buah kurma, tapi ni tukar durian :)

Reply

40 denaihati August 25, 2010 at 5:18 am

Durian ni memang lah kesukaan aku yg amat sangat…
denaihati recently posted..Melayu Buang Bayi yang lebih Jahiliah daripada JahiliahMy Profile

Reply

41 kulanz August 26, 2010 at 10:09 pm

ada masa jomlah makan sama-sama bro :)

Reply

42 catzer August 25, 2010 at 8:30 am

juadah berbuka tu mmg pernah lah tp dah jadi bubur pulut hitam + durian..hehehe..yummy!

Reply

43 kulanz August 26, 2010 at 10:09 pm

betul, memang sedap kalau durian buat bubur campur pulut hitam atau kacang hijau

Reply

44 ray ban August 28, 2010 at 7:08 pm

@catzer lepas ni boleh tolong buat la untuk juadah berbuka puasa
ray ban recently posted..Ray ban Classic Metal LeatherMy Profile

Reply

45 hafizmd August 25, 2010 at 12:36 pm

dah lame tahan tekak ni dari makan durian..semenjak batuk hari tuh..yg baru jer nak reda ni..still lagi tak sentuh durian..tgk entri ni..adeh…tak tahan rase..hehe..
hafizmd recently posted..Sama-sama kita hayati video iniSubhanallahMy Profile

Reply

46 kulanz August 26, 2010 at 10:08 pm

hehe, sabar bro, nanti makan durian lambat pula sembuh batuk tu :)

Reply

47 ain August 25, 2010 at 6:09 pm

tengok isi dia buat saya telan air liur jerk…

sedapppnyaaaaaaa…..
ain recently posted..Berpisah Sementara Mungkin Jalan Terbaik Buat KitaMy Profile

Reply

48 kulanz August 26, 2010 at 10:07 pm

hehe, memang sedap :)

Reply

49 tehr August 25, 2010 at 9:10 pm

wah, terliur la pulak
kami belum cari durian lagi sepanjang ramadan ni
di kelantan sekarang ni dah jarang nampak durian
tehr recently posted..Udang Pun Tak Lontar Najis Sesuka HatiMy Profile

Reply

50 kulanz August 26, 2010 at 10:01 pm

ada juga kawan dari kelantan duduk sini, dia cakap kalau musim durian harga sana memang murah.. tapi mungkin sekarang belum musim lagi

Reply

51 lazaac August 26, 2010 at 1:18 am

pengalaman lazaac di Sabah, durian agak mahal kalau nak banding dengan harga di Semenanjung.. tapi rasa dia mmg sedap…

lain tmpt, lain rasa sbb lain baka.. :p
lazaac recently posted..Envato Birthday Bundle 2010My Profile

Reply

52 kulanz August 26, 2010 at 9:57 pm

betul tu, harga memang mahal banding tempat lain.. tapi rasa tu aku tak tau plk… tapi gerenti lebih sedap daripada durian thailand, :D

Reply

53 bujang3 August 27, 2010 at 12:52 pm

fuhhh!!! tengok gambar tu pun dah buat aku terliur… aku memang suka durian nie…
bujang3 recently posted..Tragedi menyayat hati di bulan Ramadhan !!!My Profile

Reply

54 acapz August 28, 2010 at 10:19 am

nyum3. terliur aku. aku jarang mkn durian.xsuka sngt mkn bnyk2. kn mual. pastu muntah. hahaha.
acapz recently posted..Menganalisis Kelakuan Malware Dengan Buster Sandbox AnalyzerMy Profile

Reply

55 ray ban August 28, 2010 at 7:06 pm

wahh dah lama x makan durian ni
p/s :- favourite durian kampung
ray ban recently posted..Ray ban Classic Metal LeatherMy Profile

Reply

56 mancai August 30, 2010 at 9:49 pm

terasa lapar la pulak, tengok durian ni, walaupun baru lepas berbuka tadi

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: