Home >> Hiburan >> Duyong Aridinata Pasangan Serasi Dyesebel

Duyong Aridinata jadi pasangan serasi Dyesebel. Macam pelik saja bunyinya kan? Macam tak percaya pun ada juga. Tapi tak mustahil ianya akan berlaku.

Wah, tiba-tiba mood hari ni bertukar sekejap. Cerita pasal Duyong Aridinata dan Dyesebel pula. Mungkin disebabkan sekarang ni saya berada beberapa ratus kilometer dari rumah. Bukan sebab lari dari rumah, tapi adalah sebab-sebab tertentu.  Jauh perjalanan, banyak sangat makan angin. Kena macam-macam jenis angin :D

Okey, berbalik kepada cerita asal. Duyung Aridinata sebenarnya adalah drama bersiri baru terbitan Zeel Productions yang akan ditayangkan di TV3 mulai 12 Julai 2010 setiap Isnin hingga Khamis pukul 4.30 petang menerusi slot Lagenda di TV3 dan siaran ulangannya di TV9 pukul 8.30 malam.

Drama bersiri 20 episod itu mengisahkan pengembaraan putera duyung bernama Aridinata lakonan Zachery Francis yang mahu memahami dunia manusia dan mengenali erti cinta sejati. Segalanya berpunca daripada kenangan Aridinata yang pernah menyelamatkan seorang perempuan yang hampir lemas di laut. Dari sanalah dia mula mengagumi kesempurnaan tubuh manusia.

Maka, Aridinata dan Bumatra (Hirzi) mencari jalan untuk keluar dari empayar Insangrumpair. Aridinata sering teringatkan budak perempuan yang pernah diselamatkannya dan mahu mencarinya ke alam manusia. Dengan bantuan Dukun Mek Melusa (Maria Farida), Aridinata dan Bumatra berjaya menukarkan ekor mereka kepada sepasang kaki manusia. Bagaimanapun, Aridinata perlu memenuhi beberapa syarat. Dia hanya akan kekal menjadi manusia sekiranya ada wanita mengucapkan cinta kepadanya dalam tempoh tujuh bulan.

Aridinata dan Bumatra telah berkenalan dengan Cleo (Fasha Sandha) dan Tom Diana (Syakilla) yang mengikuti rombongan pelajar Universiti Malaya. Aridinata tertarik dengan perwatakan Cleo yang ikhlas dan bersahaja. Aridinata berusaha untuk memenangi hati Cleo kerana masa semakin suntuk.

Selain Zachery Francis dan Fasha Sandha ia turut membariskan pelakon popular lain seperti Natasha Hudson, Rozie Rashid, Tony Eusoff, Maria Farida, Zain Saidin, Jasmin Hamid, Hirzi, Syakilla.

Apa pula kaitan Duyong Aridinata dan Dyesebel?
Dyesebel adalah drama bersiri 60 episod dari Filipina yang kisahnya hampir sama dengan Duyong Aridinata. Bezanya Dyesebel adalah duyong perempuan lakonan pelakon seksi dan jelita, Marian Rivera dan Aridinata pula duyong lelaki. Dyesebel juga mempunyai berkisar tentang kisah cinta antara duyong dan manusia. Apapun, mesti ada kelainan antara dua siri drama ini. Kalau nak tahu lebih lanjut, jangan lupa 12 Julai nanti.

Kata kunci artikel:

duyung betul,zain saidin,zain saidin seksi,zachery francis,pengantin putrra duyung,pelakon dysebel,pasanga serasi,kisah serasi,duyung aridinata full,bumatra

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 33 comments… read them below or add one }

1 death_luver July 2, 2010 at 8:35 am

kenape banyak sangat cerita tentang duyung kat malaysia skrg neh?..
pelik..
death_luver recently posted..yahoooooooooooooooooooooMy Profile

Reply

2 kulanz July 5, 2010 at 12:09 am

mungkin sebab di malaysia banyak duyong :D

Reply

3 Amir July 2, 2010 at 9:26 am

mcm menarik…. :-)
Amir recently posted..Review Nuffnang- Innity- Advertlets dan Mangga AdMy Profile

Reply

4 kulanz July 5, 2010 at 12:10 am

xtau la juga..
tapi kalau dyesebel tu mmg menarik :D

Reply

5 Thoha July 2, 2010 at 10:50 am

salam..
kalau ada masa nak kena tengok gak cerita duyung lelaki ni..hehe

Reply

6 kulanz July 5, 2010 at 12:11 am

hehe.. rasa ganjil juga tu tengok duyong lelaki :)

Reply

7 eQuRlz July 2, 2010 at 11:15 am

smlm kn..eqa tesilap tarikh..ingatkn cite dendam org minyak tu abis smlm..n nnt ari isnin ade cite duyung ni..so tecangakla dpn tv tu nk tgk ending..tgk2 x pn lg..hehe..jln cite duyung ni mmg mcm dyesebel jer..pnulis skrip tu xde idea lain ke..
eQuRlz recently posted..Mone Yang Ku SayangMy Profile

Reply

8 kulanz July 5, 2010 at 12:14 am

jalan cerita dia mmg lebih kurang dyesebel.. cuma dia guna duyong lelaki plk.. rasanya jalan cerita dipilih secara sengajar, bkn sbb xda idea lagi..

Reply

9 eyriqazz July 2, 2010 at 11:28 am

Dyesebel tetap terbaik..terbantut hasrat nak tengok drama ni bila fasha sandha yang berlakon..kalau lisa surihani confirm terpacak depan tv..hik3…
eyriqazz recently posted..Advertorial 2 Kegembiraan Minggu IniMy Profile

Reply

10 kulanz July 5, 2010 at 12:20 am

lisa surihani malas tu kena air masin.. takut gelap jadinya :D

Reply

11 tehr July 2, 2010 at 1:08 pm

kita sama2 tunggu, menjadi ata tidak watak duyung lelaki ni
sukar aku nak bayangkan…
tehr recently posted..Syair Memujuk IsteriMy Profile

Reply

12 kulanz July 5, 2010 at 12:24 am

yup, kena tengok dulu baru boleh buat kesimpulan

Reply

13 suri July 2, 2010 at 1:57 pm

salam jumaat..
alahai bestnya klu dpt jumpa iakn duyung dopan mata..hehehe..

suri nak tgoklah ctr ni..mesti bst punya ;)

Reply

14 kulanz July 5, 2010 at 12:25 am

aku pernah juga jumpa ikan duyong.. tapi tak macam manusia.. :D

Reply

15 AyieBlog July 2, 2010 at 3:28 pm

Salam,maaf saudara kulanz pada pandangan ayie sendiri kenapa kebanyakan filem malaysia sekarang menjerumus pada kyalan,macam meniru cerita dari indonesio pulak dayanya,apa pendapat bro kulanz sendiri? :)

Reply

16 kulanz July 5, 2010 at 12:35 am

cerita khayalan tak salah bro,asalkan ia berdasarkan idea asal. tapi kalau dah meniru tu, kira mmg tak bagus untuk industri..

Reply

17 etomyam July 2, 2010 at 6:23 pm

wah, hari ada jugak layan cerita ni, best jugak, kalau ada kelapangan boleh jugak layan ni :D
etomyam recently posted..Blogwalking -amp Walk The BlogMy Profile

Reply

18 kulanz July 5, 2010 at 1:14 am

betul tu bro, kalau ada kelapangan boleh juga layan

Reply

19 Eyangresi313 July 2, 2010 at 11:47 pm

Hebat juga, baru kali ini saya mendapatkan suatu informasi tentang ikan duyung lelaki. Apa kata dunia…..??????

Xixixi….x9
Eyangresi313 recently posted..TERAPI UNTUK MENGATASI STRESMy Profile

Reply

20 kulanz July 5, 2010 at 1:14 am

macam-macam sudah duyong sekarang ni :D

Reply

21 Wan Perlis July 3, 2010 at 9:23 am

tgk cam mengarut ja

Reply

22 kulanz July 5, 2010 at 1:15 am

haha.. xtau lah pula bro :D

Reply

23 acapz July 7, 2010 at 7:42 am

a’ah. mcm mngarut je cite camni. haha. xbpe lyn kalu dogeng2 camni. mcm cite indon yg slalunye. bosan kowt. dongeng je bnyk. huhu
acapz recently posted..Disqus Memperkenalkan Thread Migration Tool Untuk Import Komen LamaMy Profile

Reply

24 azizan4444 July 3, 2010 at 11:31 am

mcm besh je..ley tgk la lps ni…hehe
azizan4444 recently posted..Karenah Perempuan Bercinta- Lelaki Dalam DilemaMy Profile

Reply

25 kulanz July 5, 2010 at 1:17 am

ada masa boleh tengok bro :)

Reply

26 jawatan kosong July 4, 2010 at 7:56 pm

hehehe setiap orang punya pandangan berbeza..
jawatan kosong recently posted..HELP University College Jobs Vacancies KL 2010My Profile

Reply

27 kulanz July 5, 2010 at 1:22 am

memang betul.. ada yg minat, ada yang tak minat..

Reply

28 Mr.Z July 4, 2010 at 11:55 pm

cerita adaptasi dari filipina yek.. macam best je.. hehe..
Mr.Z recently posted..Kini Tamat Sudah Pengajianku…My Profile

Reply

29 hafizmd July 5, 2010 at 5:10 pm

hoho..citer duyung pulak yer..takpe..kite leh tgk dulu camne..nanti leh bagi preview pulak..ok tak?

p/s – kerje sambil makn angin kadankala menyeronokkan..
hafizmd recently posted..Iran dalam kenanganMy Profile

Reply

30 ishak July 8, 2010 at 1:39 am

teknik meniru paling sempoi orang malaysia huhu aku belum tengok lagi cerita ni

Reply

31 marrissa August 3, 2010 at 9:29 am

sedap lagi .cerita duyung aridinata

Reply

32 ahmad asyraf August 14, 2010 at 11:26 am

betul saye suke tgk cerita duyung aridinata yg best gile betul macam nak jadi duyong lah

Reply

33 write my papers January 26, 2012 at 3:32 pm

A top of your career supposes to be not as far as you think. When you buy essay papers, you will reach a peak of professional career.

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: