Germany, England dan Audit MS ISO 9001:2008

June 27th, 2010 | 10:12 pm | Personal, Sukan | 4 responses

Malam ni ada dua perkara yang bermain-main di fikiran. Pertemuan di antara Germany dan England dalam perlawanan piala dunia 2010 bagi pusingan ke 16 dan juga Audit MS ISO 9001:2008.

Germany vs England
Malam ni akan berlangsungnya perlawanan di antara Germany dan England untuk pusingan ke-16 (perlawanan 51). Perlawanan yang sangat penting untuk menentukan pasukan mana yang akan layak ke pusingan seterusnya.

Germany vs England

Pasukan Germany berada di tangga pertama Kumpulan D dengan mendapat 6 mata. England pula berada di tangga ke-2 Kumpulan C dengan mendapat 5 mata. Bagi saya kedua-dua pasukan ni mempunyai kelebihan masing-masing. Germany menang sebanyak 2 kali tetapi kalah sekali. Kemenangan besar Germany ialah semasa menentang Australia dengan mendapat 4 gol. Manakala England cuma menang sekali dan seri dua kali. England tidak mendapat banyak gol semasa kemenangan mereka menentang Slovenia tetapi kelebihannya mereka tidak pernah kalah. Apapun keputusannya, sokongan saya tetap pada England sejak awal lagi.

Audit MS ISO 9001:2008

malaysia StandardBesok jabatan tempat saya bertugas akan dikunjungi oleh juru audit kementerian yang akan menjalankan audit MS ISO secara menyeluruh. Agak risau juga sebenarnya. Bukan sebab dokumen pengurusan tak siap lagi. Tapi pertanyaan yang timbul, adakah dokumen tersebut menepati keperluan standard sebenar atau tidak. Lebih kurang macam menghadapi peperiksaan lah juga. Walaupun dah belajar habis-habisan, kerisauan tetap ada.

Alang-alang dah sebut pasal MS ISO ni, bagus juga kalau dapat kongsi sedikit maklumat pasal tu.

MS ISO 9001:2008 merupakan satu dokumen bertulis yang mengandungi elemen-elemen standard (piawaian) sistem pengurusan kualiti yang digunakan di kebanyakan dunia. Sistem kualiti ini mula diterbitkan 14 November 2008 menggantikan ISO 9001:2000 yang digunakan sebelumnya. Penggunaan ISO 9001:2008 dianggap cukup signifikan dengan beberapa perubahan yang sangat diperlukan dalam sistem pengurusan organisasi.

Dokumen tersebut dikeluarkan oleh ISO, iaitu satu badan bersekutu hasil gabungan beberapa organisasi dari seluruh dunia yang bertanggungjawab mewujudkan standard pengurusan di negara masing-masing. Jadi di Malaysia, kita menggunakan MS sebagai tambahan di hadapan ISO, merujuk kepada dokumen kualiti standard yang kita gunakan di Malaysia.

Artikel lain yang mungkin berkaitan...
HIDUP SEORANG BLOGGER

Semua artikel yang terkandung di blog ini hanya pandangan penulis semasa-mata, melainkan artikel berbentuk ilmiah/berita/informasi yang setiap satunya akan disertakan sumber rujukannya sekali.


Menyalin atau menerbitkan semula sebarang artikel daripada blog ini adalah dibenarkan untuk tujuan kebaikan. Semoga lebih ramai yang akan mendapat manfaat daripadanya.


Sebarang persoalan yang berkaitan dengan kandungan blog boleh dikemukan melalui Email.

 

4 Responses to “Germany, England dan Audit MS ISO 9001:2008”

  1. 1

    england dah kalah
    sedih la juga sekejap – nak sedih lama2 pun tak ada faedahnya

    banyak juga sekolah yang memohon pengiktirafan ISO ni
    kerja pun menjadi semakin banyak
    tehr´s last blog ..Manusia Tidak SemestinyaMy ComLuv Profile

  2. 2

    Nak kena selaras balik sistem dokumentasi ni..huhu
    etomyam´s last blog ..Google Buzz Counter In Conflict With Alexa WidgetMy ComLuv Profile

  3. 3

    dulu masa study ada bljar kos iso..huhu..bosan sungguh subjek ni…smua fakta semata-mata…

    paling pening smua boook in english..aRGHHHHHH!!!

    • 4

      hehhe mesti tersangat boring =)
      ray ban´s last blog ..Size guideMy ComLuv Profile

Leave a Reply

Kongsi artikel terbaharu anda