Hari Ini Dalam Kenangan
June 27th, 2009 | 4:36 pm | Diari/Memori | 2 responses
Setiap orang pasti mempunyai kenangan masing-masing. Tidak kiralah sama ada kenangan itu sebagai suatu yang paling manis dan indah atau kenangan pahit. Apabila minda kita teringat sesuatu perkara yang indah, secara tidak langsung ia akan memancarkan satu keceriaan di wajah kita. Sebaliknya jika kita terkenang sesuatu peristiwa yang menyayat hati, pastinya riak wajah kita akan menunjukkan garis-garis muram atau sedih.
Hari ini kami sekeluarga terkenang kembali peristiwa setahun lepas (mengikut kalender qamari). Pada tarikh inilah ibu yang tersayang meninggalkan kami untuk menyahut jemputan Illahi. Untuk memperingati ibu, kami sekeluarga menziarahi pusaranya dan juga menukarkan batu nesan serta meletakkan batu penanda pusara ibu. Walaupun pada masa itu wajah kami sekeluarga tetap menampakkan seyuman dan keceriaan, tetapi dalam hati hanya Allah SWT sahaja yang Maha mengetahui. Hiba rasaya hati kerana tiada daya menahan dan hanya membiarkan ibu keseorangan di sana. Namun begitu, kami semua redha dengan ketentuan Illahi. Kami juga tahu yang Dia tetap akan bersama-sama ibu di sana. Moga Allah mencucuri rahmat di atas roh Allahyarhamha Hjh. Nayah Bte Yahya, ibu kami..
Gambar bawah: Sedang menggantikan batu nesan dan juga batu pusara ibu

Gambar bawah (3-5): Selain pusara ibu, kami juga menggantikan batu pusara dan nesan kakak sulung kami yang telah kembali ke rahamtullah pada tahun 1961.


Pada waktu malamnya, seluruh isi keluarga dan sanak-saudara terdekat berkumpul di rumah ayah untuk mengadakan majlis tahlil dan membaca doa untuk arwah ibu kami… Hanya doa sahaja yang dapat kami titipkan untuk bekalan ibu di sana…Amin


















said on July 4th, 2009 at 7:16 am
sebak membaca dan masih teringat setiap 'tika' bersamanya..wajahnya..ikhlas bersama sendu kucoretkan untuk insan istimewa dalam forum ponet..dari hati ke hati..'macik pulut panggang'..hanya Dia dan dia yg tahu 'detik tika' kami..Al-Fatihah buat arwah makcik N.
…irnanis..
said on September 13th, 2009 at 1:50 pm
Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan yang beriman… amin