Home >> Internet >> Facebook Anjur Hacker Cup Pertama

Facebook Anjur Hacker Cup Pertama

by Kulanzsalleh on December 11, 2010 · 11 comments

facebook hacker cupNak menang hadiah lumayan daripada Facebook? Inilah masanya. Facebook buat pertama kali menganjurkan “Hacker Cup”. Pertandingan yang akan mencabar pakar perisian seluruh dunia untuk menunjukkan kemahiran masing-masing dalam pengaturcaraan. Memang sesuai sangat ni kepada mereka yang selalu mengelar diri hacker sejati.

Piala Hacker yang berkonsepkan “annual algorithmic programming contest open to hackers from around the world”. Kalau ikut pertandingan ni, tak perlu risau kena tangkap, sebab hacker yang satu ni bukan untuk tujuan jahat. Lagipun, kata Mark Zuckerberg, dia memang sukakan istilah “Hack” dan perkataan itu memang tertulis di pintu depan pejabat pusat Facebook. Baginya, istilah “hack” membawa maksud cepat dan kerja mengekod sepanjang malam dengan hasil yang optimum.

Pendaftaran untuk pertandingan ni mula dibuka pada 20 Disember. Hacker hanya akan layak bertanding kalau berjaya menjawab dengan tepat sekurang-kurangnya satu soalan ujian yang berlangsung selama 72 jam, mulai 7 Januari 2011. Lepas tu kalau layak, peserta akan bertanding dalam 3 pusingan. 2 pusingan dijalankan secara online. 3,000 top hacker dari pusingan pertama akan bertanding ke pusingan kedua, juga dibuat secara online. 300 top hacker dalam pusingan kedua akan memenangi t-shirt.

Bagaimanapun hanya 25 top hacker akan berpeluang untuk bertanding peringkat akhir pada 11 Mac 2011 yang bertempat di ibu pejabat Facebook di California. Apa yang menarik, Facebook akan membayar kos perjalanan dan penginapan 25 hacker pertandingan akhir tu.

Memang dah peluang keemasan tu. Kalau ada yang rasa-rasa dirinya hacker dan berminat untuk menyertai pertandingan, boleh lawat laman http://www.facebook.com/hackercup atau http://www.facebook.com/note.php?note_id=467531498919 untuk mendapatkan maklumat lanjut.


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 11 comments… read them below or add one }

1 tehr December 11, 2010 at 4:44 pm

nak buat blog mesra seo pun masih terkial-kial ni, bro
hahaha
kalau join, dah pasti aku tempat pertama yang TAK layak
tehr recently posted..Kemahiran Dan Pengalaman Seorang BloggerMy Profile

Reply

2 kulanz December 11, 2010 at 11:35 pm

akupun sama juga bro.. nak join confirm tak layak :D

Reply

3 Norizwan December 11, 2010 at 10:32 pm

humangaih….ada sesiapa berani join ker ni…
Norizwan recently posted..eBay tak boleh buat duitsiapa kataMy Profile

Reply

4 kulanz December 11, 2010 at 11:35 pm

mesti ada tu yg berani.. :)

Reply

5 aizuddin December 12, 2010 at 1:54 am

satu soalan pun dah 72 jam..mak aih
aizuddin recently posted..Contest Blog Pilihan Malaysia 2010My Profile

Reply

6 etomyam December 12, 2010 at 2:53 am

wow..agak2 kalau aku masuk logik tak, aku setakat suka gula-gula hacks aje hehe
etomyam recently posted..Maher Zain- Justin Bieber- Luna Maya Kuasai Dunia OnlineMy Profile

Reply

7 syahrilhafiz December 12, 2010 at 9:58 am

ini panggil geng2 hacker best ni..
syahrilhafiz recently posted..Geng Surau- Motif DisebaliknyaMy Profile

Reply

8 mancai December 12, 2010 at 1:45 pm

peh.. hacker2 sekalian pegi jagan tak pegi.. mana tau ada offer menarik lepas ni… teringat hacker malaysia kena tahan kat usa tu ari… ish2

Reply

9 zik December 13, 2010 at 9:32 pm

alamak saya bukan hacker… pengguna internet yang biasa2 jer..
zik recently posted..Cup cake bergerak!My Profile

Reply

10 Panduan Buah Pinggang Sihat December 16, 2010 at 8:11 pm

Janganlah pula lepas ni yang hebat-hebat dalam kemahiran hacker ni melakukan perkara yang tak sepatutnya.
Panduan Buah Pinggang Sihat recently posted..Kesan Tekanan Darah Tinggi Kepada Buah PinggangMy Profile

Reply

11 ProfHariz December 17, 2010 at 1:51 pm

Terasa best je nak join.. Tapi mampu ke nak hack? Hahahha~
ProfHariz recently posted..Filem Aku Masih DaraMy Profile

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post:

leaderboard denaihati Banner