Hidup seorang blogger kini melangkah ke peringkat kedua. Macam yang kebanyakan dah maklum, setiap peserta perlu menulis dua entri yang bertemakan “HIDUP SEORANG BLOGGER”. Alhamdulillah, entri pertama Kisah hidup seorang blogger, telahpun selamat diterbitkan pada tarikh yang ditetapkan.
HIDUP SEORANG BLOGGER
Jadi blogger ni menarik tak? Menarik tak menarik kenalah rasa sendiri, baru tahu. Tapi sejujurnya kadang saya akui juga jadi seorang blogger ni memang bagus. Tapi bukan semata-mata sebab nak kaya melalui blog. Jauh sekali nak dapatkan populariti. Menarik kalau apa yang kita tulis tu membantu seseorang mendapatkan info yang dia cari. Tak kisah apa bentuk sekalipun, bahan ilmiah, gambar, hiburan, isu semasa dan lain-lain. Semua tu mendatangkan satu kepuasan pada saya.
Selain tu, jadi seorang blogger juga akan dapat kepuasan kalau apa yang kita tulis turut mendapat respon daripada pembaca. Respon tu diperoleh melalui komen pada setiap entri atau melalui email dan sama ada daripada rakan blogger sendiri atau mereka yang sekadar singgah di blog ini hasil daripada pencarian mereka.
HIDUP TAK SELALUNYA INDAH
Hidup blogger ni memang menarik, tapi tak selalunya indah. Yang tak indah tu apabila terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah domestik: bekalan elektrik terputus, internet lembab atau langsung tak dapat connection, berkejar dengan kerja-kerja harian dan macam-macam masalah lain. Jangan tak tahu, semasa menulis entri hidup seorang blogger ni, saya hanya menaip dengan menggunakan Microsoft Office tanpa internet connection. Sudah beberapa hari intenet di kawasan kami ni bermasalah, sekejap ada, sekejap hilang. Menerbitkan entri ni juga terpaksa gunakan khidmat 1315 sekali lagi. Itulah sebab kenapa tiada gambar dimasukkan kali ni!
CABARAN HIDUP SEORANG BLOGGER
Cabaran seorang blogger ni memang banyak dan datang dalam pelbagai bentuk. Antara pengalaman saya sendiri selama menjadi seorang blogger: Pernah menerima kutukan daripada seseorang, pernah website/blog digodam, pernah dapat email suruh berhenti menulis isu-isu tertentu. Tidak pernah memenangi apa-apa hadiah dalam pertandingan online pun pernah juga. Itulah lumrah hidup. Rasanya kebanyakan rakan-rakan blogger lainpun pernah mengalami keadaan yang hampir serupa.
KEKUATAN SEBENAR TERLETAK PADA HATI
Saya suka sangat ayat “kekuatan sebenar terletak pada hati” yang terdapat pada Greeting Petronas sempena Hari Kemerdekaan ke-53, tahun 2010. Cukup besar maknanya kan?
Macam dalam pertandingan SEO kali ni. Lebih daripada 70 blog telah mendaftar sebagai peserta. Bagaimanapun daripada jumlah tu, hanya 10 yang tersenarai di tangga teratas dalam enjin carian Google yang akan memenangi pertandingan. Yang tak menang perlu hampa tak? Jawapannya sudah tentu tidak perlu. Kalah menang bergantung pada rezeki masing-masing.
Walaupun tak menang apa-apa hadiah, tapi kita tetap menang dari sudut yang lain. Macam yang dipesan oleh denaihati, bertanding dengan jujur jangan main curang. Kalau dapat ikut peraturan tu pun dah kira satu kemenangan kepada kita. Siapa setuju?
Jadi, itulah antara kisah-kisah hidup seorang blogger yang dapat saya kongsikan. Kepada pembaca budiman, entri ini sebenarnya ditulis sempena SEO Contest anjuran blog denaihati.com yang ditaja oleh eQurban.com.


{ 26 comments… read them below or add one }
Salam…..
Tamat sudah contest tu……seronok kan, rasa macam dah terlepas satu beban bila dah tamat…..kalah menang adat pertandingan….Gud Luck.
http://azilas.blogspot.com/2010/08/contest-menang-duit-raya-sehingga-rm200.html
iza recently posted..Mengimbau Kenangan Silam 1 Ramadhan
Yah.. sisa menunggu juaranya saja.
siapa agaknya juara kita?
Salam bro
semoga berjaya dalam contest ni yer
wazy recently posted..HIDUP SEORANG BLOGGER 2
kalah menang memang adat pertandingan
tapi untuk pertandingan ini, dapat menyertainya bagi saya sudah satu kemenangan
…dapat ilmu SEO ni rasanya lagi penting
tehr recently posted..Salam Kemerdekaan
setuju dengan bro… asalkan kita main bersih, pun dah dikira sebagai kemenangan peribadi untuk diri sendiri..
mrnamie recently posted..Ajar anak berhenti kalau polis tahan
janji traffic masuk…..huhu
ishak recently posted..Mampukah kita hidup sebagai seorang blogger
Salam. Semoga berjaya dengan contest. Jangan lupa belanja sya kepc aaah….
zezebel recently posted..Tamu in Kota Marudu
semoga berjaya bro dalam contest ini
ishak recently posted..Adakah hujan darah di india benar
mantap sangat entry wajib yang kedua nih Bro…
Mohon komentar balik di http://amriawan.blogspot.com/2010/08/hidup-seorang-blogger-sebagai-pe-er-te.html
Bang Iwan recently posted..HIDUP SEORANG BLOGGER sebagai Pe eR Te
Semoga berjaya Bro…
Bang Iwan recently posted..HIDUP SEORANG BLOGGER sebagai Pe eR Te
bukan mudah bergelar seorang blogger kan?apapun,teruskan perjuangan kulanz….
eyriqazz recently posted..Berbuka Puasa di Restoran Ayam Penyet AP Section 9 Shah Alam
moga berjaya bro, tak sabar menunggu pemenangnya…
good luck bro, satu entri yang menarik dan tertarik, terutamanya part yg petronas tu “kekuatan sebenar terletak pada hati”
sangat setuju, kalau hati dah kuat pasti segala2nya boleh
mijie recently posted..Blogger yang terkentut
insyallah kalau ada rezeki..adalah tuh… yang penting kita dah berusaha yang terbaik..
zik recently posted..Mengapa sahur itu penting
boleh punya…
tapi blog ni pernah hack ke..
teruk jugak tu…
syahrilhafiz recently posted..Selama ni aku syok sendiri rupanya
satu entri yg cukup nice bro..hidup seorang blogger ni bukan selalu indahkan?hehe..biaselah..baru best jadik blogger..hihi
moge bro terus sukses dan berjaye..yeah..
hafizmd recently posted..Esok cuti! Apa maknanya
aku sokong dengan kekuatan terletak pada hati. hati goyang, orang usik sikit dah hanyut.
jadi blogger ni memang best. biasala kalau kena kutuk, godam dll. manusia tak pernah puas dan selalu nak jatuhkan orang lain. lumrah alam.
keepitup!
DonHa recently posted..Permainan orang kafir
gud luck bro…
good luck bro..
jom.. good luck.. terus sukses…
jawatan kosong recently posted..The Royale Bintang Kuala Lumpur Jobs as Hotel Trainees
nice entry lan..ku suka, caraban seorang blogger tu yg best sgt ku baca..hahaha elektrik terputus
yelah mmg tensen kan..
btw gud luck ye lan

yanmie recently posted..Drama Asmara di Slot Lestary TV3
Memang semuanya kembali ke hati kita sendiri, hanya itu yang bisa membuat suasananya menjadi tenang dan damai. Bener ngga?
betul bro, setuju kita berblogging sebab kepuasan, kita buat apa yg kita suka kan…
Gudluck unutk contest nih bro..entri yg mantap lagi dari bro Kulanz..:)
Nine recently posted..Response cached until Tue 31 @ 7:25 GMT (Refreshes in 55 Minutes)
Nampaknya hati kene kuat.. baru blh capai apa yg dihajati.. good luck bro..
Hidup Seorang Blogger recently posted..Gaya Hidup Seorang Blogger Separuh Masa
DEMIkianlah hidup sebagai blogger ataupun di dunia nyata tak selamanya kekal indah tapi seringg pula banyak problem