Salam semua. Kali ni saya nak kongsikan menu dan hidangan berbuka puasa. Tapi, ni bukanlah menu atau hidangan yang saya atau pun isteri masak sendiri. Almaklumlah, sekarang ni saya masih di Kota Kinabalu sebab pagi tadi baru selesai menduduki final exam untuk Semester Mei tahun ni (Belum habis sepenuhnya, ada dua subjek lagi nak duduk exam minggu depan).
Hidangan kami sekeluarga kali ni adalah pilihan isteri saya yang dibeli dari bazaar Ramadhan di area Kepayan. Tak tahu sangat apa nama tempat tu sebab saya tinggal di kawasan ni pun masih baru lagi. Tapi kalau lalu dari Kinabalu ke Airport, masuk kiri ikut simpang IPK Kepayan. Jalan terus hingga melepasi Taman Deluxe. Kalau tengok dari Google Earth memang nampak jelas.
Hidangan berbuka puasa pertama pilihan isteri, Nasi Kerabu. Harga RM4 sebungkus. Beli dua bungkus cukup untuk hidangan sekeluarga. Banyak juga campuran nasi kerabu ni, ikan, telur, kacang panjang dan sayur kobis. Boleh tahan pedasnya. Banyak juga peluh yang keluar masa menjamahnya tadi.
Hidangan yang kedua, Ayam Percik. Harga seketul RM5. Kira mahal juga. Mungkin sebab harga ayam mentah pun dah naik sekarang ni. Tapi memandangkan anak yang minta belikan maka kenalah juga belikan. Ayam percik ni nampak special sedikit berbanding ayam percik yang pernah saya beli di tempat lain. Rasa ayam dan sosnya pun memang enak.
Hidangan seterusnya Mee Kari pilihan isteri sendiri. RM4 sebungkus. Teringin sangat nak makan katanya. Tapi saya ada juga tumpang merasa sedikit. Kuah karinya pekat dan memang sedap. Cuma agak pedas sedikit dan confirmlah anak-anak tak dapat nak merasa.
Hidangan yang terakhir, Sambal Terung. Sebungkus sambal terung berharga RM2. Isteri beli sebungkus. Rasa sambal terung ni pun boleh tahan juga. Tak seberapa pedas. Kalau hidangan macam ni saya dan isteri saja yang makan. Anak-anak kurang minat sangat dengan sayur terung.
Untuk minuman pula, isteri beli Air Sirap Bandung. Harga sebungkus RM2. Jadi isteri saya beli 2 bungkus. Memang cukup untuk minum 5 orang sekeluarga. Air sirap bandung ni kalau diminum lepas makan pedas, memang sedap sangat-sangat.
Ada lagi hidangan lain yang istimewa sebenarnya, Bubur Lambuk. Terlalu istimewa sampai saya nak ambil gambarpun tak sempat. Anak perempuan kecil saya tu awal-awal lagi dah makan walaupun dah bagi warning tak boleh makan awal. Tapi tak kisahlah, anak kecil tu baru 3 tahun pun. Orang kata tak boleh makan mana dia paham.
Itu saja menu/hidangan kali ni. Alhamdulillah, selesai juga berbuka puasa bersama keluarga di rumah tadi. Makanan yang dibeli pun habis. Jadi kepada umat Islam di seluruh dunia, selamat mengerjakan ibadah puasa dan selamat berbuka.







{ 64 comments… read them below or add one }
nyam nyam.. nasi kerabu + ayam percik .. selamat berbuka..:D
jawatan kosong recently posted..Fosroc Jobs Walk In Interview Hilton Hotel KL Sentral
Selamat berbuka kepada semua rakan..
terliur..
wah..rasa nak jilat skrin lappy ni bah..
boleh tahan harga makan disana ye..takpe sekali sekala kan..
p/s baby yang paling kecil umur berapa?
cikmin recently posted..Nasi Goreng Planta & Ayam Bakar Mayonis
harga makanan dekat kk agak mahal sedikit banding di kampung..
Baby paling bungsu umur 8 bulan lebih. Lahir bulan Nov lepas: http://kulanzsalleh.com/menyambut-kelahiran/
muka mcm siapa? emak atau bapa
Memang rasanya mahal-mahal juga makanan tu berbanding harga pasaran biasa.
Samdaddycool recently posted..Menulis entry sambil bermain pool sementara menunggu waktu berbuka
wah..sama umur faheem la kan..kalau november..boy atau girl?untung2 boleh besan ni..hiks..
eh..baru je baca entri tu..gegirl..tembanyer dia ye..

cikmin recently posted..Ungkep Udang
nasi kerabu fevret tu..hehe.ayam percik da semalam..ari ke 2 lg..awl die amik takhta kali ni..:)
azizan4444 recently posted..Edisi Sabtu Bila Blogger Teruna Berkumpul
wah, awal lagi bro ambik hidangan ayam perci, hehe
akupun 1st time juga merasa tu time berbuka.. tu pun sebab isteri aku yang beli..
hati2 ngan pemakanan dimusim perayaan
best tu bro…ni pon beli jgk..x blk kampung susah la nk merasa mak masak sndri.hehe
azizan4444 recently posted..Edisi Sabtu Bila Blogger Teruna Berkumpul
Rasa macam nak try jak ayam percik tu…. Nyum2….
zezebel recently posted..Ikan Masin or Salted Fish
bazaar di marudu pun ada juga tu ayam percik.. boleh cari petang nanti
ayam di KM lagi sedap bah bel.. t
fuh, ayam percik tu memang menyelerakan bro…esok nak kena carik ni hehe

etomyam recently posted..Bebeh 70 Just Ain’t Enough
hehe, memang awal-awal lagi licin yang tu bro..
kat penang layan ayam percik di mamak nasi kandar
ayyo!! terliur.. mujur tgk time dh pg2 buta.. bkn time siang2 hari hahaha… tp plg best, tentunya air sirap bandung! yiha!~~~~
arieza recently posted..- Hari Ke-2 Berpuasa! -
hehehe, memang mengiurkan.. tapi masih boleh tahan lagilah tengok siang-siang
time berbuka best bro kena ayam percik ngan sambal terung tu..nampak sedap n menyelerakan..
time sahur suka kalau ada telor masin..:)
Nine recently posted..Response cached until Fri 13 @ 23:10 GMT (Refreshes in 26 Minutes)
memang sedap bro, ayam percik dan sambal terung tu..
telur masin pun pebret aku juga..
petang ni mau buat nasi kerabu ni…
bagus tu.. yang dibeli atau masak sendiri?
Salam…
Arghhhhh……
tak boleh tgk siang2 ni….
bikin air liur meleleh…
http://azilas.blogspot.com/2010/08/3-langkah-mengelakkan-keracunan-makanan.html
iza recently posted..Tips Atasi Masalah Sukar Tidur
Salam,
hehe.. jangan leleh banyak sangat, nanti batal puasa, hehe
gurau-gurau je..
berselera saya tengok hidangan ni menguji iman..buka puasa lambat lagi ni..
ini masanya iman teruji
kejap lagi nak buka dah tu
Aduhhh, dah meleleh air liur ni…tertengok plak time tengahari camni..dugaan
menguji kesabaran tu bro..
aduhaii sedapnyee dugaan betul hehheee
hari ni berbuke makan ape pula?
ray ban malaysia recently posted..Size guide
petang semalam berbuka di rumah kakak, banyak juga lauk dia sediakan
wahhh nasi kerabu dengan ayam percik tu yang sedap
Alhamdulillah, memang sedap bro
nasi kerabu…
tambah satu lagi bro… daging bakar!
mesti best punya…
tehr recently posted..Bayi Ayam Cedera Main Mercun
semuanya sedap bro..
Daging bakar memang pebret aku bro.. tapi xda jual masa tu
aduh sedapnya…ayam percik nie… huhu.. naik harga..cancel nak beli….
zik recently posted..Zik the magician code- lilin menyala sendiri
naik sikit harga ayam tu bro.. tapi agak berbaloi juga
Nampak sedap tuh…aku kalau berbuka simple je..makan kuih, pastu makan nasi + sambal ikan bilis + sayur dah cukup menyelerakan
adamfaiz recently posted..4 Perkara Mudah- Besar Ganjarannya Di Bulan Ramadhan
selalunya memang makan simple je.. tapi memandangkan hari tu berada di tempat lain, maka terpaksalah membeli
Emmm nasi kerabu + ayam percik ni memang kesukaan aku. Kalauu betul caranya memang sampai menjilat jarilah.
denaihati recently posted..Lailahaillallah – World Muslim Friends Silaturrahim
Memang sedap tu bro.. sedap tak terkata
tak pernah lagi makan sambal terung..
nampak menyelerakan….
Mr.Z recently posted..Buang Bayi Hukuman Mati Mandatori!
kalau tak pernah, kena cuba juga tu
wow, hidangan yang boleh buat mereka di luar sana melelehkan air liur dibulan posa..
Nadri recently posted..Senarai Kopitiam Francais & Hotel Yang Memiliki Sijil Halal
leleh sikit2 kira okey lagi tu bro, jangan banyak sangat, hehe
sebenarnya bila berbuka dengan keluarga, apa-apa hidangan pun jadi sedap kerana suasana kemeriahan tu yang menambah selera kita.. hehe
mrnamie recently posted..Tutorial- Aplikasi menguruskan akaun twitter
betul, nikmat berbuka dengan keluarga tu kadang lagi sedap daripada makanan yang dihidang..
memang sedap nasi kerabu kena pulak ngan ayam percik
Keputusan Liga Inggeris
memang sepadan dua-dua tu..
sedapnye tengok sirap bandung tu time cuaca panas ni..dugaan haha,
hanif recently posted..VCD Cetak Rompak Pun Ada Dijual di Bazar Ramadhan
sirap pun memang sedap, terutama kalau haus sangat
pergh…leleh air liur aku huhu…tu mee kari jawa kan bro ?
ishak recently posted..Penulisan blogger otai ala-ala sombong
ye bro, kalau ikut kakak yang jual tu memang mee kari jawa
sumpah sedap! jelesnya, sebab sini xde bazar ramadhan T_T
tp sy x suka jugak sayur terung tu.
Amir recently posted..Resepi Kerabu Jantung Pisang
walau xda bazaar ramadhan, tapi pengalaman berbuka di sana mesti jadi kenangan nanti
nasib baik le baca blog ni waktu sahur.
klu terliur pon xkisah.hehehe….
Ali ridha recently posted..Selamat Berpuasa Ramadhan 1431H
hehe, nanti boleh jenguk sini time tengahari
amboi aym percik. sdp nye. hahaha. btw aku suka ikan keli lagi. hehe. pnggng. nyum3

acapz recently posted..10 Smiley WordPress Plugin Untuk Blog Anda
ikan keli memang sedap tu bro.. tapi susah betul nak dapat sini
alahai untungnya beli kat bazar hari2 huhu,,suri gak yang blik dari umh kena hari2 masak huhu…
bab ayam yu mmg sedap bro
lebih suka makan masakan sendiri sebenarnya.. tapi kalau kebetulan outstation, terpaksa juga membeli di bazaar je