Home >> Blog >> HIDUP SEORANG BLOGGER DI GOOGLE

HIDUP SEORANG BLOGGER DI GOOGLE

by kulanz on 04/09/2010 · 50 comments

Pertandingan HIDUP SEORANG BLOGGER sedikit masa lagi akan sampai ke penghujungnya. Kalau ikutkan syarat yang ditetapkan, penilaian akan dibuat pada 07 September 2010 bermula jam 12.01 a.m. Walaupun tempoh tinggal lebih kurang 3 hari lagi, tapi para peserta masih ada peluang sebenarnya untuk mengoptimasikan blog atau entri masing-masing dalam usaha menempatkannya di kedudukan terbaik berdasarkan kata kunci yang telah ditetapkan.

Sebenarnya entri ni bukanlah entri penutup pertandingan macam yang saya nyatakan dalam entri Statistik Blog Ogos 2010 lepas. Entri penutup mungkin akan di-publish 1-2 hari lagi. Cuma sekadar ingin berkongsi satu perkara yang pada saya ada kaitan dengan contest ni.

Seingat saya, waktu mula-mula pertandingan ni dibuat, ayat Hidup Seorang Blogger masih tidak disenaraikan secara automatik di enjin carian. Mungkin rakan-rakan lain pun perasan dengan perkara ni. Dulu setiap kali saya menaip perkataan “Hidup seor..” ayat yang akan muncul sebagai cadangan carian ialah: hidup seorang janda, hidup seorang muslim, hidup seorang petanitujuan hidup seorang muslim dan matlamat hidup seorang muslim. Ini bermakna kata kunci yang disenaraikan di atas adalah antara kata kunci yang popular. Bagimanapun, awal malam tadi apabila saya menggunakan kata kunci pertandingan di enjin carian Google.com dengan menggunakan browser Firefox, saya dapati “hidup seorang blogger” telah disenaraikan sebagai cadangan carian yang utama.

hidup seorang blogger

Itulah yang menariknya tentang pertandingan SEO berdasarkan keputusan enjin carian. Pertandingan macam ni akan mendorong peserta menaip kata kunci tu di enjin carian untuk melihat kedudukan blog atau keputusan terkini. Penggunaan kata kunci yang sama dengan kerap daripada pengguna yang berbeza akan meningkatkan populariti kata carian berkenaan. Dalam masa yang sama ia juga akan meningkatkan kepercayaan enjin carian pada kata kunci tu dan akhirnya menyenaraikannya sebagai kata kunci cadangan yang mungkin relevan kepada pengguna.

Macam tu juga dengan blog kita sendiri. Kalau kita sendiri atau pengguna lain selalu menggunakan kata kunci yang sepadan dengan nama blog atau nama domain kita, tak mustahil juga blog kita akan lebih cepat tersenarai dalam enjin carian. Dan teknik ni pun memang bagus digunakan untuk mempercepatkan proses enjin carian mengindex laman blog kita terutamanya yang masih baru dibuat. Macam tu lah kalau ikut pengalaman saya sendiri.

kulanzsalleh.com

google-buckyballSeperkara lagi, selain daripada ayat HIDUP SEORANG BLOGGER telah muncul di enjin carian Google, hari ni juga paparan logo Google (Google Doodle) berbeza sedikit daripada kebiasannya. Memang nampak cantik logo sempena ulangtahun ke-25 Buckyball. Tapi kalau guna browser Firefox dan buka banyak tab tambah dengan laman google. Terasa juga berat untuk loading.

Jangan lupa singgah di blog denaihati, penganjur utama pertandingan Hidup Seorang Blogger.

kulanzsalleh
Terima kasih kepada semua pembaca Kulanzsalleh.com. Semua Artikel di blog ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya sendiri melainkan artikel berbentuk ilmiah, berita, petikan dan perkongsian lain yang tiap satunya akan saya nyatakan sumber asalnya (Baca Terma & Syarat). Jika anda dapati artikel di blog ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain di FACEBOOK atau TWITTER.

{ 50 comments… read them below or add one }

1 waveX September 4, 2010 at 4:04 am
2 kulanz September 7, 2010 at 2:49 pm

u’r welcome..
sekadar berkongsi

Reply

3 iza September 4, 2010 at 6:05 am

Salam…

Oooo, macam tu ke kalau nak tau kata kunci? Thanks….ilmu yg sangat berguna.
iza recently posted..Merdeka Dan Award TerkumpulMy Profile

Reply

4 kulanz September 7, 2010 at 2:50 pm

salam,
lebih kurang macam tu lah.. senarai tu ikut apa yang selalu orang cari

Reply

5 ain September 4, 2010 at 6:48 am

salam bro kulanz,

gud luck untuk kontest ni nanti….
ain recently posted..Produk kecantikan merbahaya di pasaran- Hak kita di manaMy Profile

Reply

6 kulanz September 7, 2010 at 2:52 pm

salam ain, terima kasih atas sokongan

Reply

7 ProfHariz September 4, 2010 at 7:38 am

Semoga Berjaya Bro:)
ProfHariz recently posted..Malam Lailatul – Qadar Lebih Baik Daripada Seribu BulanMy Profile

Reply

8 kulanz September 7, 2010 at 2:53 pm

kali ni tak berjaya bro.. tapi tak apa..
sekurang-kurangnya dah mencuba

Reply

9 azizan4444 September 4, 2010 at 7:39 am

menarik tu bro..aku xtaw pasal bendalah ni seblum ni..mmg bgs la contest mcmni…

psl entri tu, aku tgk ramai yg duk berlumba2..aku setakat ni bt entri wajib je..huhu
azizan4444 recently posted..Esok Raya- Jom Balik Kampung Yay!My Profile

Reply

10 kulanz September 7, 2010 at 3:05 pm

contest macam ni mmg bagus bro.. banyak juga kita boleh belajar

Reply

11 Bb Hussain September 4, 2010 at 8:30 am

baru tahu juga..thanks yea ;)
Bb Hussain recently posted..Berbuka Bersama-samaMy Profile

Reply

12 kulanz September 7, 2010 at 3:07 pm

sama-sama :)

Reply

13 zik September 4, 2010 at 9:55 am

wah dah keluar ek… hidup seorang blogger punya keyword assist… cepat juga ya..
zik recently posted..Lisa surihani datang ke zikrihusainicomMy Profile

Reply

14 kulanz September 7, 2010 at 3:12 pm

memang cepat bro.. tu antara impak contest seo ni

Reply

15 jawatan kosong September 4, 2010 at 10:12 am

Hidup bloggerrr !!!.. macam mana sebetulnya hidup seorang blogger ya.. kekeke
jawatan kosong recently posted..The Royale Bintang Kuala Lumpur Jobs as Hotel TraineesMy Profile

Reply

16 kulanz September 7, 2010 at 3:12 pm

hehe.. macam biasa juga rasanya :D

Reply

17 Hidup Seorang Blogger September 4, 2010 at 10:21 am

Aku pun ada perasan benda ni sehari yg lepas.. nampaknya dah ramai org mula buat carian dgn keyword ni.. Maklumlah dah nak tamat contest.. hehe
Hidup Seorang Blogger recently posted..Gaya Hidup Seorang Blogger Separuh MasaMy Profile

Reply

18 kulanz September 7, 2010 at 3:15 pm

harap2 keyword tu kekal di google utk jangka masa yang lama

Reply

19 ishak September 4, 2010 at 10:44 am

cuba carik kat google insight ada tak bro..?
ishak recently posted..Happy birthday ishak hasimiMy Profile

Reply

20 kulanz September 7, 2010 at 3:15 pm

sana belum masuk senarai lagi bro..

Reply

21 apiih September 4, 2010 at 11:55 am

sy rase blog sy masih kekurangan SEO nyer..uhuhu
apiih recently posted..HIDUP SEORANG BLOGGER- Dulu dan SekarangMy Profile

Reply

22 bujang3 September 4, 2010 at 1:02 pm

semoga berjaya untuk semua yang menyertai pertandingan…
bujang3 recently posted..MERDEKA !!! MERDEKA !!! MERDEKA !!!My Profile

Reply

23 mancai September 4, 2010 at 1:34 pm

gud luck bro… walaupun pertandingan info2 macam gini amat2 penting… terima kasih banyak2

Reply

24 Wan September 4, 2010 at 2:42 pm

moga berjaya hidup seorg blogger
Wan recently posted..Respon terhadap Samad Jual Burger dan Perempuan MaterialistikMy Profile

Reply

25 tehr September 5, 2010 at 1:15 am

macam tu rupanya
thanks bro
tehr recently posted..Aldilfitri Tanpa TragediMy Profile

Reply

26 Ayie September 5, 2010 at 1:40 am

Walaupun aku tak sertai contest “Hidup Seorang Blogger” ini, aku suka apabila setiap orang blogger itu buat cerita mengenai mereka menggunakan tajuk ini. :D
Ayie recently posted..Photoshop Membuang jerawat dimukaMy Profile

Reply

27 hanif September 5, 2010 at 1:47 am

best gak ada pertandingan seo macamni kan..
hanif recently posted..I’m Not Feeling LuckyMy Profile

Reply

28 QIMIE September 5, 2010 at 3:21 am

hidup seorang blogger!. selamat berjaya bro!.. info menarik ni bro..
QIMIE recently posted..Saya Pun Jual Kuih Juga! – Kuih Bangkit Mak AndakMy Profile

Reply

29 Lee September 5, 2010 at 3:05 pm

masih banyak kekurangan pada blog aku..huhu…
Lee recently posted..Woi Mat- Sini Kau!!My Profile

Reply

30 etomyam September 6, 2010 at 1:50 am

Semoga strategi dan taktik yang digunakan bro membuahkan hasil, nanti boleh kongsikan di sini :D
etomyam recently posted..Sejak Bila Pulak Raya Ada Macam Santa Claus NiMy Profile

Reply

31 zackpantai September 6, 2010 at 3:35 am

ilmu yang bagus, bykkan lagi perkongsian. jgn simpan2 bro.

Reply

32 fawzan September 6, 2010 at 9:51 am

Walaupun cuma part time…kita ni blogger gak kan?
fawzan recently posted..Modesty Is The Key This Hari RayaMy Profile

Reply

33 zezebel September 6, 2010 at 10:09 am

Salam.
Bukan senang nak hidup jadi blogger kan? Hehehehe….
Good luck untuk contest.
zezebel recently posted..Dare to drink thisMy Profile

Reply

34 topo September 6, 2010 at 11:19 am

hidup seorang janda pon ramai org nak carik ye.. hahaha papehal pon gud luck bro :D
topo recently posted..Mosaic Mural yang Sangat Cool dan UnikMy Profile

Reply

35 syahrilhafiz September 6, 2010 at 6:40 pm

gudluck bro..
nampaknya makin ada jalan tuh..
syahrilhafiz recently posted..Pantun karat- Mesej rayaMy Profile

Reply

36 zoul September 7, 2010 at 3:38 am

Aku suka.. silalah kongsikan lagi info2 yg macam ni.. thanks
zoul recently posted..Tukar Theme Dapat RM Tiga RatusMy Profile

Reply

37 AyieBlog September 7, 2010 at 9:25 am

Salam,wa baguslah boleh pakai buat keyword,ayie pun kurang mengerti berkaitan seo nie :) ,masih dalam proses belajar,sedikit sebanyak baru ayie tahu apa itu seo dan keyword apda laman :) ,ianya memudahkan proses enjin carian mencari laman kita kan??..
AyieBlog recently posted..Your Short Url Kontotkan Url AndaMy Profile

Reply

38 Mr.Z September 7, 2010 at 10:36 am

memang ramai orang yang masuk contest blogger tu..
lepas tu pr kena tinggi kan sebelum nak masuk contest tu..
itu lah sampaikan entri hidup seorang blogger itu pun dah makin popular dalam carian google..hehe
Mr.Z recently posted..Selamat Hari Raya AidilfitriMy Profile

Reply

39 kulanz September 7, 2010 at 3:40 pm

memang ramai yang masuk.. best contest seo ni

Reply

40 Loq September 7, 2010 at 12:58 pm

Memang famous contest ni.Denaihati memang raja contest

Reply

41 kulanz September 7, 2010 at 3:23 pm

harap2 ada lagi contest macam ni nanti :)

Reply

42 eyriqazz September 7, 2010 at 1:48 pm

denaihati memang king of contest..eh,lama tak update blog bro..busyke?
eyriqazz recently posted..Sesi Berbuka Puasa Digi Angels di The Apartment- KLCCMy Profile

Reply

43 kulanz September 7, 2010 at 3:23 pm

betul bro, sesuai dengan motto hidup untuk memberi..
aku tak sihat 2-3 hari ni bro.. sbb tu tak larat nak update blog

Reply

44 sunglasses September 7, 2010 at 4:45 pm

betul setuju memang sesuai dengan motto blognya “hidup untuk memberi” semoga rezeki beliau murah
sunglasses recently posted..Used ray banMy Profile

Reply

45 donny September 7, 2010 at 2:04 pm

bro berjaya?

Reply

46 kulanz September 7, 2010 at 3:19 pm

berjaya menulis 2 entri wajib, hehe

Reply

47 sunglasses September 7, 2010 at 4:44 pm

xpe bro lain kain ada contest yang di anjurkan oleh denai hati harap bro berjaya
sunglasses recently posted..Used ray banMy Profile

Reply

48 cikmin September 9, 2010 at 12:29 am

terasa nak join..tapi tak terjoin join la… :P
cikmin recently posted..JUADAH BERBUKA CAMPUR WAINMy Profile

Reply

49 Affan September 9, 2010 at 12:43 am

dgr citer bro menang. congrats.
tertengok results td kt blog denaihati :D

Reply

50 ProfHariz November 29, 2010 at 11:40 am

Saya teringin nak join kontest seo tapi PR masih 0 :(
ProfHariz recently posted..Berpoligami – Cinta Atau SexMy Profile

Reply

Leave a Comment

Entri Terkini

Previous post:

Next post: