Home >> Advertorial >> Game Facebook: Jom Layan Kesatria Poyos

Salam semua, kalau sebelum ni saya ada buat review tentang plugins, gadget dan lain-lain, kali ni nak review pula pasal satu game yang kini mula menguasai empayar Facebook. Game yang dinamakan KESATRIA POYOS. Sebelum ni tak kenal sangat dengan Kesatrian Poyos, paling-paling pun layan Be a Tycoon, Farmville atau Mafia Wars. Tapi apabila pencipta permainan ni memperkenalkan Kesatria Poyos dan saya berpeluang tengok-tengok sendiri permainan tu, macam best pula rasanya..

Bagi yang belum berkesampatan mengenali permainan ni, Kesatria Poyos adalah permainan lawan-lawan (perang) dalam Bahasa Melayu di Facebook. Mulakan sebagai hulubalang biasa dan seterusnya ke arah seorang Kesatria yang gagah berani lagi poyo!

  • Enjin permainan ni lebih kurang sama seperti Mafia Wars;
  • Strategi permainannya – ramai pemain boleh saling bantu-membantu, walaupun kadang-kala saling serang menyerang antara satu sama lain;
  • Banyak hadiah misteri dan peraduan2 unik disediakan untuk pemain;
  • Tips, strategi dan pengumuman penting mengenai game di sediakan di blog Empayar Poyos;
  • Permainan ni juga turut dimain oleh seorang selebriti terkenal Malaysia, Farid Kamil;
  • Yang bagusnya, permainan ni dicipta oleh Atok Nujum, orang Melayu. Sebab tu senang hati dapat memperkenalkan permainan ni.

Tengok tu, Farid Kamil pun main Kesatria Poyos… (Tapi saya nak tunggu Lisa Surihani main game tu juga, hehe)

Nak tahu lebih lanjut pasal permainan ni, boleh tengok review/testimonial mengenai Kesatria Poyos daripada para pemain:

Mans Ihum: pada mula nyer aku x brminat sangat nak main game poyos nie..sbb bgi aku susuh giler..nasib baik ler si fendy mato ijo tu yang ajar..tq bro…saat nie aku dah kira ok masuk tahap 14,…dan kini aku jadi sorang mat gian dlm game ni..game ni poyos giler..aku suke aku suke..tahniah pada pencipta dan pengasas game ni….mertabatkanlah bahasa melayu dalam menuju arah kemodenan…

Azman Hisyam: setelah aku menjoinkan diri dalam game Kesatria Poyos ini,baru aku sedar bahawa aku sorang yang sungguh bergaya apatah lagi hebat belaka…disebabkan kesatria Poyos ini telah mempoyoskan aku,aku telah dikenali oleh ramai gadis-gadis…hal ini menyebabkan tok nujum mahupun persatuan2 tok-tok sedunia mencemburui kehebatan Kesatria Poyos aku…aku tidak minta semua ini terjadi…dengan berbekalkan bala tentera siput sedut sebanyak 1gig,aku menyeru bahawa menjoinkan la diri dalam game “KESATRIA POYOS” ini,jangan biarkan profile anda tidak mempunyai Kesatria Poyos…Time kasehhhh…

Alip Aieman: Kesatria Poyos ini suatu permainan berbahasa melayu yang sangat seronok . Sesuai untuk semua umur dan lapisan masyarakat . LoL . Aku sangat berbangga kerana Malaysia mempunyai game yang sebegini rupanya . Dalam game nie ada banyak elemen yang dicampurkan seperti cabaran , lawak dan kerjasama ..

Laman Web/Blog Rasmi Kesatria Poyos (Empayar Poyos)

ZulFadhli Sharingan Ameterasu: kesatria poyos mmg de bez..gamenye agak mcabar..lbih mncabar dri mafia war..tp lawak pon ade gk..smpai tergelak tergolek ak dibuatnyew…hahaa..ppepon syabas drpd pihak SYABAS kpd org yg cipta game nie krna mmpu mcipta game nie dan bjaye mnrik mnat org len ntuk join main kesatria poyos…smpai ak pon tertarik.hak3..n kpda smue ksatria2 poyos good luck all..smoge thap korang smue cpt naek..n jlnkn misi2 korang dgn sbaek2nyew dn pnuh btnggungjawab….hahahaa…

Ahmad Razien: kita kena tunjuk kat org luar, malaysia jugak ada geme yang setanding dengan kehebatan diorang… cuma diorang takder game yang sepoyo game kita!! Hidup Tok Nujum Poyo!!

Nurazura Aslinda: sape yg cipta game nih? x sangka aku telah terjebak dlm pertarungan poyo ni..uhuk..uhuk..

Junizam Aziz: perghh..marvelous…penuh dgn misi poyo yg mendebarkan.. mengeletek jiwa sehingga membuatkan aku tak berhenti tersengih seorang diri…sebagai rakyat malaysia…aku bangga dengan pencapaian hebat rakyat malaysia selaras dengan saranan PM..’rakyat di dahulukan,pencapaian diutamakan’….keep up the good job….bravooo…

Budak Kechik: Kesatria Paling hebat, siapa bermain terus tarik minat, jika tidak ia memang ralat, itulah Kesatria Poyos yang paling kuat…

Jadi apa lagi, jom layan Kesatria Poyos. Bila lagi nak sokong hasil kerja orang sendiri, betulkan? Apapun, kalau main tu jangan sampai poyos layan 24 jam. Sekadar main untuk isi masa lapang, tak salah jugakan…

p/s: Masa check email nak dapatkan bahan pasal permainan ni, ternampak email langganan dari blog denaihati.com. Rupanya ada juga review pasal game ni di blognya. Dari sana pula dapat tahu yang blog kak jie pun ada juga review yang sama… bagus jugalah kan.. ramai-ramai review lagi best..

p/s/s: Mungkin saya terpaksa tinggalkan blog ni selama 2 hari sebab saya nak menyerang 1st paper, final exam semester ni, tolong tengok-tengok blog ni, bolehkan? Terima kasih.. =)

Kata kunci artikel:

farid kamil dan lisa surihani

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 44 comments… read them below or add one }

1 yanmie April 6, 2010 at 9:18 am

salam lan…wah mcm best je game nie, tp aku dh x addicted dh dgn game2 kt FB nie, buka FB apatah lg..hehehe.

selamat berjuang…moga berjaya dan dipermudahkan segalanya, amin.

pasal rumah ko nie jgn risau aku blh tlg jaga, sapu2 sampah, buang sawang…hehehe

Reply

2 kulanz April 9, 2010 at 8:51 pm

tak apa kalau tak main,
janji dah jaga rumah aku ni, hehe

Reply

3 Wan Perlis April 6, 2010 at 12:05 pm

serius tak pernah main game kat fb
respek la org Malaysia create
.-= Wan Perlis´s last blog ..Bagaimana cristiano ronaldo ajar aku blogging =-.

Reply

4 kulanz April 9, 2010 at 8:53 pm

Sayapun tak serius sangat main FB,
sekadar isi masa lapang kalau betul-betul dah tak ada buat apa.. tu yg kena sokong tu sbb orang kita yg buat game ni

Reply

5 etomyam April 6, 2010 at 1:07 pm

boleh cuba game ni..mentapkan game ciptaan orang kita :D
.-= etomyam´s last blog ..myjazmanie.com Selepas 1 Tahun =-.

Reply

6 kulanz April 9, 2010 at 8:56 pm

boleh cuba ni bro, boleh sokong produk tempatan, hehe

Reply

7 cikmin April 6, 2010 at 1:12 pm

Langsung tak nak jebakkan diri dgn game FB..sbb mmg tak minat games2 camni,Cuma skg cikmin tertanya-tanya bila anak teruna cikmin yg umo 12 tu dok ralit dkt FB ni..belum buat spot cek lg.psl blog ni jgn bimbang ye..sifu pun dah tawarkan diri tu..cikmin pun nnt tlg2 la.. :P

Reply

8 kulanz April 9, 2010 at 8:57 pm

thanks sebab cikmin tolong tengok-tengokkan blog ni :)

Reply

9 yoy April 6, 2010 at 2:08 pm

tak minat game facebook..huhu last maen pun game premier football..

Reply

10 kulanz April 9, 2010 at 9:00 pm

tak apa bro, sekadar review game ni..

Reply

11 khairil April 6, 2010 at 2:59 pm

banyak org riview pasal game ni…tp kan pasal farid kamil tu…kalau tengok kat blog dia, link facebook dia lain dari yg tok nujum tunjuk tu…entah la, mungkin dia ada 2 profile agaknya?
.-= khairil´s last blog ..Istimewanya Maher Zain =-.

Reply

12 kulanz April 9, 2010 at 9:01 pm

tak pasti pasal FB Farid Kamil.. belum sempat tengok lagi.. yg saya tengok cuma entri berkenaan FK je

Reply

13 rin April 6, 2010 at 4:40 pm

skg ni jarang on facebook..
game2 semua dah lama x main hehe
.-= rin´s last blog ..aku yang cuai dan pelupa =-.

Reply

14 kulanz April 9, 2010 at 9:02 pm

Samalah, sayapun sekali sekala je buka FB, hehe

Reply

15 azizan4444 April 6, 2010 at 6:15 pm

bile la nk mnt layan game ni..wahahaah..

Reply

16 kulanz April 9, 2010 at 9:02 pm

hahaha, tak apa bro, layan blogpun okey juga.. :)

Reply

17 zik April 6, 2010 at 11:55 pm

wah…ok2.. nanti tengokla macam ne..nak join gak nie.. :-)
.-= zik´s last blog ..Revolusi handphone ku. =-.

Reply

18 kulanz April 9, 2010 at 9:03 pm

open tu bro, anytime boleh join kalau nak..

Reply

19 Mus April 7, 2010 at 12:49 am

boleh jadi addicted nanti..

Reply

20 kulanz April 9, 2010 at 9:03 pm

terpulang pada kawalan sendiri, hehe

Reply

21 Pena Maya April 7, 2010 at 1:03 am
22 kulanz April 9, 2010 at 9:04 pm

macam-macam ada.. dah cuba game ni? :D

Reply

23 denaihati April 7, 2010 at 1:16 am

Beliamuda.com juga buat review game ni.
.-= denaihati´s last blog ..Review Game Facebook Melayu : Kesatria Poyos =-.

Reply

24 kulanz April 9, 2010 at 9:05 pm

aah, ada tengok juga..
blog mohdisa pun ada juga review game ni

Reply

25 arieza April 7, 2010 at 6:18 am

haa tu dh dekat sgt ngn exam tu… dok main kesatria poyos lg.. kang time exam, jwb seperti hulubalang (eh betul ke hulubalang? napa bunyik mcm pelik?) plak?

anyway, all d best utk exam! :)
.-= arieza´s last blog ..::: Kenapa Aku Tiada Nuffnang =-.

Reply

26 kulanz April 9, 2010 at 9:05 pm

kalau jadi hulubalang bagusla,
risau jadi poyos pula, hahaha

Reply

27 x-po April 7, 2010 at 11:59 am

haha apa mksd poyos tu ek?

Reply

28 kulanz April 9, 2010 at 9:06 pm

tak tau bro, haha
kena tanya dulu creator game ni..

Reply

29 acapz April 7, 2010 at 12:11 pm

wow. xpnh men pon game ni. haha. de review lagi. hahaa. eceh gmpk r ni. ok2. kng aku try men jgk. whee!
.-= acapz´s last blog ..Resume ‘Corrupted & Broken Download’ Menggunakan IDM =-.

Reply

30 kulanz April 9, 2010 at 9:07 pm

tolong buat review je bro..
ada masa nanti nak bolehlah try..

Reply

31 Amir April 7, 2010 at 6:18 pm

semua orang membicarakan tentang game ni… haha. tapi saya tetap tak berminat nak main.
.-= Amir´s last blog ..Populariti Murahan Rafiqin Darwisy =-.

Reply

32 kulanz April 9, 2010 at 9:08 pm

tak apa bro..
memang tak boleh layan game selalu.. kena layan buku yg tebal-tebal dulu.. :)

Reply

33 zaiMi April 7, 2010 at 9:27 pm

aku baru start main semalam dulu. game dia boleh tahan. paling penting hasil buah tangan anak melayu. hehe

Reply

34 kulanz April 9, 2010 at 9:09 pm

tu pasal saya review game ni bro.. sebab hasil kerja anak Melayu..

Reply

35 imran April 8, 2010 at 3:50 pm

Ramai tul blogger yang buat review game ni. Saya tak nak terjebak dengan Game yang melalaikan ini. Walaupun sekadar membuat review. huhu

Reply

36 kulanz April 9, 2010 at 9:10 pm

tak jadi masalah..
sekadar buat review sama juga macam kita buat review barang-barang teknologi lain..

Reply

37 boss April 8, 2010 at 6:31 pm

berhantu tak game ni?
.-= boss´s last blog ..Jangan terlalu tamak =-.

Reply

38 kulanz April 9, 2010 at 9:11 pm

Berhantu? tak tahu pula.. :)

Reply

39 bamBOM April 8, 2010 at 10:22 pm

game ni adalah yg best la setakat nie .aku antara pengikut2 nya .mmg selalu tolong menolong beb sebab nk naik kan tahap .tp terima kasih kepada atok sebab buat game nie !!

Reply

40 kulanz April 9, 2010 at 9:12 pm

Sayapun tak sempat main banyak lagi, masih peringkat awal.. memang nak main juga lepas ni

Reply

41 Nine April 9, 2010 at 3:29 pm

mantap games nih..aku pun suka gak hehe..mmg best…hehe
.-= Nine´s last blog ..Dua Lelaki Yahudi Pujaan Ramai =-.

Reply

42 kulanz April 9, 2010 at 9:14 pm

kagum dengan hasil kerja anak tempatan..

Reply

43 mc mans April 9, 2010 at 10:57 pm

ehmmm….sblum ni aku lyn game org putih, war mesin, perang2 gak..tapi slalu wat aku bengang abih…bahasa x nntu arah..pas jumpe game ni..aku lyn jap..mklum ler x tau min..last2 fendy ajar..tu ler wat aku ketagih benda ni hehehe..saat ni aku dah mcuk lv 13….bek ko pikir sendiri dari lyn game2 haprak yg x nntu arh bek lyn game versi melayu vol.1..atok nujum ni..leleh abis beb….

Reply

44 marki April 17, 2010 at 2:06 pm

haku xboleh main game kat facebook neh bro..nnt addict .. bahaya tue..hehe…
.-= marki´s last blog ..Deep Purple datang ke Malaysia =-.

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: