Home >> Semasa >> Fenomena Juraian Tahi Bintang (Meteor Perseids) 12-13 Ogos 2012

Masyarakat Malaysia akan berpeluang untuk menyaksikan fenomena alam semesta, iaitu kemuncak juraian hujan tahi bintang (Meteor Perseids) pada 12 dan 13 Ogos 2012 ini. Fenomena itu akan bermula dari awal pagi Isnin hinga keesokan harinya.

Meteor Perseids

Juraian Meteor Perseids ini akan muncul dari arah buruj Perseus, sebuah buruj di kawasan langit utara Malaysia sejak Julai lepas hingga Mac tahun hadapan. Rajah di bawah menunjukkan kedudukan buruj Perseus yang akan kelihatan dari Malaysia pada sekitar jam 2 pagi. Perhatikan buruj itu masih lagi agak rendah di ufuk Timur Laut dan baru sahaja terbit. Anak panah menunjukkan laluan atau pergerakan meteor Perseids yang akan dilihat apabila ia merentasi langit.

Buruj Perseus

Peluang untuk melihat hujan tahi bintang Perseids ini agak baik kerana pada kebiasaannya, Meteor Perseids ini memiliki rekod kemunculan dengan kadar 50 meteor sejam boleh dilihat. Ada juga yang mengatakan ia boleh naik sehingga 60-70 meteor sejam.

Selalunya waktu yang paling sesuai ialah selepas tengah malam, menuju ke Subuh. Namun, untuk meteor Perseids kali ni, seelok-eloknnya cubalah lihat sebelum Bulan terbit. Ini kerana jika Bulan telah terbit, cahaya sinaran Bulan itu akan menyebabkan langit menjadi terang. Bila langit terang, cahaya meteor-meteor ini akan tenggelam dan menyukarkan untuk kita melihatnya.

Bulan Waktu Malam

Bagi peminat-peminat fotografi pula, inilah masanya untuk merakamkan satu lagi fenomena alam semesta yang jarang berlaku. Meteor-meteor boleh diambil dengan menggunakan kamera DSLR, dan menggunakan lens wide-angle. Halakan di mana-mana kawasan langit, kemudian setkan waktu dedahannya selama yang mungkin, contoh 30 saat. Kalau ada remote shutter control, lebih baik kerana boleh set BULB mode pada DSLR dan boleh ikut suka kita berapa kita mahu shutter kamera dibuka.

Sumber dan untuk info lanjut, sila lawati laman Falak Online.


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.



Kata kunci artikel:

tahi bintang, tahi bintang di malaysia, fenomena bintang, buruj, tahi bintang 2012, bintang di langit, pemandangan angkasa lepas, hujan tahi bintang, bintang meteor, fenomena tahi bintang

Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 23 comments… read them below or add one }

1 akubiomed August 9, 2012 at 11:01 pm

Boleh nampak seperti hujan tahi bintang.

Reply

2 Kulanzsalleh August 11, 2012 at 12:54 pm

ya bro.. jarang ada peluang tengok fenomena tu

Reply

3 suri August 11, 2012 at 5:23 pm

db byk pic yg dibidik ker bro kulanz?

Reply

4 Anuar August 10, 2012 at 12:33 am

Subhan Allah..

Cantiknya pemandangan Meteor ni..

Insya Allah.. kalau ada rezeki dapat tengok pemandangan ni secara Live..

Join SEO : Eyriqazz Vs Denaihati

Reply

5 Kulanzsalleh August 11, 2012 at 12:56 pm

memang cantik..
ada masa bolehlah tengok nanti

Reply

6 Jebeng Otai™ August 10, 2012 at 6:41 am

kalo ade dslr leh amik gmbr tahi bintang ni.. :)

Reply

7 Izzuddin Fauzi August 10, 2012 at 11:59 am

Ye Kalau…

Reply

8 Kulanzsalleh August 11, 2012 at 1:05 pm

peminat fotografi boleh ambik gambar fenomena tu nanti.. kalau tak ada dslr pun boleh kongsi dengan member lain

Reply

9 Izzuddin Fauzi August 10, 2012 at 12:00 pm

Nice info… Anyway jarang dari kita yang betul kaji hal berkaitan angkasa ni..

Reply

10 Kulanzsalleh August 11, 2012 at 1:13 pm

aku memang minat dengan sains, terutamanya yang melibatkan angkasa lepas.. cuma belum ada peluang mengkaji sendiri sebab tiada peralatan sesuai

Reply

11 titan August 11, 2012 at 12:01 am

banyak betul tahi bintang rupanya..

Reply

12 Kulanzsalleh August 11, 2012 at 1:18 pm

bintang banyak makan tu yang tahi pun banyak.. hahaha

Reply

13 Ajumohit August 11, 2012 at 4:22 am

Saya nak tanya, uv klik blog saya daily melebihi 1000 uv klik, tapi saya tak tahu nak apply untuk iklan berbayar di blog, boleh En kulanz advise? Tingin nak dpt income dari blog, skrg ni saya pasang iklan nuffnang dan exabytes je, google adsense memang tak layaklah

Reply

14 Kulanzsalleh August 11, 2012 at 1:21 pm

cuba mohon Admax/Komli media (www.komli.com).. boleh tahan juga income dia

Reply

15 Fadzmie August 11, 2012 at 3:41 pm

Siapa-siapa ada DSLR siap lense long range memang untung dapat ambil gambar-gambar tahi bintang ni nanti. Hehe.

Reply

16 suri August 11, 2012 at 5:21 pm

wah tu dia skli ilmu sains klr.. dulu mas api perpustakaan mesti cri buku2 bab bintang dan angkasa mrik sunggh utk mngkajinya

Reply

17 budak felda August 11, 2012 at 6:15 pm

subhanallah….kebesaran Allah.

geng dslr sure tak lepas peluang ni utk test power fotografi

Reply

18 iAwani August 12, 2012 at 11:06 pm

er, pening sekejap membaca tips fotografi bro Kulanz. Balik balik, baru faham.

Reply

19 Anuar August 13, 2012 at 1:46 am

Alamak.. Hari ni dah 13 Ogos..

Malam tadi terlupa pula nak tengok dekat langit.. Manalah tahu boleh ternampak tahi Bintang..

Lagipun malam ni dekat Pusing Hujan.. Kalau ada pun mungkin tak nampak..

Reply

20 ohcikgu August 13, 2012 at 7:52 pm

macam-macam benda pelik kat dunia ni yek..

Reply

21 hatiputera August 14, 2012 at 11:56 pm

Indahnya ciptaan allah yang maha besar .

Reply

22 elai September 6, 2012 at 11:00 am

adakah sistem solar dan fenomena alam mempengaruhi kemanusiaan? seperti kesihatan,tuah atau nasib.kalau benar sejauhmana kebenaran fakta tersebut

Reply

23 azuanpro December 30, 2012 at 2:05 am

Minat dengan sains, terutamanya yang melibatkan angkasa lepas.. cuma belum ada peluang mengkaji sendiri

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

leaderboard denaihati Banner