Nampaknya saya terlepas info pasal kejadian Bulan Purnama terbesar atau Fenomena Supermoon yang berlaku pada hari ini jadi tiada rezeki untuk merakamkan gambar sebagai kenang-kenangan kerana fenomena ini sangat jarang berlaku. Saya sampai di rumah selepas membawa anak-anak berhibur hujung minggu jam 10.00 malam tadi, masa itu bulan sudahpun hampir tegak di atas kepala.
Bagi yang belum jelas apa itu supermoon, boleh baca entri Fenomena Supermoon. Ada penerangan tentang Supermoon, Syzygy & Adi Bulan dalam entri tersebut.
Disebabkan saya tiada gambar sendiri yang hendak dikongsikan, maka saya pinjam gambar dari DailyMail. Layanlah gambar yang ada ini.
Di bawah pula adalah klip video ScienceCasts tentang “The Super Moon of May 2012″
Kepada yang sempat mengambil gambar sendiri semasa kejadian Supermoon sebentar tadi, atau jumpa gambar yang lebih menarik (sedia ada atas talian), silalah kongsikan di sini. Anda dibenarkan embed gambar tersebut di ruangan komen.
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






{ 20 comments… read them below or add one }
Fenomena alam yang sangat indah!
Subhanallah..
Alhamdulillah, dapat tengok lagi tahun ni
Ada niat beberapa hari ini untuk mengambil gambar bulan yang indah di langit tetapi asyik terbantut sahaja. Mungkin bukan rezeki saya agaknya.
Terlepas tgk bola punye pasal… rugi sgt2…
Tak apa.. Boleh tengok gambar sini
Wah! Patut cahaya bukan main lagi terang…
Dari semalam rasanya bulan agak bercahaya terang, tapi tak tahu pulak fenomena supermoon, tapi cahaya putih jela, kalau dpt tengok yang warna oren tu mesti smart!
Akupun sama bro.. Nampak juga cahaya bulan yg lebih terang tp tak perasan yg tu fenomena supermoon
err!!
terlepas….
baru tau tentang ni..
eheheheee
Heheh.. Xpa bro
Boleh tengok gambar juga
alamak terlepas la pulak…
Subhanallah, sungguh cantik ciptaanMu
Subhanallah…
Subahanalllah!!
Baru tahu tentang ada nya supermoon nih..nanti saya google untuk info lebih lanjut..thanks for info!
Boleh google bro…
fuh memang cantik.. orang kita memang suka tengok bulan
Memang cantik sangat bulan malam tu. indescribable
indahnya ciptaan Allah S.W.T…ternganga melihat bulan besar ni…
Aku juga terlepas malam tu kerana ada kunjungan ke rumah saudara
Dapat layan gambar kat internet je
Sama juga bro.. Akupun layan gambar internet je sbb tak sempat tangkap gambar sendiri
Rupanya bulan yang saya nampak besar malam tu memang kenyataan SUPERMOON ingatkan sebab saya yang agak terperasan n sangkaan cume bulan tu tampak lebih besar. Ya Allah indahnya ciptaanMu.. Subhanallah… Tapi sayang tiada rakaman kenangan kerna tika itu sedang bekerja di lapangan.