Masih teringat lagi pada tahun 2008 dulu, saya telah menyaksikan debat ‘panas’ di antara dua pemimpin politik tanahair, iaitu antara Datuk Seri Anuar Ibrahim (DSAI) dan Datuk Ahmad Sabery Cheek yang membincangkan hal berkaitan kenaikan harga minyak. Pada Ahad, 1 Ogos 2010 pula, kita mungkin dapat menyaksikan satu lagi pertemuan ‘panas’ di antara dua orang pemimpin tanahair. Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali akan berkongsi pentas dalam sebuah forum membincangkan politik ideologi dan bangsa dalam Sidang Kemuncak Pelajar Malaysia ke-4. Pertemuan kali ni berkemungkinan juga akan menyentuh hal-hal yang berkaitan dengan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Berdasarkan info yang saya baca di Malaysiakini, Khairy Jamalauddin yang juga ahli parlimen Rembau telah mengesahkan yang beliau akan menghadiri sidang kemuncak tersebut.
Pertemuan ini sebenarnya hanyalah pertemuan di dalam forum, bagaimanapun berdasarkan sejarah hubungan antara kedua-dua pemimpin ini, maka forum ini pasti akan menjanjikan sesuatu yang menarik, bahkan mungkin boleh bertukar menjadi debat. Maklumlah, Khairy Jamaluddin memang mengaku dia seorang reformis, manakala Datuk Ibrahim Ali pula memang sudah terkenal dengan kelantangan bersuara.
Tambahan pula, kedua-duanya sudah pernah ‘bertembung’ sebelum ini dan kedua-duanya pernah mengeluarkan ‘keris’ masing-masing. Semua itu bermula apabila Khairy ‘menyelamatkan’ Ketua Pemuda MCA Datuk Wee Ka Siong, mendesak kerajaan mengekalkan jumlah biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Berikutan itu, Ibrahim menggesa Khairy supaya tidak menjadi ‘pengkhianat’ terhadap bangsanya sendiri dan berlaku perang mulut antara mereka sehingga ke peringkat memberi gelaran antara satu sama lain, manakala Khairy Jamaluddin pula menggelar Datuk Ibrahim Ali sebagai ‘jaguh kampung’ dan ‘gedebe oportunis’. Dan mungkin banyak lagi perkara-perkara yang berkaitan dengan kedua-duanya yang saya tidak tahu.
Apapun, kita cuma berharap agar forum itu tidak menjadi lapangan untuk kedua-duanya ‘melepas geram’ dan menyerang peribadi masing-masing. Biarlah forum berlangsung secara profesional kerana penampilan pemimpin kadang-kala dinilai berdasarkan apa yang dilihat oleh masyarakat. Semoga forum itu nanti dapat membangun minda yang positif ke arah pembentukan masyarakat yang lebih baik.


{ 13 comments… read them below or add one }
wah..semakin hangat nampaknya kali ni

etomyam recently posted..Review Bulan Julai- Jom Bincang!
memang hangat bro..
ada siaran tv ke ni bro?
semangat juga nak nengok ni
tehr recently posted..Hati-hati Bila Berblog
tak ada makluman plk pasal tu bro.. harap-harap ada nanti
sudah-sudah la tu bergaduhnye … sesama Islam plak tu… aku heran…bila la nak selesai…. Biasanye bila dah start bersuara, tak ingat dunia la jawabnya !!!! Ishk…ishk…ishkk..!!!!
bujang3 recently posted..Syukur !!!! Hari yang ditunggu hampir tibaaaa !!!!
diorang memang dah ada pertikaian dari awal.. harap x lah sampai bergaduh dalam forum nanti
wah best nie…KJ nie macam bagus je??
zik recently posted..Imam muda minggu ke 9
KJ buat Datuk Ibrahim Ali keluar awal dari forum..
suka tengok debat antara DSAI dengan Datuk Ahmad Shabery Cheek dulu. mmg best.
antara debat yang aku tak lupa sampai sekarang..
fullamak memang meletop lepas ni huuu,eh berapa tahun dah khairy dalam politik tapi belum pernah dapat datuk
rasanya xnak nampak sangat bapak mertua perdanan menteri so macam boleh amik kesempatan dapat pangkat datuk..lepas pak Lah pencen boleh la kot dapat pangkat datuk
sunglasses recently posted..Used ray ban
perdebatan yang hebat
antara yeng berjiwa lama dgn berjwa muda