Home >> Info >> Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

by Kulanzsalleh on December 10, 2011 · 4 comments

Umum sudah mengetahui yang sekali akan berpeluang menyaksikan gerhana bulan penuh pada malam ini, 10 Disember 2011. Kali terakhir rakyat Malaysia dan di rantau Asia Tenggara menyaksikan fenomena gerhana seperti ini ialah pada bulan Jun 2011, selain Fenomena Supermoon (Syzygy) yang berlaku pada Mac 2011 lepas.

Gerhana Bulan Disember 2011

Berkenaan gerhana bulan ni, saya teringat zaman kanak-kanak dulu. Saya tinggal di kampung yang sebahagiannya masih memiliki kepercayaan yang diwarisi turun temurun. Pada masa itu ada satu mitos gerhana bulan yang mengaitkan seeokor naga besar. Saya tidak ingat secara jelas butirannya sebab ada beberapa versi berlainan, tapi ceritanya lebih kurang begini:

Kononnya ada seekor naga suka memakan padi dan tanaman penduduk kampung. Kebiasaannya apabila musim menuai, penduduk akan memalu gong, gendang dan bunyi-bunyian lain untuk meraikannya (pesta menuai) masa itulah naga tadi datang dan memakan hasil tanaman. Lama-kelamaan disebabkan tidak tahan dengan sifat pelahab si naga yang menghabiskan tanaman mereka, ketua penduduk mendapat idea untuk menghalau naga tadi.

Gerhana Bulan

Kebetulan pada masa itu bulan purnama, ketua penduduk tadi memberitahu naga ada makanan yang lebih bagus berbanding tanaman mereka, iaitu bulan yang sedang bersinar di langit ketika itu. Jadi si naga pun terbang ke langit untuk menelan bulan. Dipendekkan cerita, mungkin secara kebetulan pada masa itu gerhana bulan sedang berlaku, penduduk melihat cahaya bulan semakin gelap secara perlahan-lahan. Mereka beranggapan yang naga tadi benar-benar hendak menelan bulan. Mereka jadi bimbang kalau naga menelan bulan, maka dunia akan kiamat. Jadi untuk menghalangnya, penduduk kampung sekali lagi memalu gong, gendang dan peralatan yang boleh mengeluarkan bunyi. Ini dilakukan untuk memberikan isyarat kepada si naga yang musim menuai di bumi sudah tiba dan raksasa akan memuntahkan kembali bulan untuk kembali ke bumi. Begitulah lebih kurang ceritanya.

gerhana bulan

Tapi itu cerita dahulu, saya tidak pasti sama ada masih ada masyarakat setempat yang percaya pada mitos ini. Apa yang jelas, gerhana bulan penuh yang berlaku pada hari ini adalah fenomena alam yang biasa. Salah satu bukti kebesaran Allah S.W.T.

gerhana bulan

Untuk rujukan, gerhana bulan pada 10 Disember 2011 bermula jam 7.31 malam dan akan mula jelas kelihatan sekitar jam 8.30 malam apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra. Gerhana bulan penuh (fasa gerhana penuh) kali ini akan berlaku pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam. Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam. Bermakna jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat.

gerhana bulan

Gerhana Bulan Penuh

Gerhana Bulan

* Kesemua gambar di atas diambil menggunakan kamera Nikon D90, nikkor 70-300mm: ISO200 | f11-f14 | 1/250s-1/400s ; 1s-1.3s

Bagi mendapat maklumat lanjut, sila layari: Falak Online


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 4 comments… read them below or add one }

1 akubiomed December 10, 2011 at 4:26 pm

Saya hendak ambil peluang menunggu berlakunya gerhana bulan hari ini.

Reply

2 kulanz December 10, 2011 at 8:20 pm

sama bro.. aku pun dah pacak 2 kamera sekarang ni :D

Reply

3 tehr December 11, 2011 at 12:52 am

hujan pulak tadi kat sini
aku numpang nengok gambar je nanti, bro
hehe

Reply

4 yanmie December 11, 2011 at 3:39 pm

cantiknya lan gambar2 tu, snap sendiri ka? cunnnnnn, semalam sempat snap sikit ja tu pun mo abis sdh gerhana sebab sebelum tu nda nampak jelas sob..sob…

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post:

leaderboard denaihati Banner