Home >> Nasional >> Expo Dunia Shanghai: Astaka Pavilion Malaysia Kurang Sambutan

Kita memang amat berbangga kerana negara turut berpeluang membuat pameran sempena Expo Dunia 2010 yang diadakan di Shanghai, China sejak 1 Mei 2010 lalu. Walaupun dalam keadaan ekonomi yang dikatakan agak merundum tahun ini, tetapi kerajaan masih dapat memperuntukkan sebanyak RM35 juta kepada Kementerian Pelancongan untuk menyertai pameran peringkat dunia itu. Malangnya, belumpun sampai separuh masa daripada tempoh pameran berlangsung (sehingga Oktober 2010), Astaka Pavilion Malaysia dikatakan gagal menarik minat pengunjung dan seterusnya memasarkan Malaysia di pasaran antarabangsa.

Berdasarkan laporan berita di Malaysiakini.com, kebanyakan pengunjung, termasuk rakyat Malaysia yang melawat astaka itu nyata tidak berpuas hati dan menganggap usaha kerajaan itu tidak bersungguh-sungguh, kekurangan fokus, kurang idea atau kurang kreatif.

Dengan bertemakan “Satu Malaysia – kehidupan bandar yang harmoni” astaka Pavilion Malaysia yang berkeluasan mencecah 3,000 meter persegi itu dibina berdasarkan bentuk rumah Minangkabau dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh digunakan semula, seperti palma dan plastik. Bahagian pintu masuk berbentuk masjid, manakala dinding luar dihiasi dengan corak batik tradisi Malaysia dengan gambar rama-rama, bunga, burung dan bentuk geometri. Ringkasnya, ciri utama yang hendak ditonjolkan ialah adat resam Malaysia yang unik dan semangat masyarakat yang bersatu-padu.

Malangnya keunikan bangunan astaka itu tidak selari dengan apa yang terkandung di dalamnya. Berdasarkan laporan wartawan yang melawat astaka berkenaan, apabila pengunjung menjejakkan kaki ke astaka ini, pengunjung berpeluang menyaksikan pakaian tradisional setiap kaum di Malaysia, replika menara berkembar Petronas, hutan hujan khatulistiwa, replika monumen bersejarah yang terdapat di Melaka dan Pulau Pinang, pantai peranginan, pulau, padang golf dan juga bahagian pameran perlumbaan Formula 1. Namun, semua itu tidak dilengkapi dengan penjelasan terperinci dan lebih malang lagi ia dianggap terlalu ‘superficial’ dan tidak berkait antara satu sama lain. Malah, pakaian tradisional yang dipamerkan di pintu masuk astaka ini tidak membekalkan penjelasan kepada pengunjung yang sebahagian besar mereka adalah rakyat negara China.

Jika dilihat, Malaysia tidak kurang uniknya berbanding negara-negara lain dunia, tetapi mungkin disebabkan kekurangan daya imaginasi yang tinggi menyebabkan mereka yang bertanggungjawab dalam mengatur pameran itu kurang kreatif sehingga gagal menonjolkan elemen keunikan negara yang sebenar.

Paling menyedihkan apabila mengetahui yang astaka pavilion Malaysia dijadikan seperti pusat perniagaan bagi memperkenalkan barangan komersial seperti kerusi urut, minuman koko, kopi tongkat Ali, lukisan, kelapa sawit dan juga balak. Lebih malang lagi, petugas di astaka Malaysia yang mempamerkan lukisan batik gagal berkomunikasi dalam bahasa Cina menyebabkan ramai pengunjung tuan rumah China langsung tidak tahu apa yang diperkatakan. Manakala sukarelawan pameran yang kesunyian disebabkan kurang dikunjungi sibuk melayan telefon bimbit masing-masing semasa pameran dibuka kepada orang ramai.

Apapun, saya berpendapat yang negara masih ada peluang untuk membaiki mana-mana kelemahan sebelum ini dan seterusnya menarik minat pengunjungi untuk melawat astaka pameran tu. Lagipun tempoh pameran masih lama.

Satu lagi, mungkin pada masa akan datang, kerajaan perlu mengutip pandangan-pandangan atau idea daripada rakyat negara apa yang patut ‘dipersembahkan’ dalam satu-satu pameran antarabangsa. Sebabnya, idea kreatif tidak semestinya datang daripada mereka yang berjawatan tinggi dalam kerajaan. Idea itu boleh datang dari sesiapa sahaja. Jika kerajaan mahu negara ini dipandang tinggi oleh masyarakat luar, kerajaan perlu memandang tinggi pada masyarakat sendiri.

Baca laporan lengkap di Malaysiakini

Kata kunci artikel:

malaysia pavillion shanghai expo, shanghai expo 2012 malaysian booth

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 19 comments… read them below or add one }

1 Thoha July 5, 2010 at 5:59 pm

mungkin banyak kelemahan yang masih boleh diperbaiki lagi bagi menunjukkan keunikan sebenar Malaysia kepada dunia..

yang dok main mesej dalam gambar tu yang paling kelakar..hehe

Reply

2 kulanz July 6, 2010 at 2:42 am

betul tu.. masih ada peluang baiki kelemahan sekarang ni.. tempoh pameran tu masih lama.. kalau tetap juga gagal menarik minat pengunjung, baik gulung tikar dan pulang.. tak juga membazir belanja

Reply

3 Thoha July 6, 2010 at 4:49 pm

kalau tak berjaya juga membazir la jawabnya..

Reply

4 etomyam July 5, 2010 at 6:27 pm

RM35 juta? pergh…. satu jumlah yang banyak tu
etomyam recently posted..Putrajaya Flower -amp Garden Festival 2010My Profile

Reply

5 jawatan kosong July 5, 2010 at 10:46 pm

what ? 35 juta tapi tak benar2x dikerjakan dengan baik.. benar2x tidak serius ni..
jawatan kosong recently posted..BMW Jobs – Technical Support Engineer- Accounts ExecutiveMy Profile

Reply

6 kulanz July 6, 2010 at 2:42 am

memang banyak.. macam-macam boleh buat dgn duit sebanyak tu

Reply

7 lazaac July 5, 2010 at 8:12 pm

sokong dengan ayat ni : idea kreatif tidak semestinya datang daripada mereka yang berjawatan tinggi dalam kerajaan. Idea itu boleh datang dari sesiapa sahaja.

perkara ni dah jadi badi dalam mana2 organisasi… dah biasa tgk kat mana2, dalam drama(tv) juga mempamerkan budaya yg sama… org ‘besar’ dan ‘tinggi’ jawatannya tidak pernah berfikir bagaiman hendak mendapatkan idea yg bernas berbanding idea mereka sendiri, barangkali mereka fikirkan bahawa idea mereka lebih power bombastik…
lazaac recently posted..Response cached until Mon 5 @ 13:31 GMT (Refreshes in 23 Minutes)My Profile

Reply

8 kulanz July 6, 2010 at 2:45 am

tu lah, kerajaan selalu kata “undi dengan bijak” masa PRU, maknanya diorang mengikhtiraf kebijakan rakyat.. tapi kalau sampai bab-bab macam ni, diorang semualah yang bijak.. kan bagus kalau dapat kutip pendapat rakyat negara ni sebelum buat pameran tu..

Reply

9 azizan4444 July 5, 2010 at 9:19 pm

promosi x bnyk kot tu yg x dpt smbutan sgt..
azizan4444 recently posted..Karenah Perempuan Bercinta- Lelaki Dalam DilemaMy Profile

Reply

10 kulanz July 6, 2010 at 2:46 am

rasanya promosi xda masalah bro.. tp mmg bahan yg dipamerkan tu gagal menarik minat pengunjung

Reply

11 Syafrizal July 5, 2010 at 11:27 pm

memang malang kalau kita tidak amik kesempatan.. tapi kelemahan sebegini sepatutnya perlu diperbaiki dari awal…
Syafrizal recently posted..Buatlah pilihan anda sendiriMy Profile

Reply

12 kulanz July 6, 2010 at 2:47 am

peluang tu mmg patut digunakan sebaiknya.. sbb tu kena ada penambahbaikan sebelum terlambat

Reply

13 tehr July 6, 2010 at 1:20 am

nampaknya rugi je la 35j tu

satu hal mengenai kerja kreatif ni memang orang2 yang kreatif sahaja yang boleh melaksanakannya

mungkin masalah kroni yang menyebabkan kegagalan kita di sana
tehr recently posted..Benci Bilang CintaMy Profile

Reply

14 kulanz July 6, 2010 at 2:48 am

Kroni tu mungkin salah satu penyebab juga..
tapi kalau pameran tu gagal, seluruh negara dapat malu.. aduhh

Reply

15 suri July 6, 2010 at 11:19 pm

alahai kenapalah keadaan sbgtu blh berlaku..agaknya kurang dari media cetak dan elektronik ni..cuba buat iklan kat tv ke radio dan menggunakan artis2 tempatan yg popular tentu akan ramai org yg akan dtg kesana..

jika bgnilah cara kita nak tarik perhatian pelancong suri yakin pasti mrka tdk akan dtg ke malaysia lagi..huhu

Reply

16 ishak July 8, 2010 at 1:32 am

rugi jer rm 35 juta tu..kalau bagi kat aku fuhh..aku bukak syarikat hosting sendiri
ishak recently posted..Cara untuk jadi blogger popular yang mana pilihan anda My Profile

Reply

17 suri July 9, 2010 at 4:21 pm

uik jadi mata duitan ek? hehehe..

Reply

18 Reynild September 13, 2010 at 7:04 am

Kpan dri NTT di ikut sertakan???? kri2 bs sekali membawa hasil…krna di NTT juga Mempunyai bnyak Kesenian Budayanx Terlebihnx alat Musik ssasandonx yg sekrg lg di incar2 negara lain untk di jadikn paten bgi negara tersebt yg penh menduduki NTT…

Reply

19 kuman October 8, 2010 at 11:12 am

entry yang Ustaz Asri (bekas Mufti Perlis) buat pun menarik juga untuk dibaca mengenai lawatan beliau ke Astaka Malaysia nih..

kuman “kopi…” Entry
kuman recently posted..Mari minum kopi hitamMy Profile

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: