Home >> Nasional >> Gred Gaji & Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Meskipun ada maklum tentang Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA semasa Pembentangan Bajet 2012 lepas, tapi minat untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam agak kurang sebab kebelakangan ini saya lebih sibuk menguruskan kerja-kerja rasmi berbanding mengambil tahu tentang kenaikan gaji. Tambahan pula maklumat mengenainya masih kurang. Kalaupun ada perbincangan tentang SBPA di pejabat atau di kedai kopi, ia hanyalah secara informal.

Selepas lebih kurang 2 bulan SBPA diumumkan, baru kali ini saya membaca informasi yang lebih mengenainya. Itu pun selepas seorang rakan pejabat hadir ke taklimat ringkas SBPA Isnin lepas dan apabila SBPA sekali lagi jadi topik hangat yang dibangkitkan dalam bengkel 3 hari yang saya sedang hadiri sekarang ini. Bengkel Siri ke-III yang diadakan khusus bagi mengemaskini dan menyelaras maklumat kakitangan supaya tiada maklumat yang tercicir semasa tawaran opsyen SBPA dan Opsyen Persaraan 60 Tahun dilaksanakan kelak. Kami difahamkan yang pengumpulan maklumat untuk tawaran opsyen tadi akan dibuat elektronik (e-SBPA). Maknanya , walaupun kerja kali ini nampaknya agak santai, tapi impaknya sangat besar, jadi kenalah buat sungguh-sungguh.

Jadi alang-alang mendapat maklumat tentang sistem baharu ini, elok juga kalau saya kongsikan sedikit maklumat ringkas mengenainya. Moga ada maklumat yang dapat memberi manfaat kepada rakan yang lain.

Tawaran Opsyen SBPA
Diberi kepada semua pegawai tetap yang berada dalam perkhidmatan atau Jawatan pada 1 Januari 2012 (JKK 1976, SSB, SSM) termasuk:

  • Pegawai yang berada dalam tempoh percubaan;
  • Pegawai bertaraf tetap yang belum disabit tindakan tatatertib;
  • Pegawai yang sedang bercuti dalam keadaan berikut :
  • Cuti Tanpa Gaji
  • Cuti Separuh Gaji
  • Cuti Sakit
  • Kursus Jangka Pendek
  • Cuti Belajar
  • Cuti Bersalin
  • Pegawai yang dipinjamkan; dan
  • Pegawai yang masih berkhidmat pada 1 Januari 2012.
  • Pegawai di dalam jawatan kumpulan

Pegawai yang tidak boleh ditawarkan opsyen adalah seperti berikut:

  • Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)
  • Guru Sandaran Terlatih (GST)
  • Guru/Pegawai/Kakitangan Kontrak (kecuali kontrak berskim – rujuk syarat)
  • Pegawai yang telah dibuang kerja berkuatkuasa sebelum atau pada 1.1.2012

Pemilihan Opsyen yang dibuat adalah muktamad. Tempoh Penawaran secara umum bagi pemilihan Opsyen akan dibuat selama 15 hari (16 – 30 Disember 2011). Bagi mengelakkan kelewatan penerimaan opsyen, semua penjawat awam diminta untuk menghubungi majikan masing-masing semasa tempoh penawaran tersebut. (Sebarang pindahan/perubahan akan dimaklumkan).

Pemindahan Gred Gaji Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
Berikut adalah pemindahan gred gaji daripada Sistem Saraan Malaysia (SSM) ke SBPA bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta kumpulan pelaksana berkelayakan Diploma.

gred gaji sbpa profesional

Gred gaji sbpa diploma

Maklumat jadual pemindahan gred untuk lain-lain kumpulan boleh diperoleh terus di laman/portal Jabatan Perkidmatan Awam (JPA) atau seperti yang disenaraikan di bawah.

Sifir/Tangga Gaji SBPA
Berdasarkan semakan saya di portal JPA belum ada Sifir Gaji SBPA untuk semua gred yang rasmi dikeluarkan. Jadi kenalah tunggu hebahan rasmi tentangnya. Cuma makluman awal hanya menyebut yang tangga gaji SBPA hanya sebaris sahaja, tiada lagi P1, P2 atau P3 seperti sebelum ini, yang ada cuma T1, T2 dan seterusnya. Bagaimanapun hasil carian saya mendapati ada banyak juga sifir gaji SBPA (jangkaan) yang dikeluarkan di beberapa blog. Tidak pasti sama ada itu tetap ataupun tidak kerana kami juga difahamkan pihak JPA juga masih dalam proses penyemakan dan penambahbaikan SBPA. Tunggulah kemaskini akan datang.

Pekeliling SBPA
Rujuk PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2011 (Umum) dan PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 13 TAHUN 2011 (Perkhidmatan Pendidikan). Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi semua pegawai lantikan tetap Perkhidmatan Awam Persekutuan dan pegawai tetap skim perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang melibatkan struktur perkhidmatan yang merangkumi skim perkhidmatan, syarat perkhidmatan, gaji, elaun, kemudahan, dan persaraan serta faedah persaraan.

Maklumat Lanjut

Selain portal/laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), maklumat lanjut berkenaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) juga turut ditempatkan di portal/laman web rasmi MAMPU dan semua kementerian mengikut pautan yang disenaraikan di bawah. Semua penjawat awam adalah dinasihatkan untuk mengutamakan capaian terus ke portal/laman web kementerian masing-masing bagi memastikan proses hebahan Pekeliling SBPA ini berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.

- Sebarang maklumat terkini berkenaan SBPA akan dikemaskini dari semasa ke semasa.


Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.






Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satu akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 16 comments… read them below or add one }

1 yanmie December 8, 2011 at 1:49 pm

Salam Lan,

untung kalau ambil SBPA nie :D
hihihi seronoklah kakitangan awam macam lan dengan isteri :D

Mohon share ye, kebetulan buat entry pasal ni di blog.

Reply

2 kulanz December 8, 2011 at 1:55 pm

Salam Yan,
ya, memang ramai kakitangan awam tunggu2 tawaran SBPA ni..
ni yang terpaksa menghadap data untuk pastikan tiada yang tercicir SBPA.. :D

sama2 share kita :)

Reply

3 yanmie December 8, 2011 at 2:06 pm

hihihi tapi memang untung betul bahkan ambik SBPA ni, tahniahlah laki bini naik gaji hihihi :D

Reply

4 Juan December 8, 2011 at 9:25 pm

saya swasta jer, huhuh

Reply

5 kulanz December 8, 2011 at 10:21 pm

Xpa, kita harap swastapun akan buat perubahan pada gaji nanti

Reply

6 tehr December 8, 2011 at 10:57 pm

kemungkinan besar ada taklimat dari guru besar nanti
selalunya pegawai awam pilih je apa yang dicadangkan oleh kerajaan

Reply

7 kulanz December 8, 2011 at 11:21 pm

Ya bro akan ada taklimat nanti… Cuma yg susah tu kawan2 yg balik kampung.. Susah juga nak kumpul.. Harap2 tempoh penawaran opsyen ni dilanjutkn hingga buka sekolah nanti

Reply

8 padin December 8, 2011 at 11:24 pm

hehe pasti ramai yang cari pekeliling ni, tapi pasti kecewa sebab sifir gaji tidak di sertakan sekali.. kena rujuk BSM kementerian masing2, heh.. KKLW tak update pape pon lagi,

Reply

9 titan December 9, 2011 at 12:46 am

emm..ni antara paling lengkap info pernah aku jumpa.. :)

Reply

10 Encik Mus December 9, 2011 at 8:54 am

memang betul tu bro..
best membaca..

Reply

11 Am December 9, 2011 at 7:55 am

Hi…..

Kakitangan kontrak pun dpt juga..asal kan kontrak tu berskim…..

Pegawai Lantikan Sementara dan Kontrak (Contract of Service)
44. Pegawai lantikan sementara dan kontrak (contract of service) yang skim perkhidmatannya kekal di bawah SBPA akan diselaraskan gajinya mengikut kaedah pemindahan gaji SBPA.
45. Pegawai lantikan sementara dan kontrak (contract of service) yang skim perkhidmatannya dijumudkan melalui penggabungan/ naik taraf/ penarafan semula/ pemansuhan fungsi di bawah SBPA, pelantikan semula perlu dibuat dengan Ketua Jabatan mengemukakan terus kepada Pihak Berkuasa Melantik mengikut baki tempoh perkhidmatan sedia ada. Penetapan gaji pegawai yang memenuhi syarat skim perkhidmatan baru ditentukan mengikut kaedah pemindahan gaji SBPA. Bagi pegawai yang dilantik ke skim perkhidmatan baru yang syarat kelayakan masuknya ditingkatkan dan pegawai tidak mempunyai kelayakan yang ditetapkan, pemindahan gaji pegawai adalah mengikut kaedah penetapan gaji pegawai yang belum memenuhi syarat.
46. Kaedah ini tidak terpakai bagi pegawai lantikan kontrak (contract of service) yang jawatannya dijadikan jawatan dalam Kumpulan Premier.

Reply

12 nina December 9, 2011 at 12:20 pm

tapi kalau kekal dalam SSM, ada kebaikan jugak tak?

Reply

13 liza December 11, 2011 at 5:42 pm

ada pro dan kontra….terbaik utk penjawat yg baru berkhidmat…utk yg senior hmm…ada yg sedikit kecewa, perhatian hrs utk gred yg mana penjawat awam akan stagnant lama…sbb tak ada tangga kenaikan berikutnye, eg DG48 utk guru yg akan bertemu dinding…..krn disitulah ramainya para guru akan berkumpul….

Reply

14 fauziah December 27, 2011 at 3:24 pm

jgn lupa yg kita di nilai oleh manusia yg berbeza2 dgn sisitem saraan baru ni…byk pro n contra …tq..slamat mengkaji…

Reply

15 iridz December 29, 2011 at 11:44 pm

sbpa ni ok la..lagi tinggi dri kenaikan. cuma dah jadi mcm swasta bila ada exit policy. jadi kerjalah seikhlas hati

Reply

16 martha E, Sham February 17, 2012 at 3:39 pm

Saya pilih umur 56 dlm SSM tapi ke SBPA saya pilih umur 60…boleh kan? Kalau saya memohon pinjaman, boleh tak saya catat umur saraan 60 tahun walaupun belum siap semakan?

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

leaderboard denaihati Banner