Malam nanti rakyat Malaysia terutamanya peminat-peminat sukan badminton akan dapat menyaksikan perlawanan akhir (final) di antara Datuk Lee Chong Wei menentang Lin Dan (China) sebagai penentuan buat kontinjen Malaysia pada Sukan Olimpik London 2012. Perlawanan secara langsung akan dapat disaksikan sekitar jam 8.00 malam nanti.
Apa yang pasti, pingat perak sudah pasti berada dalam genggaman hasil kemenangan Datuk Lee Chong Wei menentang Cheng Long sebelum ini. Sama ada pingat emas pertama Sukan Olimpik yang diimpikan itu akan diperoleh Datuk Lee Chong Wei akan diketahui nanti. Sama-samalah kita tunggu.
Keputusan Semasa:
Beregu lelaki Malaysia, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang beraksi dalam perlawanan penentuan gangsa telah tewas di tangan beregu Korea Selatan, Chung Jae Sung-Lee Yong Dae sebentar tadi.
Keputusan Terkini Lee Chong Wei vs Lin Dan
Keputusan Set Pertama: Lee Chong Wei – 21, Lin Dan – 15
Keputusan Set Kedua: Lee Chong Wei – 10, Lin Dan – 21
Keputusan Penuh: Lee Chong Wei tewas kepada Lin Dan 19 – 21
Diucapkan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei kerana telah berjuang bersungguh-sungguh, cuma bukan rezeki beliau memenangi piala kali ini. Terima kasih juga kerana telah membawa pulang pingat perak Badminton Olimpik London 2012 untuk Malaysia.
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.




{ 13 comments… read them below or add one }
Tak lama dah Dato LCW nak bertarung,harap dia berjaya kali ni..
berjaya juga pulang dengan pingat perak..
Memang tiada rezekinya.. Apa pun tahniah kerana memberikan yang terbaik!
ya.. nampak kesungguhan beliau bermain
Sedihnya.. DLCW tak berjaya bawa pulang pingat emas.. Huhuhu..
tak apa.. pingat perak pun boleh juga
Tanniah kepada Datok Lee Chong Wei menyumbang pingat perak pertama untuk negara di sukan Olimpik London 2012.
ramai juga yang kecewa tak dapat aiskrim free tu..
Tahniah DLCW !!! Walaupon cuma perak tp beliau main dgn baik sekali dn begitu bersgguh2.. Ur the BEST!!!!
sokongan padu buat LCW..
tahniah untuk Datuk LCW memberikan 1 perak untuk malaysia.
Semoga di pertandingan lainnya akan mendapat keberuntungan dan bisa menjadi juara
What’s up to every one, the contents existing at this website are in fact amazing for people knowledge, well, keep up the nice work fellows.