Home >> Nasional >> eKasih Portal Pembasmian Kemiskinan

eKasih Portal Pembasmian Kemiskinan

by Kulanzsalleh on October 8, 2010 · 107 comments

Portal Pembasmian Kemiskinan ekasih

Pagi tadi sempat menghadiri mesyuarat rutin pejabat. Dalam mesyuarat berkenaan, salah satu perkara yang turut disampaikan adalah berkenaan permohonan bantuan rakyat miskin 2011 melalui Portal Pembasmian Kemiskinan eKasih.

Mengikut apa yang disampaikan, portal ini sudah wujud agak lama sebenarnya. Tapi masih ramai yang kurang mengetahui kewujudannya sebagai portal untuk menyalurkan maklumat kemiskinan. Dan sejujurnya sayapun baru mengetahui adanya portal khusus ekasih walaupun istilah ekasih sudah selalu saya dengar.

Apa yang membuatkan saya terfikir cukup penting untuk saya kongsikan maklumat tentang Portal eKasih di blog ini, melalui makluman yang disampaikan, bermula pada tahun hadapan (2011) semua bantuan persekolahan, antaranya Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAMP), Skim Bantuan Tuisyen (SBT), eKasih dan beberapa bantuan lain akan disalur berdasarkan data yang dikutip daripada maklumat eKasih. Dengan kata lain, sekiranya ibu bapa yang layak dan ingin memohon bantuan yang dimaksudkan, mereka hendaklah mendaftar sendiri maklumat peribadi secara online di portal yang disediakan.

Siapa yang layak mendaftar?
Semua Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang daripada RM 1500 (Bandar) atau RM 1000 (Luar Bandar) sebulan adalah layak dan digalakkan untuk mendaftar.

Sekiranya tiada anak yang masih bersekolah adakah perlu untuk memohon? Ya. Sebab bantuan dalam bentuk lain, contohnya pemberian rumah melalui Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) juga adalah berdasarkan kepada data/maklumat eKasih. Begitulah seperti yang difahamkan.

Pendaftaran untuk tujuan berkenaan cukup mudah, hanya perlu klik pada menu Pemakluman Kemiskinan > Borang Pemakluman Mengenai Kemiskinan, kemudian isikan maklumat yang dikehendaki. Pendaftaran cukup mudah dan hanya memerlukan masa yang singkat. Pemohon hanya perlu mengisi beberapa butiran ringkas. Ruangan yang bertanda asterisk (*) adalah maklumat yang wajib diisikan.

Portal Pembasmian Kemiskinan ekasih

Pemakluman Mengenai Kemiskinan
Selain daripada itu, Portal eKasih juga menyediakan kemudahan untuk kita memaklumkan sebarang maklumat yang berkaitan dengan kemiskinan untuk semakan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Kemudahan itu boleh diakses melalui menu pilihan Pemakluman Kemiskinan. Hanya sedikit maklumat yang perlu diisi oleh pelapor, seperti Nama; Alamat; Negeri; Daerah dan Komen. Bagaimanapun diharap pelapor dapat memberikan maklumat yang tepat supaya tindakan dapat diambil dengan kadar segera.

Disebabkan ramai yang bertanya apa perlu diisi pada bahagian Maklumat Pelapor dan Maklumat Aduan. Maklumat Pelapor adalah maklumat orang yang melaporkan kemiskinan. Misalnya jika kita seorang anak yang hendak melaporkan kemiskinan bapa, ibu atau sesiapa sahaja, maka isikan maklumat kita di ruangan Maklumat Pelapor. Maklumat aduan pula ialah nama dan maklumat orang yang perlu diberikan bantuan/memerlukan bantuan. Jika anda hendak melaporkan kemiskinan sendiri, maka isikan kan sahaja Maklumat Pelapor dan Maklumat Aduan dengan maklumat diri anda.

Untuk mendaftar atau menghantar maklumat kemiskinan yang dimaksudkan, sila layari, Portal eKasih di: http://ekasih.icu.gov.my atau akses terus halaman Borang Pemakluman Kemiskinan.

Jadi saya mohon kepada rakan-rakan atau pembaca supaya dapat sama-sama kongsi info penting ini kepada orang lain, terutamnya mereka yang dimaksudkan secara langsung. Mungkin mereka tidak dapat menikmati kemudahan internet. Jadi kita boleh jalankan peranan sebagai warganegara perihatin dengan membantu mereka untuk mendaftar atau setidak-tidaknya memberitahu makluman penting ini. Semoga mereka yang benar-benar berhak dapat bantuan yang sewajarnya.

Kemaskini:
Semakan Status Pendaftaran juga boleh dibuat secara online. Sila rujuk alamat (URL) yang disediakan di muka hadapan Portal ekasih.


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 107 comments… read them below or add one }

1 Ayieblog October 8, 2010 at 8:35 pm

Assalamualaikum,bro kulanz ayieblog pernah menjalankan satu program bersama komuniti ekasih,ianya terdiri daripada warga kurang berkemampuan dan warga emas,amat seronok dan program dijalankan iaitu mengajar anak-anak yang mana keluarga yang kurang berkemampuan dalam dunia ict :)… hope dengan bantuan itu dapat mereka semua mengenali apa itu dunia ict dan menggunakan sebaik mungkin ilmu yang dipelajari…
Ayieblog recently posted..Islam itu Benar Tempahan Neraka JahanamMy Profile

Reply

2 kulanz October 8, 2010 at 9:16 pm

walaikumsalam bro ayie..
satu usaha yang bagus tu bro.. akupun kalau ada peluang macam ni mmg nak juga join aktiviti macam tu..

sekarang ni kita dapat tolong yang kurang bernasib baik dengan sebarkan info macam ni.. lagi baik kalau dapat tolong daftarkan maklumat diorang tu. Mudah-mudahan atas usaha tu, diorang dapat bantuan sepatutnya

Reply

3 AyieBlog October 10, 2010 at 6:23 pm

Insyallah,program akan diunjur bersama komuniti setempat dan pelajar-pelajar kolej ayie :),semuga ramai lagi nasib lebih terbela :).
AyieBlog recently posted..Jquery Gambar Slide Show Dengan Semi-Transparent CaptionMy Profile

Reply

4 afiqaiman October 8, 2010 at 9:20 pm

insyaAllah akan bantu sekadar yg termampu..sy pun baru tau kewujudan website tu dari blog ni…nasib baik kalau tak sampai bila pun xtau la
afiqaiman recently posted..Terima Kasih Paderi Terry Jones!My Profile

Reply

5 zool October 8, 2010 at 10:05 pm

tau ekasih ni tapi tak explore..
tapi bagus untuk pembangunan rakyat yang susah.. kat sini akan dikumpulkan segala pangkalan data mengenai orang miskin, bantuan dan sebagainya..
wakil rakyat, wakil penduduk, wakil masyarakat kena dicanangkan tentang website ni..

Reply

6 jawatan kosong October 8, 2010 at 11:31 pm

mesti dibasmi ni kemiskinan.. biar rakyat hidup senang.
jawatan kosong recently posted..Ascent Pharmahealth Jobs as Finance – HR ExecutiveMy Profile

Reply

7 tehr October 9, 2010 at 1:18 am

selama ini memang PK HEM yang menguruskan bantuan ekasih ni
kami di sekolah baharu sahaja selesai menguruskannya
sangat baik sekiranya penjaga dapat mendaftar sendiri secara online, kalau ada apa2 masalah, guru2 di sekolah memang sedia membantu
tehr recently posted..Lagu Rasmi Negeri MelakaMy Profile

Reply

8 mrs jamal October 9, 2010 at 2:17 pm

alhamdulillah..ada juga tempat mereka untuk mengadu kan..tapi x mustahil, pasti ramai y cuba ambil kesempatan
mrs jamal recently posted..Dia Tetap Mahu Yang MurahMy Profile

Reply

9 etomyam October 10, 2010 at 11:07 pm

semoga program yg dilaksanakan berjaya mencapai objektifnya :D
etomyam recently posted..101010My Profile

Reply

10 suri October 11, 2010 at 3:20 pm

moga dgn cara sebegini akan berkuranganlah mslah kemiskinan di Malaysia..

Reply

11 ellen October 20, 2010 at 8:48 am

mrng bro, tadi pagi saya dapat surat dari sekolah anak mengenai hal ini dan berminat untuk mengongsikan info ini. Harap tidak jadi masalah saya mengambil info bro yang cukup baik ini dan postkan dalam blog saya.

Ini untuk kepentingan bersama juga, lebih lebih lagi kepada rakan2 saya yang di kampung2 dan tidak mempunyai internet untuk mendaftar.

Thanks.
ellen recently posted..CIK ANITA SONGEH GIVE AWAYMy Profile

Reply

12 MOZELA October 24, 2010 at 10:40 pm

saya geram btoi ngan cikgu sek saya ader ker patot saya yg penat2 turun naik pej pelajaran besut uruskan bantuan ekasih last2 saya yg xdpt…mmg saya xpuas ati.nasib sy dapat guru klas yg bertggungjwb..buat sy cam bola sepak sy ke sana ke mari…so apa tindakan encik..sy mmg keluarga miskin encikkk

Reply

13 MOZELA October 24, 2010 at 10:41 pm

saya geram btoi ngan cikgu sek saya ader ker patot saya yg penat2 turun naik pej pelajaran besut uruskan bantuan ekasih last2 saya yg xdpt…mmg saya xpuas ati.nasib sy dapat guru klas yg tak bertggungjwb..buat sy cam bola sepak jer tendang ke sana ke mari…so apa tindakan encik..sy mmg keluarga miskin encikkk

Reply

14 kulanz January 4, 2011 at 12:08 am

sekarang ni sudah boleh isi permohonan online.. jadi tak perlu lagi susah payah memohon macam dulu

Reply

15 Puan Rose October 25, 2010 at 3:44 pm

Terima kasih kepada kerajaan Malaysia. Ini adalah satu usaha yang murni untuk membasmi kemiskinan. Kalau tidak menggunakan online sebegini, ramai orang yang akan mengambil kesempatan dengan hanya membantu kaum keluarga mereka sahaja biarpun tidak miskin, tapi yang betul-betul miskin tidak dapat bantuan.

Reply

16 kulanz January 4, 2011 at 12:04 am

mmg kerajaan perihatin dengan keadaan itu.. cuma mungkin ada sesetengah individu yang menyalahgunakan kuasa mereka dan hanya mengutamakan sesetengah pihak dan bukannya semua..

Reply

17 sigit sudarmono November 2, 2010 at 5:24 pm

Saya sangat berbangga hati mendengar berita yang begitu menyenangkan, sudah sejak lama saya ingin berbuat seperti ini tapi apa daya kamipun tergolong hidup yang pas pasan. untuk itu seandainya diperkenankan saya punya beberapa data yang memang memang sangat menbutuhkan bantuan tersebut. adakah petunjuk dan keterangan untuk itu, terimakasih

Reply

18 Roukin Bin Elloh November 27, 2010 at 11:44 am

Saya menyokong penuh komen dari puan Rose tu, sebab di tempat saya di Nabawan ramai juga yang sudah mendaftar, malangnya ada yang tak dapat-dapat sehingga ke hari ini, mereka kecewa juga kerana tidak dimaklumkan semula sebab-sebab tak dapat, yang lain pula dah dapat, kita tidak salahkan kerajaan kerana usaha murni ini memang amat baik untuk meringankan beban mereka daripada terus melarat dan akhirnya menjadi peminta sedekah, tidak hairanlah kalau Y.B. pula Jadi sasaran oleh peminta sedekah ini kelak. Apa yang saya nak kongsi bersama ialah, Adakah pegawai-pegawai yang di pertanggungjawabkan oleh kerajaan ini telus dan berjiwa rakyat untuk membantu mereka yang benar-benar memerlukan bantuan kerajaan ini. Tolonglah mereka…. Saya mencadangkan supaya kerajaan melihat dari dekat segala tindaktanduk pegawai-pegawai di bawah dan jika ada ketirisan, mungkin boleh dibaik pulih, jika tak boleh, tukarkan saja ke daerah lain, kerana terlalu lama dalam satu-satu daerahpun mungkin membosankan dan kadangkala macam-macam boleh berlaku, jadi lebih baik mencegah daripada berlaku. Bagaimana baiknya kerajaanpun kalau kakitangan dibawah yang membuat hal dan bermacam-macam karena, sudah tentu kita akan terdengar keluhan rakyat di mana-mana kedai kopi. INGATLAH BAHAWA KAKITANGAN KERAJAAN JUGA MERUPAKAN IMEZ KEPADA NEGARA. Betul Tak.

Reply

19 kulanz January 4, 2011 at 12:05 am

semoga mereka yang diamanahkan menguruskan perkara itu lebih bertanggungjawab..

Reply

20 marliana February 16, 2012 at 8:50 am

sy seorg ibu yg mmpunyai 4rg ank yg semua brsekolah. gaji suami sy sebulan adalh rm850. kmi x mmpunyai rumh sndri dn tggl menyewa d rumh makcik dgn keadaan rumh yg sudh trlalu uzur. setiap thn sy mengisi borang kwapm yg d berikn pihak skolh ttpi sy x fhm bgaimana cra pengurusan yg d buat oleh pihk2 trtntu. ank sy d katakn tercicir setiap thun sb itu x tersenarai utk mnerima kwapm ataupn sebarng bntuk bntuan utk plajar yg layak d skolh. apa yg sy nmpk org2 senang pla yg dapat kwapm, sbt dn rmt d skolh. kononya bancian d buat utk mngetahui mreka yg bnr2 layak dpt bntuan pprt atau pembaikan rumh, borang kelulusan pmbaikn rumh sudh ada d tngn tp bla nk ambil brg brmacam alasn d beri. tolongla cari org2 yg telus dn amanah utk membntu rakyat!

Reply

21 kulanz February 16, 2012 at 11:39 pm

cubalah daftar dulu dengan ekasih.. insyaAllah kalau ada rezeki.. bantuan yang bersesuaian akan dapat juga nanti.. yang penting kita ikhtiar dulu

Reply

22 tey chiew min November 9, 2010 at 5:07 pm

terima kasih kepada karajaan malaysia .

Reply

23 antalai December 9, 2010 at 12:26 pm

mengisi borang ini memang mudah.terus terang dinyatakan rata-rata penduduk rumah panjang di daerah Kanowit,Sarawak adalah golongan yang patut dan layak dibantu.masalahnya perkara seperti e-kasih ini tidak pernah dihebohkan.pegawai daerah atau SAO daerah ini tidak pernah mengambil inisiatif untuk membantu penduduk rumah panjang.cuba buat kaji selidik,berapa orangkah yg menerima bantuan e-kasih di Daerah kanowit.

Reply

24 kulanz January 4, 2011 at 12:02 am

terima kasih kerana berkongsi perkara yang berlaku di tempat saudara.. mmg tak dinafikan, itulah masalah yang berlaku sebelum ini.. tidak semua penduduk setempat dimaklumkan berkenaan ekasih.. dan kerajaan perihatin berkenaan masalah tersebut sebab itu sekarang diwujudkan portal online supaya lebih ramai berpeluang untuk mengisi borang permohonan.. dan saya juga cuba membantu untuk mewar-warkan perkara ini supaya lebih ramai mengetahuinya

Reply

25 cha December 22, 2010 at 2:24 pm

saya tertanya2 sama ada pendaftar boleh semak mereka dapat atau tidak melalui portal ini??

Reply

26 kulanz January 3, 2011 at 11:48 pm

setakat ni rasanya belum ada kemudahan untuk kita semak mereka yang dapat atau tidak mendapat ekasih.. tak silap saya untuk semakan boleh dibuat di pejabat daerah masing2

Reply

27 xxeona December 24, 2010 at 3:46 pm

Alhamdulilalah dapat apa yang saya harap nak war-war pada ibubapa melalui
penjelasan ini.moga tiada keberatan saya share web tuan ke web saya moga dapat membantu dalan banyak perkara menjejak murni globalisasi.

Reply

28 kulanz January 3, 2011 at 11:46 pm

sangat dialu-alukan.. kita digalakkan berkongsi untuk manfaat mereka yg sepatutnya

Reply

29 suri December 24, 2010 at 4:02 pm

salam.
moga yg sush akan dapat dibantu huu

Reply

30 kulanz January 3, 2011 at 11:45 pm

salam, begitulah yang diharapkan..

Reply

31 atikah January 3, 2011 at 10:57 pm

salam…blh x sy nk tnya brknaan dgn cara mngisi borang online e-kasih…sy sdh klik kt borang pendaftaran kemiskinan(ringkas)…tp blm keluar borang tersebut d skrin utk diisi…adakah prlu login dlu dgn no kp dgn kata laluan…harap bro kulanz dpt bantu sy…sy nk tolong isi borang kepada bapa saudara sy yg ssh…

Reply

32 kulanz January 3, 2011 at 11:44 pm

untuk mendaftar ekasih secara online, pengguna tak perlu login atau daftar di laman web berkenaan.. biasanya kalau kita klik menu pendaftaran, borang akan keluar.. (saya baru cuba dan tiada masalah), cuba gunakan browser berlainan daripada yang awak gunakan sebelum ini.. digalakkan guna internet explorer harap2 dapat..

Reply

33 Guru Hem January 10, 2011 at 6:30 pm

Saya amat kecewa dengan bancian e-kasih yg dijalankan di daerah saya.Ianya telah menyusahkan pihak sekolah.Ini berikutan murid yg diberi bantuan kewangan
dan RMT hanya sedikit saja jumlahnya.Kalau mengikut yang memohon melalui pihak sekolah,semua murid layak.Keadaan ini menimbulkan masalah besar kpd pentadbir sekolah.Maklum saja isu makanan dan wang adalah isu yang hangat.Sepatutnya
data e-kasih seharusnya sama dgn data PPD.

Reply

34 kulanz January 10, 2011 at 7:56 pm

itulah antara isu yang dikemukakan banyak pihak termasuk pentadbir, guru, ibu bapa… yang sepatutnya layak tidak dapat, yang dapat itu sebenarnya tidak layak.. harap pihak yang terbabit mengambil berat berkaitan masalah tersebut dan mengambil kira kelayakan murid untuk bantuan berdasarkan data SMM yang lebih lengkap..

Reply

35 sensasi2020 January 25, 2011 at 12:23 am

E-kasih sudah lama diwujudkan, tapi bantuan anak2 sekolah semakin ditarik iaitu KWAPM, SBT, RMT,DLL. Saya sudah lama daftar di e-kasih, semenjak ditubuhkan dahulu, namun sehingga hari ini, tiada apa2 bantuan yg diterima.
Mana slogan “Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan”, sehinggakan bantuan di atas telah ditiadakan. Apa sebenarnya yang terjadi?
Diharap pihak berwajib cuba2 tinjau atau perihatin terhadap permasalahan rakyat yang berpendapatan rendah. Semoga diadakan kunjungan ke rumah oleh pihak berkenaan, barulah dapat melihat keadaan sebenar isirumah sesebuah keluarga atau ambil data daripada” Jabatan Perangkaan Malaysia” semasa pegawai bancian penduduk dan perumahaan lakukan baru2 ini.

Reply

36 Nor Hidayu Bt Hashim February 3, 2011 at 12:46 am

saya seperti nama diatas ingin mencuba nasib saya serta keluarga yang sedang serba kekurangan dari segi kewangan. sudah hampir 7thn saya mendirikan rumah tangga, dan kini sudah ada 2 anak, saya belum mampu punya rumah sendiri,dan sekarang masih menumpang rumah ibu bapa. saya berharap agar pihak tuan mempetimbangkan masaalah saya sekeluarga ini dengan sewajarnya
SEKIAN WASALAM…..

Reply

37 hamsiah binti nawiham February 12, 2011 at 12:37 pm

selepas saya membaca ekasih saya terfikir untuk mencadangkan kepada seseorang. yang saya maksudkan adalah suami saya sendiri. saya telah bernikah dengan seorang duda beranak 4 kematian isteri. baru 2 tahun. saya tak rasa jodoh saya ini adalah salah. kami telah berjiran lebih 6 tahun sebelum nikah. saya tak nampak kepincangannya. tapi lepas nikah baru saya tahu suami saya ini adalah keberhutangan melampau bagi seorang kepala keluarga beranak 4. saya sendiri penjawat awam bergaji rm 1500 lebih. mendiami rumah kerajaan dgn seorang anak perempuan kini 17 tahun. walaupun gaji bersih saya cuma RM 790 tapi saya masih ada hasil rumah sewa RM 600. Cukup dan agak lumayan untuk saya dan anak. Tapi kini bila dah nikah saya jadi sangat tertekan kerana terpaksa tampung keluarga baru. mangsanya anak saya terpaksa berjimat kerana kekurangan ini. Suami saya dah mati gaji sebagai PAP. tapi kerana hutangnya melampau tak berapa sen yg tinggal. makan dan minyak kereta gi kerja dia pun tak lepas. sampai bila saya nak tanggung ini semua. Boleh ke suami ni memohon e kasih. walhal gaji dia pun masuk elaun agaknya lebih gak 2 ribu rasanya. mohon penjelasan

Reply

38 mimi awang anak February 23, 2011 at 12:04 am

boleh kah penjawat awam yang mempunyai gaji bersih RM700 keatas mendapatkan bantuan rumah e-kasih. dan boleh kah anak-anak oku dibawah jagaan kami diberikan bantuan e-kasih? saya juga ingin memberikan mereka kehidupan yang lebih sempurna,seperti rumah yang lebih selesa, persekitaran tempat tinggal, makan minum yang lebih berkhasiat. kerana tak mempu ,saya hanya menyewa rumah orang yang dibina ditanah yang tak bergeran.saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan nya segala masalah yang saya hadapi.

Reply

39 azlin March 1, 2011 at 3:23 pm

sy ibu tunggal yang mempunyai 7 org anak.Sy bekerja sbg kerani dan berpendapatan rm 1000.dgn ekonomi skrg sy agak tertekan dgn perpelanjaan persekolahan.yuran dan macam-macam lg.susah nya nak dpt bantuan,biasa nya drp pengamatan sy org yg dpt bantuan ni terpaksa menipu…………. in kes org e kasih dtg bertanya rumah kereta…semuanya jwb tiada…klu kita jawab jujur susah sgt ke nak dpt……..tak faham sy…..patut lah sy ni susah nak dpt bantuan

Reply

40 eiqa July 19, 2011 at 1:16 pm

salam..cmne nk signin akaun bruutk e-kasih..login 2 utk ID yg sedia ada kn?..

Reply

41 eiqa July 19, 2011 at 1:26 pm

salam..saya dh buat pndafftaran utk e-kasih..sye cme nk taw mcm mne sye nk sign in utk e-kasih..apabila sye klik pd link “lupa kata laluan” dan msukkan no kad pngenalan, kluar paparan “Nombor Kad Pengenalan anda tiada dalam rekod. Sila cuba lagi”.

Reply

42 MarcellaDoit July 22, 2011 at 1:18 pm

Hi,

Saya baru nak reg for ekasih…Dalam ruangan nama pelapor tu nak simpan nama siapa? Pelapor tu apa?
MInta tunjuk ajar sikit,boleh?

TQ

Reply

43 hayati July 25, 2011 at 1:48 pm

mcam mn nak daftar kat ekasih ni nak rumah pprt sy&klarga xdop umah lg stkt ni ,mnpang umah pak sdara yg dh halau kmi dri rumah ni mintk dgn jkk rumah pprt kt kg kubang parit ada ke ye nk suruh sujud kaki br nk bg borang rumah pprt mmg jahat duit wang ehsan pun bg anak beranak ye je.sejak ayah ada & dh x ada ni kmi skluarga x pnah dpt ape2 pn nk minta bntuan pun pyah dgn jkk kg kubang parit lorong binjai.

Reply

44 jaunius@janius July 26, 2011 at 11:18 am

mcm mana nak daftar ekasih secara online…….

Reply

45 kulanz July 26, 2011 at 10:28 pm

URL laman web ekasih telah dikemaskini.. sila rujuk URL di atas untuk mendaftar secara online

Reply

46 awang bin ali July 30, 2011 at 2:39 pm

seorang bekas polis bantuan masa darurat. tiada sumber pendapatan & tiada tempat tinggal.dah cube kesemua saluran,tapi hampa.harapan kepada jabatan perdana menteri ambil berat tentang nasib beliau(awang bin ali).yang kini berusia 74tahun.istri beliau jaanah binti sarakal berusia 65tahun…..

Reply

47 muhammad zakri August 4, 2011 at 6:47 am

assalamulaikum,saya muhammad zakri ingin nak minta pertolongan dari pihak yang berkenaan supaya dapat membantu kami sekeluarga untuk mendapatkan rumah ppr kerana,kami tak mempunyai tempat untuk tinggal.Kini kami anak beranak menumpang di rumah emak mentua saya.
saya merayu sangat2 pada pihak berkenaan supaya dapat membantu kami sekeluarga.Dengan pendapatan cuma rm 1200 sebulan dan dengan keadaan anak saya yang kini oku memerlukan belanja untuk berubat di hospital maupun traditional,nama anak saya ada daftar dengan ekasih.nama nur zetty shazlily ic no;071216-14-0116.Saya berharap sangat2 agar pihak berkenaan dapat membantu kami sekeluarga lebih2 lagi raya tak lama lagi.0132017392 muhammad zakri (saudara baru ).

Reply

48 MAS August 11, 2011 at 8:47 pm

Assalamualaikum…sy merupakn ibu tunggal,ank 4,sy pnh register 6 bln yg lalu,dan pnh membayar yuran pendaftaran utk masuk ahli dlm e kasih..yg menjanjikan dpt pelbagai bantuan melalui ajk kawasan kami, tetapi spi skrg x de ap2 function pon mahu pun sebarang bantuan yg sy terima.sy rase mcm kna tipu jer.

Reply

49 amy September 9, 2011 at 1:47 pm

salam sayang satu malaysia,saya dan keluarga dari sabah dan tinggal di pendalaman pensiangan,namun kami merantau ke Selangor untuk mengumpul wang buat rumah sendiri,namun kami tidak tekumpul wang,malah kami balik ke kampung hanya sekali dalam setahun,sehingga kini kami belum dapat rumah sendiri,kami balik kg,duduk serumah dengan adik suamiku yg sudah berkeluarga.gaji suamiku hanya rm1300 sebulan tamabahan anak2 dah sekolah,dan sewa rumah rm350 sebulan.oleh itu saya ingin mohon agar kami dapat pprt dari ekasih,adakah kami layak memohon ekasih?

Reply

50 masraob osman September 18, 2011 at 8:16 am

dah lama saya memohon untuk mendapatkan rumah namun hingga kini masih tiada jawapan. orang yg senang dan mampu senang2 dapat rumah.tambahan pula ada keluarga dalam umno.nak beli rumah pun tak mampu dgn pendapatan bulanan kurang drpd 1000.harap permohonan saya dipertimbangkan.sekian terima kasih.

Reply

51 rozlina September 23, 2011 at 6:37 pm

saya seorng suri rumah..anak 4 orng sekolah…setiap awal thun,mesti anak2 bwa blik borang e-kasih…tp hasilnya hampa…suami saya…seorng pemndu lori sawit…gaji brgntung pd tan sawit sebulan…paling tnggi,gaji rm 1500….nak tnggung anak4 orng sek….sewa rumah,,,blanja dapur…tmbng bas….blnja hrian sek…brng3 semua dah mahal….saya hrpkan dpt sdikit bntuan,…tp hampa….stiap awal thun smua borng nak diisi…tp hnya lakonan sek jer…x pnah dpt apa2 pun.hrap dprtmbngkan….

Reply

52 MAS October 1, 2011 at 7:54 am

salam… Sy ingin bertanya kepada pihak yg mengetahui… bolehkah sy memohon jawatan kosong yg berada di persekitaran tempat tinggal sy melalui program ekasih ini? kalau boleh bagaimana caranya? sy sudah terlalu lama menganggur dan perlu membayar balik pinjaman. disamping itu perlu menanggung keluarga… harap ada yg sudi menjawabnya.

terima kasih

Reply

53 irdawati binti mohd tasir October 12, 2011 at 1:27 pm

salam….saya ingin tahu kakak ipar saya ada memohon rumah pprt semua data dan borang dah diisi..kumudian kami dah mendapat tahu rumah yang dipohon berjaya dan sudah di temuduga…kata bulan 6 akan didirikan rumah tapi sampai sekarang takde kaba berita…kami berharap sangat akan dapat rumah yang dipohon…

Reply

54 azmah October 15, 2011 at 12:33 am

salam… saya ingin tahu adakah ibu saya yg sudah kematian suami (balu) layak menerima e-kasih. sekarang dia hanya bergantung duit pencen sahaja sebanyak RM367.40 sebulan. saya ada mengisi borang tesebut sampai sekarang tiada kabar berita.

Reply

55 Din October 22, 2011 at 12:06 pm

salam satu malaysia,saya ingin mohon bantuan dari ekasih untuk memantau ibu tunggal yang berada dalam keadaan kais pagi makan pagi.

Reply

56 Asmara Osman October 27, 2011 at 6:00 pm

Saya lama sudah memohon Bantuan sewa rumah, sampai sekarang tidak ada kelulusan…di mana sudah keadilan kerajaan skarang nie…Taman Jaya Diri, Sepanggar, Kota Kinabalu…..pendapatan saya 1500 kebawah…..org yg tinggal besebelahan dgn saya keta mewah.. pun dpt bantuan sewa rumah..

Reply

57 mehnaga November 4, 2011 at 3:17 pm

salam.saya ingin memohon bantuan ada anak tiga tiga pun ada pelajar.Suami sudah pergi penjarah. saya kerja di satu kantin mencuci mangkuk.tak ada cukupi diut.saya tinggal di harmoni pangsapuri ipoh,perak.4 tahun saya seorang jagakan anak saya.saya memohon bantuan kepada ekasih.

Reply

58 mehnaga November 4, 2011 at 3:23 pm

nombor telefon 0165936067 alamat 04-4c rumah pangsa taman harmoni , buntong jalan sungai pari 30100 ipoh.

Reply

59 FARAH November 7, 2011 at 3:49 pm

Saya sangat berbangga hati mendengar berita yang begitu menyenangkan, sudah sejak lama saya ingin berbuat seperti ini tapi apa daya kamipun tergolong hidup yang pas pasan. untuk itu seandainya diperkenankan saya punya beberapa data yang memang memang sangat menbutuhkan bantuan tersebut. adakah petunjuk dan keterangan untuk itu, terimakasih

Reply

60 mira November 9, 2011 at 10:33 am

macam mana nak isi borang ekasih

Reply

61 mahadi November 11, 2011 at 12:55 pm

salam… boleh saya tau mcm mana nak daftar dlam ekasih ni yer? boleh siapa2 tolong jelaskan….

Reply

62 chew sok boey November 17, 2011 at 9:25 am

salam… boleh saya tau mcm mana nak daftar dlam ekasih ni yer? boleh siapa2 tolong jelaskan….

Reply

63 ibu muda November 26, 2011 at 9:00 am

sy n huby da dftr ekasih ne sjk thn 2009 g…tp smpi skg tak jg dpt2 bntuan apa2 pn…anak pn da msuk 2 org..dua2 da msk sklh…mybe sbb kmi ne psangan muda kot…dorg nk dhlu kn yg brusia ja..

Reply

64 rosadia November 28, 2011 at 6:28 pm

bagaimana cara saya hendak memohon rumah pprt….atau bantuan utk membaiki rumah….boleh sesiapa bagi tahu caranya…dan syarat2nya sekali….sebab kat kg saya yang dapat bantuan org yg hidup diketegori senang kerana mereka yang menguruskan biasanya ajk2 yang ada kepentingan dan ahli keluarganya sahaja……..

Reply

65 hasimah December 4, 2011 at 4:34 pm

saya dah cuba click kat borang e-kasih.. tapi tak kluar apa pun
sya seorang ibu tunggal.. selama 10 tahun ber gelar ibu tunggal .. saya tak pernah dapat apa2 bantuan.jkk kampung pun hanya pada nama sahaja.. tak perihatin langsung pada qariah kampung nyer.. saya dapat tahu tentang e-kasih ni pun baru je dari kertua kampung permatang pauh

Reply

66 Jasli December 13, 2011 at 9:48 am

saya baru saja post detail utk ekasih. terima kasih bro. u just give me a new hope and aspiration. baru sekali ini terasa diri ini wujud dibumi malaysia yg bertuah ini. moga org2 seperti kami ini sentiasa diberi peluang utk sama2 menikmati keindahan dan kemakmuran negara kita yg tercinta ini. moga segala peluang sama2 kita rasai. terima kasih

Reply

67 asmidah December 22, 2011 at 8:50 am

salam,sya nak tanya adkah sya layak untuk pohon e kasih dgn gaji suami sya skrg 1800?suami sya kene tanggung anak tirinya seramai 5 org dn yg bersekolah seramai 4 org.dgn gaji suami sya skrg sering tak cukup dgn coz tgl d bandar.kmi jgak terpaksa membayar sewa rmh sebyk 400 sbln.dn sya berhrp pihak kerajaan dpt membantu.kadang2 kmi termaksa mengikat perut dn hampir setiap bulan kmi terpaksa mencatu kn makanan kmi sekeluarga
harap ada jln penyelesaiaan.

Reply

68 benterabumi January 15, 2012 at 7:05 am

Assalamualikum.
alhamdulillah setelah begitu lama kita menjadi kerakusan dunia yang mana menyebabkan kemelisetan ekonomi sehinggakan ada dikelangan kita termasuklah saya menjadi mangsa keadaan. kini usaha kerajaan yang begitu murni insyallah membantu kita rakyat malaysia yang berpendapatan kecil dan sederhana dalam meringankan beban rakyat pelbagai altarnatif dilaksanakan kerajaan. Tapi sayang ada dikelangan warga yang tidak bersyukur dengan apa yang diberikan, contohnya berberapa daerah di sarawak dan berberapa daerah di sabah, ada yang menyatakan bahawa usaha kerajaan ini adalah bukan utk membantu tetapi semata – mata utk merasuah rakyat utk mengundi UMNO, tapi pada saya sapa yang memohon merupakan mereka yang berpandapatan rendah dan layak namun pada mereka yang memohon tapi berkata ini adalah rasuah kenapa nak mohon dan minta takkah haram hukumnya memakan rasuah walaupun sebenarnya pemberian kerajaan itu aadalah eshan kerajaan. Terima kasih kepada kepimpinan Dato Sri Najib Tun Razak namun masih banyak menjadi persoalan dan percakapan. wassalam……………….

Reply

69 HAZQIRAFA January 16, 2012 at 10:12 am

SALAM SAYA IBU KEPADA 4 ORG ANAK,INGIN JUGA BERKONGSI KOMEN KEPADA SESIAPA YANG ADA.MENGAPAKAH BANTUAN SEPERTI E-KASIH INI KADANG2 TIDAK SEPERTI YANG KITA SANGKA.MANA SAUDARA KITA YANG MEMPUNYAI KEMAMPUAN YANG MENDAPAT BANTUAN,SEDANGKAN KITA YANG TAK SEBERAPA INI SUSAH UTK MENDAPAT BANTUAN.SUDAH MENDAFTAR KEPADA E-KASIH PUN SUSAH NAK DPT BANTUAN.DAH BANYAK BORANG YANG DIISI TAPI JAWAPAN TIADA.BANTUAN ANAK PUN DPT TAPI SEKARANG DAH TAK DAPAT,BILA D TANYA KE SANA KESINI TAPI JAWAPAN YANG SAMA YANG KTA DPT.PENGURUSAN DI TMPT SAYA INI KURANG MEMUASKAN.APA YANG HARUS DI LAKUKAN.

Reply

70 NORMAH February 8, 2012 at 12:02 pm

mcmna nk semak status mohon rumah pprt?dah lama mhon tp xdak kata jwb yg brhasil.

Reply

71 NORMAH February 13, 2012 at 1:07 am

slm satu malaysia,pd pihak yg tertentu……..tolong semak status prmohonan rumah PBR yg dphon oleh che din kaw jerlun dan bolh beri jawpn kata ptus yg pasti………jgnlah spt.tunggu buah tak gugur.harap tolg selesai masalah ini dlm masa terdekat…..3kasih klu anda semua perihatin.

Reply

72 marliana February 16, 2012 at 8:59 am

sy x jumpa mcamana cara mau daftar ekasih online. klik sana klik sini,, gtu2 ja..

Reply

73 kulanz February 16, 2012 at 11:38 pm

saya baru cuba.. masih ada aplikasi tu.. cubalah lagi..

Reply

74 ibu tunggal March 28, 2013 at 8:56 am

salam.say ibu tunggal 2 org anak,pendapatan bulanan hnya rm400,dan menanggung 5 0rg yang masih bersekolah termasuk 2 org ank saya?saya juga menanggung perbelanjaan rumah manakala pendapatan saya langsung tidak mencukupi.diharapkan pandangan segera.

Reply

75 rufinah bt amban February 19, 2012 at 10:37 pm

hrp permohonan ekasih sy lulus…sbb sy seorg ibu tunggal punya tanggubgan

Reply

76 kirana February 21, 2012 at 4:12 pm

Salam, saya adalah seorag ibu tunggal dan telah pun berdaftar di dalam e.kasih pada bulan ogos 2011. Di sini sy ingin bertanya bagaimanakah jika yang sudah berdaftar dengan e.kasih mahu mememohon Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) tapi kini dikenali sebagai (PBR). Ada ke perlu mengisi borang lagi, sy dengar geran tanah pun perlu di potocopy, tetapi bagaimanakah yang tidak mempunyai geran tersebut hendak mememohonnya kerana mereka tinggal menumpang di rumah sanak-saudara ataupun di rumah ibu sahaja. Saya haraf permasalahan ini dapat tuan maklum balaskan. Sekian. Terima kasih.

Reply

77 enas February 27, 2012 at 12:17 am

saya da daftarkan suami saya kat ekasih ni, da setahun lebih, tp xda apa2 pun yg dapat…kami bukan org senang pun, harap kami dapat perhatian dr pihak yang berkenaan….
enas recently posted..Lelaki Terpendek di Dunia 2012My Profile

Reply

78 ramlee bin hassan March 15, 2012 at 3:54 pm

saya sudah mendaftar ekasih tapi di tolak, pendapatan saya rm400 bekerja dengan sepupu ada kerja ada gaji kalau tiada kerja tiada gaji,macam mana nak menanggung perbelanjaan,tahun lalu saya dibedah kerana kanser usus .kami menyewa rumah sepupu.Tahun lalu ada staff dari ekasih datang ambil gambar rumah tapi tidak bertanya status keadaan dalam rumah nampak saja ada perabot sebenarnya barang barang dirumah adalah pemberian sepupu saya.dua anak saya bersekolah .saya nak bertanya kenapa permohonan saya tidak lulus?kalau boleh saya nak bantuan rumah pprt dan perbelanjaan untuk anak anak sekolah…

Reply

79 fakhrusy March 28, 2012 at 7:40 am

akum… sy nak tanye knp mcm mane nak daftar ekasih… sy dah try cara yg diminta suh masukakn no ic dan minta kata laluan tp tetapx blh… dan mcm mane sy nak dapat kan kata laluan???

Reply

80 ibrahim April 23, 2012 at 3:08 pm

payah betul nak daftar e-kasih… semua URL tak boleh gunapakai. arahan pun tidak jelas. lebih baik tidak payah buat online.

Reply

81 mama ina May 2, 2012 at 8:55 pm

a’kum,
saya cuma nak tanya bagi pihak abg2 saya je. abg saya berpendapatan rm600 sebagai kelaut sungai, ank 3 org isi rumah jd 5 org kiralah brape perkapita….ank2 saudara saya lgsg x dpt kwamp, sedangkan org yang lagi kaya dr abg saya dapat bantuan tu..mcm mana sistem ini dilaksanakan???adakah semuanya sebulat suara diserahkan pada jkk…kalu betul jkk buat keputusan, adakah keputusan ini logik diterima akal. sedangkan abg saya menumpang dirumah mak, kereta xde apatah lagi motosikal…..adakah jkk melaksanakan tugasan…cuba2 la fikirkan!!!!!!!!! PM kita bkn mainkan lg cuba membantu membasmi kemiskinan tp org bawahan mcm mana……..”yang senang di senangkan, yg susah disusahkan lagi”

Reply

82 ZALIAYATIE May 11, 2012 at 4:32 pm

ASKM….sy cuma nk bertanya dan nk tau mcmna utk memohon rumah utk abg ipar saya yg susah kt kmpng sana diteluk intan perak.sy dh cb mhn mcm2 yg disarankan tp msh blm dpt sebarang jwpan.utk pengetahuan,abg ipar sy tu ada tanah skt peninggalan arwah ayahnya cm xmmpu utk mendirikan rumah meman dangkan beliau krja kmpng biasa dgn pendapatan xseberapa.jd disini sy cuba la mohon mcmna yg ptt.sy hrp pihak yg berwajib tlgla tgkkan.. trma ksh..

Reply

83 Norhafizah bt Ibrahim May 21, 2012 at 4:45 pm

sy x jumpa mcamana cara mau daftar ekasih online.saya seorang ibu tunggal yang mempunyai 4orang nak yg masih kecil.

Reply

84 kamisah May 24, 2012 at 3:21 pm

hello..saya mau bertanya dan nak tau bagaimana untuk memohon rumah untuk ibu saya,untuk pengetahuan anda ibu saya baru sahaja keluar dari hospital mesra dan kini menetap di rumah pak cik saya,dan sya berharap anda dapat membantu kami sekeluarga..terima kasih..

Reply

85 wanie May 27, 2012 at 6:29 pm

sy nk tnye la sy dh buka laman web ekasih,kene login dulu ker?? kalau kene login mcm maner nk dftr???

Reply

86 Nurakma May 27, 2012 at 7:49 pm

ramai rakyat malaysia di sabah terutama yang tinggal di pedalaman( kerja di syarikat perladangan ) tidak mendapat bantuan dan tidak terdedah ataupun tidak tahu hak sebagai rakyat malaysia yang memerlukan bantuan terbiar begitu sahaja.ini kerana tiada pendedahan dan sepatutnya golongan seperti ini mesti di tinjau oleh pihak- pihak yang bertanggungjawab.saya mengalami nasib yang sama.

Reply

87 Oh! budu June 26, 2012 at 12:22 am

sebenarnya ramai orang yang x bernasib baik diluar sana, tetapi mereka tidak tahu cara atau medium untuk mendapatkan hak mereka.

Reply

88 ELIZABETH PETRUS July 6, 2012 at 10:02 pm

SAYA SEORANG IBU TUNGGAL SEJAK 2008..PADA HARI INI SAYA TELAH TERBUKA HATI UNTUK MEMASUKI LAMAN WEB EKASIH…SAYA AMAT TERKEJUT APABILA SAYA INGIN MENDAFTARKAN NAMA DALAM HALAMAN EKASIH,NAMA SAYA TELAH WUJUD.SEDANGKAN SELAMA INI SAYA TIDAK PERNAH MENDAFTARKAN NAMA DIBAWAH EKASIH..PENAMA (KIR) ADALAH BEKAS IBU MERTUA SAYA..BERMAKNA MEREKA TELAH MEMPERGUNAKAN BUTIR-BUTIR PERIBADI SAYA UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI.SELAMA BERPISAH,ANAK ADALAH DI BAWAH TANGGUNGAN SAYA SEHINGGA KINI (2012).APA YANG HARUS SAYA LAKUKAN?

Reply

89 haziah omar December 18, 2012 at 10:36 am

Kami mmpunyai sebuah keluarga besar. Ank 10 org suami bekerja sbgai pengawal kselamatan. Pendapatan Kami berdua x smpai rm2000. Bantuan ygm mcm mane bole kami mhn?

Reply

90 rosnah abdullah January 4, 2013 at 12:17 pm

sya seorang ibu tunggal dan mempunyai anak yg semakin membesar. tinggal pun hanya menumpang d bilik kecil, selama 7 tahun utk dapatkan rumah tapi belum ada jawapan. oleh kerana tiada tanah utk d cagarkan dlm permohonan rumah pprt atau rmr permohonan d tolak.

Reply

91 ross January 4, 2013 at 12:27 pm

mengapa status saya dlm e-kasih tidak layak sedangkan saya ibu tunggal menyara 4 orang anak dan bekerja sebagai cleaner. menumpang d sebuah bilik kecil dan saya mengharapkan sebuah rumah yang selesa dgn anak yang semakin membesar.tolonglah saya merayu…

Reply

92 hasmira February 3, 2013 at 4:47 pm

saya seorang nelayan yg berdaftar dikawasan lundu sematan, sarawak. saya berharap agar permohonan saya untuk menyara kehidupan anak-anak dan isteri saya. saya ingin bertanya bilakah permohonan saya diluluskan? saya ingin tahu karna saya sedang menyara 5 orang anak dan seorang isteri yang sedang mengandung. harapan dan doa saya agar permohonan saya dipercepatkan secepat yang mungkin.

Reply

93 hasmira February 3, 2013 at 4:57 pm

saya seorang nelayan yang berdaftar dalam ahli eKasih di lundu, sematan, sarawak. saya sekarang menyara 5 orang anak dan seorang isteri yang sedang mengandung. saya ingin bertanya, bilakah permohonan saya diluluskan? karna saya amat memerlukannya dan saya sekarang tiada pekerjaan lain selain nelayan. harapan dan doa saya agar permohonan saya dipercepatkan secepat yang mungkin. dari 2011 sehingga sekarang permohonan saya belum ada khabar berita. saya berharap sangat sangat kepada pihak yang berkenaan. assalamualaikum .

Reply

94 amylieya February 27, 2013 at 11:35 pm

salam..ingin bertanya mengenai bantuan untuk pelajar ipta.saya pelajar ipta dan telah membuat pinjamanan ptptn dan bagi saya pinjamanan itu tidak memcukupi untuk perbelanjaan di ipta.oleh itu ibu bapa saya terpaksa mennaggung perbelanjaan saya.Bagaiman untuk memdapatkan bantuan daripada ekasih ini.

Reply

95 rac March 5, 2013 at 10:16 am

saya tidak dapat masuk ke laman web http://ekasih.icu.gov.my. ada cara lain untuk mendaftar?

Reply

96 ROSLIDAMIT April 11, 2013 at 11:50 am

SALAM 1 MALAYSIA .SAYA SUDAH LAMA NANTIKAN BANTUAN RUMAH PPRT .TEPI SAMPAI SAAT INI BELUM JUGA SAMPAI.KENAPA YA.TOLONG MAKLUM PADA BERWAJIB.HARAPAN SAYA ADA YANG SUDI TOLONG.TARIMA KASIH.SALAM SATU MALAYSIA.

Reply

97 lissa April 19, 2013 at 3:25 pm

saya sudah puas ingin membuat pendaftaran e-kasih bagi pihak saudara saya.tetapi amat mengecewakan semua laman web yang diberi di dalam iklan ini tidak berfungsi untuk saya membuat pendaftaran secara online. Adakah jalan penyelesaian untuk ini.

Reply

98 Kulanzsalleh May 10, 2013 at 10:13 pm

buat permohonan secara offline.. rujuk terus di pejabat daerah

Reply

99 mohd ridzuan bin hussin May 8, 2013 at 1:48 pm

bagaimana cara untuk saya memohon rumah pprt,saya memang tidak mampu untuk membeli rumah.untuk pengetahuan saya tinggal di setinggan ponderosa,kg melayu pandan,johor baharu.harap pihak tuan dapat membantu,sekian terima kasih..

Reply

100 Kulanzsalleh May 10, 2013 at 10:11 pm

tak silap saya permohonan ini biasanya diajukan/diuruskan oleh pengerusi jawatankuasa kemajuan dan keselamtan kampung (JKKK) dan permohonan dikemukakan ke pejabat daerah tempat pemohon tinggal

Reply

101 MARGARET CINDA June 17, 2013 at 12:26 pm

saya nak tanya.. mcm mana saya nak apply bnda ni untuyk nenek saya..maklumar aduan tu untuk saya atau nenek ? saya keliru maklumat aduan dengan maklumat pelapor

Reply

102 Kulanzsalleh June 20, 2013 at 11:24 pm

Maklumat pelapor; isikan maklumat orang yang melaporkan kemiskinan, atau dengan kata mudah, orang yang tolong isikan borang tu.. maklumat aduan, orang yang kita laporkan (memerlukan bantuan) dalam kes anda, maklumat pelapor ialah anda sendiri, maklumat aduan, nenek anda

Reply

103 Jurya Ab Rahman June 20, 2013 at 11:11 pm

Assalamualaikum.kenapa xdpt nk buka borang pemaklum kemiskinan?

Reply

104 Kulanzsalleh June 20, 2013 at 11:26 pm

waalaikum salam.. eh, saya check dapat buka pun… try lagi buka :)

Reply

105 Bian July 28, 2013 at 6:21 pm

Ibu saya sudah ada dalam senarai eKasih..sekarang macam mana nak memohon PPRT..sebab belum ada lagi mana-mana pihak dari eKasih datang memriksa rumah kami..rumah kami ni lantai dah reput dan atap banyak bocor..susah untuk ibu saya bergerak kerana sakit..harap En.Kulanz boleh bagi pendapat atau cadangan..terima kasih

Reply

106 Anis Fasha April 16, 2014 at 11:13 am

Assalamualaikum encik..saya cuba untuk menjadi pelapor kemiskinan tetapi dalam website e-kasih sekarang tiada pemakluman kemiskinan..minta pencerahan..terima kasih. .

Reply

107 M Razak May 29, 2014 at 11:50 am

Salam & Selamat Sejahtera semua,
Saya bersama 5 tenaga pengajar telah memulakan kelas percuma bahasa inggeris dan IT di Taiping. Sesiapa yang berminat boleh emel kpd msct.edu@gmail.com

Saya dalam proses menyediakan kursus Terapi Spa di Taiping. Ibu Tunggal yang berumur 18 – 30 tahun boleh membuat pendaftaran awal. Sesiapa yang berminat sila emel kpd msct.edu@gmail.com

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post:

leaderboard denaihati Banner