Gambar Kereta Konsep Proton Pahlawan: Jebat, Tuah, Lekir, Kasturi & Lekiu

Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2010 sudahpun berakhir sejak dua hari lepas. Tapi bagi yang ada pengalaman datang sendiri menyaksikan acara tu dan berpeluang melihat sendiri kereta konsep Proton Jebat, Proton Tuah, Proton Kasturi, Proton Lekir dan Proton Lekiu, pastinya masing-masing mempunyai kenangan yang menarik untuk dikongsikan bersama.

Bagaimanapun bagi yang berada jauh beribu kilometer daripada venue acara (macam saya), hanya gambar dan berita yang mampu ditatap.

Proton Konsep Jebat – Inspirasi daripada Lancer Evolution

Rekabentuk Proton Jebat adalah modifikasi daripada Mitsubishi Lancer. Lebih tepat lagi, ia hampir menyamai Proton Inspira. Memiliki kapasiti enjin 2.0L jenis MIVEC turbo dengan 237 hp. Boleh mencapai kelajuan daripada 0-100 km/jam dalam masa 5.6 saat. Kelajuan maksimum boleh mencapai sehingga 232 km/j.

Gambar Proton Jebat

Gambar Proton Jebat

Proton Konsep Tuah – Generasi Persona akan datang

Proton Tuah dikatakan hasil daripada inovasi yang dibuat ke atas Proton Pesona. Rekabentuk Tuah juga tidak kurang hebatnya. Betul-betul kelihatan sebuah kereta mewah.

Gambar Proton Tuah

Proton Lekir – Reka bentuk Kereta Perlumbaan Lotus

Daripada kelima-lima pahlawan yang dipamerkan, reka bentuk Lekir adalah antara yang menarik perhatian saya. Mungkin yang lainpun sependapat. Tapi tak pasti sama ada mampu memiliki kereta macam ini.

Gambar Proton Lekir

Gambar Proton Lekir

Proton Kasturi – Inovasi Daripada New Saga

Proton Kasturi tidak jauh berbeza dengan model asalnya, New Saga. Cuma nampak sedikit perbezaan di bahagian hadapan, terutamanya pada lampu kereta ini.

Gambar Proton Kasturi

Gambar Proton Kasturi

Proton Lekiu – Inovasi SUV Exora

Bagi yang sudah berkeluarga atau mereka yang gemar melakukan kembara, Lekiu mungkin antara model yang jadi pilihan.

Gambar Proton Lekiu

Gambar Proton Lekiu

Cukuplah dapat melihat beberapa keping gambar kereta konsep Proton Pahlawan. Kalau masih tidak puas hati melihat gambar di atas, boleh juga lihat galeri di bawah. Kredit kepada laman paultan.org sebagai pemilik asal gambar Proton Pahlawan. Lihat juga Kereta Konsep Perodua Bezza yang turut dipamerkan sempena Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2010 lepas.

Please like & share:

Comments

  1. says

    aku pun dapat tengok gambar je
    kalau dapat hadir sendiri ke KLIMS tu pasti lebih seronoh
    si lekir tu nampak gaya macam untuk orang muda je :D

  2. K A Cheah says

    This concept Hang Lekiu SUV name sounds like 69 in Cantonese/Hakka but the Hero Defender of Sultan Malacca can be renamed with a stronger name with a stronger and bolder nose just like the Concept Hang Tuah with a more aggressively shaped body outlook with larger alloy wheels but run by a more powerful Permanent Magnets Electric Motor say 100 Kw and with larger storage capacity batteries packs and probably the Range Extender is powered by the most efficient Direct Drive Micro-Turbine Generator, under license from say Capstone, the Micro-Turbine Leader, that could be using flexible fuels instead of a Petrol or Diesel Internal Combustion Engine with Regenerative Brakes that could send electricity to recharge the batteries packs. The Batteries Packs could be sourced from the most competitively priced sources probably from BYD the Battery Leader with their new batteries’ technologies of producing cheap and affordable large storage capacity and safety of their Fe-battery Technology under license of the JV of Berjaya and BYD to produce the Batteries locally. Every best wishes for the success of the first Malaysian made Proton E-REV SUV ok?

  3. rentank says

    tuah idaman ku.. tp kalau ada free gift kriss taminsari.. ok nie hehe
    dua kali pandang mcm honda combine bmw pun ada si tuah nie.. dari segi body dan lampu… overall god job…. malaysia boleh (copy)

  4. paan jamal says

    wah…aku brkenan giler kt jebat. lajunya boleh tahan dan stylo beb~
    designnya mmg kne giler ah dgn citarasa aq hehe :)

  5. coklet strobery shaheza says

    sumpah x saba nk tunggu keluaran kete2 ni sume..
    bangge giler i as a staff proton tgk kete2 td :)
    gud luck proton ;)

  6. cute gurl says

    aku bekenan gila ngan keta tuah tu..tp bpa harga keta tu ya…wrna dia just putih je ke???wrna laen tak de ke???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>