Gambar dan Video Seksi Guru Tersebar

Seorang guru wanita yang merupakan bekas ratu cantik (model) telah menimbulkan kemarahan ibu pelajar di sebuah sekolah selepas mendapati gambar-gambar dan klip video guru berkenaan tersebar secara meluas di internet. Klip video yang dimuatnaik di Youtube itu menunjukkan yang cikgu berkenaan hanya memakai seluar dalam dan bra serta menunjukkan beberapa aksi panas dan menghairahkan.

Ileana Tacconelli

Ileana Tacconelli, 28 tahun merupakan bekas Miss Abruzzo di Itali. Dia terlibat dengan dunia modeling waktu belajar di universiti. Selepas tu dia mengajar di sebuah sekolah berprestij, San Carlo Catholic High School di Milan.

Kebanyakan yang marah dengan Ileana ialah ibu kepada pelajar sampai ada yang sanggup bertindak memberhentikan anak mereka daripada sekolah berkenaan. Mereka menganggap yang Ileana “terlalu menarik” dan “pengalih perhatian” dan tidak layak mengajar anak-anak mereka. Tapi lain pula halnya di pihak bapa yang kebanyakannya membela dan menyokong Ileana.

ileana tacconelli

Selain tu pihak pengurusan sekolah juga mendapati yang Ileana merupakan seorang guru yang sangat baik dan dia lulus semua peringkat ujian bagi melayakkannya menjadi guru. Sebab itu mereka tetap menerima Ileana sebagai guru walaupun tahu sejarah silamnya.

Ileana Tacconelli

Gambar Ileana semasa menjadi guru

Mujurlah cikgu tu bukan Guru Malaysia kan? Apapun, pada pandangan saya sendiri, kalau saya dapati ada di antara guru anak saya yang mempunyai latar belakang seperti Ileana, saya tidak akan teragak-agak memberi kepercayaan kepadanya untuk mengajar. Asalkan dia tidak melakukan perkara salah setelah bergelar guru. Perkara silam sudah berlalu dan kenapa kita perlu menutup peluang seseorang untuk menjadi baik? Tapi itu pandangan saya sebagai bapa. Bagaimanapula pandangan ibu-ibu lain?

p/s: Harap maaf jika gambar di atas menyentuh perasaan pembaca. Budi bicara sangat diharapkan dalam membuat penilaian.

Please like & share:

Comments

  1. says

    Ini merupakan pendidikan untuk anatomi tubuh secara langsung yang diberikan langsung untuk para peserta didik. Ambilah nilai positifnya dari maksud dan tujuan guru tersebut.

    Dengan Mengatasi Permasalahan Yang Besar; Maka, Kita Dapat Menyelesaikan Permasalahan Yang Kecil.

    Sukses selalu.

    Salam ~~~ “Ejawantah’s Blog”

  2. etomyam says

    kenapa gamaknya golongan bapa membela guru tersebut hehehe.
    kena tengok perkara ni secara rasional, dia buat benda tu masa nak jadi ratu, sekali tak dapat jadi cikgu aje…
    asalkan dia tak ajar benda2 yg dia buat masa jadi model dulu kat murid2 rasanya ok lah kot :D

    • kulanz says

      hehe.. cikgu tu okey juga rasanya..
      sebelum tu dia tak terganggu sangat. tak taulah lepas ni mungkin dia terganggu sedikit

    • kulanz says

      kes ibu bapa mengamuk sebab cikgu seksi tu mungkin xda lagi..
      tapi kalau cikgu yang buat kes sebelum kerja rasanya ada juga..

  3. says

    apa yg dilakukan sebelum ni adalah sejarah silam die.. ok kot selagi dia tak terbawa-bawa ke kelas dan ajar yg bukan2 pada anak2..

    kalau mampu menanggung tugas guru dengan sebaiknya, tak salah kot.. dgn syarat, yg dulu2 dibuang dan tak diulang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>