≡ Menu

Gempa Bumi dan Amaran Tsunami Laut Sumatra

Petang tadi penduduk di Aceh mengalami keadaan panik selepas berlaku gegaran selama lebih kurang empat minit akibat gempa bumi kuat sehingga magnitud 8.9 melanda perairan utara Sumatra. Gegaran yang dirasai penduduk menyebabkan mereka ke luar ke jalan-jalan raya dan ada yang lari meninggalkan kediaman masing-masing menuju ke bukit dan tempat yang lebih tinggi.

Gempa Bumi Aceh 2012

Gempa Bumi yang berlaku pada jam 4.38 petang itu dikesan pada kedudukan 431km barat daya Banda Aceh, Indonesia dan 962km di barat Kuala Lumpur. Sejurus selepas gempa bumi itu dikesan, Kerajaan Indonesia telah mengeluarkan amaran tsunami.  Amaran ini dikeluarkan berikutan kebimbangan berulangnya bencana 26 Disember 2004 yang berlaku dalam lingkungan kawasan gempa sama, yang mengorbankan kira-kira 170,000 nyawa di Sumatra serta kira-kira 230,000 orang di 13 negara sekitar Laut Hindi termasuk Thailand, Sri Lanka dan India akibat gempa bumi dan tsunami.

Gempa Bumi Aceh 2012

Gempa Bumi Aceh 2012

Selain Aceh, gegaran sama juga turut dirasai di beberapa tempat di Semenanjung Malaysia pada 4.50 petang tadi. Berikutan itu, Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran kepada orang ramai menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya tsunami.

Amaran Tsunami Sri Lanka

Penduduk di Sri Lanka turut bergegas meninggalkan kediaman masing-masing selepas amaran tsunami dikeluarkan.

Kawasan Gempa Bumi Acheh 2012

Sama-samalah kita berdoa semoga kejadian Tsunami Aceh 2004 dan Tsunami Jepun 2011 tidak berulang.

Kesan Tsunami 2004

Kemusnahan di Thailand akibat Tsunami Aceh 2004

About the author: Kulanzsalleh

{ 11 comments… add one }

  • azmanisma April 11, 2012, 8:42 pm

    kat rumah aku pun terasa gegaran nya….

  • akubiomed April 11, 2012, 9:49 pm

    Kawasan saya tidak mengalami kesan gegaran tetapi saya tetap mengikut status terkini di Facebook dan Tweeter.

    Saya tidak tahu kenapa laman Jabatan Meteorologi Malaysia tidak boleh diakses. Harap mereka dapat menyalurkan maklumat mengunakan media terkini seperti Facebook dan Tweeter walaupun semua rangkaian TV di Malaysia sentiasa maklumat yang diambil daripada agensi ini.

    • kulanz April 11, 2012, 11:35 pm

      mungkin talian sesak sebab ramai yang nak dapatkan info terkini..
      apapun, sama2 kita harap tiada kejadian buruk berlaku

  • tehr April 12, 2012, 12:02 am

    Syukurlah kerana bencana tsunami tidak melanda
    Amaran pun dah ditarik balik tadi

  • Cikgu Hairul April 12, 2012, 8:53 am

    Sayamasih tercari2 berita tentang kemusnahan yang berlaku kalau ada. Gegaran sebesar itu takkan tak ada kemusnahan.. Berita tv cuma laporkan amaran tsunami je.

  • ohcikgu April 12, 2012, 5:07 pm

    huh..semua orang dok cerita benda nih..nasib takde apa-apa yang teruk berlaku.

  • titan April 13, 2012, 9:16 pm

    wahh, semua dok cerita benda ni ye sekarang..

  • Opocot April 13, 2012, 10:02 pm

    Alhamdullilah..nasib baik la tak ade pape yang teruk berlaku..

  • adam narzuan April 15, 2012, 6:56 pm

    dasyat.. gempa bumi aja…