Sekarang ni memang tengah demam Piala Dunia FIFA. Ramai yang tengah demam, termasuk aku sendiri. Apapun aku bukan demam sebab bola, tapi demam selsema. Nasib baik dapat cuti, start hari ni hingga selasa depan (cuti 5 hari). Jadi bolehlah duduk melepak di rumah.
Bercerita pasal demam piala dunia.. walaupun aku tak fanatik dengan bola ni, tapi aku tetap ada team pilihan. Untuk kali ni awal-awal dah pilih England. Sebab tu dalam pos sebelumnya (di sini), aku banyak kongsi maklumat pasal team England. Rajin tu cari maklumat pasal team England.
Walaupun dalam perlawanan pertama England cuma mampu seri dengan USA, tapi pilihan juara kali ni masih lagi pada England. Ni tengah mengharap yang England akan menang dalam perlawanan menentang Algeria dan Slovenia nanti. Kalau tekaan tak tepatpun tak kisah sangat, sekadar suka-suka saja ni.
Kalau anda ada pilihan sendiri, jangan segan-segan kongsikan pilihan masing-masing. Sambil-sambil tu, boleh dapat token RM250 untuk 3 orang pemenang. Ada yang berminat? Syarat untuk menang mudah sahaja. Buat satu entri bebas FIFA World Cup 2010 dengan pasukan pilihan anda dan tinggalkan komen berserta linknya sekali. Tarikh tutup penyertaan 19/6/2010. Tunggu apa lagi, lawati blog denaihati.com untuk maklumat lanjut.
Jadi sebagai rujukan sendiri, sengaja aku muatkan jadual yang melibatkan perlawanan England dan jadual lengkap siaran bola sepak piala dunia 2010 di Malaysia (RTM1 & RTM2) . Senang tengok jadual bila team tu akan beraksi nanti.
Jadual Perlawanan Melibatkan England
Jadual Lengkap Perlawanan Piala Dunia 2010 Siaran RTM
Rujuk jadual lengkap di sini
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.








{ 7 comments… read them below or add one }
Saya teka Germany. hehe.
Amir recently posted..MARA dan JPA Hentikan Penajaan Pelajar ke Luar Negara
German pun ada peluang.. dah menang perlawan awal..
ntah macamana hati ni rasa berat kepada germany tahun ni hehehe

etomyam recently posted..Biarlah Rahsia Atau Rahsia Ukiran Duka
saya pon rasa germany menang..tapi kalau geouping semua menang rasanya boleh kot rasa p final..
@etomyam, @aleh, akupun tumpang gembira juga kalau German menang
Terima kasih join. Joom latest news @ http://info.denaihati.com
Terima kasih bro dah senaraikan link..