Sebelum ni saya ada tulis entri berkenaan Temuduga Terbuka KPLSPM. Temuduga tu telahpun selesai dilaksanakan pada 24 mei yang lepas. Apa yang mengejutkan, di daerah Pitas jumlah yang tersenarai atau yang sepatutnya layak temu duga hanya 27 orang, tetapi saya difahamkan yang hadir pada sesi temuduga tersebut lebih daripada 400 orang! Kebayakan daripada calon yang hadir adalah perempuan. Apapun, temu duga tu telahpun selesai dan saya tidak ingin mengulas panjang lebar mengenainya. Saya cuma ingin membuat sedikit rumusan daripada pemerhatian saya semasa temu duga tu.
Apa yang saya dapati kebanyakan mereka hadir dalam sesi temu duga itu adalah kerana mereka benar-benar serius dan berusaha untuk mendapatkan pekerjaan. Sebabnya zaman sekarang ni memang susah nak dapatkan pekerjaan tetap. Sebab itulah ada calon yang sepatutnya tidak layak (melebihi umur yang ditetapkan atau keputusan tidak menepati syarat) tetapi masih sanggup berbaris panjang semata-mata mahu “mencuba nasib”.
Namun apa yang agak mengecewakan ada segelintir daripada kita yang tidak menghargai apa yang kita miliki sekarang ni. Sudah dapat pekerjaan tetap tetapi disia-siakan. Entahlah apa penyebabnya, tapi saya rasa bukan sebab tiada minat dengan perkerjaan tu tapi mungkin sebab tiada kesedaran betapa pentingnya pekerjaan dan tiada sasaran/matlamat jangka panjang.
Saya ambil dua contoh individu yang ada kesedaran dan ada sasaran jangka panjang. Baru-baru ni saya sempat berbual dengan seseorang rakan. Dia ceritakan bagaimana seorang artis terkenal (bekas juara sebuah rancangan realiti tv) yang ada suara dan boleh cari makan dengan menyanyi memohon kerja di tempat rakan saya tu. Menurut artis tu dia perlu mencari pekerjaan tetap. Tak kisah apapun yang penting boleh kumpul duit dan dapat imbuhan pencen. Sebab kalau dia hanya berharap pada bakat nyanyiannya, tak tahu sampai bila dia mampu bertahan. Dan atas usaha dan semangat tinggi artis tu saya difahamkan yang dia telah diterima sebagai pekerja tetap di tempat rakan saya tu.
Cerita kedua. Ada seorang yang punya pekerjaan tetap. Beliau seorang yang berbakat dalam bidang penulisan lagu dan drama. Dengar cerita tidak lama lagi bakal bergelar penyampai radio pula. Tapi dalam masa yang sama beliau masih lagi menjalankan tugas tetapnya. Maknanya bakat dan minat beliau tidak menghalangnya untuk menjalankan kerja utama yang patut dilakukan. Dua-dua individu inilah yang pada saya ada kesedaran dan ada sasaran jangka panjang.
Jadi bagaimana pula dengan kita yang sudah bekerja ni? Adakah kita serius dengan kerja sekarang ni. Adakah kita punya sasaran atau matlamat jangka panjang. Adakah kita menghargai pekerjaan kita sekarang ni? Atau kita lakukan secara berlawanan atau yang sebaliknya dengan kedua-dua individu yang saya sebutkan tu? Kerana minat dan bakat kita sanggup tinggalkan kerja tetap! Humm.. tepuk dada, tanyalah pada apa yang patut!
p/s: gambar di atas sengaja dikaburkan untuk merahsiakan identiti..





{ 24 comments… read them below or add one }
bila dah sah jawatan tetap dan berpencen ni rasa sayang la pulak nak tukar karier hehehehe
.-= etomyam´s last blog ..Otak-otak: Peluang Perniagaan Yang Menarik =-.
betul tu..
sayapun tak mau dah tukar karier lagi.. kalau nak tambah tu bolehlah.. yg penting tak ganggu tugas utama..
saya sayang kerjaya sbagai seorg guru. W/pun dahulu ia bukan cita-cita saya ttp skrg terlalu ramai org yg memohonnya
.-= Shameel iskandar´s last blog ..seketika di MEDAN =-.
samalah juga, akupun dulu tak minat sgt dgn kerja skrg ni.. tapi apabila dah kerja, minat tu timbul secara perlahan-lahan..
dah sampai masa nanti,adakah aku akan bekerja tetap atau x??eemm..cuma masa shaja yg menentukan,..
.-= apiih´s last blog ..~Apiih~ Chat Blog =-.
tak kisah sebenarnya kita kerja tetap atau sementara, janji kenalah serius pada pekerjaan kita..
elok cari la kerja tetap kan..
kalau kerja setakat lebih kurang kontrak, susah gak..
sekarang ni dalam dilema nak sambung blaja or keje, sebab dah ada dah org nak offer kerja tetap..
.-= Mr.Z´s last blog ..Tips Menghantar Komputer Ke Kedai Untuk Dibaiki =-.
Susah nak cari kerja sekarang nie… apepun yang penting kena dapatkan kerja dulu..gaji lain cerita…tapi kena tengok jugala..berbaloi dgn kerja..
.-= zik´s last blog ..Apple Ipad =-.
tinggi rendah gaji tu satu bonus bro.. yg penting klu kita dapat kerja kena buat sungguh-sungguh, InsyaAllah ada rezeki boleh naik gaji
aku sebenarnya hairan kena gambar blurr…
sekarang baru paham..
.-= Mus DK´s last blog ..Petua Hilangkan Bau Busuk Di Dalam Peti Sejuk =-.
semua tu yang hadir masa temuduga pengambilan KPLSPM ari tu, jadi identiti kenalah dirahsiakan..
skang susah nak dapat kerja…kalo gaji cukup untuk hidup ok la tu..huhu
.-= fitrijohari´s last blog ..Tips: Cara Nak Elak Penipuan Internet =-.
mmg susah cari kerja skrg ni, sebab tu kalau orang yg dah bekerja, kenalah jaga kerja yg ada sekarang ni..
risau plak pk sal keje ni..
taun dpan grad mtk2 snang dapat keje..
huhu
ada rezeki InsyaAllah boleh dapat juga tu.. yg penting buat sungguh-sungguh
salam
kerja dan peluang kerja
saya nak katakan 2 sebab kesukaran dalam mendapat kerja:
1. peluang kerja / jawatan baru yang berjaya diujudkan di negara kita tidak seiring dengan jumlah pencari kerja
2. langkah kerajaan melanjutkan umur bersara telah menutup peluang orang muda – saya berpendpat orang yang membuat cadangan dan menyokong serta meluluskannya, sayangkan jawatan yang sedang disandang, mungkin kerana kuasa atau kerana hutang
…hanya pendapat
.-= tehr´s last blog ..Haram Boleh Jadi Halal? =-.
yg susah dpt kerja tu satu hal.. tapi yang isunya, orang dah dapat kerja tu tak sayangkan kerjanya…
salam,wa entry yang bagus dari seorang abang,ayiebblog bila bergelar full student kadang2 rasa menyesal berhenti kerja,tapi apakan daya pasal minat sangat bidang it + nak ada wawasan pada kerja mendatang,berhenti jua akhirnya
kalau terpaksa berhenti kerja sbb sambung study tu xda masalah tu bro.. maknanya mmg ada wawasan jangka panjang tu..
bila rasa terdesak, dh tak nampak matlamat yg hendak dicapai dulu tu kot.
.-= serol´s last blog ..Pelakon IP MAN tu kawan aku. =-.
kalau yg terdesak tu tak kisah sangat.. tapi yg heran ada juga yg tak terdesak.. tapi ttp buat benda tu..
Betul tu, saat ni ramai orang ingin cari kerja.. Semakin susah rasanya boleh dapat kerja. Namun tak bolehlah patah semangat. Terus berusaha !!!
.-= jawatan kosong´s last blog ..AMD Jobs Vacancies June 2010 Bayan Lepas Penang =-.
ada kerja yg menjamin masa depan baru la senang duduk sikit. kalo jadi artis, pendapatan tak menentu kan. xde masa depan.. lain la kalo jadi artis yg ada syarikat sendiri dsb mcm dato’ siti nurhaliza.
.-= Amir´s last blog ..(Terkini) Konvoi Freedom Flotilla ke Semenanjung Gaza =-.
“saya rasa bukan sebab tiada minat dengan perkerjaan tu tapi mungkin sebab tiada kesedaran betapa pentingnya pekerjaan dan tiada sasaran/matlamat jangka panjang”
bro, saye setuju sgt ngn statement ni. Sbbnye, dulu saye ade rakan sekerja (budak fresh grad tpi dah quit)..nak kate tak minat, mase mula2 masuk kerje ok jer, tapi lame2 makin teruk perangai dan prestasinya..
dan saye jugak rase, kite kadang2 tidak bersyukur dan benar2 hargai ape yg kite ade sekarang..org lain punyelah susah nak dapat kerje, ini yg ade yg dah ade keje tetap, buat main2 bile kerje dan tak serius..
.-= hafizmd´s last blog ..5 sebab kenapa 45,000 kakitangan awam tipu sijil cuti sakit =-.