Hilang Dalam Gelap

February 7th, 2010 | 11:04 pm | Blog | 37 responses

Masa entri ni ditulis, aku hanya bertemankan cahaya lilin di samping notebook yang charge-nya tinggal separuh, dan UPS yang mungkin hanya bertahan dalam masa 15-20 minit yang sangat berguna untuk menghidupkan modem streamyx…

Sekali lagi pada malam ni SESB gagal membekalkan tenaga elektrik ke rumah usangku ini.. Aku sangat pasti, ini memang tidak lain tidak bukan, gara-gara kabel elektrik sebesar belalai gajah sedang terkangkang di atas jalan raya hingga menyebabkan kereta aku terlompat-lompat macam kijang semasa melaluinya tadi…

GELAP! GELAP! GELAP!
Beginilah keadaan kampung, jauh berbeza dengan bandaraya Kota Kinabalu yang menyambut ulangtahunnya semalam, bermandikan cahaya dan pesta bunga api…

Hahaha.. aku tak jadi marah.. baru entri ni nak dipos bekalan elektrik dah pulih..

Artikel lain yang mungkin berkaitan...
HIDUP SEORANG BLOGGER

Semua artikel yang terkandung di blog ini hanya pandangan penulis semasa-mata, melainkan artikel berbentuk ilmiah/berita/informasi yang setiap satunya akan disertakan sumber rujukannya sekali.


Menyalin atau menerbitkan semula sebarang artikel daripada blog ini adalah dibenarkan untuk tujuan kebaikan. Semoga lebih ramai yang akan mendapat manfaat daripadanya.


Sebarang persoalan yang berkaitan dengan kandungan blog boleh dikemukan melalui Email.

 

37 Responses to “Hilang Dalam Gelap”

  1. 1

    salam lanz,

    eh kt sabah mmg selalu blackout lah kan. klu kt kg aku kan seminggu tu mesti ada je blackout…hahaha, yg x tahan bila time mlm..panas seh, tu nasib baik api dh ada…haahhaa…klu tak abis marah sana sini..kikiki

    eh..tgh duk bayangkan camne keta ko terlompan cam kijang…haahhaa

    • 2

      tu lah masalahnya kan di sini.. mmg selalu blackout/brownout.. panas tu mmg x dpt tahan..

      yg td tu mmg kereta tlompat mcm kijang patah kaki.. haha.. abis kabel letrik tu bukannya kecil.. 3 kabel pula tu besimpul..

      • 3

        ‘ABC’ cable tu.. yang berpintal kan?
        kampung di mana tu ging?

        • 4

          Memang kabel jenis ABC tu ging.. kira besar jg tu pintalannya..
          Ari tu jatuh di Kg Teritipan, K.Marudu.. tp diorang mmg baiki jg malam tu.. tu pasal lama xda karan..

  2. 5

    teruk gak eh bro,asyik black out je sana

    • 6

      macam tu la bro..
      dah la tu.. kami baru sampai ke rumah malam td.. siap bgelap masuk rumah.. tu yg jadi payah..

  3. 7

    awat salu sgt ek gangguan letrik kt tpt incik salleh?
    arieza´s last blog ..::: Aku Amoi Kacukan Jepun My ComLuv Profile

    • 8

      ntahlah.. banyak sangat gangguan..
      nantilah aku pasang tenaga solar di rumah ni.. pastu xda lagi komplen klu ada gangguan bekalan letrik.. hehe

  4. 9

    naper ko tak report yg kabel elektrik dia dah jatuh…

    • 10

      aku nak juga report bro.. tp aku risau klu aku call diorang.. diorang cakap ..masa’ gitu aja bikin repot-repot.. hehe.. xdala bro.. gurau je..

      sebenarnya time tu mmg org sana dah buat report awal2.. sbb aku tgk dah ada kereta pembekal tenaga tu di sana

  5. 11

    apsl kt sne tu bro..blackout je..ssh la..hehe

    • 12

      haha.. biasalah tu bro..
      jawapan paling skema.. tempat ni kampung.. sbb tu diorang x peduli sangat.. tu blackout satu hal bro.. yg pasti tempat kami ni mmg tiap2 hari gangguan letrik.. klu jam 7.30 – 9.30 mlm, pc x hidup sbb bkalan letrik x cukup kuat..

      • 13

        tempat aku d kategori pedlaman gak kot..hehe..tp klu blackout kjp je dorang baiki..mne x nye..semua pendudk duk tepon tnb tuh…dorang sj je tggu tgh mlm br nak baiki..nk elaun lebih..tensen dbuatnye
        azizan4444´s last blog ..Kenapa Remaja Taksub Dengan Laman Web Sosial? My ComLuv Profile

        • 14

          klu mcm tu ok jgk bro.. biar ramai2 sekali buat aduan.. diorang mesti cepat2 baiki.. tp tempat kami ni susah ckit.. komplen bnyk kali pun x tetap lambat ambil tindakan..

  6. 15

    camtu eh hidup kat sana. tak pernah sampai sabah sarawak lagi..
    ariff´s last blog ..Sayang U Pakai Panties Tak? My ComLuv Profile

    • 16

      x juga camtu je selalu bro.. kira bermusim juga kerosakan dia tu.
      ada rezeki boleh datang sini bro

  7. 17

    was here …….
    visit me back …
    ghielz´s last blog ..download blogger template simple dan rapih My ComLuv Profile

  8. 18

    nasib baik blackout tu suasana je yg gelap lanz..

    kalau dgn kita2 sekali gelap kan payah..

    muahaha!
    pak dogol´s last blog ..kisah si burung but but My ComLuv Profile

    • 19

      Haha.. betul juga tu pak dogol..
      kalau dengan aku-aku sendiri yg gelap.. habislah.. xdalah orang update blog ni.. hehe

  9. 20

    salute ar sama bro kulanz,

    dalam pada bergelap tue sempat lagi update blog….
    ain´s last blog ..[Khas] Blogger We Care – Adik Ammar My ComLuv Profile

    • 21

      Dah tak tau nak buat apa sebenarnya.. tidur pun tak dapat sebab panas… tu pasal menghadap blog dalam gelap gelita

  10. 22

    Camner kabel tu boleh jatuh erk? Kena langgar ke?
    Dak Wan´s last blog ..Buat Para Sahabat! My ComLuv Profile

    • 23

      Tak pasti juga… masa aku lalu tempat tu kabel dah ada atas jalan raya… tapi dekat tempat tu memang ada kerja-kerja mengambil tanah.. mungkin juga tiang letrik tu terlanggar lori, atau juga ditiup angin..

  11. 24

    sabar je laaa~~~~~~~

    • 25

      Ya.. kenalah bsabar dengan situasi tu.. nak buat mcm mana lagi kan..

  12. 26

    wahh.. cekal sungguh ati encik saleh menaip dengan cahaya lilin.. kagum sungguh saya. :D
    amirulfaiz´s last blog ..Hantaran itu hadiah. My ComLuv Profile

    • 27

      Mungkin sebab dah biasa… sebab sebelum ni pun selalu juga tiada bekalan letrik dan terpaksa buat kerja dalam gelap

  13. 28

    saya yang kat semenanjung ni takde letrik seminit dua pun boleh gelabah :(

    • 29

      kalau dekat bandar lagi sengsara tu bro.. mesti panas klu xda letrik..

  14. 30

    salam bro kulanz..hmm kat Tawau pun selalu jadi gak kan black out sana..tiap2 hari rasanya..nih pun kawan yg menetap disana cerita ..betul ker ?
    Nine´s last blog ..Aku Dan Bilik Ku : Personal My ComLuv Profile

    • 31

      Salam bro Nine,
      rasanya seluruh Sabah ni semua tempat hampir sama.. masalah letrik mmg bnyk blaku.. xtau knp.. rasanya diorag tengah upgrade pkhidmatan.. hehe

  15. 32

    black out letrik panas le bro, kadang – kadang strimik ni pun blackout.. angin stu badan pulak.. hehehe.. apa kate beli genset bro.. standby orang kata..
    qimie´s last blog ..Orang Tengah!!! My ComLuv Profile

    • 33

      tu la.. bikin panas.. hehe..
      aku klu stakat strimik je buat hal, aku kisah ckit je.. tapi klu dgn letrik buat hal.. aku lagi panasss…
      bagus jg tu bro beli genset sbg alternatif, x pun kuasa solar..

  16. 34

    lebih baik blackout daripada takder air….
    snid73´s last blog ..Aku di TAG….. My ComLuv Profile

    • 35

      setuju sangat… klu guna bekalan air awam, sengsara klu
      tiada bekalan…
      tapi tempat kami air xda masalah.. dah bpuluh tahun guna air perigi

  17. 36

    ni la nama dia blogger tegar..takde letrik pun boleh buat posting hehe
    zamz´s last blog ..Layan Lawak: Lihat dan Belajar My ComLuv Profile

Leave a Reply

Kongsi artikel terbaharu anda