HIDUP BERANI UNTUK GAGAL
Salam,
Ni kali kedua aku tulis pasal Topik HIDUP BERANI UNTUK GAGAL.. Ari tu tulis sebab nak promo contest tu jak…
kali ni pasal apa pula?
Kali ni aku nak inform yang aku nak join contest ni pula… (itupun kalau melepasi syarat yang dikenakan dalam blog DenaiHati). Antara syaratnya, kena tulis nama dan link sponsors yang sentiasa bermurah hati iaitu DSGClicks, Berani Gagal Network, One Malaysia Blogshops, Anisha Online Mall dan Saudacare. Selain itu kita juga wajib: Follow Twitter @Denaihati dan klik button retweet di blog Denaihati. Follow Facebook @Denaihati dan kongsikan link contest ini dengan teman-teman Facebook ANDA. Tambahkan link blog Denaihati ke dalam bloglist ANDA untuk terus monitor contest ini. (syarat lain sudah saya tuliskan di sini.
Kenapa baru sekarang terfikir nak join contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL?
Ari tu sekadar nak promo contest tu.. tapi member2 bagi semangat supaya aku sendiri join contest tu… apa yang buat aku terfikir, sebab tajuk contest pun dah “Hidup Berani Untuk Gagal”, so kenapa aku tak berani untuk menghadapi kegagalan pada kali ni…. padahal bukan sekali dua aku pernah gagal sepanjang hidup ni….
Apa entri aku nak tulis pasal contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL?
Aku rasa ni lah entri tu… kira macam 1st entri la gitu… tak sempat buat entri panjang2 sebab time ni aku sedang outstation…. jadi ada bnyk kerja yang perlu diuruskan…. lagipun bnyk benda yang perlu disediakan utk kerja kali ni…. nanti ada masa aku tulis panjang sikit, lagipun contest tu belum ada tarikh tutup.. rasanya sempat lagi tulis entri berkaitan… apa2 la, motivasi ka, pengalaman sendiri ka atau yang sewaktu dengannya…
Apa yang mendorong aku Berani Menghadapi Kegagalan?
Pengalaman hidup dan sokongan rakan2..
Gagal kerana mencuba merupakan satu pelajaran terbaik berbanding gagal tanpa mencuba apa2… Sebelum ni aku memang banyak kali berhadapan dengan kegagalan sebelum mendapat apa yang diharapkan… Siapa tidak pernah gagal exam, gagal dalam kerjaya, gagal sebagai usahawan… atau gagal menjadi suami atau isteri yang baik? Rasanya ramai di antara kita pernah gagal…. Bahkan seorang usahawan yang berjaya pernah memberitahu aku… seorang itu belum bergelar usahawan berjaya kalau dia belum pernah gagal sebanyak 99 kali… sampai macam tu sekali… tapi aku rasa tu perumpamaan dia jak… Mungkin ada juga yang gagal sekali dua kali terus berjaya… dan ada juga yang tidak pernah gagal langsung…
Apa yang pasti… kita hidup bukan untuk mencari kegagalan.. tapi kalau kita gagal sekali dalam hidup, itu bukanlah suatu pengakhiran..
KISAH HIDUPKU: BERANI UNTUK GAGAL BERMULA DI SINI
HIDUP BERANI UNTUK GAGAL, saya yakin setiap daripada kita pasti pernah berhadapan dengan kegagalan… yang membezakannya hanyalah sebesar mana kegagalan yang kita hadapi dan sejauh mana kita menanganinya.
.. dan yang pasti, penulisan saya ini mungkin tidak dapat menandingi motivasi yang diberikan oleh motivator-motivator dalam dan luar Negara. Namun apa yang saya kongsikan di sini adalah lahir daripada conscience atau suara hati saya sendiri. Hasil daripada kesedaran atas dorongan sesuatu..
Pertama, saya ingin nyatakan yang mungkin penulisan ini agak menjurus kepada kisah peribadi saya sendiri, namun apa yang saya ingin kongsikan ini mungkin dapat digunakan sebagai panduan untuk pembaca lain. Kedua, penulisan ini saya luahkan hasil daripada kesedaran sendiri, tiada paksaan daripada mana-mana pihak.
Sejarah Hidup
Saya dilahirkan dalam keluarga yang susah. Ayah saya hanya seorang nelayan yang tidak pernah merasai nikmat membaca tulisan rumi. Namun dalam keadaan susah itu saya sangat bersyukur kerana dalam keluarga kami kasih sayang tidak pernah kurang. Walaupun dalam keadaan sukar kami adik beradik masih dapat merasai alam persekolahan. Bahkan saya dapat melanjutkan pelajaran sehingga ke tingkatan lima hasil titik peluh ayah saya.
Gagal Kali Pertama
Terus terang saya katakan, saya bukanlah seorang yang cerdik pandai. Saya tidak pernah cemerlang dalam pelajaran. Saya tidak pernah membeli buku-buku rujukan pelajaran disebabkan tidak mampu. Pada masa itu saya hanya mengharapkan nota-nota dan penerangan daripada guru. Saya lihat diri saya terlalu kecil berbanding rakan lain hingga menyebabkan saya sentiasa rendah diri dan kurang motivasi. Akhirnya saya gagal mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM. Hanya melayakkan saya mendapat sijil .
Hidup Harus Berani Mencuba
Dengan keputusan SPM yang kurang baik, saya tidak layak menyambung persekolahan di sekolah kerajaan. Namun disebabkan jasa baik kakak dan abang (yang pada masa itu telahpun bekerja), mereka telah menanggung saya untuk menyambung di tingkatan 6 sekolah swasta. Harapan mereka biarlah kali ini saya mendapat keputusan yang lebih baik. Syukur alhamdulillah, percubaan itu tidak sia-sia dan saya telah lulus dalam empat mata pelajaran yang saya ambil. Keputusan pada masa itu sebenarnya melayakkan saya untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Namun kerana saya tahu keluarga pastinya tidak mampu membayar kos belajar di U, saya langsung tidak mengemukakan sebarang permohonan. Iyalah, pada masa itu PTPTN belum wujud, Universiti di Sabah dan Sarawak juga belum ada.
Alam Pekerjaan Pertama
Selepas menduduki peperiksaan STPM, saya bekerja sebagai konduktur pengangkutan awam, atau lebih dikenali sebagai pirate sapu. Sempat bekerja beberapa bulan sebelum mendapat tawaran kerja pertama (yang kini menjadi kerja tetap saya). Ketika itu umur saya masih 19 tahun. Langsung tiada pengalaman kerja, namun saya tetap berusaha memberikan yang terbaik ikut kemampuan. Alhamdulillah, walaupun tidak pernah dianugerahi sebagai pekerja cemerlang, namun saya tidak pernah mengabaikan tugas.
Dugaan Paling Getir Dalam Hidup
Sering kali kita mendengar hidup umpama putaran roda, sekejap kita di atas dan sekejap lagi di bawah. Begitulah yang terjadi kepada diri saya.
Sebelum mendirikan rumahtangga lagi saya dan bakal isteri (sekarang sudah menjadi isteri) merancang untuk mendapatkan side income. Antaranya, kami beli rumah dan kereta untuk disewakan. Namun disebabkan tiada modal, kami membuat pinjaman di bank. Pada awalnya semua hal berlangsung mengikut perancangan. Rumah telah dibeli dan kereta telah disewakan. Namun itu hanyalah untuk sementara sahaja. Kereta yang kononya disewakan tidak dibayar oleh penyewa. Malah ansuran bulanan selama setengah tahun juga tidak pernah dilunaskan.
Bayangkan pada masa itu hasil belum diperoleh… Namun hutang kepada bank terpaksa kami tanggung. Sekali lagi terpaksa buat pinjaman bank. Akhirnya gaji bersih yang diterima tidak mencukupi untuk belanja keluarga (masa itu sudah berkahwin). Kereta yang saya gunakan setiap hari terpaksa dijual. Saya pergi kerja menumpang daripada rakan sekerja! Kereta yang satu lagi diserahkan kepada seorang rakan (untuk terus sambung ansuran).
..dan yang lagi perit pada masa itulah juga anak sulung kami hendak dilahirkan (Tahun 2003). Nasib baik abang saya pinjamkan keretanya untuk membolehkan saya menghantar isteri ke hospital. Tapi alangkah sengsaranya pada masa itu. Saya menghantar isteri ke hospital dengan berbekalkan RM15 di poket. RM10 saya gunakan untuk mengisi petrol dan selebihnya saya gunakan untuk beli makanan untuk isteri. Saya langsung tidak makan apa-apa sepanjang menemani isteri di hospital. Sepanjang berada di hospital saya cukup sedih memikirkan keadaan hidup kami yang saya anggap telah gagal pada masa itu. Terkilan kerana tidak dapat memberikan yang terbaik untuk isteri dan anak. Namun segala kesedihan saya terkubur dengan kehadiran cahaya mata sulung kami. Itulah harta yang lebih berharga pada masa itu.
Kemudian setelah selesai menyempurnakan tugas menyambut anak sulung kami, saya bergegas balik ke rumah, menyalin pakaian dan kemudian membawa ibu (sekarang Allahyarhamha) ke hospital. Cukup gembira ibu menyambut kelahiran putera sulung kami itu. Saya juga lupa seketika kesusahan yang sedang saya alami itu.
Keesokkan harinya, tibalah masa untuk membawa isteri dan anak pulang. Pada masa itulah sekali lagi saya menghadapi kesukaran. Di mana saya mendapatkan wang untuk membayar bil hospital? Hal inilah yang menyebabkan saya melengahkan masa untuk membawa isteri dan anak keluar dari hospital. Mujurlah pada hari itu sekali lagi ibu dan abang datang melawat kami di hospital dan dalam kesempitan serta rasa malu saya meminjam wang sebanyak RM30 daripada beliau untuk membayar bil. Alasan pada ibu ketika itu dompet saya tertinggal di rumah sebab kelam kabut sebelum perjalanan. Padahal memang saya tiada wang! Mohon ampun kerana berbohong. (Inilah pertama kali saya ceritakan perkara ni kepada orang lain.. sebelum ni hanya saya dan isteri yang tahu).
Rezeki anak
Selepas keluar dari hospital, saya menghantar anak dan isteri di rumah ibu bapa saya yang memang tidak jauh dari quarters tempat isteri saya mengajar. Ini memang atas permintaan ibu sebelum isteri bersalin lagi. Selepas itu saya balik ke rumah kami. Saya mengemas beberapa helai pakaian untuk dibawa bersama. Semasa mencapai seluar jeans yang bersangkut di bilik. Tiba-tiba terdetik di hati saya untuk menyeluk ke dalam poket jeans tadi. Alangkah terkejutnya saya apabila saya dapati dalam poket jeans tu terdapat wang sebanyak RM75. Saya tidak tahu dari mana datangnya wang itu. Padahal itulah seluar yang saya pakai semasa mula-mula menghantar isteri ke hospital… dan seingat saya hari tu saya sudah selongkar poket seluar (memang niat untuk mencari wang). Saya cukup pasti memang tidak ada sesen pun wang yang tinggal. Tapi kenapa hari ini tiba-tiba ada? Wallahualam. Apapun saya anggap itu sudah menjadi rezeki kepada kami.
Memulakan Hidup Baru
Hidup kami memang agak sempit pada awalnya. Sukar untuk menyediakan keperluan anak. Seingat saya hanya selepas anak berusia 1 bulan baru saya mampu membeli buaian.
Mujurlah pada masa itu kami tinggal di rumah ibu bapa saya. Jadi dapatlah jimat sedikit belanja. Kemudian dengan sedikit wang pengeluaran KWSP yang baru saja matang tempohnya saya memulakan hidup baru. Saya dirikan sebuah rumah di tanah milik bapa. Selebihnya saya gunakan untuk membeli sebuah skuter untuk kemudahan pergi ke tempat kerja… Selepas itu sehari demi sehari hidup kami semakin baik. Status bapa yang telah saya miliki mula mematangkan saya… Tidak lama kemudian saya dapatkan semula Iswara yang sebelum ini diserahkan kepada rakan. Syukur alhamdulillah rakan berkenaan memberikan kereta itu semula tanpa sebarang harga, sama seperti mula-mula saya berikan kepadanya (Hanya Alllah SWT sahaja yang mampu membalas jasa baik rakan berkenaan).
Hidup Berani Untuk Gagal
Saya amat tertarik dengan ungkapan ini kerana ia banyak bersangkut-paut dengan hidup saya sendiri. Bagi saya kegagalan sebenarnya adalah satu perkara yang akan memberi kesedaran. Hasil daripada pengalaman pernah gagal, saya jadi lebih berani menghadapinya… Gagal kali pertama tidak membuatkan saya putus asa…
Buat kali kedua saya dan isteri merancang satu lagi usaha. Pastinya kali ini kami lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, termasuklah gagal kali kedua. Kami lakukan usaha itu bermula dari bawah, langkah demi langkah hinggalah mendapat peluang kerja yang pertama. Semua itu dilakukan tanpa mengambil jalan tengah. Pada saya bermula dengan kesukaran lebih nikmat hasilnya berbanding mendapat sesuatu dengan cara yang tidak baik.
Apa yang pasti berjaya dalam hidup tidak semudah seperti yang dilihat. Cuba ajukan pertanyaan kepada orang yang pada hari ini berjaya dan hidup atau kerjayanya. Tanyalah berapa kali dia pernah gagal sebelum berjaya… dan kalau orang berkenaan mengatakan dia telah melalui jalan yang mudah untuk berjaya, tanyalah adakah dia telah bersedia menghadapi kegagalan?
Atau pernah tidak anda berfikir yang anda tidak kisah jika gagal melakukan sesuatu. Alasan yang diberikan, itu semua dilakukan kerana suka-suka sahaja. Maka tidak kisah jika gagal sekalipun. Ingin saya kongsikan di sini, dalam hidup ini tidak ada tindakan yang disebabkan oleh ’sekadar suka-suka’. Maknanya, setiap tindakan mempunyai penyebab yang menentukan bentuk dan kadar kekuatannya. Saya percaya bahawa tingkah laku atau perbuatan kita juga memiliki sifat seperti itu. Contohnya kenapa kita hendak menyertai contest HIDUP BERANI UNTUK GAGAL yang dianjurkan di blog saudara DenaiHati? Mungkin tidak semua menyertainya untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan. Ada yang menyertainya hanya untuk melihat ranking blognya di enjin carian Google berdasarkan keyword berkenaan, melihat bagaimana dia mengadaptasi kemahiran SEO, berkongsi pengalaman, berkongsi motivasi dan sebagainya. Maknanya setiap apa yang kita lakukan mempunyai pendorong dan sebab tertentu.
Dari mana datangnya, di sana ia akan kembali
Syukur alhamdulillah, berkat kesabaran dan pengalaman beberapa kali pernah gagal, hidup saya pada hari ini boleh dikatakan cukup selesa bagi saya. Memanglah tidak semewah mana, tapi bolehlah menampung segala keperluan keluarga.
Namun kesenangan itu tidak menjadikan saya leka kerana saya tahu segala apa yang kita peroleh di dunia ini adalah untuk sementara. Tiada harta yang kekal melainkan amal ibadah, ilmu yang dicurahkan dan anak yang akan menyambung generasi kita. Mungkin sebab itulah saya tidak pernah kedekut untuk berkongsi apa yang saya miliki.
Bukan berniat untuk angkuh atau memuji diri, tapi mungkin ada keluarga dan rakan-rakan yang cukup kenal dengan saya. Mintalah bantuan dalam apa bentuk sekalipun, wang ringgit, tenaga, ilmu (jika saya mampu). Semua itu diberikan atas niat ikhlas dan saya anggap sedekah. .. dan InsyaAllah, amalan ini akan sentiasa diteruskan selagi ada kemampuan dan masih mendapat keizinanNya.
…dan jika ditakdirkan suatu hari nanti apa yang saya miliki pada hari ini sampai masanya ditarik balik, saya tidak akan putus asa untuk memulakannya dari awal sama seperti yang pernah saya lakukan sebelum ini walaupun mungkin kali ini lebih teruk daripada sebelumnya…
Semoga Kegagalan tidak membuatkan kita kecewa… HIDUP HARUS TERUS BERANI MENGHADAPI KEGAGALAN
———————————————————-
1st time tahu pasal contest DenaiHati HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ni dari blog Mr Cuz..
P/S: Kalau ada sesiapa nak join contest ni.. jangan lupa tulis mcm ni..
Saya tahu pasal contest DenaiHati HIDUP BERANI UNTUK GAGAL ni dari blog Kulanz Salleh..



{ 105 comments… read them below or add one }
Yup, hidup mesti berani!
Betul tu bro.. thanks
Bro join tak contest tu?
Ntahlaaa…. byk gak citer, tapi tak gheti sgt ah. Tgk ah camner.
Okey bro.. beranikan diri… hehe
comment back in my blog friend…
http://myworld-encyclopedia.blogspot.com/
Insyaallah leh dapat approval dengan cepat.
Follow aja peraturan term yand denaihati buatkan.
Huhu sama lah AJ pun datang dan diperkenalkan oleh Cuz juga
dah dapat approval tu.. congrate saudara…
dan gud luck juga…
Gagal itu sebahagian resipi kejayaan tetapi kita telah didik sedari kecil untuk membenci kegagalan maka itu kita mesti menjadi satu generasi baru yang mendidik anak-anak bahawa gagal itu adalah positif. terima kasih menyahut cabaran. blog ini peserta ke 65.
Peserta yang ke 65 tetapi antara top 10 terawal sekarang
Memang benar, kegagalan memberikan banyak kesan positif jika kita dapat memanfaatkannya… Terima kasih saudara sebab dah approved penyertaan…
kalau tak cuba, mana nak tahu hebatnya kamu di mana kan??
good luck untuk kulan ye!
Betul tu lizz, lebih baik mencuba daripada duduk berdiam diri… gud luck utk lizz juga..
Yerps.. kalau tak cuba mana tahu. memang challenging contest ni.. tapi tak cuba tak tau..
Iya.. cukup mencabar sbb setiap masa rank di google ni bole berubah… apa2.. gud luck utk zuls juga..
Cuba berani gagal pun takpa itu adalah lebih bari dari tak mencuba langsung. Terus gagal sepenuhnya..
Erm. En. Kulanz ada terima pingback dari blog AJ http://wawwi.com/hidup-berani-untuk-gagal/ tak? Coz AJ ada receive pingback dari blog ini. Cuma tak nampak lak linknya kat page.
Guna default theme sepatutnya leh terpapar pingback tu. kat sini ada lak AJ tengok dari Lizarzak
setakat ni sya tidak terima apa2 pingback dari blog AJ.. yg nampak memang pingback dari lizz jak… selalunya klu kita pingback mmg akan dipaparkan di sini…
Pelik, AJ just guna defaultnya template tu.. Besa guna yang free theme ok aja. Takpa AJ checking2x coding template tu dululah. mana nak tau ada error kat theme tu.
Leh close topic AJ ni seketika. hehe
rasanya masih tlalu awal lagi tu AJ.. sbb mmg kita tau dalam rank google ni skelip mata bole brubah… apa2 pun jom sama2 berusaha…
Banyak sangat cabaran cabar mencabar. Spin menyepin, komen mengomen, lawat melawat semuanya mempengaruhi SEO tuk kat level tip 10 tersebut.
Punca utama Paling susah coz kebanyakkan kita termasuk r AJ, backlink tuk keyword tersebut tak kuat. So bila2x masa leh jatuh. Contents Ngetop tip top pun x boleh bertahan.. Kena r struggle.
gud luck utk tuan blog ni
susah betul nak jd top 10..
hidup berani utk gagal
makasih.. dilot pun ada join contest ni kan? gud luck jg utk dilot..
Tahniah bro Kulanz..kerana mencuba gak yer..hehe…gagal tak semestinya kita gagal untuk selama lamanya betul tak bro kulanz ?
Gudluck bro…:)
thanks bro nine… kena berani utk mcuba.. ni pcubaan ptama ikut contest.. klu x bjaya x kn putus asa.. next time bole join lagi.. tahniah n gud luck utk bro nie jg sbb dah join contest ni
aku ada terbaca jugak pasal contest hidup berani untuk gagal ni. tapi tak sempat nak join la. bagi semangat kat rakan2 je la. so, selamat berjaya
rasanya contest Hidup Berani Untuk Gagal tu masih belum ada tarikh tutup, jadi masih sempat lagi tu utk join.. apa2pun, thanks diaien sbb bagi semangat
datang sekali lagi untuk ucapkan selamat berjaya dalam contest hidup berani untuk gagal ni.
terima kasih diaien.. moga kita sama2 berjaya dalam apa sja perjuangan
menarik kisah saudara… good luck!
terima kasih.. ni kisah sebenar yg dapat dikongsikan bersama
salam saudara.setiap insan penuh dengan dugaan dan cabaran yg telah ditentukan oleh Allah SWT. setiap insan juga telah ditentukan rezki oleh AllahSWT. sebagai hamba kita harus bersyukur dengan apa yg telah dikurniakan NYA. tabah dalam menghadapi ujian dari nya. HIDUP BERANI UNTUK GAGAL.. semoga saudara mencapai apa yang diingini dan terus berusaha untuk keluarga..good luck..
terima kasih saudara sepul…
memang benar kita harus yakin setiap dugaan yg kita hadapi datangnya dari Allah SWT dan sudah semestinya ada hikmah di sebalik sesuatu kejadian.. InsyaAllah kegagalan masa lalu akan dijadikan pengajaran untuk hidup hari ini dan akan datang
hidup bergagah..
ya.. hidup perlu ada keberanian
kerana hidup berani untuk gagal semua orang boleh berjaya..termasuklah diri saya..fikiran kena positif..jangan takut untuk mencuba dan jangan takut untuk gagal..selamat berjaya dalam contest!
Thanks saudara meezwan.. mmg dah prnh hadapi kgagalan… jadi harap2 kali ni lebih tabah.. gud luck jg utk saudara dlm mcapai apa sja yg dhajati
Terima kasih kulanz..Selamat berjaya!
.-= meezwan´s last blog ..HIDUP BERANI UNTUK GAGAL =-.
salam.
pada pendapat aku, seseorang tu perlu rasa kegagalan atau perasaan hampir menemui kegagalan at least sekali sebelum dia capai tahap yg dikatakan berjaya.
Kerana kalau dia berjaya terus tanpa sebarang kegagalan. mungkin bila dia ada diatas nanti , kalau sekali ujian yang berat menimpa,mgkn dia tak dapat terima dan atasi dengan baik keadaan tersebut hingga boleh meruntuhkan dia kembali kepada keadaan asal yang “tanpa apa2″.
dan pada aku kejayaan tu perlu lebih pada usaha sendiri. memang dalam hidup ini perlu adanya pergantungan pada orang lain. Tapi pergantungan tu tak bermakna berharap penuh. Kerana kita perlu ingat siapa yang dibelakang kita sekarang tak semesti selamanya berada di situ.
sori ya dengan komen yang lebar panjang ni..entri ko pun panjang.hehe
wslm
Salam…
1st x mslh tu komen panjang.. lagi baik sebenarnya..
Berkenaan dgn pengalaman gagal atau hampir gagal, pd pendapat sya pun ia adalah pengalaman yg paling berguna… dan sya setuju yg pengalaman tu akan memberikan kita kekuatan… stinggi mana pencapaian kita, tanpa diduga mgkn kita akan berada di bawah.. tp dgn pengalaman ini kita akan dapat membina semula hidup bdasarkan pengalaman lalu…
Salam bro kulanz..cerita bro kulanz menarik sekali..suka baca pengalaman hisud bro kulanz dari masa sekolah dulu sampai skrg..
Tahniah masih lagi duk page pertama..ada chance bro kulanz mng nih..hehe..
salam bro nine…
terima kasih luangkan masa baca… kisah ni akan sya jadikan pengajaran sampai bila2..
pasal duk 1st page tu.. stakat ni contest belum ditutup, maknanya semua org masih ada pluang..
huh, jarang2 ada orang nak citer pnjg lebar gini.. gud luk k!
salam aried, mmg panjang kisah ni, tu pun tpaksa dipendekkan hehe.. apa2pun, gud luck jg utk bro
bagus sahabatku postingannya
terima kasih sahabat..
hi alll… nk kongsi kegagalan hidupku…. aku gagal di off9… tp sedang membina hidup di online… doakan daku… nice blog btw…
teruskan perjuangan.. mana2pun kita bole bjaya sebenarnya.. semoga berjya
ty bro… harap2 semangat ku tetap tinggi seperti burung camar yang berlawan dgn airbus di awan… huhu… btw kan, 1 soalan dari noob… cmne nk bg ade pic kt kte nye comment?
.-= tedrichie´s last blog ..What is Affiliate? =-.
first, kalau nak pic kluar.. kena ada gravatar dulu.. (www.gravatar.com)… kalau dah mmg ada gravatar, tp pic masih tak muncul sini, jgn hairan juga… sbb template ni ada masalah ckit.. blum sempat set utk papar gravatar sini.. nanti sya baiki..
buku motivasi pertama yg aku baca
berani gagal.tak ingat penulis tapi penulis cina. motivasi yg baik.
Salam ina mail.. mmg bnyk tips motivasi yg dapat kita jadikan panduan
Sering kali kita diingatkan, belajar dari kesilapan / kesalahan, dalam kegagalan ada hikmah untuk berjaya, kejayaan selepas kegagalan lebih bermakna dan seumpamanya
Kali pertama saya melangkahkan ke alam pekerjaan dgn sebuah syarikat swasta Mat Salleh, saya diingatkan “Do it right the first time “.
Boss saya mengingatkan walaupun buku “Dare to fail ” menjadi “best seller”, itu tidak bermakna “we welcome failure”.
Namun beliau mengakui”experience is the best teacher that you can’t learn in the class”
Tahniah dan syabas saya ucapkan kpd sdr yang bangkit dari kegagalan untuk menikmati kejayaan,untuk pertangingan yg sdr sertai,”Do it right the fitsr time : !
salam azizan… Setuju dgn bro.. pengetahuan terbaik dpt kita peroleh daripada pengalaman… moga sama2 kita beroleh kejayaan dlm apa bidang yg kita ikuti
ramai pula orang join contest ni..pape pun vote for u k…
.-= kaito´s last blog ..Chef Lelaki vs Chef Perempuan =-.
iya.. ramai juga yg join ni.. x mau join ka tuan..
apa2pun thanks bagi support
Betul 2.. memang hidup ni selalu di uji macam2, tp selalunye di sebalik ujian tu pasti ada hikmah yang datang selepasnye kn..
.-= aini´s last blog ..Perempuan, Maruah dan Dot, Dot, Dot =-.
salam aini… setuju sangat.. pengalaman mcm ni mmg bagi kita bnyk pengajaran..
sdri aini,
..ada juga yg selalu berdepan ujian yg bertimpa-timpa datang tetapi hikmah yg datang selepasnya sudah tidak bermakna ..
memang itu tidak dinafikan.. ada orang yg sering kali menerima ujian dariNya, kadang tu sampai membawa kesusahan atau penderitaan… kalau difikirkan, mmg apapun hikmah di sebalik ujian itu tidak bermakna kpd orang itu (klu dia sudah menderita), tapi hikmah itu tidak datang dgn segera… mungkin dia akan menerima balasan setimpal di hari kemudian…
Kadang hikmah juga mungkin tidak dirasai oleh org yang telah diuji itu, tapi ia dapat jadi pengajaran kepada orang lain..
salam mas kulanz,
maaf da lama sangat menyepi…apa pun saya pasti mas kulanz akan berjaya dalam contest ni:P besar tu hadiahnya..hahaha
salam dari kedah
.-= adi_tau8605´s last blog ..Ebay adalah lubuk duit untuk rakyat Malaysia!! =-.
salam mas adi.. sibuk betul nampaknya mas adi time ni.. apa-apapun gud luck juga untuk mas adi di kedah.. jangan lupa balik sini lagi..
.-= kulanz´s last blog ..Hidup Berani Untuk Gagal =-.
haha
sabah di bawah bayu tetap menjadi pujaan mas kulanz
thanks buat mas kulanz atas wishnya pada saya:P
good luck to..
.-= adi_tau8605´s last blog ..Ebay adalah lubuk duit untuk rakyat Malaysia!! =-.
yup.. itulah yg sepatutnya.. tapi 1Malaysia tetap juga di hati..
semoga berjaya.
terima kasih.. semoga berjaya untuk bro juga
haha, thanks. dah lama ke berblog ni?
baru juga ni bro.. blog yg ni start 17 okt.. tp kalau blogspot start Jun tahun ni lg..
ramai betul masuk contest ni. goodluck!!
.-= nn´s last blog ..the meanest thing ever! =-.
ya.. memang ramai juga yg sudah menyertai contest tu.. hatipun semakin berdebar sekarang ni.. berdebar tunggu tarikh tutup dan keputusan.. nn x nak join contest tu?
gagal itu perlu kerana disebalik kegagalan itu kita akan lebih berjaya di masa akan datang…
yang penting, sentiasa pandang setiap kegagalan dah kesusahan itu dr sudut yg positif….
bukan namanya hidup kalau sekali pun tak pernah gagal kan…
gud luck bro…
.-= ain´s last blog ..TERINGIN =-.
Berapa ramaikah orang yg lebih berjaya setelah gagal ?
Tak ramai tetapi orang sebeginilah di julang nama sebagai contoh dan dijadikan pembakar semangat.
Bill Gates seringkali dijadikan contoh seorang individu yg “drop out” dari universiti tetapi menjadi salah seorang yg paling kaya di dunia.tetapi ramai yg lupa beliau sememangnya seorang yg pintar kalau tidak mana boleh masuk universiti harvard.
Begitu juga dgn Dr Irfan Usawan internet yg berjaya, selalu dikaitkan dengan hanya “menjual peta” di internet.Beliau juga seorang graduan lulusan luar negeri.Tetapi seringkali dikaitkan “siapa kata pernigaan internet sussah dan tidak menguntungkan”
Bagi saya, ia cuma kata -kata motivasi dari org
yg mengambil kesempatan dari kejayaan orsang lain untuk kepentingan diri sendiri
sya setuju dengan pendapat saudara man… kegagalan akan menjadikan seorang itu lebih berjaya.. dan selalunya kita akan lebih menghargai orang seperti ini kerana jelas ada kekuatan terhadap diri mereka kerana mereka bukan sahaja berjaya dalam kerja mereka tetapi juga pernah berjaya menghadapi kegagalan…
dan memang benar tidak semua orang yang pernah gagal itu seorang yang lemah atau tidak bijak.. banyak faktor yang mempengaruhi kegagalan.. kekangan masa, kesihatan, kemampuan dan sebagainya… hanya usaha yang akan menentukan kejayaan kita
@ain, kegagalan akan membuat kita lebih berhati-hati pada masa akan datang… sebab itu perlu juga utk kita merasai betapa peritnya kegagalan… cuma semoga kita dapat mengambil ikhtibar daripada pengalaman lalu… sebab kalau kita gagal memahami erti kegagalan. maka kita akan gagal utk meneruskan hidup
semakin hangat contest ni..Good Luck untuk semua yang masuk contest ini.
.-= meezwan´s last blog ..HIDUP BERANI UNTUK GAGAL =-.
ya.. memang semakin hangat.. jangan segan-segan bro Meezwan.. join jak contest tu
@meezwan,
Owah dah ada artikel berani gagal dari Meezwan rupanya.
Leh r ushar2x sat.
Ohya, untuk memeriahkan lagi contest AJ ada r buat sedikit banner widget tuk contest ini yang tidak seberapa. Just tuk ber eye-cache kat pelawat tuk datang ke post artikel contest ini dan juga memudahkan denaihati tuk mengesan blog yang menyertai contest atau tak.
Sapa-sapa yang mahir grafik bolelah menyumbang banner tuk contest Hidup Berani Untuk Gagal ini agar dapatlah dikongsi bersama.
Bolehlah mencuba bakat terpendam dalam grafik ni ya. kredit ke blog akan disenaraikan di page artikel widget itu juga
.-= aminjohar´s last blog ..Widget Corner Hidup Berani Untuk Gagal =-.
Bagus juga apa yg bro AJ buat tu… makin tambah meriah contest tu sbb dah ada widget grafik khusus utk contest tu
Ya.
Nak menggalakkan lagi lebih ramai join
.-= aminjohar´s last blog ..Widget Corner Hidup Berani Untuk Gagal =-.
Ya… itu yang sebaik-sebaiknya.. tu sebagai tanda sokongan kita kepada rakan blogger
wah dah semakin panas contest ni..hehe..
.-= meezwan´s last blog ..Cara Untuk Meningkatkan Ranking Alexa =-.
wah semua suruh saya masuk contest ni..jap nal pikir..:)
.-= meezwan´s last blog ..Cara Untuk Meningkatkan Ranking Alexa =-.
99% rezeki berpunca daripada perniagaan.
Tabah(sabar) dan gigih(bersungguh2) serta buat sesuatu dengan penuh minat. Itulah kunci kejayaan. Anyway, tahniah kerana Kulan telah berjaya mengubah nasib!
Another good words of wisdom “Rich man teach their children around the table”.Hehehe.
.-= Dak Wan´s last blog ..Berita Gembira untuk Pengguna Internet Malaysia =-.
Tu memang betul… dan untuk berjaya dalam bidang ni bukan senang.. memang memerlukan banyak kesabaran..
Thanks juga sebab banyak kongsikan kata-kata motivasi sini
Terima kasih sudah berbagi kisah hidup, saya banyak belajar dari Sobat…
.-= lina@happy family´s last blog ..Couple’s Corner: Shopping Experience =-.
Terima kasih juga..
sekadar berkongsi pengalaman sebenar… moga ada yang dapat dikongsikan bersama…
salam kembara bro..
mcm menghadapi peperiksaan gak la..
fail dlm tgn..
pas belom tentu..
kan tu cth dare to fail gak kan bro..
ngee..
.-= ekopelancongan´s last blog ..siapa pelancong =-.
sori baru prasan komen ni… betul jg tu bro… lebih kurang mcm tu lah kehidupan kita ni..
benar sdr ekopelancongan,
fail dlm tgn…
pas belom tentu,
TAPI, Skor tetap skor A !
skor A dalam tangan ke bro zizan? hehe
kisah yang baik blh dijadikan contoh.
goodluck..
hidup berani gagal dr KemanaArahKita
.-= Wan Perlis´s last blog ..Segelintir Bebudak Myspace Yang tut =-.
terima kasih sebab sudi baca kisah ni
Very important stuff of students’ life time is to get an academic success and to do this, they must show the custom comparison essay of great quality. Furthermore, the assignment writing services can aid to reach that aim really fast.
Enjoyed my time on your site. I can’t understand the language but the pictures are great.
thanks
.-= Mike´s last blog ..Comment by =-.
keluarga aq gagal untuk pimpim ke jalan yang benar….aq sehingga kini tiada jawapanye….aq nak ubah keluarga yang bergaduh,….
i imagine it was a bit rushed, and left out some options that not many people talk about. Everyone knows that the majority new smartphones have web, so why present that basic perform at its bear minimum. Scroll up scroll down zoom in zoom out. Actually? which new telephone doesnt do this? How bout speak about how the textual content rearranges itsself. Also the texting, very poor review. Why didnt you mention you should use the mic and text with your voice? Ignored ALOT of different extra necessary options
kegagalan satu cabaran
what’s a good place to get this page translated? arg!
kita patut bersyukur dari segi perniagaan persaingan masih lagi rendah di Malaysia. Berani untuk gagal merupakan salah satu titik tolak kepada kejayaan
int’resting st0ry..keep it uP
swagger recently posted..The Best Hacker of fear in the world
nice info….sokong,hidup mesti berani…..
mampir nich dari jakarta selatan..
saya suka blog anda…
anda juga bisa mengunjungi penginapan di jakarta atau jasa pengamanan…
makasih..
salam blogger…
Syukurlah sekarang dah senang. Jangan dilupakan segala kesusahan dulu kerana ia akan menjadi pendorong kita untuk lebih berjaya.
Malaysia Travel Blog recently posted..The Soya Shop Summit USJ
ada lagi tak contest ni…macam best je
Posting Popular : Nak Kenal Dengan Hazama?
Cerita saudara sungguh memberi motivasi kepada saya.Sy lebih suka belajar dari pengalaman orang lain disamping pengalaman diri sendiri.Kadang-kadang pengalaman tersebut mendewasakan diri kita.
Thank you for your information. Such a very fine post.