Statistik terkini yang dikeluarkan menunjukkan Google Chrome telah berjaya mengatasi Microsoft Internet Explorer sebagai browser (pelayar web) yang paling banyak digunakan di dunia. Data dari khidmat analitikal web StatCounter menunjukkan bahawa dalam tempoh seminggu penuh (14-20 Mei 2012) Google Chrome adalah pelayar yang paling tinggi menyumbang perkongsian trafik web.
Kalau di Malaysia pula, Chrome sudahpun menjadi browser paling banyak digunakan oleh pengguna, iaitu sejak tahun 2011 lagi. Kemudian diikuti dengan Mozilla Firefox, Internet Explorer, Safari dan Android.
Saya sendiri menggunakan dua browser sekarang ini, Mozilla Firefox dan Google Chrome. Firefox digunakan untuk melayari blog manakala Chrome khas untuk melayari portal berita. Pilihan anda yang lain bagaimana pula?
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.




{ 47 comments… read them below or add one }
Selesa menggunakan Firefox dan IE
IE pun dah semakin bagus sekarang ni
IE dah updated.. tapi belum guna lagi
Masih setia ngn musang berapi..
Kadang2 pakai safari…chrome dah lama tinggal…hehe
IE lagilah jarang sgt pakainya
Chrome memang best…lupakan yang lain
aku tak boleh lupakan firefox
Saya suka mengunakan Firefox tetapi akhir-akhir ini selalu hang jadi terpaksa mengunakan Chrome.
betul tu bro. aku pun mengalami masalah yang sama. kenapa selalau hang eh?
awal2 buka mesti hang dulu.. itulah penyakit firefox..
penyakit lama ni…hehe
dulu2, masa chrome baru keluar, selalu jugak hang time aku guna..tu yg aku tinggal sat guna chrome tu.. =)
dah buang plugins dan addons baru ok..
firefox memang selalu hang padahal tak install apa2 plugin lagi..
Dulu guna firefox tapi kerap hank macam bro akubiomed ,pakai chrome laju …
chrome memang laju..
tapi kalau buka banyak tab sekali gus banyak juga memory dia guna
kenapa bro kulanz guna browser yang berbeza untuk tujuan berbeza? ada rahsia ke? boleh kongsi
xda apa2 rahsia bro.. cuma kalau portal berita agak berat nak buka.. jadi kalau guna chrome boleh buka laju sikit.. firefox pula dah pasang beberapa add-ons yang berguna untuk blog..
Saya suka Chrome,cepat berbanding yg lain..lagi pun lebih kemas.
memang tu antara kelebihan chrome.. terbaik.. hehehe
Tahniah Chrome.. don dah lama juga pakai Chrome ni
pengguna tegar chrome ni
dulu Firefox, tetiba sekarang dah stick dengan Google Chrome
sebab ringan kot dan IE..hmm dari dulu memang tak ngam langsung
IE tu isteri aku selalu pakai.. dah semakin laju sekarang ni
aku memang guna chrome sepanjang masa
kecuali ada laman yang tak boleh dilayari dengan chrome
wah, bro pun peminat chrome juga
Assalam..
Saya guna mozilla untuk usha sesetengah blog dalam SEO Doctor je, yang lain2 semua Chrome..
waalaikumusalam,
aku guna firefox pun sebab tu juga..
sebab tu aku suka gina chrome sekarang. haha..
nampaknya kena lupakan FF lepas ni
selesa menggunakan chrome dan mozilla,,IE aku benci sebab banyak sangat plugin loading slow…
IE tu bagus guna lepas disable plugin.. lagi laju
yup aku guna google crome..mmg awesome dri yg lain2 ni.huhu
chrome jadi pilihan ramai
aku banyak browsing guna Waterfox.. untuk tujuan2 tertentu pulak aku guna browser SRWare Iron..
waterfox tu pernah juga dengar.. tapi browser SRWare Iron tu memang aku ketinggalan bro.. baru tau ni
saya memang 100% gunakan google chrome je…
sy 100% chrome..
Google chrome antara browser yang terbaik untuk tgk live streaming.
nanti nak try juga
saya juga guna chrome. terkadang ada juga kesengalan. tapi ia takla seteruk ie.
chrome flash player plugin dia je yang selalu problem
saya guna chrome sebab laju tapi ada juga guna IE sebab ada nostalgia hehe
IE terpaksa juga guna terutamanya untuk beberapa aplikasi yang tak mesra browser lain
Anyway IE sekarang makin ok
Betul tu bro.. IE dah makin laju sekarang ni
saya masih setia dengan mozilla
samalah.. akupun tetap setia
memang pun. semua family guna google. IE lembap r sekarang. tak tahu nape.