Gempa Bumi di Kudat | Pitas

Hari ini ketenangan kami berkocak sedikit selepas merasai gegaran selama beberapa saat. Ingatkan ia adalah gegaran biasa daripada letupan kuari yang terletak beberapa ratus meter dari sekolah tempat saya bertugas, rupanya ia adalah kesan daripada Gempa bumi lemah bermagnitud 3.6 pada skala richter telah berlaku di Kudat, Sabah.

Gempa Bumi di Kudat Pitas

Pusat gempa bumi terletak di 6.8° Utara dan 117.1° Timur. 377 km Barat Daya Palawan, Filipina dan 11km Utara Pitas, Sabah. Gegaran dirasai di kawasan Pitas, Sabah.

Gempa pertama berlaku sekitar pada 9.14 pagi, 23 Julai 2013. Tapi gegaran pertama kurang saya sedari kerana saya tidak berada di dalam bangunan. Hanya gegaran kedua yang terasa sangat kerana ia mencapai 4.2 pada skala richter (yang berlaku sekitar 12.07 tengah hari). Pada ketika itu saya berada di lokasi 6.6° Utara dan 116.8° Timur.

Setakat ini tiada ancaman tsunami. Bagaimanapun dinasihatkan agar semua yang berada di kawasan berhampiran agar sentiasa berhati-hati.

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia.

 

Please like & share:

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>