Guru Sandaran Tidak Terlatih Mungkin Akan Diserap

Mungkin ini berita baik kepada semua Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) yang sekarang ini sedang berkhidmat di sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Kalau ikut berita yang saya baca, kerajaan melalui Kementerian Pelajaran pada masa ini sedang membuat kajian khusus bagi mempertimbangkan supaya GSTT diserap ke jawatan tetap sebagai Guru Terlatih.

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) – Kementerian Pelajaran sedang menjalankan kajian khusus untuk memastikan lebih ramai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) dapat diserap ke jawatan guru tetap, Dewan Rakyat diberitahu pada Selasa.

Timbalan Menterinya Dr Mohd Puad Zarkashi berkata kajian tersebut dijangka disiapkan dalam masa terdekat kerana kementerian menyedari terdapat ramai GSTT yang layak untuk menduduki jawatan tersebut.

Beliau berkata kementerian juga masih meneruskan program penyerapan melalui Kursus Dalam Cuti (KDC) dan Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM).

“Walau bagaimanapun tidak semua daripada 12,546 GSTT di sekolah rendah dan menengah yang ada pada masa ini boleh diserap kerana pengambilan adalah berdasarkan keperluan dan syarat-syarat tertentu,”

Noraini dalam soalannya mahu tahu apakah mekanisme kementerian untuk menampung kekurangan guru bertauliah terutama di kawasan pedalaman dan luar bandar memandangkan terdapat ramai GSTT yang layak walaupun kurang pengalaman.

Dr Mohd Puad berkata kementerian juga menggalakkan agar GSTT memohon untuk mengikuti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) selain bergantung kepada KDC dan KDPM.

GSTT dilantik bertujuan menampung kekosongan jawatan dan kekurangan guru di sekolah pada satu-satu masa dan pada ketika ini, proses pengambilan diuruskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri. (Sumber: BERNAMA)

Sayapun secara peribadi sangat menyokong kalau GSTT diserap ke jawatan tetap. Mereka ini adalah antara individu yang banyak menyumbang kepada proses pendidikan negara. Selain daripada memiliki kelayakan, sebahagian daripada mereka juga mempunyai kesanggupan bertugas di kawasan pedalaman.

Semangat sebegitu memang perlu ada sebab umumnya mungkin ramai yang mengetahui walaupun perjawatan guru di negara ini sudah melebihi daripada keperluan sebenar, namun di sesetengah sekolah, masih terdapat banyak kekosongan jawatan itu. Keadaan ini berlaku disebabkan pengisian jawatan di sekolah terbabit tidak dapat dipenuhi akibat pengagihan atau penempatan guru yang tidak seimbang kerana ada sesetengah guru terlatih yang ditempatkan di sekolah kurang kemudahan ni sering menolak dengan pelbagai alasan. Kalau datang pun, hanya bertugas 1-2 tahun kemudian balik ke tempat asal. Bagaimanapun saya tidak menyalahkan mereka sebab banyak faktor lain yang menghalang guru untuk kekal lebih lama di sesebuah sekolah. Kedudukan sekolah yang jauh di pedalaman atau sekolah kurang kemudahan asas juga adalah antara penyebab.

Jadi, diharapkan Kementerian Pelajaran juga mempertimbangkan faktor asal pemohon sebagai kriteria pemilihan. Cara ini mungkin dapat mengatasi masalah guru yang sering berpindah disebabkan faktor di atas. Dan lebih penting, moga rancangan ini benar-benar dilaksanakan, bukan hanya menjadi agenda di meja rundingan.

Please like & share:

Comments

  1. Cikgu_Kina says

    salam semua…klu la gstt ni diserap..sy merupakan antara org yg paling gembira..thn ni dah 2 thn berturut2..Insya’Allah jika terpilih diserap..sy akan jalankan nazar saya..nak cari kambing..nak cari kambing…kambing..kambing..hehehe

  2. says

    saja setuju juga… sebab mereka ada juga pengalaman sebagai guru… biarpun kerjanya tak sebanyak jadi guru…. dapat kurangkan bebanan guru2

  3. says

    kerja mrka harus d hargai sb mrka sanggu menggalas tuga sbg guru sandaran walaupun bukan memegang jwtan tetap..

    berikan mrka keja kerani tu pun satu cadagan yg bagus jua…

  4. says

    Ramai yang setuju GSTT diserap masuk tapi adakah isu kekurangan GURU akan selesai? Guru – guru tetap akan mendapat matapelajaran OPTION
    ( pengkhususan ) ?

    Lagi pula, profesion perguruan tidak akan layak diiktiraf sebagai profesion yang PROFESSIONAL sebagai mana profesion KEDOKTORAN atau ARKITEK sampai bila – bila..

    Padahal sumbangan GURU amat besar namun kebajikan GURU terus terabai..

    Maaf jika komen ini menyinggung atau provokasi..
    ( sekadar idea )

  5. afifi says

    Salam semua…saya salah seorang GSTT di Alor Setar Kedah turut berasa sedikit gembira di dalam hati ini ekoran penyerapan GSTT ke jawatan yg tetap…syukur alhamdullillah sekiranya YAB Muhyiddin dan konco2nya sanggup membela nasib kami semua…andai kata GSTT diserap dan saya turut diserap, demi ALLAH saya akan menjalankan tugas2 saya sebagai seorang pendidik sebelum ini dengan tanda kesyukuran yg tidak terhingga kepada ALLAH, KERAJAAN serta pihak yg bertanggungjawab membantu kami GSTT di sini…kami nak mendidik anak bangsa kami dengan jayanya…demi Allah juga…

  6. anynomous says

    Salam…sy amat bersetuju dan berterima kasih sekiranya pihak kerajaan ingin mengkaji semula bagi menyerap GSTT…

  7. fieyna says

    kalu lah betul kerajaan ingin serap gstt…pasti banyak gstt tidak menganggur lagi dan malaysia akan menjadi negara yg sifar penganggur…we hope that!!!!!!

  8. cikgu sara says

    saya sangat gembira jika kerajaan berbuat demikian. terdapat ramai gstt yang tiada hala tuju….. krn mereka telah bekerja sbg gstt lebih dpd 3 hingga 4 sehingga lupa untuk melanjutkan pelajaran mereka. kini mereka sdh kenali situasi di sekolah, ini juga telah memberi pengalaman kepada mereka sebagai praktikal….. seperti yang dijalankan di maktab. saya berharap agar kerajaan akan memberi peluang kepada mereka untuk mengikuti kursus kdc yang dianjurkan oleh KPM.

  9. fiza says

    paper berita harian 03 disember – KPM kata tidak akan menamatkan perkhidmatan gstt yang akan tamat akhir tahun ini malah gstt yang telah menerima surat penamatan kontrak tahun ini akan ditarik balik. gstt yang sudah berkhidmatn 3 tahun akan diberi kdc or kpli secara berperingkat

    • CIKGU UPSI says

      ASALAMUALAIKUM….
      saya tidak bersetuju dengan cadangan atau ura-ura yang ingin menyerapkan PUAK@ ni mndapat jawatan tetap…
      KAMI YANG BELAJAR 4 TAHUN DI UPSI PULA BAGAIMANA>>>???
      4 tahun menuntut ilmu untuk mendapatkn ijazah pendidikan…
      mana hak kami selepas ini???beribu bakal2 guru dilahirkan di UPSI, mana hak mereka selepas tamat pengajian…???
      ,malulah siskit…hak mereka(UPSI) diperjuangkan oleh PUAK GSTT yg mngatakan itulah hak mereka….

      pesan saya……jgn kerana xda kerja sgt….duk berebut2 nk jd cikgu….padahal pada awalllnya…tarak langsung minat!!!!HIPOKRIT!!!!!!!!

      • quest says

        begini rupanya sikap bakal guru….macamana nak mendidik kalau begini cara nak mendidik anak bangsa..memaki dan menengking..??erm ini yang diangkat balajar selama 4 tahun…renung renungkan dan fikir fikirkan…:)

        sebenarnya mereka di kalangan BAKAL GURU sudah salah tafsir dan salah konsep lalu menghukum GSTT. xpelah..teruskan pengajian kamu dulu sehingga tamat k…

        • x sangka says

          sokong quest….sptutnya cikgu UPSi lebih beradab dalam komen2nyer itu…..memg x ptut ada sikap yg negatif spt itu dalam jiwa seorang pendidik….ALLAH dah tetapkan laluan rezeki masing2…jgn ada sifat dengki @ tuduh x tentu psl…..hrp berubah sikap utk cikgu UPSi skiranya berjaya menjadi seorg guru nanti…..:)

          • sokong says

            betul tu.x seharusnya bakal guru bersikap busuk hati.kenapa ada manusia yg sebegitu???BERSIHKAN JIWA TU DULU. insyaallah akan jd pendidik yg disanjungi

      • Salju says

        Assalamualaikum..

        Cikgu UPSI..kena ingat..semua ini rezeki masing-masing.Saya bekas pelajar UPSI tapi saya adalah ex-teacher sebelum itu dan sebab itu saya layak ditempatkan ke UPSI. Tapi saya percaya Cikgu UPSI masuk ke UPSI bukan
        atas tiket bekas guru yang menyambung pelajaran. Rasanya Cikgu UPSI juga
        masuk UPSI bukan semata-mata minat ingin menjadi guru. Jadi kena ingat..
        Ini semua rezeki yang diberikan Allah. Bagi saya GSTT ada kelebihan dari segi mereka berdepan dgn situasi sekolah sebenar wlu dari segi pedagogi mereka tidak sebanyak Cikgu UPSI yang belajar selama 4 tahun di UPSI. Tapi Cikgu UPSI pulak mmg hebat dgn teori-teori pembelajaran tetapi Cikgu UPSI tidak
        berhadapan secara terus dengan keadaan di sekolah. Jadi masing-masing ada PRO dan KONTRA. Berbalik semula pada apa yang saya perkatakan tadi. Semua ini adalah terletak kepada rezeki masing2. Benih yang baik walau tercampak ke mana pun pasti akan menjadi..Jadi renung-renungkan lah

  10. Rose says

    saya terbaca dalam berita harian 3/12 semua gstt akan diserap secara berpeingkat bermula tahun depan …keutamaan kepada gstt yang 3 thn lbh berpengalaman dalam guru hopefully semua diserap..and yang diterminatekan akan ditarik balik surat tersebut

  11. nourr says

    saya sangat setuju kalau gstt diserap..harapan menggunung supaya kpli dapat baru-baru nni hanya tinggal angan2..saya berhempas pulas membuatt persediaan Mtest tapi tak dapat jugak..BERILAH PELUANG KEPADA GSTT sebab saya pun GSTT tahun 2008 – 2010…

    • kulanz says

      harapan kita macam tu lah.. sayang juga pengalaman yang ada pada GSTT kalau diberhentikan.. moga kpm menunaikan seperti yang dihebah dalam media tu

  12. fiza says

    kita tunggu jer la dalam bulan 12 nie mcm mana keputusannya… takkan KPM nak cakap x serupa bikin kan… sekurang-kurangnya KPM memberi peluang kepada semua gstt untuk menjawat jawatan ini secara tetap melalui KDC or KPLI.. harapan menggunung untuk terus mengajar ditahun hadapan.

  13. deni says

    rasa amat terkilan bila membaca di ruangan surat berita harian apabila ada kalangan guru yg seakan2 tidak puas hati ngan berita gstt akan diserap…hina sgtkah gstt hinggakan peluang untuk kami menyandang jawatan sbg guru tetap yg hakiki bagaikan dianggap tidak layak?adakah semata2 krn ramai dlm kalangan kami tidak memiliki sijil ikhtisas dlm pendidikan?jgn lupa tanpa sijil inilah kami menjadi gstt…kalau tak, berbekalkan sijil perguruan, kami dah dilantik sbg guru tetap…saya berharap guru2 tetap yg masih baru atau menunggu panggilan posting terutama lepasan kpli mahupun dpli memahami bahawa kami juga sama seperti anda, mohon berkali2 tapi tidak dipanggil…mungkin sudah bukan rezeki tapi demi semangat+minat yg tidak berbelah bahagi, kami terus mencuba…kalau nak harapkan kpli+dpli nih shaja, rasa susah sgt utk mendapat tempat…jadi bila kerajaan buka jalan kpd gstt pengalaman 3tahun utk diserap, bagaikan ada sinar di hujung penantian…mohon tiada lagi yg membangkang niat murni kerajaan yg prihatin ngan nasib gstt juga demi untuk kemajuan dlm pendidikan negara…walaupun digelar gstt, kami juga mempunyai ijazah, pengalaman+mempraktikkan teknik mengajar mengikut cara+kreativiti kami sendiri walaupun tidak dilatih spt guru sandaran terlatih…jgn memandang gstt hanya sebelah mata, bagi peluang utk kami buktikan kemampuan+keikhlasan kami dlm mendidik…terima kasih…

  14. fiza says

    saya setuju, saya juga ada terbaca surat tersebut di dalam ruangan surat berita harian. saya sungguh rasa terkilan mengapa ada dikalangan segelintir guru kpli n dpli yang tidak bersetuju dengan penetapan jawatan kami sebagai guru tetap. kami juga seperti mereka memohon berkali2 untuk kpli n dpli malahan ada yang telah memohon sehigga lebih 5 kali. apa yang mereka lalui kami juga turut melalui… malahan kami berusaha dengan menambah pengalaman kami melalui gstt. kalau nak difikirkan semula kami lebih layak menjawat jawatan tetap kerana gstt yang akan ditetapkam jawatan bukan automatik tetap tetapi kami juga perlu melaui KDC or KPLI (kl mengikut kenyataan KPM- 03 Dis). saya berpendapat sekiranya kita hendak memohon pekerjan apa yang diminta? pasti pengalaman dan kelulusan kan? so tidakkah kami layak…

    • CIKGU UPSI says

      pelik dgn sikap kerajaan yang membuat keputusan sedemikian…maksudnya ilmu keguruan 4/5 tahun di kampus sebenarnya tidak menjadi keutamaan untk seseorang itu menjadi guru..hanya perlu apply GSTT & perform dgn baik dlm 1 tempoh masa..kemudian terus diserap

      barangkali inilah salah satu punca mengapa martabat institusi pendidikan guru semakin tidak menyinar tidak seperti dahulu……malah usaha ke arah memperkasakan guru yang mengajar benar2 pakar dalam sesuatu bidang semakin sukar dilaksanakan…….sampai bila guru yang benar2 berkebolehan dapat dilihat pada masa hadap?…..ranking universiti pun sudah memadai untuk dilihat sejauhmana masyarakat melihat intitusi pendidikan guru diangkat martabatnya……barangkali pada masa hadapan semua orang boleh mendidik tanpa memasuki institusi pendidikan guru di malaysia….barangkali juga institusi ini akan ditutup 1 hari nanti sebab x diperlukan lagi……

      MALULAH SIKIT GSTT……..sambung belajar ambik pendidikan balikla 4 tahun!!!

      • maya says

        kesian ek…xpelah awak mungkin baru nak habis blaja kt UPSI ek takut xbleh posting ke??maaf kami GSTT tak amik hak kamu..yang pasti kamu pasti diberi posting yang pasti tunggu aje.Tak ade pengalaman dalam alam pekerjaan jangan nak mengkritik..kalau la kamu di pihak kami taulah langit tu tinggi atau rendah..kami makan garam dulu dari kamu..nampak sangat KETIDAKMATANGAN anda dalam berbahasa…ermmm ni pelajar yang ambik ilmu pendidikan??begini caranya kamu belajar mendidik??? :p just see what u say…think +ve ok

      • GodSaveMe says

        ermm..bro..jgn mrh smpai kata2 pun x dkawal..hati2 k..kita mnusia,rambut sama hitam.n kita smua ada hak untuk jd apa yg kita mau.krn Tuhan mberi apa yg kita perlukan.. GSTT sebenarnya yg mnolong mngajar pljar2 n sklh2 yg kkurangan guru dsebabkan ko msh lg study d upsi tu..xkan ko jd ckgu GST tnpa hbs stdy.pas korg graduate,kmpom la korg yg dr upsi tu jd ckgu,n yg GSTT tu tamat la mngajar kt tmpat tu,n tpksa lg tggu kkosongan sklh2 lain..jd,kita ni sama taraf jak,xda beza.yg mbeza kita cma samada kita ni GUD or EVIL..jd,bsyukurla dgn apa yg Tuhan tlh brikan pd kita.jgn tamak.kita kongsi dgn semua apa yg kita ada..tq….

      • Faizal says

        Mana2 graduan dr UPSI atau Universiti2 lain yg mengambil Bachelor Education yg terikat dengan KPM pasti @ wajib dapat posting n jadi cikgu totap..

        Hanyo mereko yg mengambil Bachelor Ed. (OPEN MARKET) sahajo yg tidak automatic dapek posting n jadi cikgu totap.. Kebiasoannyo pihak U akan maklumkan seperti berikut dalam iklan permohonan melanjutkan pelajaran.

        Bachelor Ed..(OPEN MARKET) : Untuk pasaran terbuka dan tidak terikat dengan KPM..

        jadi kalau En @ Cik Cikgu UPSI bukan dalam kategori open market, tak perlu risau.. anda pasti dapek tompek..dan yg pasti bilo anda dan kawan2 graduate, akan adolah GSTT yg terminate..cam den..

        takdo makno kami GSTT diberi keutamaan. dalam surat tawaran den sbg GSTT tuk taun 2010 pon ado tulis:

        1) Kontrak ditawarkan dari sebulan ke sebulan dan akan tamat pada 31 Disember atau ditamatkan pada bila bila masa sekiranya perkhidmatan tidak diperlukan.

        2) Kontrak ditamatkan apabila jawatan tersebut diisi secara hakiki.

        yg no 2 tu maksud eh bilo ado cikgu yg baru graduate masuk… dan inilah yg berlaku terhadap den ngan kengkwn gstt kat skolah lamo den… 12 org gstt diterminate on the spot apobilo 10 orang cikgu baru yg baru graduate dan terikat ngan kpm (bkn open market aaa…) dtg posting…

        jadi Cikgu UPSI ni dr kategori mano???
        open market kah atau terikat ngan kpm???
        kalau ngan kpm bawak2 la bertonang..jawatan anda tidak tergugat dengan kehadiran GSTT tp jawatan GSTT la yg tergugat bilo anda datang…

        open market????
        kalau kategori ini anda kena lah memohon di Jabatan Pelajaran Negeri di negeri kesukaan anda untuk memohon jawatan guru kerana anda tidak terikat ngan kpm… sebenarnya kursus open market adalah untuk berkhidmat sekolah2 swasta, kolej persendirian atau lain2.

        Jadi relaks la guru UPSI… apo nak takut… tgu la bilo anda jadi cikgu nnt dan dapat pulak mengajar anak murid yg degil dan x nk blaja…Lg satu sapo cakap kojo GSTT lg kurang dr Cikgu Totap… Lobih lg ado la…………………

        (•_•) (•_•)(•_•) peace!!!!

      • pendidik says

        Mcm ni ke bakal pendidik?bersabar dek,truskan blajr ok,mungkin masa 4/5 tahun tu pun blum cukup utk adik mnjadi guru yang baik…hm..GSTT memg lg layaklah..kat sek akak,GSTT bgitu myerlah dalam menjalankan tugas pendidik..sahsiah mereka juga memg BEST…Cuba ubah diri seblum posting ok..)

        • x sangka says

          btl tu pendidik…..biarla gstt di pandang hina oleh cikgu upsi td,,yg pntg ikhlaskan hati utk mengajar anak bangsa…yg penting Allah tahu niat kita….peace no war..:)

  15. fiza says

    assalamualaikum…. kengkawan gstt yang lain… saya nak tanya la berkaitan berita harian 03 dec tu janji kosong KPM ker? naper ppd kata hingga kehari ini masih belum menerima sebarang pekeliling berkaitan isu tersebut.

  16. artline says

    btl 2.. semua janji kosong semate2.. cakap kosong sahaja…
    ape yg di janjikan x di tunaikan… bile taya PPD die org langsung x tau ape2…
    adekah ape yg diumumkan ini kerana politik semate2..

  17. ujiin says

    skrg nie gstt dah terumbang ambing.kerajaan x kuar lagi waran.em mcm mn nasib kami.kalo xde tmpat utk gstt bagi tau awal.xla menunggu.sy rindu nk mengajar.3 kali mohon kpli x dpt.mohon dpli x dpt.xde ke cra nk bantu sy.

  18. ita says

    kenapa KPM ckp xserupa bikin..huhuhu..sy pun sma rindu sgt nk pg sek dan mengajar..tolonglah KPM selesaikan lah masalah kami ni..

  19. Rose says

    tu la saya pun sama ada 3 tahun pengalaman mengajar…tapi tak dapat sambung kontrak tahun ni…tanya ppd katanya waran dapat sikit je tahun ni.tak taw bagaimana diaorg pilih….

  20. says

    emm..apapun, kita tunggu dan lihat minggu depan. Ada waran untuk gstt ni atau tidak. Biasanya ada setiap tahun sebab cikgu memang tak cukup setiap tahun.

  21. Rhea says

    mmmmm…sdih r nk ingat pasal gstt ni..xtaula nk ckp pe..juz mampu berdoa je supaya smua gstt dpt pluang jd guru tetap..kpd bekas2 gstt, smtara nk tunggu pkembgn psl gstt ni try2 la pohon keja-keja len lg..insylh dpt keja yang lg ok.aminnnnn

  22. guru kontrak says

    mmmmmm…..korg ade la jgk dijanjikan untuk diserap ke jawatan tetap…mcm saya ni n kawan2 yang dilabelkan sebagai guru kontrak pakej ransangan ekonomi lagi la rasa tersisih. Sampai ke arini, xde pape berita tentang kontrak akan disambung atau pun tidak….hampir beribu2 guru siswazah kontrak skang yang menganggur….apa cite?sedihnye……huhuhuhuh……..

  23. CIKGU UPSI says

    ASALAMUALAIKUM….
    saya tidak bersetuju dengan cadangan atau ura-ura yang ingin menyerapkan PUAK@ ni mndapat jawatan tetap…
    KAMI YANG BELAJAR 4 TAHUN DI UPSI PULA BAGAIMANA>>>???
    4 tahun menuntut ilmu untuk mendapatkn ijazah pendidikan…
    mana hak kami selepas ini???beribu bakal2 guru dilahirkan di UPSI, mana hak mereka selepas tamat pengajian…???
    ,malulah siskit…hak mereka(UPSI) diperjuangkan oleh PUAK GSTT yg mngatakan itulah hak mereka….

    pesan saya……jgn kerana xda kerja sgt….duk berebut2 nk jd cikgu….padahal pada awalllnya…tarak langsung minat!!!!HIPOKRIT!!!!!!!!

    • alam says

      sapa yang hipokrik sekarang ni?? puak??oh lupe tak habis belajar lagi…jadi nasihat saya belajar biar habis dulu k jangan nak menghina orang je. sedar tak kamu tu belajar tak habis lagi nak mengajar orang plak….kerajaan dah buat penyelidikan sebelum bercakap tak macam setengah orang. Bercakap tanpa menyelidik dulu. Hak kamu pasti ada. Tak ada orang nak merampas hak orang lain cuma rezeki itu di tangan ALLAh. Dia akan bagi kepada sesiapa yang dia kehendaki. Jangan nak menuduh membabi buta k…nasihat saya jangan terlalu berbangga dengan apa yang kita ada dan jangan terlalu menghina orang. Sebab bila ramai yang tersentuh dan sakit hati pasti suatu hari nanti ia terpalit pada diri sendiri. Dan kepada kerajaan untuk menyerapkan kami walaupun SEGELINTIR Allah saja yang membalas budi baik anda. Terima kasih. semoga Allah merahmati kamu.

    • Faizal says

      diulangi dan terus diulangi bg mereka yg mungkin tidak sedar ataupon tidak sedar diri..(tarak hipokrit punyo)

      Mano2 graduan dr UPSI atau Universiti2 lain yg mengambil Bachelor Education yg terikat dengan KPM pasti @ wajib dapat posting n jadi cikgu totap..

      Hanyo mereko yg mengambil Bachelor Ed. (OPEN MARKET) sahajo yg tidak automatic dapek posting n jadi cikgu totap.. Kebiasoannyo pihak U akan maklumkan seperti berikut dalam iklan permohonan melanjutkan pelajaran.

      Bachelor Ed..(OPEN MARKET) : Untuk pasaran terbuka dan tidak terikat dengan KPM..

      jadi kalau En @ Cik Cikgu UPSI bukan dalam kategori open market, tak perlu risau.. anda pasti dapek tompek..dan yg pasti bilo anda dan kawan2 graduate, akan adolah GSTT yg terminate..cam den..

      takdo makno kami GSTT diberi keutamaan. dalam surat tawaran den sbg GSTT tuk taun 2010 pon ado tulis:

      1) Kontrak ditawarkan dari sebulan ke sebulan dan akan tamat pada 31 Disember
      atau ditamatkan pada bila bila masa sekiranya perkhidmatan tidak diperlukan.

      2) Kontrak ditamatkan apabila jawatan tersebut diisi secara hakiki.

      yg no 2 tu maksud eh bilo ado cikgu yg baru graduate masuk… dan inilah yg berlaku terhadap den ngan kengkwn gstt kat skolah lamo den… 12 org gstt diterminate on the spot apobilo 10 orang cikgu baru yg baru graduate dan terikat ngan kpm (bkn open market aaa…) dtg posting…

      jadi Cikgu UPSI ni dr kategori mano???
      open market kah atau terikat ngan kpm???
      kalau ngan kpm bawak2 la bertonang..jawatan anda tidak tergugat dengan kehadiran GSTT tp jawatan GSTT la yg tergugat bilo anda datang…

      open market????
      kalau kategori ini anda kena lah memohon di Jabatan Pelajaran Negeri di negeri kesukaan anda untuk memohon jawatan guru kerana anda tidak terikat ngan kpm… sebenarnya kursus open market adalah untuk berkhidmat di sekolah2 swasta, kolej persendirian atau lain2.

      Jadi relaks la guru UPSI… apo nak takut… tgu la bilo anda jadi cikgu nnt dan dapat pulak mengajar anak murid yg degil dan x nk blaja…Lg satu sapo cakap kojo GSTT lg kurang dr Cikgu Totap… Lobih lg ado la…………………

      (•_•) (•_•)(•_•) peace!!!!

  24. CIKGU UPSI says

    pelik dgn sikap kerajaan yang membuat keputusan sedemikian…maksudnya ilmu keguruan 4/5 tahun di kampus sebenarnya tidak menjadi keutamaan untk seseorang itu menjadi guru..hanya perlu apply GSTT & perform dgn baik dlm 1 tempoh masa..kemudian terus diserap

    barangkali inilah salah satu punca mengapa martabat institusi pendidikan guru semakin tidak menyinar tidak seperti dahulu……malah usaha ke arah memperkasakan guru yang mengajar benar2 pakar dalam sesuatu bidang semakin sukar dilaksanakan…….sampai bila guru yang benar2 berkebolehan dapat dilihat pada masa hadap?…..ranking universiti pun sudah memadai untuk dilihat sejauhmana masyarakat melihat intitusi pendidikan guru diangkat martabatnya……barangkali pada masa hadapan semua orang boleh mendidik tanpa memasuki institusi pendidikan guru di malaysia….barangkali juga institusi ini akan ditutup 1 hari nanti sebab x diperlukan lagi……

    MALULAH SIKIT GSTT……..sambung belajar ambik pendidikan balikla 4 tahun!!!

    • maya says

      kesian ek…xpelah awak mungkin baru nak habis blaja kt UPSI ek takut xbleh posting ke??maaf kami GSTT tak amik hak kamu..yang pasti kamu pasti diberi posting yang pasti tunggu aje.Tak ade pengalaman dalam alam pekerjaan jangan nak mengkritik..kalau la kamu di pihak kami taulah langit tu tinggi atau rendah..kami makan garam dulu dari kamu..nampak sangat KETIDAKMATANGAN anda dalam berbahasa…ermmm ni pelajar yang ambik ilmu pendidikan??begini caranya kamu belajar mendidik??? :p just see what u say…think +ve ok

      • Faizal says

        diulangi dan terus diulangi bg mereka yg mungkin tidak sedar ataupon tidak sedar diri..[sapo2 yg MALU x buleh jadi Cikgu, jadi GSTT mmg x tau malu (cam den la, kalau x nnt budak skolah pijak kepalo…hahahaha) tp GSTT lain x tau la]

        Mana2 graduan dr UPSI atau Universiti2 lain yg mengambil Bachelor Education yg terikat dengan KPM pasti @ wajib dapat posting n jadi cikgu totap..

        Hanyo mereko yg mengambil Bachelor Ed. (OPEN MARKET) sahajo yg tidak automatic dapek posting n jadi cikgu totap.. Kebiasoannyo pihak U akan maklumkan seperti berikut dalam iklan permohonan melanjutkan pelajaran.

        Bachelor Ed..(OPEN MARKET) : Untuk pasaran terbuka dan tidak terikat dengan KPM..

        jadi kalau En @ Cik Cikgu UPSI bukan dalam kategori open market, tak perlu risau.. anda pasti dapek tompek..dan yg pasti bilo anda dan kawan2 graduate, akan adolah GSTT yg terminate..cam den..

        takdo makno kami GSTT diberi keutamaan. dalam surat tawaran den sbg GSTT tuk taun 2010 pon ado tulis:

        1) Kontrak ditawarkan dari sebulan ke sebulan dan akan tamat pada 31 Disember
        atau ditamatkan pada bila bila masa sekiranya perkhidmatan tidak diperlukan.

        2) Kontrak ditamatkan apabila jawatan tersebut diisi secara hakiki.

        yg no 2 tu maksud eh bilo ado cikgu yg baru graduate masuk… dan inilah yg berlaku terhadap den ngan kengkwn gstt kat skolah lamo den… 12 org gstt diterminate on the spot apobilo 10 orang cikgu baru yg baru graduate dan terikat ngan kpm (bkn open market aaa…) dtg posting…

        jadi Cikgu UPSI ni dr kategori mano???
        open market kah atau terikat ngan kpm???
        kalau ngan kpm bawak2 la bertonang..jawatan anda tidak tergugat dengan kehadiran GSTT tp jawatan GSTT la yg tergugat bilo anda datang…

        open market????
        kalau kategori ini anda kena lah memohon di Jabatan Pelajaran Negeri di negeri kesukaan anda untuk memohon jawatan guru kerana anda tidak terikat ngan kpm… sebenarnya kursus open market adalah untuk berkhidmat di sekolah2 swasta, kolej persendirian atau lain2.

        Jadi relaks la guru UPSI… apo nak takut… tgu la bilo anda jadi cikgu nnt dan dapat pulak mengajar anak murid yg degil dan x nk blaja…(seronak woo layan budak2 camni..hilang tension.. skung ngangor jd tension la sket…haha) Lg satu sapo cakap kojo GSTT lg kurang dr Cikgu Totap… Lobih lg ado la…………………proven…

        (•_•) (•_•)(•_•) peace!!!!

  25. kelapa sawit says

    sepatutnya peluang utk GSTT dan lepasan upsi perlu disama adil..sy berpendapat… proses pembelajaran 4 tahun adalah lebih bagus dari hanya 1 tahun..nk jd cikgu bukan mudah kwn2….

    • Faizal says

      baco lak komen2 terdahulu eden, FAIZAL..

      Anda mungkin keliru.. Yg dimaksudkan belajar 1 tahun tu bkn gstt tp bg mereka2 yg telah terpilih mengikuti KURSUS PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH (KPLI).. Jd diorang ado ijazah dan tambah lg sijil perguruan melalui kpli..
      jadik dr kiro2 matematik (maklumlah bekas gstt subjek math..hahaha)

      Degree (at least 3 to 5 years) + KPLI ( 1 year ) = equal or more than 4 years
      Lamo blaja gak tu sedaro….

      apo2 pon:

      1) Graduate Upsi (kpm) —–|> dah tontu2 dapek jadik cikgu totap

      2) Graduate Upsi (open market) —-|> kono mohon kat JPN kat negeri masing2 kalau x mmg xditawarkan ke sekolah kerajaan

      3) GSTT —-|> waran kono ado, walaupun kekurangan guru meruncing sekali manapon, tanpa waran maka xdo lah tawaran GSTT. waran adolah duit gaji GSTT.

      Lg pon untuk jadi gstt kono ado diploma atau ijazah dulu.. Cam den gstt, blja degree 4 taun jugak…

  26. epi neo says

    untuk melahirkan seorang guru..kita perlu tahu cara nk jd guru yg baik….. sebab 2 wujudnya universiti pendidikan… ingtlah semua..kite bukan nak melahirkan robot….kita nak lahirkan insan… kita x mengejar berbelas-belas a..kita mengejar apa yg mndukungi murid2….. spritual adalah lebih penting

    • satria TAS hitam says

      GSTT..dan lepasan ijazah perlu fair…..sy berpendapat lepasan ijazah adalah lebih bagus berbanding GSTT..hal ini demikian kerna mereka lebih tahu selok belok dlm ilmu pendidik.bkn nk mengecilkan GSTT..tp 2 adalah pendapat sahaja

  27. suri gstt says

    suri juga ada membaca komen guru yang bakal dipanggil untuk penempatan (posting) dalam akhbar arus perdana. beberapa ayat yang ditulis nampak kurang enak diterima oleh golongan gstt. suri juga merasakan sembilunya.

    sekadar berkongsi pengalaman… suri dianugerahi ijazah sarjana muda pada tahun 2002. kemudiannya bekerja dengan sebuah syarikat swasta selama 2 tahun. dua tahun kemudiannya suri tidak bekerja kerana menjaga anak yang dilahirkan dengan masalah jantung kongenital.

    bermula tahun 2006, suri mula mencari pekerjaan selepas lama berada di rumah kerana menjaga anak yang sakit tadi. dan pada april 2007, suri diterima sebagai salah seorang ahli kgsk. pada tahun 2007 sahaja, suri berkelana ke 5 buah sekolah, bekerja sebagai guru ganti di samping menyudahkan kerja-kerja perguruan dan perkeranian yang perlu diselesaikan.

    pada tahun 2008, suri diberi tawaran sebagai gstt di sebuah sekolah. debaran akan datang setiap bulan disember menjelang tamatnya kontrak bagi tahun tersebut. syukur, kontrak disambung lagi di sekolah yang sama sehingga disember 2010. dan pada tahun 2011 ini, suri masih lagi seorang gstt, tetapi di sekolah yang lain, masih dalam daerah yang sama.

    mengimbas kembali detik awal dianugerahi ijazah sehingga oktober 2010, suri kira tidak kurang daripada 7 kali telah memohon sama ada kpli mahupun dpli. jadi tidak timbul isu seperti yang pernah diutarakan guru menunggu penempatan bahawa “gstt hanya perlu menjadi gstt dan mengikuti kdc untuk menjadi guru tetap. sedangkan yang lainnya perlu beratur mambeli nombor pin di bank, mengisi borang atas talian, menduduki peperiksaan, ditemuduga dan lainnya”.

    kepada rakan-rakan guru yang sedang menanti penempatan oleh kpm, harap akan lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan. apabila kita merasakan diri kita susah, sebenarnya ramai lagi yang jauh menderitai kesusahan yang lebih mendalam berbanding yang kita lalui.

    tidak juga suri nafikan, beberapa pengalaman suri sewaktu menjadi gstt. guru yang menjadi guru dengan laluan kerjaya yang mudah dan terancang (spm/stpm/matrikulasi –> maktab / universiti pendidikan –> guru terlatih), segelintirnya terlalu selesa dengan gaji pertama mereka yang berjumlah rm2300 +/-, dan mendapatkan pergerakan gaji saban tahun. ada yang bekerja secara lewa dan berbahasa seadanya sehingga mengguris hati guru-guru yang lain, sama ada gstt atau guru senior. sedangkan secara peribadinya, gstt umumnya mencuba sedaya upaya melaksanakan tugas di tahap terbaik dan bergaul dengan rakan sejawat juga dengan baik. adik-adik guru tetap yang lainnya, ada yang tidak menyudahkan buku rekod sehingga berminggu lamanya. apabila tiba hujung tahun, barulah bersusah-payah berkejang urat jari menulis buku rekod seadanya. mungkin selesa telah bekerja dengan kerajaan, mana mungkin akan dibuang kerja.

    oleh itu, rakan-rakan, sama-samalah kita beriktibar. bukan kerana suri seorang gstt atau apa juga. selayaknya bagi kita semua yang telah menggenggam ijazah / diploma. apabila memberikan pandangan dan komen tentang sesuatu isu, cuba letakkan diri kita dalam situasi tersebut lebih dahulu. selami dan fahami apa yang berlaku. walaupun b eremosi, kawallah diri.aturlah bait bicara. agar kita tidak diperbodoh oleh kata-kata kita sendiri. jangan pula nanti kita nampak bodoh dek kebodohan kecil yang mungkin tidak disengajakan.

    harap maaf, suri sekadar ingin berkongsi.

  28. nUr says

    betul ckp kak suri….kita di kalangan pendidik x perlu bergaduh sesama sendiri…xkira gstt @ ISMP…..rezeki kita Allah dah tetapkan…insyaAllah…sama2 kita laksanakan tanggungjawab kita sgn sebaiknya…..

  29. julia says

    cikgu UPSI…maaf ye saya nak beritahu, ada seorang guru UPSI yg tak tau nak selesaikan masalah matematik ting 1.Bukan nak menghina…cuma…fikir la sendiri..tersentap gak bila dia tanya saya mcm mana nak buat.risau sbb terpaksa ajar yg bukan bidang dia.alasan sebab kurang mahir bahasa inggeris.hua2..nombor tu dalam bahasa inggeris ker??.HAI..4/5 tahun kat UPSI tak khatam BI ker?.kekuatan gstt ialah boleh mengajar apa saja subjek yg diminta..walau bukan bidang kami..jd kualiti adalah lebih penting ok…

    MALULAH SIKIT UPSI…sambung belajar ambik pendidikan 10 tahun la lagi…

    • Faizal says

      topat skali… den pon gstt yg dengan jayo nya telah diterminate dengan kedatangan bakal2 guru cemerlang dr universiti pendidikan terkemuka UPSI.

      sedikit nak share pengalaman dulu2:

      1)adolah standard atau kebiasoan guru2 GSTT dapek mato pelajaran yg bukan dimohon. Tondang sano tondang sini.. standard..

      2)GSTT diberi keutamaan atau mmg pon akan mengajar kelas hujung atau kelas bermasalah..natijahnye…bilo grade atau percentage result LULUS drop mako cikgu2 totap akan menuding jari ko gstt seolah2 menggangap GSTT tak tau mengajar..(kono kek den ngan kengkwn gstt, dengan slumbernyo seorg guru mate cemerlang menyalahkan gstt apobilo percentage subjek math drop…padahal bilo den tanyo anak murid si cikgu cemerlang ni kelas diorang la yg banyak fail math…berlaku maso mesyuarat mingguan)

      3) setiap kali cuti hujung taun GSTT akan jadi tukang penyiap kerja2 cikgu totap atau cikgu upsi ni..in terms of human resource jobs…kemas skolah, kemaskini maklumat pelajar ngan mcm2 lg la. Cikgu totap apo buat..sedang lena bercuti….

      Bukan niat nak menghantam cikgu totap atau bakal2 cikgu totap a.k.a cikgu upsi tp inilah realiti yg berlaku…

      tapi tak semua jugak cikgu totap sombong dan berlagak..hanya segelintir sahajo..jadi berlaku adil la yo…bakal2 cikgu upsi…kalau2 xdapt ngajar subjek major kena la flexible… bkn hantam sajo.. ingat lah matlamat ngan harapan mak ayah budak2 skolah yg kito ajar… degil cemano skali pon kito mesti hadapi..dan ikhlas ngajar. GSTT ko cikgu totap ko masuk gak kubur kan…

  30. mnaf says

    hehehe..kalakarkan..pernah gak berbual ngan sorang guru tetap ni…wakaka..BI hancur…aku setuju kalau nak jadi guru intvw dulu..dalam BI dan pointer seorang guru perlu 3.2 ke atas bagi memastikan guru yg benar2 kualiti..walau terdidik sbg guru tp tak ada kualiti tak guna juga…nenek aku pun bleh belajar 4/5 tahun..aku tak jd gstt lg..buka bisnes sendiri..takut gak guru2 tak dapat tempat gara2 aku…wakaka…tp aku dah nampak lah knp anak buah aku skrg ni bljar cincai jeq.cigu bz jual baju,tudung,kuih.ada yg cuti tanpa gaji gara2 nak buat Hi-o. n jualan langsg lain..siap promote kat aku.kononya aku kerja tak tetap bagus masuk bisnes tu..yg best ada NKRA pun tak tau..katanya…”alah,byk benda lain lg nak ingat”…so jgn nak kritik gstt lebh2 k…kalangan mereka itu ada yg lebh berkualiti dr anda..kalau anda juga BERKUALITI tak perlu takut tak dapat tempat krn pasti sekolah2 dahagakan guru seperti anda…ini belum apa2 dah takut…mana semangat juang anda!!GURU KONON…

  31. suri gstt says

    suri pohonkemaafan andai komen suri sebelumnya tampak seperti membuka ruang yang kurang enak. seperti yang suri nyatakan terdahulu, sekadar berkongsi pandangan, pendapat dan secebis pengalaman.

  32. fai says

    mmg baik rncngn trsbut nmun knapa msh lg tmbul mslh kkrngan gru d mlysia?hal ini krna msh lg rmai lpasan ijzah pnddikn yg tdk dpt tmpt untk dpostingkn..kn lbh baik jika krjaan brikn jwtn gru kpd pmegang ijzh pnddikn kpd mrka2 yg lbh brklykn..

  33. fai says

    sbnrny bkn golongn kpli ka dpli ka @ ijzh pnddkn tk stuju dgn tndkn krjn e2 cma mrka trkilan dgn tndkn KPM yg tdk mngmbil kira pnmptan golongn2 ini..mst kmu jg trklan atau mrh apbila bljr hmpas pulas 3-4 thun nmun tdk dambil pdli olh kmtrian…apbila kita tlh mngikuti suma tpisan2 yg dlkukn olh KPM tp bla suda hbs blajar tda dpt krja pla..tk kn nk jd gsst dlu kot bru d lntik jd gru trlth pada hal da bljar 3-4 thun utk jd gru trlth..kita kna dpli,kpli,izh pnddkn mmegang ijzh yg khas utk mjd gru….

  34. Hayat says

    Jgn risau kpd guru2 upsi dn guru gstt…
    smua tu t’pulang dgn rezeki msing2…
    xda beza nya guru betul dn guru gstt…
    smua sm,matlamat penting ada la mendidik…
    spjg sy bkerja sbgai guru…
    khadiran guru gstt byk mbantu guru betul…
    terima kasi…=)

  35. DPLI UPSI says

    Saya terpanggil membalas kenyataan CIKGU UPSI yg saya pasti merupakan pelajar ISMP UPSI.. sebelum meluahkan perasaan, elok cikgu fikir nama siapa yg cikgu gunakan untuk membidas GSTT.. tolong jgn malukan UPSI dengan kenyataan yg berbaur iri hati.. sentiasa ingat rezeki Allah yg tentukan.. mcm saya, saya merupakan salah seorang pendidik yang lahir daripada program DPLI UPSI.. dan untuk pengetahuan cikgu, saya pernah memohon untuk mengikuti pengajian ISMP (Ijazah Sarjana Muda Pendidikan) tetapi gagal.. mcm saya kata tadi, rezeki Allah yg tetapkan.. alhamdulillah, walaupun gagal mengikuti pengajian ISMP, sy masih berpeluang mengikuti pengajian ijazah sarjana muda (bukan pendidikan).. namun, krn minat yg mendalam terhadap pendidikan, sy tanam azam untuk memohon KPLI (waktu tu x de DPLI).. slepas bergraduat, sy terus mmohon KPLI dan DPLI berkali2, tp rezeki sy masih belum ada, saya gagal.. namun atas kehendak Allah, sy diterima sbg GSTT (wpun pd mulanya sy hanya ingin mmohon sbg guru ganti).. selama hampir 3 tahun mnjadi GSTT & selama itulah saya mmohon KPLI&DPLI namun gagal.. namun, rezeki Allah, setelah memohon KPLI dan DPLI berkali2 dan x henti2 berdoa, pertama kalinya sy dipanggil utk tmuduga DPLI dan alhamdulilah lulus.. jadi, buat pelajar ISMP, ingatlah bukan semua org bertuah seperti anda, berpeluang mencapai impian hanya dengan satu permohonan, jadi bersyukur dengan rezeki yg ada dan jgn sekali2 iri hati, takbur atau menyekat rezeki org lain.. dan bagi ISMP yg masih belum ke sekolah, tlg ingat apa yg diajar x sama dengan apa yg anda akan hadapi di sekolah.. saya pernah menjadi GSTT, saya pernah menjadi pelajar pendidikan, dan saya juga seorang pendidik.. selebihnya, hanya Allah yg tahu… semoga kita semua menjadi seorang pendidik yg mendidik hanya kerana Allah, x kirala siapa kita dan sampai mana tahap pendidikan kita kerana ilmu itu kepunyaanNya..

    • AKU says

      Sy suke dengan keazaman awk.. yela.. rezeki ada dimana sahja selagi kite berusaha… kenyataan CIKGU UPSI tu.. kan dah belajar etika perguruan… kite berdoa lah semoga rezeki kita akan ada nanti.. teruskan pelajaran sehingga memperolhi kputusan yg cemerlang dan menjadi seorg guru terlatih satu hari nanti…

  36. mama yokies says

    Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, Teras kelima: Memartabatkan Profesion Perguruan. m/s 110 PIPP:
    – Mensifarkan GSTT

    • Faizal says

      ooh begitu rupanya DPLI UPSI..
      ingatkan nak ditamatkan terus perkhidmatan GSTT ni..
      mmg bagus la kalau GSTT yg berkelayakan dan berkebolehan diserap..

  37. AKU says

    semua tu rezeki masing-masing.. xkire GST mahupun GSTT.. cume mungkin terdapat sdikit ketidakadilan.. ye la.. bg ISMP, DPLI,KPLI memerlukan ujian insak dan temuduga untuk mnjadi seorang GST… Sekiranya GSTT berkelayakan untuk menjadi seorang guru, mengapa dengan pengalaman 3,4 tahun pun tapi bile apply DPLI, KPLI masih lagi xberjaya.. peluang telah diberikan kepada GSTT tuk jadi GST dengan adanya KPLI, DPLI… GSTT sering dikaitkan dengan kabel besar yg digunakan tuk jd guru.. Sekiranya dilakukan ujian insak dan temuduga tuk pemilihan GSTT diserap, mungkin pemilihan yg terbaik dapat dilakukan. Bukan ape, xsemua guru GSTT yg berkelayakan.. jika dilihat dr segi pemilihan Ijazah dan PNGK mereka…
    Apa pun, pemilihan GSTT mungkin untuk memenuhi keperluan guru yg tidak mencukupi bagi meningkatkan tahap pendidikan yang berkualiti dan berkemampuan. Dari dibiarkan kosong, pendidikan pelajar pun terabai nanti… Sama-sama la kita mendidik pelajar dengan penuh bertanggungjawab apabila menjadi seorang guru GST nanti…

  38. DPLI UPSI says

    Faizal, tp tu ura2 je, rasanya agak sukar sebab pelajar yg ada sekarang pun ada yg belum posting… tp rasanya GSTT dah cukup bersyukur kalau kontrak dapat disambung.. lagipun, GSTT bukannya mengambil terus tempat pelajar2 pendidikan, mereka hanya membantu mengisi kekosongan SEMENTARA sebelum pelajar2 pendidikan posting, so sepatutnya isu ini tidak diperdebatkan.. malah para guru dan bakal pendidik patutnya bersyukur sebab sementara kekosongan itu terisi, ada pihak yg sudi membantu.. sekurangnya, pelajar2 di sekolah tak terabai, dan sudah semestinya ia meringankan beban guru di sekolah.. jadi, kalau kontrak GSTT disambung, mmg banyak manfaat dan langsung tidak merugikan mana2 pihak.. mungkin yg membantah tu kurang arif dengan maksud dan bidang tugas GSTT.. wallahualam..

  39. deni says

    jutaan terima kasih buat insan pendidik berhati mulia bernama DPLI UPSI krn bagaikan mempertahankan gstt dgn membalas kenyataan seolah2 penghinaan drpd seorang hamba Allah ini..rasa pedih hati ngan komen2 pedas serta seakan2 menghina kami golongan gstt seperti CIKGU UPSI..begini ke sikap seorang pendidik yg dibangga2kan ngan dirinya?nak tergelak pun ada jugak..kesian yek, mungkin dia rasa tergugat..tak perlulah nak bimbang kalau awak btl2 faham ngan situasi sebenar seperti dinyatakan saudara faizal..

    ok gstt, don gv up..kita doakan bersama..insyaallah ada rezeki kita nnt..amin..

  40. Kak Chik says

    Harap-harap kerajaaan tunaikan apa yang dikata….kepada DPLI UPSI jutaan terima kasih diucapkan kerana memahami nasib kami yang menumpang kasih di dunia pendidikan. kepada CIKGU UPSI, marilah kita bekerjasama dalam mendidik anak bangsa yang dahagakan ilmu pengetahuan…

  41. Faizal says

    Pilihan raya dah tamat, BN dah pon monang. Amacam dengan janji 13000 GSTT yg disambung kontrak?? Aritu cakap “bersedialah untuk menerima tempat dimana2 sekolah di seluruh Malaysia DALAM JANGKA MASA TERDEKAT” (3 march 2011). Dah lobih seminggu dah. Tanyo kek JPN xdo lg arahan dr kementerian.. Cemano ni?? Ko ni janji pilihanrayo jo ni??? Cemano la TPM ni?? Buktikan la cakap anda tu..Jangan buek janji manis jo..

  42. AKU says

    bersabarlah.. rezeki xkemana.. kami GST pn duk tggu posting ni.. makan masa yg lama jugak… InsyaAllah.. biar lambat.. janji apa yg dijanjikan akan ditunaikan…

  43. ku_mas says

    salam 1Malaysia….syukur yang amat terhingga pada hari sabtu lepas ….selepas larian 1Murid,1Sukan, 1Malaysia….saya mendapat panggilan dari Unit Menengah Melaka bagi mengisi borang online maklumat GSTT yang mungkin diserap pada bulan November 2011 melalui KDC….saya dan 2 rakan GSTT dari sekolah yang sama amat bersyukur..selepas menghabiskan larian 1.5km…kami dikejutkan dengan panggilan unit menengah….JPM…dan arahan dari Bahagian Pendidikan Guru bagi menyerap GSTT menjadi guru tetap….
    Tapi saya masih tidak meletakkan harapan yang tinggi kerana umur saya pun dah 34tahun ni….dan kalau dapat KDC perlu menghadiri kursus selama 18bulan…dah tentu tahun depan naik setangga lagi umurku…dan sebab itulah saya tak meletakkan harapan yang tinggi….kalau ada jodoh….insyaallah tak ke mana…..ada kawan2 guru….memuji..katanya..kalau saya ini guru tetap insyaallah boleh menjadi guru cemerlang satu hari nanti….tapi kalau saya tak terpilih…insyaallah saya masih boleh meneruskan pengajaran saya di tusyen2 sekolah….dan pusat2 tusyen….mungkin…tiada gaji tetap…tapi…semangat untuk membantu murid2 berjaya…dan mempunyai tekad dan azam….untuk berjaya dalam hidup….insyaallah…pasti ada jalannya…..

  44. masih gstt says

    salam semua….
    kepada cikgu upsi….. kaji dulu klu nk cakap pasal hak…. jgn risau pasal kedudukan anda kalau result anda gempak… mungkin lepasan upsi yang tak dapat posting tu sbb result diaorg tak excellent….. jd tanya dulu diri sendiri… klu belajar kat upsi, tapi asyik kantoii and repeat aje… macam mana nk memperkasakan guru nk dilaksanakan —-> malah usaha ke arah memperkasakan guru yang mengajar benar2 pakar dalam sesuatu bidang semakin sukar dilaksanakan (rujuk posting cikgu upsi di atas)
    yg utama… jgn kita menolak bahawa allah yg tentukan rezeki… kalau bukan rezeki, dalam mulut lagikan terkeluar… kalau dah rezeki, walaupun ada di tangan orang lain, pasti akan sampai kepada kita.
    kpd cikgu upsi…. pastinya rezeki ini allah dah tentukan buat golongan gstt… allah gerakkan hati tpm dan semua yg ada di bawah beliau…
    teringat cite seniman bujang lapok… “dia punya rezeki.. dia makan.. awak punya rezeki awak makan.. apa.. salah ke makan sama2?”

  45. GSTT says

    jgnlah berdengki. kalau anak awak seorang gstt pasti awak tergedik2 happy jugak kan? jgn ckp lebih . dunia ni bisa duduk di atas , dan di bawah. tiba masa kita pulak nanti. ingat gstt tak blaja? walaupun xde degree edu, tp kami pun blaja smp degree. dan sbg gstt , dah banyak sekolah dah merantau, dan banyak pahit maung dirasai. bukan zero la. lgpun, ada ikhtisas atau tidak itu bukan penentunya. yang penting, komitmen dan naluri guru dan mendidik tu ada. benda boleh belaja. yang aku tgk kat tv, cikgu cabul budak sekolah tu, cer tanya ade ikhtisas x? :)

    syukur wei, dont be so jelly :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>