Tengah hari tadi, saya ambil kesempatan bawa anak ke sebuah klinik di sekitar Kota Kinabalu. Semasa duduk menunggu di hadapan kaunter klinik, masuk seorang perempuan. Nampak dari muka umur macam awal 20-an. Masih boleh dipanggil gadis. Cantik? Boleh tahan. Pakai seluar jeans dan T-shirt ketat. Kalau tengok, jangan kelip mata..
Si gadis terus menuju ke hadapan kaunter, cakap sesuatu dengan pembantu yang jaga kaunter klinik tu. Saya tak tahu sangat isi perbualan si gadis. Tapi memandangkan pembantu di kaunter tu cakap kuat sangat, jadi saya dapat dengar yang si gadis macam nak claim sesuatu. Lepas tu pembantu tadi masuk ke dalam dan si gadis menunggu dekat kaunter, jari-jemarinya asyik meramas keypad handphone.
Dalam sibuk menyuruh anak-anak duduk, sebab bermain dekat kaunter klinik, tiba-tiba saya ternampak kaki si gadis dengan tatu warna merah dan pink. Tatu bunga-bunga. Memang nampak jelas sebab jeans yang dia pakai singkat dan mendedahkan betis. Tak cukup pendek, dia lipat hujung seluar dalam 3 inci lebih kurang, hampir ke paras lutut. Tapi saya tak kisah dan tak minat sangat pun tengok tatunya. Sebab bukannya pertama kali nampak perempuan bertatu. Dah ramai sangat perempuan Malaysia bertatu sekarang ni.
Cuma yang buat saya terkejut, apabila pembantu tadi keluar dan memanggil nama gadis tu dengan nama lengkap, tersebutlah nama NOR……. Gadis Islam rupanya!
Disebabkan rasa terkejut sedikit dan ingin tahu, saya amati betul-betul tatu di kakinya. Nampak yang tatu itu asli, maksudnya hasil daripada suntikan dakwat. Bukan tatu tiruan (sticker) yang boleh dibeli di pasaraya dengan harga 50 sen.
Seingat saya, bertatu memang tidak dibenarkan dalam Islam. Memang HARAM. Bahkan Hukum haram itu ada dijelaskan dalam Hadith Rasululllah s.a.w. yang bermaksud:
Daripada Ibnu Umar R.Anhuma, sesungguhnya Rasulullah S.A.W bersabda “Allah melaknat perempuan yang menyambung rambut dan minta disambungkan rambutnya, perempuan yang membuat tatu dan yang meminta dibuat tatu.” (Riwayat al-Bukhari)
dan;
Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam mengatakan bahawa bertatu di badan adalah perbuatan yang dilaknat oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya bermaksud :
Rasulullah s.a.w. melaknat perempuan yang mentatu dan minta ditatu, dan yang mengikir gigi dan yang minta dikikir giginya”. (Riwayat al-Thabrani)
Sumber: Ada dijelaskan di e-Fatwa
Saya tidak mahu membuat sebarang andaian secara terperinci kenapa si gadis tadi bertatu dan kenapa dia tidak segan menunjukkan tatunya. Mungkin ada di antara sebab-sebab tu yang boleh menyentuh isu sensitif. Tapi secara umumnya, pada pandangan saya memanglah perempuan mungkin kelihatan cantik apabila bertatu. Tapi lebih cantik jika tiada tatu. Sebab kecantikan bukan hanya dinilai pada penampilan luaran, tetapi juga penampilan dalaman. Seni? Memang seni dalam Islam sangat-sangat digalakkan, tapi tak ada disuruh buat seni di badan. Menggoda? Ghairah? Meluat? Ada sesiapa tolong jawab?
p/s: Gambar hanya hiasan.. bukan dari kaki si gadis
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.


{ 44 comments… read them below or add one }
Salam bro.
Aisey man, nak lukis punyalah sakit, nak buang lagilah sakit.
Rosak2.
tu lah.. tak tau apa fikiran diorang nak buat camtu
alahai kesiannya dia terpengaruh dengan tatu ni, kesian jugak kpd dia bila nak buang nanti…huhuhu
banyak terikut-ikut orang sekarang ni kan..
mmg sengsara dia tu time nak buang..
sekarang tatu lebih kepada seni bukan lagi sebagai tanda pengenalan
secara peribadi saya tak suka seni tatu kerana merosakkan keaslian kulit dan tak menggoda langsung [meluat je]
hukum islam memang haram – sekarang ini lebih banyak seni yang merosakkan dari seni yang memberi kebaikan
aku tak fikirlah seni di badan tu sesuai, apa lagi kalau perempuan..
xd kije lukih tatu…kan dh 1 hal bile nk buang blk tuh
betul tu bro.. bukan senang nak buka tu
atau bro..
tatu ni sebelum di convert muslim ke..
manalah tahu..
@ mus kalau betul dia sebelum convert muslim tentu dia lindungi tatu kan ? dan tak nak kasi nampak
@Mus, tu antara isu sensitif yg aku maksudkan dlm entri tu bro.. tapi mcm yg bro ishak tulis, patut dia lindungi tatu dia, bukan nak tayang
gambar tatu tu bro ambik gambar kat betis gadis tu ker..?
tak bro, gambar dari internet tu..
aku mana berani ambik gambar kaki dia..
hehehe silap2 nanti kene penampar
Salam,wa bro cantik gambar tatu 2,hehehe
,wa sekarang jadi macam trend bertatu pulak,adess
,hehehe
.
trend pun biar sesuai dengan diri, tak gitu bro? hehe
betul 2 trend,trend jugak kalau dah langgar hukum hakam 2 yang jadi lain
.
menyerupai tatu pun tak boleh sebenarnya.. main lekat2 tuh..
betul tu bro.. ada juga terbaca pasal tu..
harap2 orang kita sedar
Nauzubillah…..
Rasa takut nak menghadapi hari2 mendatang….
Terfikirkan apa yg akan jadi pada anak2 kita nanti setelah ketiadaan kita….
Adakah kita semakin kembali kepada zaman jahiliah?
http://azilas.blogspot.com/2010/07/exchange-banner-dan-vote.html
Antara perkara yg mungkin boleh mempengaruhi anak-anak.. tapi kalau ada pengawasan daripada ibu bapa sejak awal, rasanya perkara ni boleh juga dielakkan..
tatu mmg cantek tap HARAM
yang haram tu yang patut dielak..
tatu zaman orag dulu hehhe..apalah nak tatu2 ni kan bik amik jer cat dan cat dan kala kat badab bukan ke bagus hehee
pakai cat tu pun bagus juga.. senang nak tanggal
gilak ah..xmau saye mengorat beliau..:)
haha.. akupun tak nak ngorat dia
kalau tatu betul…mmg terseksa dia nk remove tatu tue nnt ..
memang seksa.. itupun kalau dia nak buang..
sian… mungkin dia x tau sebab dia x mendalami ilmu islam. dan xnak amik bab pasal agama. awat x bgtau dia?
takut kalau aku cakap ngan dia, dia kata aku nak ngorat..
wah.. hebat gadis KK skg nih.. hehe.. tak suka la, wpun yg bukan islam bertatu.. pada saya tak de macho dan cantik dgn adanya tatu tu..
harap2 anak2 tak ikut cmtu.. dunia skg mmg terlalu mencabar..
memang makin hebat.. tapi sayang tak sesuai sgt tatu kalau kena wanita muslim..
ya, harap anak2 dapat didikan sempurna dan tak mencontohi perbuatan camtu
patut kena paku terus.. kesian didikan agama / pegangan tak cukup utuh.
agama dah tolak tepi dek kerana pengaruh.. huhu
naz pelik, bukan ka masa nak buat tatu tu sakit. dpt lak orang2 ni tahan sakit semata2 nak buat tatu..
aduh..
Tu lah, pernah juga tengok dokumentari pasal pasang tatu.. memang menyakitkan.. tapi tak taulah kenapa masih ada yang sanggup buat tu..
sebenarnya mencorak inai kat tgn pengantin dgn bentuk bunga2 pun ada ulama yg berpendapat haram,kerana menjurus menyerupai tatu dan mnyerupai agama hindu,apatah lg bertatu.tu pun dah trend gak tu.
betul juga.. sekarang ni pun ramai yang buat inai bercorak2 tu.. terima kasih atas info ni.. moga pembaca lain sedar tentang perkara ni..
nanti terima la siksa di akhirat… hrp cpt2la insaf kalau masih tak sedar…
gara-gara nak cantik, lupa pasal akhirat..
moga cepat sedarlah kan pasal tu
lawl. awek islam bertatu. erm not my taste. seksi okae lagi. xmau la tatu.hm T_T
nak lukis sakit nak buang nati lagi la sakit iskkk2
slm bro, saya rasa mungkin orang dari sabah dan sarawak, sebabnya kawan-kawan saya nama sahaja ada nur and etc..tp rupanya kristian atau beragama lain…pengaruh budaya yang berbilang kaum di negara kita menyebabkan trend nama pun jadi ikutan….heee mne la taw kn….just try to think positive;D